NOTA BAB 1 Penggal 2 Ekonomi PDF

Title NOTA BAB 1 Penggal 2 Ekonomi
Author KIMBERLY ENYA ZENDER Moe
Course Introduction to Economics
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 9
File Size 250 KB
File Type PDF
Total Downloads 419
Total Views 552

Summary

NOTA BAB 1 PENGGAL 2PENGENALAN MAKROEKONOMIDefinisi : Isi Rumah : Individu atau sekumpulan individu yanmembuat keputusan ekonomi bersama-sama g tinggal dalam sesebuah rumah dan Firma : Organisasi yang menggunakandan perkhidmatan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang Kerajaan : Penentuan seseb...


Description

NOTA BAB 1 PENGGAL 2 PENGENALAN MAKROEKONOMI Definisi :

1) Isi Rumah : Individu atau sekumpulan individu yang tinggal dalam sesebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi bersama-sama

2) Firma : dan perkhidmatan

3) Kerajaan

Organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang

:

4) Sektor Luar : negara itu

Penentuan sesebuah negara mengawal dan melaksanakan undang-undang

Unit ekonomi yang menjalankan eksport dan import dengan sektor firma

Aliran Pusingan Pendapatan Negara Ekonomi 2 Sektor

Aliran Pusingan Pendapatan Negara Ekonomi 3 Sektor

Aliran Pusingan Pendapatan Negara Ekonomi 4 Sektor

Isi rumah menerima pendapatan daripada sektor firma melalui pasaran faktor. Pendapatan itu dibelanjakan sebahagiannya untuk membeli barang dan perkhidmatan melalui pasaran barang, sebahagian lagi digunakan untuk membayar cukai kepada kerajaan, sementara bakinya ditabung dalam institusi kewangan.

Sektor firma menerima pembayaran perbelanjaan penggunaan isi rumah. Pembayaran itu digunakan sebahagiannya untuk membayar pekhidmatan faktor melalui pasaran faktor,

sebahagian lagi digunakan untuk membayar cukai kepada kerajaan. Firma juga membuat pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan.

Sektor kerajaan menerima cukai daripada isi rumah dan firma. Cukai digunakan untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam untuk isi rumah dan firma.

Institusi kewangan berperanan sebagai penerima tabungan daripada isi rumah dan memberi pinjaman kepada firma untuk membuat pelaburan.

ISU MAKROEKONOMI

A) Definisi inflasi : Inflasi adalah keadaan di mana kenaikan tingkat harga umum secara berterusan

Sebab inflasi perlu ditangani :

i)Kos sara hidup meningkat. Ini menyebabkan masyarakat terpaksa berbelanja lebih dan kesannya menjejaskan taraf hidup masyarakat ii)Pendapatan benar menurun. Ini akan menyebabkan kuasa beli berkurang iii)Tabungan negara berkurang. Ini akan menyebabkan pengumpulan stok modal berkurang iv)Daya saing eksport terjejas. Ini kerana harga eksport meningkat da kesannya menjejaskan imbangan pembayaran v)Merugikan pemiutang dan menguntungkan penghutang.Ini kerana nilai benar yang dibayar lebih rendah daripada nilai benar pinjaman diberi vi)Agihan pendapatan tidak setara. Ini kerana inflasi akan menjejaskan golongan miskin dan kesannya kemiskinan mutlak akan meningkat vii)Susutnilai wang tempatan. Ini menyebabkan kos input mahal dan aliran modal akan terjejas

Langkah menangani inflasi :

i)Dasar fiskal menguncup - menurunkan perbelanjaan kerajaan *Ini akan mengurangkan perbelanjaan agregat. Kesannya permintaan agregat akan berkurang. Maka harga akan turun - meningkatkan cukai

*Ini akan mengurangkan pendapatan boleh guna. Kesannya penggunaan akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan agregat akan berkurang. Maka permintaan berkurang dan harga akan menurun

ii)Dasar kewangan menguncup - mengurangkan bekalan wang atau menaikkan kadar bunga dengan menjual surat jaminan kerajaan/ meningkatkan rizab berkanun. Ini akan mengurangkan bekalan wang di pasaran. Ini menyebabkan kuasa beli masyarakat jatuh. Ini akan mengurangkan tekanan harga barang

iii)Dasar kawalan langsung - kawalan kerajaan terhadap kegiatan ekonomi melalui undang-undang dan peraturan melalui dasar harga maksimum keatas barang-barang kawalan. Ini dapat mengurangkan kenaikan harga barang tersebut

B) Definisi pengangguran : keadaan dimana tenaga buruh yang sanggup bekerja pada kadar upah tertentu tetapi masih belum mendapat pekerjaan

