KONSEP TADIKA ATAU PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN DOC

Title KONSEP TADIKA ATAU PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Author Ikmal Firdaus
Pages 23
File Size 556 KB
File Type DOC
Total Downloads 117
Total Views 350

Summary

KONSEP TADIKA ATAU PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN HAZRAD KHAN RAHMATULLAH KHAN NIK NUR ‘IZZATI RUSDI HAMZANIZA NOR HAMDAN NORISHAH MOHAMAD DAUD MASNITA HAZLINI MUSTAPHA JABATAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (20 ...


Description

KONSEP TADIKA ATAU PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN HAZRAD KHAN RAHMATULLAH KHAN NIK NUR 'IZZATI RUSDI HAMZANIZA NOR HAMDAN NORISHAH MOHAMAD DAUD MASNITA HAZLINI MUSTAPHA JABATAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (20 OKTOBER 2010) ABSTRAK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak- kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan turut menerangkan definisi tadika, prasekolah dan komponen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dari aspek tunjang- tunjang, modul teras asas, modul bertema dan jadual peruntukan masa dalam prasekolah mengikut modul asas dan modul bertema. Turut disertakan dalam penulisan ini adalah ulasan umum berkaitan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan serta perbezaan antara Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 berdasarkan temubual bersama guru prasekolah. Perbezaan yang dapat dikenal pasti adalah dari segi aspek tunjang-tunjang, peruntukan masa dalam prasekolah, penggunaan bahasa di prasekolah dan lain-lain lagi. Hasil penulisan ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Contohnya, guru-guru prasekolah, pihak JPN, pihak Kementerian, para ibu bapa, dan ramai lagi bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 1...


Similar Free PDFs