KONSEP AKHLAK MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALĪ PDF

Title KONSEP AKHLAK MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALĪ
Author Nurul Syifaq Ruslan
Pages 17
File Size 356.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 58
Total Views 673

Summary

KONSEP AKHLAK MENURUT PANDANGAN IMAM AL- GHAZALĪ Nurul Syifaq binti Ruslan1 Mohd Radhi bin Ibrahim2 Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak Akhlak merupakan aspek yang sangat penting dan merupakan salah satu ajaran dari Islam yang harus dimiliki bagi setiap individu muslim khususnya. Rujukan utama b...


Description

KONSEP AKHLAK MENURUT PANDANGAN IMAM AL- GHAZALĪ Nurul Syifaq binti Ruslan1 Mohd Radhi bin Ibrahim2 Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak Akhlak merupakan aspek yang sangat penting dan merupakan salah satu ajaran dari Islam yang harus dimiliki bagi setiap individu muslim khususnya. Rujukan utama bagi Umat Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah juga banyak menekankan aspek akhlak dalam kehidupan di dunia. Kajian ini memfokuskan berkenaan pandangan Imam ‘Abu Hamīd al- Ghazalī tentang falsafah akhlak dalam kitabnya Ihya Ulum Addīn.Di samping itu, antara buku yang menjadi rujukan dalam kajian ini adalah Al-Akhlak īnda al- Ghazalī )‫(األخالق عند الغزالي‬. Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami konsep akhlak yang dibawa oleh Imam al- Ghazalī sebagai garis panduan dan contoh dalam membina peribadi muslim. Beliau juga menyatakan banyak aspek penting berkaitan akhlak dalam Fasal Al-Adat, Al-Muhlīkat dan Al-Munjīyat. Hasil kajian menunjukkan bahawa Imam al- Ghazalī mendefinisikan akhlak dalam kitabnya Ihya Ulum Addin adalah suatu perangai (watak, tabiat) yang fitrah dalam jiwa seseorang dan merupakan sumber lahirnya perbuatan-perbuatan tertentu dari dirinya, secara mudah dan spontan tanpa perlu memikirkan atau merancang.3 Apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang baik menurut akal dan syara` maka perbuatan tersebut dinamakan ahklak baik. Dan apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang tidak baik maka disebut ahklak yang tidak baik. Kata kunci: Imam al- Ghazalī, Akhlak

1

Pelajar sarjana Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). [email protected]. 2 Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia 3 Al-Ghazali, 2000 Mengubati penyakit Hati terjemahan Ihya``Ulum Addin, dalam Tahdzib al-Akhlaq wa Mu`alajat Amradh Al-Qulub, Bandung, hlm 31

Pendahuluan

Rasulullah SAW membangunkan sahsiah umatnya dengan komponen asas Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ini menunjukkan kedudukan akhlak amat penting sebagai salah satu daripada tunjang Islam. Rasulullah SAW apabila ditanya “Apakah al-Din itu?” lalu Baginda menjawab ‘Al-Din’ ialah akhlak yang baik. (alSubki,1992). Dalam mendepani era globalisasi, masalah akhlak terus menjadi topik yang selalu diperbincangkan oleh berbagai golongan, khususnya golongan agamawan. Mereka tidak jemu-jemu membahaskan masalah akhlak kerana menurut mereka, salah satu penyebab utama kepada masalah lain ialah masalah berkaitan akhlak. Masyarakat Islam sekarang mendepani pelbagai masalah akhlak yang sangat serius khususnya golongan remaja. Akhlak setiap individu semakin terhakis sama ada dari perbuatan dan perkataan dalam kehidupan seharian. Gejala sosial yang berlaku juga disebabkan oleh keruntuhan akhlak. Berbicara mengenai akhlak, nama al- Ghazalī atau Imam Ghazalī selalu dikaitkan dengan perbahasannya dalam banyak karya beliau. Ulama yang diberi gelar hujjāt al-Islām ini sangat mengambil perhatian terhadap masalah akhlak. Justeru itu konsep akhlak al- Ghazalī sangat menarik untuk dikaji secara mendalam, dengan harapan kita mampu mengetahui hakikat akhlak yang sebenarnya

