KOMPETENSI PERIBADI, PEDAGOGI, PROFESIONALISME GURU SEKOLAH BERPRESTASI RENDAH BAHAGIAN BARAT DAN UTARA SABAH PDF

Title KOMPETENSI PERIBADI, PEDAGOGI, PROFESIONALISME GURU SEKOLAH BERPRESTASI RENDAH BAHAGIAN BARAT DAN UTARA SABAH
Author DR LOSIUS GOLIONG
Pages 20
File Size 508.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 20
Total Views 39

Summary

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. KOMPETENSI PERIBADI, PEDAGOGI, PROFESIONALISME GURU SEKOLAH BERPRESTASI RENDAH BAHAGIAN BARAT DAN UTARA SABAH Losius Go...


Description

Accelerat ing t he world's research.

KOMPETENSI PERIBADI, PEDAGOGI, PROFESIONALISME GURU SEKOLAH BERPRESTASI RENDAH BAHAGIAN BARAT DAN UTARA SABAH DR LOSIUS GOLIONG Universiti Teknologi Malaysia

Cite this paper

Downloaded from Academia.edu 

Get the citation in MLA, APA, or Chicago styles

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

3) Prosiding SMDDP UA 2015_ UT HM.pdf Joe Macho Prosiding MDEC 2017 Joe Macho PELAKSANAAN SIST EM LAT IHAN DUAL NASIONAL (SLDN) DI KOLEJ VOKASIONAL WILAYAH SELATAN; S… Pencint a T VET

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

KOMPETENSI PERIBADI, PEDAGOGI, PROFESIONALISME GURU SEKOLAH BERPRESTASI RENDAH BAHAGIAN BARAT DAN UTARA SABAH Losius Goliong Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, MALAYSIA Mohd Khairuddin Abdullah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, MALAYSIA Rosy Talin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, MALAYSIA

Abstrak Dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan sesebuah sekolah, peranan guru yang kompeten dan profesional penting untuk mempersiapkan pelajar supaya mampu menghadapi dan menangani cabaran baharu dalam era pendidikan abad ke – 21. Kajian ini meninjau aspek kompetensi peribadi, pedagogi, profesionalisme guru dan hubungannya terhadap pencapaian akademik. Pencapaian akademik dalam kajian adalah merujuk kepada prestasi sekolah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Data kuantitatif diperoleh dengan mengedarkan soal selidik kepada 335 responden dalam kalangan guru-guru yang bertugas di 47 buah sekolah berprestasi rendah (SPR) di bahagian barat dan utara Negeri Sabah. Sekolah yang dikategorikan sebagai SPR ialah sekolah-sekolah yang masih berada di Band 5, 6, 7 dan Gred Purata Sekolah (GPS) masih berada pada tahap 3.00 ke atas. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan pada tahap rendah antara kompetensi peribadi (r=.408, p=.000), pedagogi (r=.462, p=.000) dan profesionalisme guru (r=.416, p=.000) dengan pencapaian akademik. Oleh itu, kajian ini mencadangkan guru-guru perlu memantapkan lagi tahap kompetensi peribadi, pedagogi dan profesionalisme supaya dapat berfungsi dengan lebih efisien dalam menyalurkan ilmu kepada pelajar-pelajar.

182

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

1.0

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan hala tuju yang jelas iaitu menjadikan status pendidikan negara ini bertaraf dunia menjelang Tahun 2025. Hala tuju ini termaktub dalam agenda tranformasi pendidikan negara iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilaksanakan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang Pertama (2013-2015), Gelombang Kedua (2016-2020), dan Gelombang Ketiga (2021-2025). Gelombang pertama (2013-2015) secara khusus memberi penekanan kepada penambahbaikan sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Sehubungan itu, apabila menyentuh tentang kualiti pendidikan maka hubungannya dengan kualiti guru tidak wajar diabaikan. Cabaran guru dalam era pendidikan pada abad ke21 merangkumi melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, mempunyai sistem nilai dan etika, akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 2001). Menurut Mohammed Sani Ibrahim (2005) peranan sekolah pada era ini telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan serta kompetensi-kompetensi baharu supaya releven mengikut peredaran zaman.

