KONFLIK SEMPADAN DIKALANGAN NEGARA ASEAN DOC

Title KONFLIK SEMPADAN DIKALANGAN NEGARA ASEAN
Author Adam Alhadi
Pages 13
File Size 87 KB
File Type DOC
Total Downloads 226
Total Views 780

Summary

KONFLIK SEMPADAN DIKALANGAN NEGARA ASEAN MOHD FOAD SAKDAN AHMAD MARTADHA MOHAMED 1.0 PENDAHULUAN Garis sempadan yang membahagikan satu kawasan geografi dengan satu kawasan yang lain adalah lebih kompleks berbanding mengikut apa yang terlakar di atas peta. Pemetaan hanya menunjukkan lakaran garisan y...


Description

KONFLIK SEMPADAN DIKALANGAN NEGARA ASEAN MOHD FOAD SAKDAN AHMAD MARTADHA MOHAMED 1.0 PENDAHULUAN Garis sempadan yang membahagikan satu kawasan geografi dengan satu kawasan yang lain adalah lebih kompleks berbanding mengikut apa yang terlakar di atas peta. Pemetaan hanya menunjukkan lakaran garisan yang merentasi lembah, bukit, sungai atau satu garis lurus yang merentasi sebuah gurun. Sebaliknya tidak semua garis sempadan adalah sama seperti apa yang dilukis di atas peta. Terdapat beberapa perbezaan wujud dalam keadaan sebenar di mana secara nyata ia adalah lebih berkaitan dengan sejarah dan status semasa kedudukan garis sempadan tersebut. Secara umum garis sempadan boleh diklasifikasikan kepada sempadan antarabangsa dan sempadan informal (perbezaan budaya, pengagihan kumpulan etnik, dorongan keagamaan). Selain daripada itu, dalam sesebuah negara wujud pula sempadan antara negeri, wilayah dan daerah yang hanya bertujuan untuk memudahkan pentadbiran negara dan ini mengikut sistem pemerintahan sesebuah negara tersebut. Sempadan antarabangsa adalah garisan sempadan yang membahagikan sesebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Ia biasanya dilakukan secara persetujuan bersama atau melalui perjanjian. Konflik sempadan antarabangsa biasanya berlaku apabila dua atau lebih negara bersaing secara terbuka mengenai kawasan atau wilayah dengan mengatakan kawasan tersebut di bawah wilayah atau negaranya. Sesuatu 'Cease Fire Line' biasanya dipersetujui melalui satu perjanjian yang rasmi antara dua atau lebih negara yang mana ia adalah persempadan antarabangsa sementara hasil tindakbalas daripada penyelesaian konflik. Perjanjian persefahaman sempadan (Treaty Line) ialah garisan sempadan yang dibuat berasaskan perjanjian rasmi antara dua atau lebih negara tetapi masih belum dipersetujui hak sebenar di kalangan mereka yang berkonflik sehingga penyelesaian dibuat. Manakala persempadanan yang tidak menentu (Indefinite Boundries) pula merupakan persoalan anggaran sempadanan yang masih belum diukur secara rasmi atau berasaskan maklumat pengukuran dari sejarah lama. Dalam Penentuan dan Pengiktirafan Sempadan ini terdapat terdapat beberapa keadaan di mana satu-satu sempadan itu boleh ditentukan dan diiktiraf. Antaranya ialah melalui Uti Possidetis Juris ( suatu prinsip undang-undang antarabangsa yang dikhususkan kepada negeri-negeri yang baru hendak ditubuhkan tentang perlunya ada sempadan-sempadan), Pembentukan Sungai ( Sungai-sungai yang besar digunakan untuk membahagikan antara dua buah kawasan. Dalam pembahagian itu garisan tengah dikenali sebagai thalweg) dan Perkhidmatan ( wilayah yang dimiliki oleh...


Similar Free PDFs