PANDUAN GAYA PENULISAN KERTAS ILMIAH disediakan oleh PDF

Title PANDUAN GAYA PENULISAN KERTAS ILMIAH disediakan oleh
Author Mohd Razali Jaafar
Pages 22
File Size 1.6 MB
File Type PDF
Total Downloads 24
Total Views 58

Summary

PANDUAN GAYA PENULISAN KERTAS ILMIAH disediakan oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Draf DRP06042015 Pengenalan Apabila anda menulis bahan ilmiah seperti laporan projek, laporan penyelidikan tindakan atau artikel untuk jurnal, adalah pe...


Description

Accelerat ing t he world's research.

PANDUAN GAYA PENULISAN KERTAS ILMIAH disediakan oleh mohd razali jaafar

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

GUIDELINES FOR FINAL YEAR PROJECT PITA aDAa zAIn PANDUAN PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR Saya As Buku Panduan PITA Januari Wilber Lee

PANDUAN GAYA PENULISAN KERTAS ILMIAH

disediakan oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Draf DRP06042015

Pengenalan Apabila anda menulis bahan ilmiah seperti laporan projek, laporan penyelidikan tindakan atau artikel untuk jurnal, adalah penting sumber bahan atau idea orang lain diperakui dengan memetik sumber anda (cite your source) pada teks dan sumber penuhnya disenaraikan pada bahagian Rujukan. Sekiranya anda menyalin/meniru bahan atau idea ke dalam penulisan ilmiah anda tanpa memperakui sumber, anda dikatakan telah plagiat hasil orang lain dan ia dianggap sangat serius dikalangan pendidik. Terdapat beberapa panduan gaya penulisan standard yang digunakan dalam penulisan kertas ilmiah seperti manual penerbitan American Psychological Association (APA), manual gaya Chicago dan manual gaya Modern Language Association (MLA).

M

anual gaya utama digunakan dalam bidang pendidikan adalah APA dan panduan lengkap mengenainya terdapat pada Manual Terbitan APA (2010) yang kini pada edisi keenam. Anda juga boleh memperolehi maklumat mengenai gaya APA di laman sesawang dan beberapa pautan yang baik disenaraikan dalam Bibliografi.

1. Menulis Petikan Sumber Rujukan Dalam Teks (Citing Source in Text) Gaya APA menggunakan sistem nama keluarga pengarang-tarikh apabila menulis petikan sumber rujukan dalam teks.

Sistem ini

membolehkan rujukan yang lengkap dicari dengan mudah pada bahagian Rujukan.

1

………… … [beberapa perenggan dan ayat]…… ….......... …. menurut kajian Cain dan Abel (2014) kanak-kanak pra sekolah perlu …..

teks

………… … [beberapa perenggan dan ayat]…… ….......... Rujukan …… Cain, Z. A. & Abel, M. B. (2014). The psychology of preprimary children in handling stress. Journal of Stress Management. 16(3), 44-56.

Rujukan

…….

Dalam contoh di atas, Cain dan Abel adalah nama keluarga dua orang pengarang yang dipetik dalam teks. Maklumat penuh bagi sumber yang dipetik dalam teks ditulis dalam bahagian Rujukan. Z. A. bagi Cain dan M. B. bagi Abel adalah singkatan bagi nama penuh mereka selain nama keluarga. Nama penuh mereka adalah Zacharia Adam Cain dan McDonald Ben Abel. Perhatikan bahawa pada amnya nama akhir orang negara barat adalah nama keluarga.

1.1 Cara utama menulis petikan sumber rujukan dalam teks Terdapat tiga cara utama untuk menulis petikan sumber rujukan dalam teks:

2

Menurut Jonah dan Mathias (2013), burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik, Indonesia dan ……. Perkataan ‘dan’ digunakan apabila menghubungkan nama pengarang dalam ayat.

Perhatikan bahawa Jonah dan Mathias adalah nama

keluarga dua orang pengarang.

Burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik, Indonesia (Jonah & Mathias, 2013) dan ……. Tanda ‘&’

digunakan

apabila nama pengarang diletak

dalam

kurungan.

Pada 2013, penyelidikan oleh Jonah dan Mathias menunjukkan bahawa, burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Miri, Indonesia dan ……. Nama pengarang dan tarikh boleh diasingkan di dalam ayat yang sama.