2.0

Latar Belakang Kajian

Di Malaysia, antara kriteria utama yang digunakan untuk menentukan tahap keberkesanan sesebuah sekolah masih berdasarkan kepada kecemerlangan dalam pencapaian akademik iaitu melalui peperiksaan awam. Sehubungan itu, persepsi masyarakat terhadap konsep sekolah yang berkesan masih merujuk kepada sekolah yang dapat memberi kesan dalam mempertingkatkan prestasi akademik para pelajar. Prestasi pencapaian akademik sekolah dikaitkan pula sebagai kesan daripada amalan pengajaran guru dalam bilik darjah. Fenomena prestasi akademik lemah khususnya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan modal insan dalam mencapai wawasan negara. Peruntukan besar yang dibekalkan oleh kerajaan kepada kementerian pendidikan setiap tahun dalam bajet tahunan 183

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

(Yunus Yussop, 2008) seolah-olah belum nampak korelasinya terhadap kecemerlangan prestasi akademik. Sehubungan itu, fenomena tersebut dikaitkan dengan fungsi dan peranan guru di mana pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik merupakan ukuran kepada kebolehan dan kualiti guru yang terlibat secara langsung melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

3.0

Pernyataan Masalah

Guru sentiasa ditekankan supaya melaksanakan peranan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana diyakini menyumbang kepada pencapaian akademik di sekolah (Hallinger, 2011). Namun dalam realiti sebenar, kemampuan guru mengamalkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut dengan berkesan masih diragui ekoran fenomena kemerosotan pencapaian akademik yang masih menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat hari ini (Johnson, 2006; Packard, 2011). Dalam persekitaran pendidikan di negeri Sabah khususnya, prestasi UPSR di negeri ini masih berada pada tahap berprestasi yang rendah sejak lima tahun kebelakangan ini. Berdasarkan laporan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2014), kedudukan negeri Sabah dalam peperiksaan UPSR masih berada di kedudukan terendah antara negeri-negeri di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah melalui program-program kecemerlangan akademik (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 2015) dan telah menunjukkan peningkatan lonjakan yang memberangsangkan dalam dua tahun kebelakangan ini namun secara keseluruhannya kualiti pencapaian UPSR tersebut masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan agar setanding dengan pencapaian sekolahsekolah cemerlang di Malaysia. Memandangkan pencapaian akademik di negeri ini yang masih pada tahap yang rendah, kajian harus dilakukan bagi mengenal pasti faktor yang menjadi punca kepada masalah tersebut. Sehubungan itu, kajian ini akan memberi fokus kepada aspek kompetensi peribadi, kompetensi pedagogi dan profesionalisme guru sekolah-sekolah berprestasi rendah (SPR) di tiga buah pejabat pendidikan daerah (PPD) di Bahagian Barat dan Utara Negeri Sabah. Kompetensi peribadi merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan sepatutnya dikembangkan supaya dapat memberi sumbangan dengan lebih berkesan terhadap profesion pendidikan bagi mencapai matlamat seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Kompetensi pedagogi memfokuskan kajian terhadap kemahiran pengajaran 184

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

dan pembelajaran merangkumi aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi impak terhadap pencapaian akademik secara optima. Di samping itu, kajian ini juga memberi fokus kepada profesionalisme guru iaitu merujuk kepada amalan nilai-nilai profesionalisme keguruan yang sepatutnya diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugas sebagai pendidik mengikut acuan negara. Ketiga-tiga veriable tersebut telah dikaji dari aspek hubungannya terhadap isu pencapaian akademik dalam UPSR. Kajian oleh Tajul Ariffin Nordin dan Nor’ Aini Dan (2002) menunjukkan bahawa konsep ibadah dalam profesion perguruan semakin pudar. Ramai guru terleka bahawa peranan sebagai pendidik merupakan suatu tugas ibadah, sebaliknya dicemari dengan kegilaan mencari kekayaan, kemegahan dan naik pangkat. Terdapat dalam kalangan guru menghabiskan lebih masa melakukan perkara-perkara di luar bidang tugas hakiki. Fenomena ini menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap kewibawaan dan rasa hormat terhadap guru kerana gagal melaksanakan tugas dengan jujur, ikhlas dan penuh iltizam. Kajian tersebut telah membuktikan perkaitannya dengan hasil kajian oleh Hallinger (2008) dan Sirinides (2009) bahawa kompetensi peribadi guru seringkali memberi kesan secara langsung terhadap prestasi akademik. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menyatakan bahawa masyarakat masih mempersoalkan kualiti pendidikan dan kewibawaan guru-guru di sekolah. Selain daripada kegagalan meningkatkan tahap prestasi akademik dengan berkesan, guru-guru gagal menerapkan nilai-nilai yang releven ke arah melahirkan pelajar yang memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkahlaku, dan keupayaan mencipta. Kelesuan proses pendidikan ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) kesan daripada sikap dan profesionalisme guru yang tidak lagi relevan pada era ini misalnya, bekerja secara bersendirian, tidak berintegriti, dan tidak mampu menjadi role-model kepada pelajar-pelajar. Menurut Tjahjani Prawitowati dan Tatit Suryani Lutfi (2011), terdapat empat dimensi kompetensi yang wajar dikuasai oleh guru untuk menjadi seorang guru yang kompeten. Dimensi-dimensi tersebut ialah kompetensi peribadi (personality), pedagogi (pedagogical), sosial (social) dan profesional (profesional). Dalam konteks kajian ini, aspek kompetensi memberi fokus kepada kompetensi peribadi, kompetensi pedagogi dan juga profesionalisme guru. 185

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

4.0

Objektif Kajian Objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1. Mengenalpasti tahap kompetensi peribadi, kompetensi pedagogi dan profesionalisme guru-guru di sekolah berprestasi rendah. 1.4.2. Mengenalpasti hubungan antara kompetensi peribadi, kompetensi pedagogi dan profesionalisme guru dengan prestasi akademik di sekolah berprestasi rendah.