Biografi Imam Al- Ghazalī Al- Ghazalī adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Beliau merupakan tokoh di dunia akademik antarabangsa. Nama sebenar Imam al- Ghazalī ialah Abu Hamīd bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad alGhazalī al-Tusī al-Syafī’(Ibn Khallikan, 1994). Beliau mendapat gelaran sebagai Hujjatul Islam. Dilahirkan pada tahun 450H/ 1058M di sebuah kampung bernama Ghazalah, Thusia, terletak di Kota di Khurasan, Persia. Beliau berketurunan Persia dan mepunyai hubungan kelurga dengan raja-raja Saljuk yang memerintah Khurasan, Jibal, Iraq, Jazirah, Persia dan Ahwaz (Zainuddin, 1971).

Ayahnya seorang miskin yang jujur, hidup dengan bekerja sendiri sebagai penenun kain bulu. Beliau seringkali mengunjungi rumah alim ulama’. Ayahnya juga merupakan pengikut tasawuf yang soleh dan meninggal dunia ketika Imam al- Ghazalī masih kecil. Sebelum ayahnya meninggal, ia telah mengamanahkan anaknya kepada seorang guru sufi untuk mendapatkan pemeliharaan dan bimbingan dalam hidup (Shafique Ali Khan,2005). Imam al- Ghazalī mendapat pendidikan dalam bidang spiritual dan tasawuf daripada seorang guru bernama Yusuf al-Nassaj di Jurjan sehingga beliau mampu membiasakan diri dengan kehidupan spiritual dan kebaikan malah mencapai tahap arifun dalam ilmu sufi (al-Quasem, 1975). Sewaktu di Naysabur pula, beliau turut didedahkan tentang ilmu-ilmu kerohanian dan spiritual dengan seorang guru bernama Abu A’lī al-Farmadhī (m.477H/1084 M), seorang Profesor di Naysabur dan bekas anak murid bapa saudara Imam al- Ghazalī (al-Subki,1992). Justeru, bukanlah suatu perkara ganjil jika kehidupan seterusnya Imam al- Ghazalī lebih menumpukan teori dan amalannya dalam bidang spiritual kerana semenjak kecil beliau telah banyak mendapat pendedahan dalam bidang tersebut. Imam al- Ghazalī mempelajari ilmu usuluddin dan fikh Syafi’e daripada Syeikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radzakani di Kota Thusī. Kemudian beliau pergi ke Jurjan untuk berguru dengan Imam Abu Nasral-Ismaīlī dan menulis buku At-Ta’liqat. Kemudian beliau pulang ke Thusī semula (al-Subki,1992). Walaupun begitu, guru yang paling banyak berjasa kepada beliau adalah Imam Haramain al-Juwaini, seorang ahli teologi Asyairah yang terkemuka pada masa itu. Sehingga beliau akhirnya dapat menguasai dengan sangat baik fiqh mazhab Syafi’e dan fiqh khilaf, ilmu perdebatan, ushul, mantiq, hikmah dan falsafah. Beliau juga memahami pandangan para ahli ilmu tersebut (al-Subki, 1992). Kecintaan Imam al- Ghazalī terhadap ilmu pengetahuan telah mendorong beliau mengembara dan merantau ke serata tempat dan negeri untuk berguru dengan ulamaulama besar yang hidup sezaman dengannya.

