MENCERNA KARYA YASMIN AHMAD DALAM KONTEKS PERKAHWINAN CAMPUR PDF

Title MENCERNA KARYA YASMIN AHMAD DALAM KONTEKS PERKAHWINAN CAMPUR
Author Ian Fadzil
Pages 10
File Size 121.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 39
Total Views 62

Summary

MENCERNA KARYA YASMIN AHMAD DALAM KONTEKS PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA Nik Ammar Syaffian bin Nik Mohd Fadzil, & Wan Ahmad Abd Hakim bin Wan Dagang (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan Abstrak Penulisan ini merupakan suatu usaha untuk menilai dan mengangkat kembali pem...


Description

MENCERNA KARYA YASMIN AHMAD DALAM KONTEKS PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA Nik Ammar Syaffian bin Nik Mohd Fadzil, & Wan Ahmad Abd Hakim bin Wan Dagang (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan Abstrak Penulisan ini merupakan suatu usaha untuk menilai dan mengangkat kembali pemikiran seorang pengarah filem Malaysia, Yasmin Ahmad ke arah mengetengahkan idea perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat majmuk. Metodologi penulisan adalah melalui analisis dokumen dengan sumbernya termasuklah video, buku, artikel, penulisan akademik serta pandangan peribadi individu. Kupasan yang dilakukan secara berhati-hati, sedikit sebanyak mampu mentafsir karya beliau, sama ada dari sudut yang positif atau negatif. Tema yang diketengahkan dalam karya-karya beliau merupakan sesuatu yang agak sensitif dalam struktur sosial masyarakat Malaysia. Dari satu sudut yang lain, ia juga merupakan suatu pandangan untuk mengangkat perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang bangsa dan agama; dari perspektif latar kehidupan di layar perak. Penulisan ini seterusnya merungkai permasalahan perpaduan dan kekangan yang dihadapi dalam merealisasikan idea melalui karya-karya beliau. Sesuatu yang sukar; tetapi sangat bermakna untuk dihayati. Kata kunci: Yasmin Ahmad, perkahwinan campur, gagasan Satu Malaysia dan kekangan Latar Belakang Salah satu komponen utama budaya terletak pada bahasa. Bahasa Melayu, yang juga merupakan bahasa rasmi Malaysia, dianggap sebagai sesuatu yang sangat tinggi martabatnya. Penggunaan sebutan, ejaan dan tatabahasa yang betul penting dan diguna pakai baik dalam media cetak ataupun elektronik. Sebarang kesilapan dalam bahasa ini akan menyebabkan iklan ataupun bahan bercetak dilarang daripada diterbitkan. Namun, kepelbagaian linguistik secara verbal dalam dialog karya Yasmin Ahmad menjadi suatu ramuan yang mewakili pelbagai kaum yang wujud. Kesemua pelakon berbangsa Cina bertutur dalam bahasa Mandarin (Dialek Kantonis dan Hakka). Begitu juga dengan pelakon Melayu dan India yang masing-masing bertutur dalam bahasa Melayu dan Tamil. Namun kesemua mereka mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris yang menunjukkan senario sebenar Malaysia (Mohd Mokhtar Ritchie, 2011). Ironinya, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, serta berbeza latar belakang cenderung untuk menggunakan bahasa yang dipertuturkan seharian mereka apabila berbual antara satu sama lain. Selalunya, bahasa Melayu dan Inggeris akan dicampur serta ditambah dengan perkataan lain daripada bahasa Mandarin dan Tamil. Malahan, imbuhan -lah, meh serta -woh adalah perlu, biarpun tidak memberi sebarang perubahan makna pada ayat. Bahasa baharu ini dikenali sebagai ‘Manglish’ iaitu singkatan daripada ‘Malaysian English’. Walaupun perbendaharaan kata yang berkenaan sebahagian besarnya Bahasa Inggeris, tatabahasa yang tidak, dan pembinaan ayat dalam bahasa Inggeris hampir seolah-olah tanpa struktur. Secara kasarnya, kita dapat melihat watak-watak dalam filem beliau menuturkan ‘Manglish’ hampir pada setiap karyanya baik filem mahupun iklan. Sebagai contoh, dalam filem ‘Sepet’, apabila Orked bertemu dengan Jason di sebuah pasar lambak, mereka berbual dalam ‘Manglish’. Malahan, beberapa perkataan bahasa Mandarin turut dituturkan oleh Orked, menunjukkan bahawa martabat bahasa lain turut diangkat sebagai sumber pengukuhan bangsa. Mereka bagaikan memahami antara satu sama lain melalui penyatuan bahasa yang sama.

