Meminum minuman Yang memabukkan PDF

Title Meminum minuman Yang memabukkan
Course Islamic Criminal Law
Institution Universiti Kebangsaan Malaysia
Pages 3
File Size 158.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 53
Total Views 689

Summary

Mengikut pandangan jumhu, arak di sini bererti semua bahan yang memabukkan yangmenggunakan nama apa sekalipun dan sama ada ia diproses dari bahan-bahan tertentu contohnyaseperti buah anggur, tamar, gandum, sya’ir, beras dan lain-lain dan sama ada ia dapatmemabukkan meskipun seseorang itu mengambil d...


Description

Mengikut pandangan jumhu, arak di sini bererti semua bahan yang memabukkan yang menggunakan nama apa sekalipun dan sama ada ia diproses dari bahan-bahan tertentu contohnya seperti buah anggur, tamar, gandum, sya’ir, beras dan lain-lain dan sama ada ia dapat memabukkan meskipun seseorang itu mengambil dengan kuantiti yang sedikit atau ia mungkin memabukkan jikalau diambil dengan banyak. Manakala menurut Abu Hanifah, apa yang dimaksudkan dengan arak di sini adalah minuman tertentu dari bahan-bahan yang memabukkan di mana ia jenis minuman memabukkan yang diproses dari buah anggur sampai ke peringkat mengeluarkan buih1. Dalil tentang minuman yang memabukkan ini didapati di dalam Surah Al-Baqarah ayat 219 yang berbunyi: ۖ ‫ﺴ ۗ ِﺮ ﻗُ ْﻞ ﻓِﯿْ ِﮭ َﻤﺂ اِﺛْ ٌﻢ َﻛﺒِﯿْ ٌﺮ ﱠو َﻣﻨَﺎﻓِ ُﻊ ﻟِﻠﻨﱠﺎ‬ ‫ﻘﻮنَ ۗە ﻗُ ِﻞ اﻟْﻌَ ْﻔ ۗ َﻮ‬ ِ ْ‫ﻠﻮﻧَ َﻚ َﻋ ِﻦ اﻟْ َﺨ ْﻤ ِﺮ َواﻟْ َﻤﯿ‬ ْ َ‫سِ َواِﺛْ ُﻤﮭُ َﻤﺂ اَ ْﻛﺒَ ُﺮ ِﻣ ْﻦ ﻧﱠﻔْ ِﻌﮭِ َﻤ ۗﺎ َوﯾ‬ ْ َ‫۞ ﯾ‬ ْ ُ ِ‫ﻠﻮﻧَ َﻚ َﻣﺎ َذا ﯾُﻨْﻔ‬ ْ ُ َٔ‫ﺴـ‬ ْ ُ ‫ﺴَٔـ‬ ۙ. َ‫اﻻ ٰﯾﺖِ ﻟَﻌَﻠﱠﻜُ ْﻢ ﺗَ َﺘﻔَ ﱠﻜ ُﺮ ْون‬ ّ ٰ ُ‫ﻛ َٰﺬﻟِ َﻚ ﯾُﺒَﱢﯿﻦ‬ ٰ ْ ‫ﷲ ُ ﻟَ ُﻜ ُﻢ‬ Maksudnya,Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakanlah, “Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah, “Kelebihan (dari apa yang diperlukan).” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu memikirkan. Selain itu, Surah Al-Maidah ayat yang ke-90 yang berkata: َ ْ ‫ﺎب َو‬ ‫ﺲ ﱢﻣﻦْ َﻋ َﻤ ِﻞ اﻟ ﱠ‬ ِ ْ‫ٰﯾٓﺎَﯾﱡ َﮭﺎ اﻟﱠ ِﺬﯾْﻦَ ٰا َﻣﻨُ ْٓﻮا اِﻧﱠ َﻤﺎ اﻟْ َﺨ ْﻤ ُﺮ َواﻟْ َﻤﯿ‬ َ‫ﻨﺒﻮهُ ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗُ ْﻔﻠِﺤُ ْﻮن‬ ْ َ‫ﺸﯿْ ٰﻄ ِﻦ ﻓ‬ ُ ‫ﺼ‬ ٌ ‫اﻻ ْز َﻻ ُم ِر ْﺟ‬ َ ْ‫ﺴ ُﺮ َو ْاﻻَﻧ‬ ْ ُ ِ َ‫ﺎﺟﺘ‬ Ayat ini bermaksud “Wahai'orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” Tambahan lagi, Surah An-Nisa ayat 43 turut menekankan tentang arak dimana ia berbunyi: ‫ﺳﺒِﯿْ ٍﻞ َﺣ ٰﺘّﻰ ﺗَ ْﻐﺘ َِﺴﻠُ ْﻮا ۗ َواِنْ ُﻛ ْﻨﺘُ ْﻢ‬ ُ ‫ﺼ ٰﻠﻮةَ َواَ ْﻧﺘُ ْﻢ‬ ْ ُ َ‫ﺳﻜ َٰﺎرى َﺣ ٰﺘّﻰ ﺗَ ْﻌﻠَ ُﻤ ْﻮا َﻣﺎ ﺗ‬ ‫ٰﯾٓﺎَﯾﱡ َﮭﺎ اﻟﱠ ِﺬﯾْﻦَ ٰا َﻣﻨُ ْﻮا َﻻ ﺗَﻘْ َﺮﺑُﻮا اﻟ ﱠ‬ َ ‫ﻘﻮﻟُ ْﻮنَ َو َﻻ ُﺟﻨُﺒًﺎ اِ ﱠﻻ ﻋَﺎﺑِﺮِ ْي‬ ٓ ٰ ‫ﱠﻣ ْﺮ‬ ‫ﺿﻰ اَ ْو ﻋ َٰﻠﻰ‬ ٰ ۤ ُ ۤ َ َ َ ‫ﷲ‬ ٰ ُ ‫نﱠ‬ ‫ا‬ ۗ ‫ﻢ‬ ‫ﻜ‬ ‫ﯾ‬ ّ ۤ َ ‫ﺪ‬ ‫ﯾ‬ ِ ْ ْ ِ ْ ‫ﺴ ُﺤ ْﻮا ﺑِ ُﻮ ُﺟ ْﻮھِﻜ ْﻢ َوا‬ َ‫َ َﻛﺎن‬ َ ‫ﺻ ِﻌﯿْﺪًا طﯿﱢﺒًﺎ ﻓﺎ ْﻣ‬ َ ‫ﺴﺎ َء ﻓَﻠَ ْﻢ ﺗَ ِﺠﺪ ُْوا َﻣﺎ ًء ﻓ َﺘﯿَ ﱠﻤ ُﻤ ْﻮا‬ َ ‫ﺴﺘُ ُﻢ اﻟﻨﱢ‬ ْ ‫ِٕ ِﻂ ا َْو ﻟ َﻤ‬‫ﺳﻔَ ٍﺮ اَ ْو َﺟ ۤﺎ َء اَ َﺣ ٌﺪ ﱢﻣﻨْ ُﻜ ْﻢ ﱢﻣﻦَ اﻟْ َﻐﺎ‬ َ .‫َﻋﻔُ ّﻮًا َﻏﻔُ ْﻮ ًرا‬ Ayat 43 surah an-nisa ini bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak

1

Paizah Haji Ismail, Undang-Undang Jenayah Islam,Tradisi Ilmu Sdn Bhd, Petaling Jaya,2002, p 202.

mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun. Berdasarkan ayat-ayat yang menekankan pengharaman arak ini, ia jelas bahawa meminum arak adalah dosa besar, perbuatan setan dan dihalang daripada solat jika berada di dalam keadaan memabukkan serta menghalang kita daripada mengingati dan beribadah kepada Allah SWT. Berdasarkan Hadith Nabi Muhammad SAW, ‫ﺳ َﻜ َﺮ ﻓَﮭُ َﻮ َﺣ َﺮا ٌم‬ ْ َ‫اب أ‬ ٍ ‫ﻛُ ﱡﻞ ﺷ ََﺮ‬ Ia bermaksud “Semua yang memabukkan adalah haram”. (Riwayat Bukhari (5263) dan Muslim (2001) Prinsip Syariah Minum arak dalam Islam adalah haram dan apabila sesuatu itu diharamkan kepada setiap umat Islam jika ada yang membuat juga tanpa mengendahkan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT maka pasti ada hukumannya. Hukuman bagi meminum minuman yang memabukkan ini adalah hukuman sebat sebanyak 40 kali atau 80 kali. Peminum arak juga mengikut hukum perlu disebat sebanyak 40 kali berdasarkan kepada hadis daripada Anas: "Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar." (Riwayat Muslim (17062). Elemen-elemen perbuatan meminum minuman yang memabukkan ini adalah (a) tidak kira kahmr, (b) tidak kira perahan anggur atau makanan-makanan lain (c) tidak kira diambil dalam kuantiti banyak atau sedikit (d) tidak kira peminum sempat menjadi mabuk atau belum. Prinsip Syariah Malaysia jika berdasarkan Enakmen-Enakmen yang terdapat di setiap negeri. Di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 di bawah Seksyen 19 (1) ia telah memperuntukkan bahawa (1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Selain itu, jika berdasarkan Enakmen Jenayah Negeri Sembilan 1992 pada Seksyen 78 ia telah memperuntukkan “Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.” Kes Mengenai Meminum Minuman yang Memabukkan

2

Mstar.2019. 18 Januari.

Kes Norazlisham Bin Ramli lwn Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan3, Perayu di dalam kes ini iaitu Norazlisham telah didapati meminum minuman yang memabukkan di sebuah kelab yang terletak di Nilai. Norazlisham telah mengaku bersalah sebanyak tiga kali. Sebagai hukuman perayu dipenjarakan 30 hari atau didenda atau sebanyak RM 2,500.00. Seterusnya, di dalam kes Abd Razak Othman v Ketua Pendakwa Syarie Melaka4 , Abdul Razak yang berumur 44 tahun melalui satu operasi pencegahan dan perayu ini didapati telah melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan. Perayu telah dikenakan hukuman denda maksima sebanyak RM 3,000.00 dan penjara selama tiga bulan dan jika perayu enggan membayar denda maka hendaklah dipenjarakan tiga bulan lagi sebagai tambahan dan wang jaminan dibenarkan jadi denda. Penaplikasian di Malaysia ini adalah berbeza kerana ia tidak melaksanakan hukuman sebatan sebanyak 40 kali seperti mengikut Sabda Nabi s.a.w akan tetapi bagi pesalah-pesalah mereka akan dikenakan hukuman untuk membayar denda atau dipenjarakan. Sesungguhnya, untuk mengurangkan kes meminum minuman yang memabukkan ini, hukumannya seharusnya ditambahkan lagi agar dapat memberi pengajaran kepada umat Islam seperti melaksanakan hukuman sebatan sebanyak 40 kali.

3

(2001) JH XV/II 165

4

[2007] 23(2) JH 212...


Similar Free PDFs