5.0

Hipotesis Kajian Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, pengkaji telah membina tiga

hipotesis seperti berikut: Ho1

Tidak terdapat hubungan signifikan antara kompetensi peribadi guru dengan pencapaian akademik dalam kalangan guru di sekolah berprestasi rendah.

Ho2

Tidak terdapat hubungan signifikan antara kompetensi pedagogi guru dengan pencapaian akademik dalam kalangan guru di sekolah berprestasi rendah.

Ho3

Tidak terdapat hubungan signifikan antara profesionalisme guru dengan pencapaian akademik dalam kalangan guru di sekolah berprestasi rendah.

6.0

Sorota Kajian Lepas

Menurut Westera (2001), apabila berbincang mengenai konsep kompetensi guru, konsepkonsep lain seperti prestasi dan keberkesanan adalah wajar bincangkan bersama kerana kompetensi guru secara langsung mempunyai hubungan dengan peningkatan pencapaian akademik di sekolah. Kajian Westera (2001) menyokong kajian oleh Medley (1982) yang mendapati bahawa dimensi keberkesanan guru merujuk kepada keputusan pencapaian akademik di sekolah. Medley (1982) menyarankan tiga dimensi konsep guru yang berkualiti iaitu kompetensi guru, prestasi guru dan keberkesanan guru. Kajian ini menjelaskan lebih lanjut mengenai dimensi keberkesanan guru yang merujuk kepada jumlah pelajar yang memperolehi prestasi baik dalam akademik hasil daripada didikan guru tersebut. Rohani Arbaa, et.al. (2010) telah mengakaji hubungan antara ciri kualiti guru dengan komitmen belajar pelajar. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor 186

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

peramal terbaik terhadap komitmen belajar pelajar. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan positif antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen belajar pelajar. Kajian ini mendapati bahawa ciri kualiti yang ada pada guru mempengaruhi komitmen belajar pelajar. Guru yang berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar dalam aktiviti pembelajaran serta menggalakkan penglibatan intelektual pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Perkara ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan pencapaian pelajar tersebut. Tanggapan yang mengatakan latar belakang bagaimana seseorang pelajar itu belajar akan menentukan berjaya atau tidak pelajar tersebut di sekolah mungkin boleh dipersoalkan. Beberapa kajian yang dijalankan di luar negara juga telah membuktikan bahawa latar belakang pelajar tidak boleh dijadikan faktor untuk menentukan kejayaan seseorang pelajar (Rowe 2002; Darling-Hammond 2000). Kompetensi pedagogi guru merupakan faktor yang signifikan untuk keberkesanan sekolah. Atas dasar tersebut, ramai penyelidik menjalankan kajian berkaitan dengan pengajaran guru yang efektif di bilik darjah. Sebagai contoh, Shahril Marzuki (2005) telah mengkaji amalan pengajaran guru yang berkesan di bebarapa buah sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan model pengajaran berkesan yang diperkenalkan oleh Slavin (1994). Kajian ini mendapati bahawa guru yang mempunyai kompetensi pedagogi berkesan mengajar mengikut aras yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru terlalu tinggi, murid yang lemah tidak akan dapat mengikuti pengajaran tersebut, menyebabkan murid-murid tersebut akan ketinggalan dalam pelajaran. Sebaliknya, jika aras pengajaran terlalu rendah, murid yang cerdik tidak akan memberi tumpuan terhadap pelajaran tersebut kerana bosan, tidak menarik dan tiada cabaran. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, guru perlu mengumpulkan murid dalam kumpulan mengikut aras kemampuan kognitif, kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Guru yang profesional mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah atau pun tinggi. Guru yang profesional mempunyai tanggungjawab penting terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara, serta rakan sejawat dan profesion perguruan. Namun, sehingga hari ini kompetensi profesional seseorang guru masih dipersoalkan oleh masyarakat umum sehingga terdapat pihak yang melihat profesion perguruan masih berada pada tahap status sosial yang rendah. Penyelidik-penyelidik seperti Robiah Sidin (2002); Asmawati Sauhid, et. al. (2002) dan Mohd. Hasani Dali, et. al., (2006) mendapati bahawa terdapat 187

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

persepsi umum yang menganggap profesion keguruan hanya boleh dianggap sebagai suatu profesion minor, lebih bersifat semi profesion serta mempunyai tahap status sosial yang rendah dan tidak berprestij. Lantaran itu, profesion keguruan dianggap mudah diceburi dan tidak memerlukan banyak kemahiran khusus untuk menjadi seorang guru.