62

Dalam menghasilkan karyanya, Yasmin Ahmad mentafsirkan Malaysia sebagai Malaysia pada dasarnya yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang di wakili oleh kaum Melayu, Cina dan India secara keseluruhan. Malahan, beliau pernah mengatakan bahawa, ‘Anda perlu menjadi seorang Malaysia, barulah anda akan faham apa sebenarnya yang hendak saya sampaikan.’ Dalam mencerminkan bagaimana sebenarnya masyarakat Malaysia, dialog yang digunakan adalah gabungan Bahasa Inggeris, Melayu, Kantonis, Hokkien dan Peranakan Patois. Namun masih terdapat sari kata dalam Bahasa Inggeris bagi penonton yang sukar memahami bahasa-bahasa tertentu. Ia menjelaskan kepada penonton secara tidak langsung tentang tempattempat serta peristiwa bersejarah dalam hidup kita serta sejarah negara secara amnya. Maka, tidak salah untuk kita mengatakan bahawa beliau adalah seorang penerbit filem kreatif yang bermutu dan berintegriti. Tema Cinta Sebagai Alat Perpaduan Bermula dengan teledrama Rabun (2003), filem Sepet (2004), Gubra (2005), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), kebanyakannya telah menimbulkan kontroversi berdasarkan genre filemnya yang lebih berkisar kepada hubungan antara kaum, agama dan budaya yang agak terbuka dan liberal (Lee Yuen Beng, 2015). Hal ini memberi gambaran bahawa hubungan antara kaum yang disadurkan dengan tema percintaan memberi konotasi yang kuat kepada perkahwinan campur. Beliau memberi sentuhan kepada aspek perkahwinan yang merupakan suatu cara untuk merapatkan perhubungan antara kaum di Malaysia. Yasmin Ahmad dilihat sebagai tokoh terbaik dalam meneroka pemikirannya mengenai perkahwinan campur kerana karyanya banyak mencerminkan perkara itu. Beliau menyimpulkan bahawa “Satu Malaysia tidak bermaksud awak akan menjadi lebih Melayu, ataupun saya menjadi lebih Cina dan kita menjadi lebih India. Ianya adalah mengenai bagaimana kita meraikan perbezaan ini”. Malahan, beliau merumuskan bahawa tuhan menjadikan kita bersuku-suku bukannya untuk bermusuhan, namun untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Maka, perkahwinan adalah jalannya. Perkahwinan merupakan fitrah yang terdapat dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. Ia selaras dengan intipati al-Quran dari surah Yassin ayat 36 yang bermaksud; “Maha Suci Allah yang telah menjadikan pasangan-pasangan semuanya, baik daripada apa-apa yang ditumbuhkan di bumi dan daripada diri mereka mahupun daripada apa- apa yang tidak diketahui oleh mereka.” Hal ini dapat dibuktikan melalui ciptaan-ciptaan geografi yang ternyata wujud secara berpasang-pasangan termasuklah kejadian lelaki dan perempuan. Biarpun pemikiran Yasmin Ahmad berkisar mengenai isu sekular yang berkisar dalam masyarakat tempatan seperti isu identiti kebangsaan, permusuhan kaum serta kepincangan dalam agama, ia tidak memprovokasi mana-mana pihak. Malahan, apa yang cuba disampaikan adalah cinta dan kasih sayang di samping mempromosikan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Selain itu, isu pendidikan nasional atau lebih tepat lagi, sistem pendidikan vernakular sekolah Cina yang dinaungi oleh perlembagaan Malaysia mungkin tiada nilai komersil kepada ramai pemain perfileman arus perdana. Namun sebaliknya, sejak kebelakangan ini industri perfileman dilihat terus menunjukkan kesanggupan untuk menyatakan sudut pandang atau ‘sikap’ yang progresif kepada wacana-wacana sosiobudaya dan politik yang pastinya akan membuatkan audiens berfikir dan memberikan respons yang sewajarnya (Badrul & Faridah, 2011). Yasmin Ahmad adalah antara pendokongnya. Meneroka Pemikiran Yasmin Ahmad Dalam mengangkat tema cinta sebagai tunjang filemnya, Yasmin mengakui dia sentiasa dikecam hebat melalui nilai moral yang cuba untuk disampaikan. Namun, ini tidak sedikit pun mematahkan semangatnya dalam menterjemahkan idea secara transperan dan menyeluruh, tanpa batasan yang menyekat. Sekali gus, ia memartabatkan tema ini sebagai suatu sumbangan terhadap masyarakat yang lebih baik serta berkualiti. Filem Talentime (2009) berkisar mengenai seorang Melayu-Inggeris, Melur yang jatuh cinta dengan seorang India (Mahesh) dalam sebuah pertandingan uji bakat di sekolah menengah. Manakala Sepet (2004) juga mengenai cinta dua bangsa berbeza antara Orked, lakonan Sharifah Amani yang jatuh cinta dengan seorang penjual VCD cetak rompak, Jason. 63