1.2 Cara menulis dua atau lebih petikan sumber rujukan dalam teks Apabila dua atau lebih sumber rujukan dipetik dalam teks ia perlu disusun mengikut susunan menaik nama pengarang pertama setiap petikan. Beberapa kajian berkaitan dengan tingkahlaku ini pernah dijalankan (Boris & Spasky, 2014; David, John, & Ahmad, 2012; Zahidi, 2009). Tanda koma bertindih digunakan untuk mengasingkan setiap petikan sumber apabila kurungan digunakan.

3

Tiga kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkahlaku ini adalah Boris dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009). Tanda koma digunakan untuk mengasingkan setiap petikan sumber apabila tiada kurungan digunakan.

Beberapa kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkahlaku ini adalah Boris dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009, 2010, 2013). Perhatikan bahawa Zahidi telah menulis tiga artikel berkaitan dengan tingkahlaku.

1.3 Cara menulis petikan sumber rujukan dalam teks mengikut bilangan dan jenis pengarang Jadual 1 merumuskan cara menulis petikan sumber rujukan dalam teks mengikut bilangan dan jenis pengarang.

Jadual 1 Cara Menulis Petikan Sumber Rujukan Dalam Teks Mengikut Bilangan dan Jenis Pengarang Jenis petikan

Petikan pertama dalam teks

Petikan seterusnya dalam teks

Format kurungan, petikan pertama dalam teks

Format kurungan, petikan seterusnya dalam teks

Hasil oleh seorang pengarang

Bernard (2014)

Bernard (2014)

(Bernard, 2014)

(Bernard, 2014)

4

Hasil oleh dua orang pengarang

Chong dan Josh (2013)

Chong dan Josh (2013)

(Chong & Josh 2013)

(Chong & Josh 2013)

Hasil oleh tiga orang pengarang

David, Allen, dan Bash (2015)

David et al. (2015)

(David, Allen, & Bash, 2015)

(David et al., 2015)

Hasil oleh empat orang pengarang

McDonald, Pitza, Holland, dan Monah (2015)

McDonald et al. (2015)

(McDonald, Pitza, Holland, & Monah, 2015)

(McDonald et al., 2015)

Hasil oleh lima orang pengarang

Shaun, Maun, Dominado, Albert, dan Albert (2014)

Shaun et al. (Shaun, (2014) Maun, Dominado, Albert, & Albert, 2014)

(Shaun et al., 2014)

Hasil oleh enam atau lebih orang pengarang

Jonathan et al. (2014)

Jonathan et al. (2014)

(Jonathan et al., 2014)

(Jonathan et al., 2014)

Pertubuhan (mudah dikesan melalui singkatannya) sebagai pengarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2015)

KPM (2015)

(Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2015)

(KPM, 2015)

Pertubuhan (tiada singkatan) sebagai pengarang

Universiti Timbuktu (2014)

Universiti Timbuktu (2014)

(Universiti Timbuktu, 2014)

(Universiti Timbuktu, 2014)

Daripada Jadual 1 boleh disimpulkan bahawa apabila petikan melibatkan lima atau kurang pengarang pada kali pertama, tulis semua 5

nama. Apabila bilangan pengarang melebihi lima orang, tulis nama pertama diikuti ‘et al’. Sekiranya petikan yang sama diulangi pada kali kedua dan ke atas, tulis nama pertama diikuti ‘et al.’ apabila bilangan pengarang tiga atau lebih orang pengarang. Chong, David dan Raymond (2014) telah menggunakan modul Pembelajaran Berasaskan Masalah sebagai intervensi dalam kajian mereka untuk ……. [Beberapa ayat lain dalam perenggan sama] …….. Dapatan kajian Chong et al. bercanggah dengan dapatan pengkaji-pengkaji lain seperti ….. Mona dan Masoud (2015) mendapati bahawa modul PBM sangat sesuai digunakan ….. [Beberapa ayat lain dalam perenggan sama] …… Mona dan Masoud telah ……

Perenggan sama

[Perenggan baru] …. Chong et al. (2014) …. Begitu juga dapatan Mona dan Masoud (2015) …

Perenggan lain

Perenggan sama

Perhatikan: 

Apabila petikan yang melibatkan tiga atau lebih pengarang diulang dalam teks, ‘et al.’ digunakan dalam petikan-petikan seterusnya. Hal ini tidak berlaku untuk dua pengarang.