Kerjaya Pada tahun 475 H pada usia 25 tahun, Imam al- Ghazalī dilantik menjadi ketua dibawah pimpinan gurunya iaitu Imam Haramain al-Juwaīnī. Ini telah menaikkan nama dan menjadi mashur. Sambil belajar, beliau diangkat pula menjadi Penolong Profesor oleh Imam Haramain al-Juwaīnī. Setelah gurunya meninggal dunia pada tahun 478 h, beliau telah dilantik menjadi rector bagi menggantikan gurunya (al- Ghazalī, 2000). Atas desakan penguasa pada masa itu, Imam al- Ghazalī kembali mengajar di Sekolah Nizamiyah di Naysabur pada tahun 499 H selama dua tahun. Beliau kemudiaannya mendirikan sebuah sekolah untuk para fuqaha’ atau ahli-ahli fiqh dan sebuah pusat untuk mutasawwifin atau ahli- ahli tasawuf (al- Ghazalī, 2000). Di antara karya-karya Imam al- Ghazalī yang terkenal ialah: (1) bidang falsafah seperti Maqasid Al-Falasifah, Tahafutal-Falasifah dan Ma’arij ul- Aqaliyah ; (2) bidang pembangunan agama dan akhlak seperti Ihya’ Ulum al-Din, Al- Munqiz Min alDhalal, Mizan al-Amal, Kimiya al-Sa’adah, Minhaj al-Abidin, Kitab al-Arbain, Misykatul Anwan, Ayuhal Walad dan Ar-Risalah al-Laduniyyah ; (3) bidang politik yang berkaitan dengan kenegaraan seperti Al-Munqiz min al-Dhalal, Sirr al-Alamain dan Fatihat al-Ulum. Manakala yang berkaitan politik pemerintahan adalah Al-Iqtisad fi al-I’tikad, Bidayat al-Hidayah serta; (4) bidang usuluddin dan akidah seperti Arba’in fi Ushuliddin yang merupakan juz kedua dari kitab beliau Jawahirul Quran, Qawa’idul Aqa’id yang beliau satukan dengan Ihya’ Ulumuddin pada jilid pertama. Beliau meninggal dunia di Kota Thusī pada hari isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 H pada usia 54 tahun dan dikuburkan di perkuburan Ath Thabaran (al-Subki, 1992).

Definisi Akhlak secara Umum dan Dalil daripada Al-Quran dan Hadis

Dari segi Bahasa, perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab iaitu isim mashdar dari perkataan akhlaqa, yukhlīqa, ikhlaqan yang bermaksud al-saljiyah (perangai), att-thabī’ah (kelakuan), al-‘adat (kebiasaan), al- murunah (peradaban yang baik) dan ad-dīn (agama) (Abuddin Nata, 2012). Dari segi istilah, tokoh- tokoh Islam berbeza pendapat dalam mendefinisikan akhlak, namun perkara utama sama iaitu tingkah laku manusia. Pendapat-pendapat ahli tersebut dihimpun oleh M. Yatimin Abdullah dalam bukunya yang berjudul Studi Akhlak dalam perspektif Al-Quran antaranya ialah: a. Abdul Hamid mengatakan akhlak ialah ilmu tentang keutamaan yang harus dilakukan dengan cara mengikutinya sehingga jiwa terisi dengan kebaikan dan tentang keburukan yang harus dihindari sehingga jiwa bersih dari sifat keburukan b. Hamzah Ya’qub mengemukan pengertian akhlak seperti berikut: 1) Akhlak ialah ilmu yang menentukan perbezaan antara baik dan buruk, antara terpuji dan tercela, tentang perkataan atau perbuatan manusia zahir dan batin. 2) Akhlak ialah ilmu pengetahuan yang memberikan pengertian tentang baik dan buruk, ilmu yang mengajarkan pergaulan manusia dan menyatakan tujuan yang terakhir dari seluruh usaha dan pekerjan mereka. c. Farid Ma’ruf mendefinisikan akhlak sebagai kehendak jiwa manusia yang menzahirkan perbuatan dengan mudah kerana kebiasaan tanpa memerlukan pertimbangan akal fikiran. d.

Prof. Dr. Ahmad Amin memberi definisi bahawa yang disebut akhlak “Adatul iradah, atau kehendak yang dibiasakan”.

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menjelaskan tentang akhlak baik mahupun akhlak yang buruk. Berikut merupakan ayat al-Quran tentang akhlak.

ۗ ‫قَ ۡول َّم ۡعروف وم ۡغ ِفرةٌ خ ۡۡي ِمن صدقَة ي ۡت ب عهآ أ‬ َّ ‫َذى َو‬ ‫ٱَّللُ غَ ِِنٌّ َحلِيم‬ َ َ ََ ُ َُ َ َ َ َ

Maksudnya: Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun (Q.S Al-Baqarah: 263)

Hadis berkaitan dengan akhlak Dari Abu Ad-Darda' radiyallahu 'anhu; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