Muallaf (2006) pula menceritakan tentang seorang Cina-Katolik yang kurang beramal dengan agamanya, yang akhirnya jatuh cinta dengan kakak pelajarnya. Uniknya, biarpun mereka berbeza agama, namun semua agama menuntut penganutnya cinta dan taat kepada ibu bapa. Di situlah cinta mulai berputik. Jika diteliti, Yasmin banyak meluahkan ideanya terhadap percintaan antara dua bangsa yang berbeza melalui filemnya bagi menggambarkan bahawa cinta itu transparen serta tulus lahir dalam setiap insan. Sebelum pembikinan filem pertama Sepet (2004), Yasmin Ahmad telah mencuba bakat beliau melalui telefilem Rabun (2003) berdasarkan kisah ibu bapanya. Didorong dengan kesakitan bapanya, beliau merasakan suatu keterdesakan dalam memberi semangat supaya bapanya terus pulih. Maka, atas faktor perasaan hormat dan kasih sayang yang mendalam terhadap ibu bapa, muncullah telefilem ini. Penyatuan ini menggambarkan mereka sebagai pasangan yang terus untuk mandi bersama-sama dan yang mengusik antara satu sama lain walaupun mereka dalam usia 70-an. Rabun (2003) yang disifatkan sebagai suatu ‘hadiah’ buat ibu bapanya mendapat tempat di hati masyarakat dunia. Namun, rata-rata netizen mengutuk hasil seni ini yang disifatkan terlalu melampaui adat. Malahan poster yang dipamerkan juga dikecam akibat menonjolkan aksi mesra pelakon yang bukan sebenarnya suami isteri. Namun, persoalannya, kenapa unsur yang baik seperti cinta dan kasih sayang suami isteri dianggap jelik? Mengapa pula nilai yang lain seperti keganasan, diskriminasi dan perkara lain yang kurang bermoral adalah lepas pada tayangan televisyen nasional? Yasmin Ahmad beranggapan bahawa penderaan terhadap isteri, suami menduakan isteri, dan perbuatan serta kelakuan yang bersifat benci ini sering ditayangkan dalam drama televisyen. Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa perbuatan dan kelakuan yang bersifat kasih sayang boleh ditayangkan; tetapi akhirnya filem Rabun telah dikecam oleh media massa kerana mempersembahkan babak suami isteri yang sudah tua sedang mandi bersama-sama. Sementara itu, dalam Talentime (2009), watak Mahesh juga ditunjukkan sejak dari awal filem sebagai seorang yang berbeza daripada masyarakat kerana beliau adalah satu-satunya berjalan, sedangkan orang lain masih berdiri apabila lagu Negara ku dimainkan. Mahesh sedar kepada banyak perbezaan budaya (campuran atau pertembungan antara budaya yang berbeza termasuk etnik) sekelilingnya. Dia tidak banyak bercakap (seolah-olah bisu) dan menghabiskan lebih banyak masa mendengar perbualan orang. Mungkin watak ini adalah metafora yang digunakan oleh Yasmin memberitahu kita untuk "kurang bercakap, lebih mendengar" untuk melibatkan orang-orang yang budayanya berbeza. Juga, bapa saudaranya Ganesh memberitahu beliau untuk menjadi berani dan memilih gadis yang dia mahu kahwini; dan tidak menjadi seperti bapa saudaranya yang kesal tidak berkahwin dengan teman wanita India Muslim itu kerana keluarganya membantah hubungan mereka. Mahesh telah lama terdedah kepada keadaan dan ideologi (oleh bapa saudaranya) untuk menjadi yang berbeza dan memecahkan normanorma perkahwinan yang diaturkan. Ia telah mendengar dan belajar daripada cerita bapa saudaranya. Oleh itu, apabila dia mengembangkan perasaan untuk Melur dan dicemuh oleh ibunya, dia berlutut merayu untuk perasaannya terhadap gadis yang dicintainya. Jika kita melihat watak Orked dalam Sepet (2004) secara konsisten, beliau adalah berbeza daripada rakan-rakan Melayu dan keinginan beliau untuk berbudaya antara kaum dengan menaruh perasaan kepada Jason. Mahesh dalam Talentime (2009) mempunyai kes yang seakan sama dalam erti kata bahawa dia juga merupakan seseorang yang berbeza dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, dia benar-benar mula melanggar norma budaya antara kaum selepas membaca e-mel bapa saudaranya dan kemudian lahirlah perasaan terhadap Melur. Didorong oleh perasaan beliau untuk gadis Melayu ini, Mahesh mengubah daripada seorang anak lelaki yang pada mulanya sepenuhnya taat kepada ibu bapa menjadi individu yang merayu dalam kes cinta antara kaum. Dalam konteks komersil, Petronas sentiasa tampil dengan keistimewaan yang tersendiri pada setiap tarikh penting mahupun perayaan di Malaysia melalui karya-karya Yasmin Ahmad. Malahan, ia turut dianggap sebagai suatu strategi bagi meningkatkan imejnya melalui mesej 64