Apabila petikan diulang dalam perenggan yang sama, tahun tidak diperlu disebut walaupun petikan melibatkan seorang pengarang.

1.4 Cara menulis nama pengarang Melayu, Cina dan India Pada amnya nama keluarga digunakan apabila menulis petikan sumber rujukan. Sekiranya seseorang pengarang tiada nama keluarga nama akhir digunakan. Nama keluarga pengarang Negara barat biasanya adalah nama akhir. Misalnya nama keluarga Alan White adalah White, dan Gayle adalah nama keluarga bagi Crystal Mary Gale.

Pengarang Cina juga memiliki nama keluarga; Chong adalah

nama keluarga bagi Chong Kah Jin dan Tan adalah nama keluarga

6

bagi Melisa Tan Liew Sin.

Bagi pengarang Cina, biasanya nama

pertama adalah nama keluarga. Orang Melayu dan India biasanya tiada nama keluarga. Dalam keadaan

ini,

menurut

gaya

APA,

nama

akhir

(nama

bapa)

menggantikan nama keluarga seperti Ismail untuk Zurida binti Ismail dan Mudaliar untuk Ganesan Palaniandy a/l Swamikanu Mudaliar. Panduan oleh Univiersity of Malaya Library (APA Formatting and Style Guide, t.t.) mencadangkan supaya nama penuh digunakan tetapi tanpa bin, binti, a/l, a/p dan gelaran yang perolehi dan bukan diwarisi seperti Dr dan Haji.

Nama Penuh

Ditulis sebagai

Abdullah bin Ali

Abdullah Ali

Tan Sri Dr Ali bin Hamzah

Ali Hamzah

Raja Jamaludin bin Raja Ali

Raja Jamaludin Raja Ali

Dr Subramaniam a/l Asirvatham Kovilpillai

Subramaniam Asirvatham Kovilpillai

Phang Sin Nam

Phang

Albert Phang Sin Nam

Phang

Perhatikan bahawa Raja adalah gelaran yang diwarisi.

Anda akan melihat dua atau lebih sistem digunakan untuk nama pengarang Melayu dan India dalam kertas ilmiah. Yang penting adalah gaya perlulah konsisten.

Dicadangkan Kampus Ipoh menggunakan

sistem oleh Universiti Malaya untuk nama pengarang Melayu dan India.

7

1.5 Kes-kes khas untuk menyebut tahun dalam petikan Menurut Zahidi (t.t.), masalah tingkahlaku … Sekiranya tiada tarikh disebut dalam artikel. Juga boleh digunakan ‘n.d.’ yang merupakan singkatan untuk ‘no date’.

Menurut Zahidi (in press), masalah tingkahlaku … Artikel yang telah diterima untuk diterbit tetapi belum diterbit.

Menurut Zahidi (2010, 2011), masalah tingkahlaku … Merujuk kepada dua artikel yang ditulis oleh pengarang yang sama pada dua tahun yang berlainan.

Menurut Zahidi (2010b, 2010c), masalah tingkahlaku … Sekurang-kurangnya tiga artikel Zahidi berlainan yang diterbit pada tahun yang sama (2010) dipetik dan artikel b dan c beliau adalah berkaitan dalam petikan ini.

1.6 Memetik sumber sekunder Menurut Alim (seperti disebut dalam Zahidi, 2014, m.s. 14-15) … Perhatikan bahawa apabila memetik sumber sekunder seperti Alim, gunakan ‘seperti disebut dalam’ untuk merujuk kepada sumber asal dan sertakan halaman-halaman berkaitan. pada sumber sekunder.

Tidak perlu menyebut tarikh

Hanya ‘Zahidi’ perlu disenaraikan dalam

8

Rujukan. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan banyak sumber sekunder.

1.7 Komunikasi Peribadi Apabila memetik bahan rujukan yang tidak dapat diperolehi oleh pembaca lain seperti komunikasi emel, persuratan,

memo dan

temubual, hasil komunikasi ini ditulis dalam teks tetapi tidak disenaraikan di dalam bahagian Rujukan. Menurut R. P. McKenzie (komunikasi peribadi, April 1, 2015) ramai guru di sekolah menghadapi masalah memasuki data peribadi mereka ke dalam pangkalan data yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kota Kerian. Dalam contoh di atas, pendidik yang dihubungi adalah Robert Peter McKenzie. Perhatikan penggunaan singkatan R. dan P. sebelum nama keluarga.