Sebab pengangguran perlu ditangani :

i)Pembaziran sumber manusia. Kesannya pertumbuhan ekonomi terjejas ii)Kos sosial meningkat. Kadar jenayah akan meningkat iii)Meningkatkan beban kerajaan. Perbelanjaan kerajaan akan meningkat iaitu bayaran pindahan seperti elaun pengangguran iv)Kemiskinan meningkat. taraf hidup masyarakat akan meningkat i)Dasar fiskal mengembang - menaikkan perbelanjaan kerajaan *Ini akan menaikkan perbelanjaan agregat. Kesannya permintaan agregat akan meningkat. Maka pengangguran dapat diatasi - menurunkan cukai *Ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna. Kesannya penggunaan akan meningkat. Oleh itu, perbelanjaan agregat akan bertambah. Maka permintaan meningkat dan pengangguran dapat diatasi

ii)Dasar kewangan menguncup - menambahkan bekalan wang atau menurunkan kadar bunga dengan membeli surat jaminan kerajaan/ mengurangkan rizab berkanun. Ini akan meningkatkan bekalan wang di pasaran. Ini menyebabkan kuasa beli masyarakat meningkat. Ini akan mengatasi masalah pengangguran

iii)Latihan dan kemahiran iv)Penyebaran maklumat

C) Definisi pertumbuhan ekonomi : perkembangan kegiatan ekonomi yang digambarkan oleh kenaikan keluaran negara benar tahun semasa berbanding tahun sebelumnya

Sebab pertumbuhan ekonomi perlu ditangani :

i)Pertumbuhan ekonomi yang lembap akan menimbulkan masalah pengangguran

i)Meningkatkan kemahiran buruh - melaui latihan/kursus dan ini akan meningkatkan daya pengeluaran buruh. Ini akan menyebabkan pengeluaran barang dan perkhidmatan dapat ditingkatkan

ii)Meningkatkan teknologi - menghantar pekerja ke luar negara untuk menimba dan membawa balik teknologi baru. Penggunaan alat-alat berteknologi tinggi akan meningkatkan produktiviti. Ini akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi

iii)Meningkatkan pelaburan - galakan kepada pelabur, mengurangkan kadar bunga, mengecualikan cukai pelaburan, menyediakan zon perindustrian, dan lain-lain

iv)Meluaskan pasaran - perluaskan pasaran sama ada dalam atau luar negara akan menggalakkan pertambahan keluaran

D) Definisi imbangan pembayaran : penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urusniaga dan aliran wang yang dilakukan antara sebuah negara dengan negara yang lain

Sebab masalah imbangan pembayaran perlu ditangani :

i)Defisit imbangan pembayaran yang berterusan akan mengurangkan rizab mata wang asing.Ini akan menyebabkan kemerosotan nilai mata wang negara ii)Import yang berlebihan mengurangkan kegiatan ekonomi dalam negara

i)Menggalakkan eksport - memberi subsidi eksport, taraf perintis, intensif kepada industri eksport. Ini akan dapat meningkatkan jumlah eksport

ii)Mengawal import - mengenakan tarif kuota, maka jumlah import dapat dikurangkan

iii)Kawalan pertukaran asing - kerajaan perlu mengehadkan penjualan mata wang asing kepada pengimport

PETUNJUK EKONOMI

KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun

a) KNK nominal/semasa

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara berdasarkan harga pada tahun dihitung

b) KNK benar

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara berdasarkan harga tahun asas

IH0 = Indeks Harga Pengguna tahun asas IH1 = Indeks Harga Pengguna tahun semasa

c) KNK potensi

Definisi : Jumlah barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara apabila semua faktor digunakan iaitu KNK pada guna tenaga penuh

d) KNK sebenar

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang sebenarnya dicapai oleh sesebuah negara dlam tempoh setahun

KITARAN PERNIAGAAN

Definisi : satu keadaan yang menunjukkan ekonomi sesebuah negara melambung atau meleset

KADAR INFLASI

Definisi : peratusan perubahan tingkat harga umum tahun semasa berbanding tahun sebelumnya

KADAR BUNGA

Definisi : ganjaran keatas modal dalam bentuk peratus / ganjaran yang dibayar ke atas penggunaan sejumlah modal dan diukur dalam bentu peratus

a) Kadar bunga nominal

Definisi : kadar bunga yang dikenakan keatas sejumlah modal yang dipinjam

b) Kadar bunga modal

Definisi : kadar bunga selepas mengambil kira perubahan tingkat harga umum iaitu perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar inflasi

KADAR PENGANGGURAN

Definisi : peratus tenaga buruh yang tidak menjalankan kegiatan ekonomi / tidak bekerja berbanding tenaga buruh

KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI

Definisi : Peratus perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar benar tahun semasa (KDNK benart) berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar benar tahun sebelumnya (KDNK benar t-1)

AKAUN DAGANGAN

Definisi : menunjukkan aliran nilai eksport dan import barang nampak dan diukur melalui imbangan dagangan \ Imbangan dagangan = nilai eksport barang nampak - nilai import barang nampak

AKAUN DAGANGAN

Definisi : akaun yang mencatatkan semua urusniaga barang nampak, perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa...


Similar Free PDFs