moral yang cuba di sampaikan. Imejnya sentiasa dikaitkan dengan identiti syarikat multinasional yang unggul (Rozita, 2014). Hal ini bukan sahaja akan membina suatu jaringan perniagaan yang unggul, malahan akan memberi suatu impak positif terhadap perkembangan sosiobudaya dan hubungan etnik di Malaysia menerusi iklan yang malar segar dan sentiasa menggamit memori rakyat Malaysia, serta tidak luput ditelan zaman. Tan Hong Min’s Love Story merupakan sebuah iklan tajaan Petronas sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun 2008. Video ini berkisar mengenai Tan Hong Min, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemu ramah mengenai cintanya terhadap gadis bernama Umi Qazrina. Jawapan Tan Hong Ming kepada soalan-soalan penemu duga perlahan-lahan mendedahkan bahawa dia mahu untuk membawa gadis itu untuk makan malam pada suatu santapan romantik. Namun dia enggan memberitahu sesiapa mengenai cintanya, kerana bimbang diketawakan oleh seluruh insan yang mengenalinya, malahan yang lebih membimbangkan adalah penolakan yang mungkin akan diberikan oleh Umi. Menariknya, apabila penemu ramah bertanya soalan yang sama, Umi turut member respons yang sama. Tan Hong Min terkejut besar dan mereka beredar dari set rakaman. Iklan ini telah ditayangkan bagi meningkatkan kesedaran bagi meningkatkan kesefahaman antara kaum disamping sebagai suatu penjenamaan semula Petronas. Tan Hong Ming, yang merupakan seorang Cina Malaysia, tidak peduli bahawa Umi Qazerina adalah Melayu Malaysia. Dia sukakan gadis itu kerana Umi cantik memakai antinganting dan berambut tocang. Idea genius ini telah dikelolakan oleh Yasmin Ahmad, yang terkenal menerusi iklannya yang berunsur perhubungan kaum. Malah, Yasmin mengesahkan bahawa tiada skrip digunakan dan ianya jujur dari mulut kanak-kanak itu sendiri. Video itu berakhir dengan: "Anak-anak kita yang buta warna. Tidak perlu kita menjaga mereka dengan cara itu”. Ia merupakan salah satu daripada kempen ‘Buta Warna’ yang turut mengandungi beberapa iklan lain yang kesemuanya berkisar mengenai kanak-kanak. Apabila seseorang mengatakan bahawa mereka memilih untuk menjadi “celik warna kepada kaum”, ia sebenarnya agak mustahil kerana sebenarnya mereka