1.8 Memetik sedutan teks terus dari sumber Dua kemungkinan wujud untuk keadaan ini: sedutan teks adalah kurang daripada 40 patah perkataan dan sedutan yang panjangnya 40 atau lebih patah perkataan.

9

… peranan itu dijelaskan oleh McKensie et al. (2014), “golongan ini sering suka bermain ditepi sungai dan oleh itu mereka semua pandai berenang” (m.s. 54), jadi …. … salah suatu cara untuk menjelaskan fenomena ini adalah “golongan ini sering suka bermain ditepi sungai dan oleh itu mereka semua pandai berenang” (McKensie et al., 2014, m.s. 54). Oleh itu … Walaupun begitu, pengarang lain tidak sependapat: Di kampong Melewar Kuala Besut, hampir 50% daripada budak kecil tidak dapat berenang walaupun kampong Melewar terletak dekat sungai Melewar. Sungai Melewar besar dan dalam serta mengalir dengan deras. Hakikat ini mungkin penyebab kepada ibubapa tidak menggalakkan semua anak mereka belajar berenang. Lagipun, beberapa kejadian budak kecil mati lemas di sungai Melawar pernah berlaku. (Ibrahim, 2013, m.s. 121-124)

Sedutan teks < 40 pata perkataan: letak dalam baris sama. Gunakan tanda petikan. Sedutan teks panjang: letak dalam baris baru sebagai blok yang di ensot tanpa tanda petikan.

10

2. Rujukan Istillah Rujukan biasanya digunakan dalam kertas ilmiah di mana semua petikan sumber yang dirujuk dalam teks disenaraikan dengan lengkapnya di bahagian Rujukan. Sebaliknya, semua rujukan lengkap yang tersenarai di bahagian Rujukan sepatutnya digunakan sekurangkurangnya sekali sebagai petikan sumber di dalam teks. Tujuan senarai rujukan ini adalah untuk membolehkan pembaca mencari sumber lengkap bagi setiap petikan yang digunakan dalam teks. Senarai rujukan perlulah disusun mengikut sususan menaik nama keluarga pengarang pertama. Istillah Bibliografi (sebagai istillah alternative kepada Rujukan) biasanya tidak digalakkan untuk digunakan di dalam kertas ilmiah. Bibliografi mengandungi bahan-bahan lain yang dibaca serta yang berguna selain daripada sumber yang dipetik dalam teks.

2.1 Cara menulis nama pengarang dalam Rujukan Nama keluarga diikuti huruf pertama setiap nama dalam nama penuh. Setiap huruf pertama itu adalah huruf besar dan diikuti tanda noktah. Seperti mana yang dibincang dalam bahagian 1.5 cara menulis nama pengarang bagi pengarang Melayu dan India adalah berlainan sedikit.

Nama Penuh

Ditulis dalam teks Ditulis dalam Rujukan sebagai sebagai

George Kent Bennett

Bennett

Bennett, G. K.

Halls Gregory Seashore

Seashore

Seashore, H. G.

Albert Gagne Wesman

Wesman

Wesman, A. G.

11

Abdullah bin Ali

Abdullah Ali

Abdullah Ali

Tan Sri Dr Ali bin Hamzah

Ali Hamzah

Ali Hamzah

Raja Jamaludin bin Raja Ali

Raja Jamaludin Raja Ali

Raja Jamaludin Raja Ali

Dr Subramaniam a/l Asirvatham Kovilpillai

Subramaniam Asirvatham Kovilpillai

Subramaniam Asirvatham Kovilpillai

Phang Sin Nam

Phang

Phang, S. N.

Albert Phang Sin Nam

Phang

Phang, A. S. N.

2.2 Buku dan Bab dalam Buku Format: Pengarang, Tarikh, Tajuk Bab (jika ada), Tajuk Buku, Tempat diterbit serta nama penerbit Pengarang (Tarikh) Tajuk Bab (jika berkaitan)

Tajuk Buku

Tempat diterbit: Nama Penerbit atau URL atau doi

Susunan menaik

Bennett, G. K., Seashore, H. G., & Wesman, A. G. (1972). Manual of Differential Aptitude Test. New York: The Psychological Corporation.