«

ٍ ِ ‫ وإِ َّن‬،‫ان أَثْ َقل ِمن حس ِن اخلُلُ ِق‬ ِ ِ ‫ضع ِِف املِيز‬ َ‫ب ُح ْس ِن اخلُلُ ِق لَيَ ْب لُ ُغ بِ ِه َد َر َجة‬ َ َ َ ُ َ ‫َما م ْن َش ْيء يُو‬ ُْ ْ ُ َ ‫صاح‬ ِ ‫]ص‬ ِ ‫اح‬ ‫ صحيح‬:‫الص ََلةِ» [سنن الرتمذي‬ َّ ‫الص ْوِم َو‬ َّ ‫ب‬ َ

Tidak ada sesuatu yang diletakkan pada timbangan hari kiamat yang lebih berat daripada akhlak yang mulia, dan sesungguhnya orang yang berakhlak mulia boleh mencapai kedudukan orang yang berpuasa dan solat. [Sunan Tirmidzi: Sahih]

Konsep Akhlak menurut Imam Al- Ghazalī Di dalam buku Ihya’ Ulumuddin, al- Ghazalī mengatakan bahawa akhlak berasal daripada perkataan al-khalqu (kejadian) dan al-khuluqu (akhlak atau tingkah laku) yang dimaksudkan al-khalqu adalah bentuk zahir dan al-khuluqu adalah bentuk batin. Hal ini kerana kejadian manusia yang tersusun dari jasad yang dapat dilihat dengan mata kasar serta unsur ruh dan jiwa yang hanya dapat dilihat dengan mata hati. Hal ini bertepatan dengan Firman Allah dalam surah al-Shad ayat 71-72 yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah dan ketika dia telah Kubentuk dengan sempurna dan telah Kutitipkan ke dalamnya ruhKu, hendaklah kamu tunduk merendahkan diri kepada-Nya”

Akhlak menurut Imam al- Ghazalī adalah:

‫فاخللق عبارة عن هيئة ىف النفس راسخة عنها تصدر اآلفعال بسهولة‬ ‫ويسر من غري حاجة اىل فكر وروية‬ “suatu perangai (watak, tabiat) yang fitrah tertanam dalam jiwa seseorang dan merupakan sumber lahirnya perbuatan-perbuatan tertentu dari dirinya, secara mudah dan spontan tanpa perlu memikirkan atau merancang. Apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang baik menurut akal dan syara` maka perbuatan tersebut dinamakan ahklak baik. Dan apabila tabiat tersebut menimbulkan perbuatan yang tidak baik maka disebut ahklak yang tidak baik. (al- Ghazalī, 2000).

Contohnya, dalam kehidupan seharian, seseorang yang memberi bantuan hanya kerana keinginan yang muncul secara tiba-tiba saja, maka orang tersebut tidak dapat dikatakan pemurah kerana belum tentu sifat tersebut tertanam di dalam jiwanya (Agus Salim Lubis,2012).

Akhlak itu dapat dikatakan ibarat jiwa yang bentuknya bersifat batin. Akhlak membawa pengertian menyeluruh iaitu perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah dalam jiwa manusia (Ab. Aziz Mohd Zain, 2006). Akhlak itu bukanlah perbuatan melainkan gambaran atas jiwa yang tersembunyi. Akhlak boleh dikatakan nafsiah (bersifat kejiwaan) dan yang dapat dilihat dinamakan tindakan. Oleh itu, akhlak ialah sumber manakala tindakan ialah bentuknya.

Al- Ghazalī berpendapat bahawa akhlak bukan sekadar perbuatan, kemampuan melakukan sesuatu ataupun pengetahuan tetapi akhlak harus menggabungkan dirinya dengan keadaan jiwa yang bersedia untuk melakukan perbuatan dan ia bersifat kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kesempurnaan akhlak tidak hanya bergantung kepada suatu aspek peribadi akan tetapi bergantung kepada empat kekuatan didalam diri manusia yang menjadi unsur terbentuknya akhlak baik dan buruk. Kekuatankekuatan itu ialah kekuatan ilmu, nafsu syahwat, amarah dan kekuatan keadilan (alGhazalī, 2000).

(a) Konsep Baik dan Jahat Imam al- Ghazalī membahagikan akhlak kepada dua jenis: akhlak yang baik (mahmudah) dan akhlak yang buruk (mazmumah). Dalam Ihya’ Ulum al-Din, Imam alGhazalī membincangkan tentang akhlak yang menghancurkan (muhlikat) dan akhlak yang menyelamatkan (munjiyat).