memilih untuk celik kepada satu warna sahaja (Sarah, 2016) Menurutnya lagi, ‘Buta Warna’ turut bertujuan untuk menghantar mesej kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kanak-kanak dilahirkan tanpa mengenal stereotaip bangsa, malahan mereka berkawan tanpa melihat warna kulit. Namun apabila menginjak dewasa, kitalah yang menentukan bagaimana sebenarnya tanggapan mereka terhadap bangsa menerusi doktrin yang diklasifikasikan melalui susunan politik. Di sebalik slogan Satu Malaysia, Yasmin sebenarnya berdiri jauh dan lebih lama berbanding gagasan itu. Malahan dia sebenarnya berkongsi impian dengan anak-anak Malaysia dalam terus mengekalkan sifat ‘buta warna’ yang dimiliki oleh anak-anak ini. Sekali gus, dia menggunakan bakat-bakat yang ada dalam diri mereka bagi merobohkan ideologi bahawa pawagam adalah milik mutlak filem Melayu. Idea inilah sebenarnya yang memacu anugerah dan membawa imej Malaysia ke persada antarabangsa melalui karyanya yang jujur. Menyifatkan kehadirannya dalam industri perfileman negara sebagai tidak sengaja, dia bermula dengan membuat brosur untuk iklan pendek bagi jenama yang tidak terkenal. Namun dia mengakui hasil kerjanya disulami dengan kegembiraan dan gelak ketawa; namun penuh dengan keyakinan dan semangat yang kental. Perkahwinan Campur: Falsafah Sosiologi dan Kritikan Sosial Jika dilihat dari sudut pandang Yasmin Ahmad mengenai perkahwinan campur, beliau banyak bereksperimen dengan faktor persekitaran. Malahan, beliau akan terlebih dahulu memerhatikan sesuatu perkara dahulu lalu menginterpretasinya ke dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Menurut Amir Muhammad (2010) juga, karyanya adalah sesuatu yang ikhlas dan lahir dari hati, tulus serta transparen dan tidak disogokkan dengan faktor lain. Bagi rakyat Malaysia, sukar bagi mereka untuk berasa diterima dalam komuniti yang berbeza kerana perbezaan bahasa, agama dan gaya hidup. Perkahwinan campur yang berlaku di Malaysia membuatkan jurang perbezaan kaum dan etnik berkurangan. Hal ini menjadikan mereka berasa diterima oleh kepelbagaian dalam masyarakat. Malahan, ini sebagai suatu fakta bahawa manusia jatuh cinta dan berkahwin kerana kasih sayang yang wujud itu sendiri. 65