7.0

Metodologi Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif bukan eksperimen iaitu rekabentuk tinjauan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Instrumen kajian yang digunakan merupakan satu set soal selidik yang mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian maklumat demografi,

bahagian

kompetensi

peribadi,

kompetensi

pedagogi

dan

bahagian

profesionalisme guru. Instrumen yang digunakan untuk mengukur variabel kompetensi peribadi, pedagogi dan profesionalisme guru ialah soal selidik yang diadaptasi daripada dokumen Standard Guru Malaysia (2009) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2010) yang mengandungi 108 item keseluruhannya. Populasi kajian ini adalah dalam kalangan guru-guru sekolah berprestasi rendah di tiga buah pejabat pendidikan daerah (PPD) di Bahagian Barat dan Utara Negeri Sabah. Sampel kajian ialah seramai 335 guru yang ditentukan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 21.

8.0

Dapatan Kajian

Responden kajian ini melibatkan seramai 355 orang guru daripada 47 buah sekolah rendah. Responden guru dalam kajian ini terdiri daripada pelbagai latar belakang jawatan iaitu guru akademik, ketua panitia dan guru biasa. Responden kajian ini juga merupakan guru-guru yang mengajar di sekolah rendah.

8.1.

Analisis Demografi Responden Mengikut Jantina dan Umur

Jadual 8.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina dan umur. Secara perbandingan didapati komposisi responden guru mengikut jantina adalah 46.7 peratus lelaki dan 53.3 peratus terdiri daripada guru perempuan. Perbezaan ini tidak dapat dielakkan apabila pemilihan sampel yang digunakan ialah pensampelan bertujuan dalam populasi yang mempunyai responden guru perempuan lebih ramai daripada guru lelaki.

188

Jurnal Pendidikan Nusantara, Edisi Khas Jun 2016, Universiti Teknologi Malaysia dan Universitas Muhammadiyah Makassar. Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

Jadual 8.1: Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Umur Responden Guru Lelaki Perempuan Jumlah Keseluruhan

8.2

≤ 25 5 (5.1%) 14 (3.33%) 19 (8.43%)

Umur (Tahun) 26 – 30 31 – 35 15 44 (0.0%) (6.7%) 13 57 (6.7%) (23.3%) 28 91 (6.7%) (30.0%)

≥ 35 89 (40%) 108 (20.0%) 197 (60.0%)

Jumlah 143 (46.7%) 192 (53.3%) 335 (100%)

Analisis Demografi Responden Mengikut Jantina dan Tempoh Perkhidmatan

Jadual 8. 2: Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Tempoh Perkhidmatan Responden Guru Lelaki Perempuan Jumlah Keseluruhan

≤5 28 (3.33%) 52 (6.67%) 80 (10.0%)

6 – 10 56 (3.33%) 64 (23.3%) 120 (26.7%)

Tempoh Perkhidmatan (Tahun) 11 – 15 16 – 20 21 - 25 23 25 7 (3.33%) (16.7%) (16.7%) 34 26 9 (6.67%) (6.67%) (3.33%) 57 51 16 (10.0%) (23.3%) (20.0%)

Jumlah ≥ 25 4 (3.33%) 7 (6.67%) 11 (10.0%)

143 (46.7%) 192 (53.3%) 335 (100%)

Jadual 8.2 menunjukkan taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan. Secara keseluruhannya didapati lebih separuh iaitu 36.7 peratus guru yang terlibat mempunyai tempoh perkhidmatan kurang daripada sepuluh tahun mengajar di sekolah rendah. Responden guru yang telah mengajar kurang daripada lima tahun ialah 10.0 peratus manakala enam hingga sepuluh tahun ialah 26.7 peratus. Mereka yang telah mengajar selama sebelas hingga lima belas tahun ialah 10.0 peratus. Jumlah ini responden guru melepasi tempoh perkhidmatan enam belas tahun hingga dua puluh tahun dan melebihi dua puluh tahun dengan masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 23.3 peratus dan 10.0 peratus. Manakala responden yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun menunjukkan peratusan sebanyak 3.0 peratus. Analisis data ini menunjukkan bahawa hampir separuh responden guru berada di peringkat awal karier dalam profesion keguruan. Seterusnya analisis jantina mengikut pengalaman mengajar guru ...


Similar Free PDFs