Akhlak yang buruk adalah seperti nafsu makan, banyak bercakap, dengki, kikir, cinta dunia, sombong, ujub dan takbur serta riak. Manakala akhlak yang baik adalah seperti taubat, khauf, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, dan jujur, tawakal, cinta, reda dan ingat mati. Seseorang itu hendaklah melatih dirinya bagi membiasakannya dengan budi pekerti yang baik dan meninggalkan kebiasaan yang buruk melalui bimbingan dan latihan. Selanjutnya, Imam al- Ghazalī menyatakan bahawa semua etika keagamaan tidak mungkin akan dapat meresap masuk ke dalam jiwa sebelum jiwa itu sendiri dibiasakan dengan kebiasaan baik dan dijauhkan daripada kebiasaan yang buruk.

(b) Rasulullah sebagai Ikutan yang Baik

َِّ ‫ول‬ ِ ‫قَ ْد َك ا َن لَ ُك ْم ِِف َر ُس‬ َّ ‫س نَ ةٌ لِ َم ْن َك ا َن يَ ْر ُج و‬ ‫اَّللَ َو ا لْيَ ْو َم‬ ْ ‫اَّلل أ‬ َ ‫ُس َو ةٌ َح‬ َّ ‫ْاْل ِخ َر َوذَ َك َر‬ ‫اَّللَ َك ثِۡيًا‬ “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang)”. (Al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad SAW merupakan sumber rujukan dan ikutan terbaik bagi setiap manusia yang bergelar Muslim. Ini disebabkan:

i.

Baginda telah mengamalkan dan menjalani kehidupan berasaskan didikan alQuran. Ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT dalam surah al-A’raf yang bermaksud:

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)”

ii.

Pengiktirafan, pujian dan anjuran Allah SWT supaya berakhlak sebagaimana akhlak Rasulullah SAW.

Ciri-ciri Akhlak Mulia

Dalam kitab “Ihya ‘Ulumuddin” jilid 3, Imam al- Ghazalī menerangkan bahawa ada 26 ciri-ciri orang yang berakhlak mulia, iaitu: (1) Merasa malu melakukan perbuatan buruk (‫( ; )كثير الحياء‬2) Tidak menyakiti atau menyinggung perasaan orang lain (‫( ; )قليل األذى‬3) Selalu bersikap baik kepada orang lain (‫( ; )كثيرالصالح‬4) Berkata jujur (‫; )صدوق اللسلن‬ (5)Tidak banyak berbicara (‫( ; )قليل الكالم‬6)Banyak berkarya (‫( ; )كثير العمل‬7)Sedikit melakukan kesalahan (‫(; )قليل الزلل‬8)Tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu, baik dalam perkataan mahupun perbuatan (‫( ; )قليل الفضول‬9) Berbuat kebajikan kepada sesama makhluk, khususnya manusia. Sedekah, Hasil tulisan yg bermanfaat (‫( ;)بارا‬10) Menyambung tali silaturrahim (‫)وصوال‬.

Seterusnya ,(11) Menghormati orang lain, sama ada yang masih muda mahupun yang sudah tua (‫( ; )وقورا‬12) Selalu bersyukur kepada Allah SWT (‫( ; )شكورا‬13) Bersabar menghadapi segala ujian hidup (‫( ; )صبورا‬14) Redha terhadap apa yang diberikan Allah SWT (‫( ; )رضيا‬15) Tidak mudah marah terhadap orang lain (murah hati: ‫( ; )حليم‬16)Belas kasihan kepada sesama makhluk, khususnya manusia (‫( ; )رفيقا‬17) Memelihara diri dari perbuatan maksiat (‫( ; )عفيفا‬18) Kasih sayang terhadap sesama makhluk (‫(; )شفيقا‬19) Tidak sembarangan melaknat sesuatu atau orang lain kalau belum jelas permasalahan dan hukumnya (‫( ; )ال لعانا‬20) Tidak suka mencela orang lain (‫(; )ال سبابا‬21) Tidak suka mengadu domba kepada orang lain (‫( ; )ال نماما‬22) Tidak melakukan ghibah (mengumpat-ngumpat) orang lain (‫( ; )ال مغتابا‬23) Tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu (‫(; )ال عجوال‬24) Tidak kikir terhadap harta yang dimiliki untuk menolong kesusahan orang lain (‫( ; )ال بخيال‬25) Tidak dengki kepada orang lain (‫( ;)ال حقودا‬26) Tidak hasad kepada orang lain (‫)الحسودا‬.