Hal ini adalah cinta yang ideal dalam mengatasi semua halangan, biarpun bangsa dan agama. Hal ini berkaitan dengan “Taboo” yang perlu dipecahkan (Taboo breaker). Pada pemahaman masyarakat bukan Islam di Malaysia, untuk mendapatkan status perkahwinan yang sah dengan orang Islam, mereka perlulah memeluk Islam terlebih dahulu. Namun, keperluan ini sedikit pun tidak ditimbulkan dalam perhubungan cinta antara Orked dan Jason dalam filem Sepet (2004). Biarpun Jason, seorang bukan Islam sedar mengenai perkara itu, malahan telah pun diperingatkan oleh rakannya lagi akan perkara tersebut, dia seolah-olah mengabaikan hal berkenaan. Sekali gus, ia memberikan suatu kebebasan luar biasa dalam penyampaian mesej yang cuba ditampilkan, dan pada akhirnya, watak Jason dimatikan apabila dia terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Maka suatu mesej yang cuba disampaikan adalah perhubungan cinta antara orang Islam dengan orang dari agama yang lain adalah sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan dalam filem beliau. Penerimaan kaum terhadap perhubungan campur ini turut dikritik oleh Yasmin. Pada pemikiran beliau kaum Cina lebih terbuka dalam menerima idea ini berbanding kaum Melayu. Apabila ibu Jason mula mengetahui perhubungannya dengan seorang gadis Melayu, dia terus berpesan supaya membawa gadis itu berjumpa dengannya. Ironinya, bapa Orked pula menentang keras idea mengenai perhubungan itu yang dilihat sebagai sesuatu yang salah. Namun, penerimaan ini mungkin juga kerana Orked adalah seorang Melayu dan dia adalah seorang Peranakan dan mereka mempunyai satu cara hidup yang agak sama. Berbeza dengan perkahwinan antara Melayu dan Cina, perkahwinan antara Cina dan India seolah-olah diraikan oleh masyarakat Malaysia. Malahan terdapat istilah khusus bagi menggambarkan perkahwinan ini iaitu ‘Chindian’. Ia mungkin dianggap sebagai suatu bangsa yang baharu (Chindian). Hal ini adalah berbeza dengan ‘Eurasian’ ataupun dalam istilah Melayu disebut Serani yang wujud berabad-abad lamanya sejak bangsa Eropah mula menjajah Asia Tenggara dan mula berkahwin dengan rakyat tempatan. Namun ‘Chindian’ itu sendiri dilihat sebagai suatu idea yang betul tentang konsep ‘Bangsa Malaysia’ kerana ianya adalah suatu hibrid kebudayaan dua kaum besar di Malaysia dan menghubungkan budaya dan cara hidup masyarakat Cina dan India secara rangkumannya (Kevin Bathman,2016). Kerajaan Malaysia menganggap ‘Chindian’ sebagai etnik yang tidak boleh dikelaskan. Hanya etnik bapa sahaja yang digunakan dalam menentukan taraf etnik seseorang. Disebabkan majoriti ‘Chindian’ adalah antara lelaki India dan wanita Cina, maka taraf sah majoriti anak-anak ‘Chindian’ di Malaysia diklasifikasikan sebagai ‘India’. Dalam iklan terakhir Yasmin Ahmad, Funeral (2009), ternyata cinta dan juga perkahwinan campur ‘Chindian’ ditampilkan secara jelas. Watak Puan Lee yang dilakonkan oleh pelakon, pengarah dan juga penulis skrip Jo Kukathas nyata menyentuh jiwa setiap penonton dengan skripnya. Uniknya kliennya adalah Kementerian Pembangunan, Belia dan Sukan Singapura sebenarnya adalah suatu usaha mempromosikan perkahwinan dalam kalangan belia (Lee Kian Seong, 2009). Hal ini kerana tren perkahwinan dalam kalangan belia adalah semakin menjunam jatuh akibat mentaliti moden dalam kalangan belia. Rata-rata mereka mencari pasangan yang ideal serta mempunyai kehidupan yang telah stabil, seperti mempunyai rumah, kereta serta pendapatan bulanan yang tetap. Namun, sebagai sebuah negara maju, perkara berkenaan dilihat agak sulit kerana rata-rata belia akan terikat dengan hutang seperti hutang pendidikan. Kesulitan ini ditambah pula apabila mereka mencapai tahap kewangan stabil melepasi tahap belia, mereka menjadi selesa dengan kehidupan bujang lantas tidak mahu berumah tangga dan mempunyai anak. Pemerhatian kasar Yasmin menyatakan bahawa rata-rata warga Singapura takut untuk berkahwin kerana mencari kesempurnaan dalam perhubungan. Namun beliau menjelaskan bahawa ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan perhubungan suami isteri menjadi lebih i...


Similar Free PDFs