Kaedah Pemupukan Akhlak Muslim menurut pandangan Imam al- Ghazalī

Tujuan akhlak adalah untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat bagi setiap muslim sesuai dengan ajaran Al Qur’an dan Hadith. Imam al- Ghazalī menyatakan bahawa ketinggian akhlak merupakan kebaikan tertinggi. Kebaikankebaikan kehidupan semuanya bersumber pada empat perkara:

1. Kebaikan jiwa, iaitu ilmu, bijaksana, berani dan adil. 2. Kebaikan dan keutamaan badan, iaitu sihat dan kuat 3. Kebaikan luaran (al kharijiyah), iaitu harta, keluarga, pangkat, dan nama baik (kehormatan). 4. Kebaikan tuhan, iaitu bimbingan (rusyd), petunjuk (hidayah), pertolongan (taufiq) dan kepercayaan (tasdiq).

Berkaitan kaedah membentuk akhlak manusia, al Ghazalī mengambil perumpamaan antara guru dengan seorang doktor, seorang doktor mengubati pesakitnya sesuai dengan penyakit yang dideritanya. Tidak mungkin ia mengubati pelbagai penyakit dengan satu jenis ubat. Begitu juga seorang guru, ia tidak akan berhasil dalam menghadapi permasalahan akhlak dan pelaksanaan pendidikan anak murid secara umum dengan hanya menggunakan satu kaedah sahaja, guru harus memilih kaedah pendidikan yang sesuai dengan usia dan keadaan anak murid tersebut.

Imam al- Ghazalī meletakkan lima faktor yang boleh mempengaruhi pembangunan akhlak seseorang iaitu: (1) Tazkiyah al-Nafs atau pembersihan jiwa; (2) Mujahadah atau melawan hawa nafsu; (3) Melazimi amalan kebaikan; (4) Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk; dan (5) Muraqabatullah atau pengawasan diri terhadap Allah SWT (al-Ghazali, 2003).

Tazkiyah al-Nafs atau Pembersihan Jiwa

Pertama, kaedah tazkiyah al-nafs. Dari sudut Bahasa, tazkiyah bermaksud penucian, pembersihan dan penyuburan diri sera penyingkiran segala bentuk perkembangan yang tidak dikehendaki dan segala perkara yang tidak baik (Ansari,

1983). Dari segi istilah, tazkiyah ialah suatu usaha gigih dan bersunggguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri seseorang manusia dari sifat-sifat buruk yang menjadi penghalang kepada penyuburan akhlak mulia.

Kaitanya dengan pembinaan akhlak, al- Ghazalī menganalogikan kaedah ini dengan kaedah pembinaan badan. Untuk menghindarkan badan dari rasa sakit iaitu dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan badan sakit, demikian pula dengan jiwa. Untuk menghindarkan jiwa dari penyakit maka haruslah menjauhi perkara yang menjadi penyakit jiwa Jiwa yang sakit harus disucikan sepertimana pengubatan bagi badan yang sakit. Kaedah ini terdiri dari dua langkah iaitu takhliyah al-nafs dan tahliyah al-nafs. Takhliyah al-nafs adalah usaha mengosongkan diri daripada sifat-sifat tercela. Manakala tahliyah al-nafs menghiaskan diri dengan akhlak dan sifat terpuji.

Justeru itu, tazkiyah al-Nafs adalah proses pembersihan jiwa yang merupakan kunci utama dalam pembentukan akhlak yang baik. Hati manusia ibarat raja di dalam badan dan anggota lain, umpama tentera yang bersedia menerima arahan untuk bertindak. Jika hati manusia bersih, maka sudah tentu arahan yang baik sahaja dikeluarkan. Jika tidak, pasti arahan tersebut akan dikuasai unsur negatif maka bertindaklah anggota melakukan keburukan dan kejahatan (al- Ghazalī,2003).

Mujahadah atau Melawan Hawa Nafsu

Kedua, Mujahadah (bersungguh-sungguh), adalah melawan hawa nafsu daripada sifat mazmumah agar ia menjadi stabil dan...


Similar Free PDFs