Buku

ensotan bergantung

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Correlational research. Educational Research. Competencies for Analysis and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education Inc.

Bab dalam buku

Perhatikan: 



Setiap rujukan disusun mengikut susunan menaik. Ensotan bergantung digunakan bagi setiap rujukan.

12

 



Simbol ‘&’ dan bukan ‘dan’ digunakan untuk mengasingkan pengarang. Tarikh ditulis di dalam kurungan. Huruf pertama setiap perkataan dalam tajuk buku adalah huruf besar kecuali perkataan hubungan seperti ‘of’ dan ‘and’. Ia juga



ditulis dalam bentuk italik. Tajuk bab, jika ada, ditulis sebagai ayat biasa, iaitu hanya huruf pertama perkataan pertama adalah huruf besar. Perhatikan juga penggunaan m.s. untuk bab.

2.3 Buku dan Bab buku yang melibatkan penyunting (editors) Hornet, K., Samson, H., & Yesman, Z. H. (Eds.). (1992). Manual of Similar Aptitude Test. New York: The Psychological Corporation. Kay, M. N., Jones, Q. E., & Noman, Q. (2009). Correlational research. Di dalam J. Quincy, & D. E. Seashore (Eds.), Educational Review. Non-competencies for Analysis and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education Inc. Perhatikan:  

Bagi buku tambah ‘(Ed.)’ selepas nama pengarang terakhir. Sekiranya lebih daripada seorang penyunting gunakan ‘(Eds.)’. Bagi bab dalam buku, sebelum menulis nama buku tulis ‘Di dalam’. Nama penyunting ditulis dengan huruf nama lain dalam nama

penuh

dahulu

diikuti

nama

keluarga.

Nama

akhir

penyunting diakhiri ‘(Eds.)’.

13

2.4 Pengarang adalah pertubuhan/institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Diperolehi dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-2013-2025 Tulis nama pertubuhan sebagai pengarang.

2.5 Bahan Berkala seperti Jurnal, Majalah dan Surat Khabar Format: Pengarang, Tarikh, Tajuk Artikel, Tajuk Bahan Berkala Serta Jilid, Nombor isu (jika ada) serta muka surat, doi atau URL laman sesawang (jika ada) Pengarang (Tarikh) Tajuk Tajuk artikel Bahan Berkala Serta (Jilid)

Nombor isu (jika ada) serta muka surat

Hansen, J. A., Barnett, M., MaKinster, J. G., & Keating, T. (2004). The impact of three-dimensional computational modelling on student understanding of astronomy concepts: a qualitative analysis. International Journal of Science Education, 26(13), 1555–1575. doi:10.1080/09500690420001673766 Hoban, G. F. (2007). Using slowmation to engage preservice elementary teachers in understanding science content knowledge. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 7(2), 75–91. Dicapai daripada http://www.citejournal.org/ articles/v7i2general2.pdf Jabbit, J. R., Cresswell, M., & Ophus, J. (2008). What we know about the impacts of Web-Quests: A review of research. The Educators Journal of Online Resources, 16(4), 441–456. Laxter, J. H. (1989). Children’s understanding of familiar astronomical events. International Journal of Science Education, 11, 502–513.

doi atau URL laman sesawang (jika ada)

Tiada tanda noktah untuk doi atau URL

Tidak perlu menyebut tarikh ia dicapai

Malika Dexter Subramaniam (2015, Januari 15). Adakah TIMSS relevan untuk Malaysia? Berita Harian, m.s. E4-E5, E7.

14

Rahim Abdullah Tambi Cik (2015, Februari). Adakah PISA relevan untuk Malaysia? Dewan Siswa, m.s. 14-16, 27-28. Perhatikan: 



Tajuk artikel ditulis sebagai ayat biasa. Bagi tajuk jurnal serta jilid huruf pertama setiap perkataan adalah huruf besar kecuali perkataan hubungan seperti ‘of’ dan ‘and’. Ia

 







juga ditulis dalam bentuk italik. Nombor isu, jika ada, ditulis dalam bentuk kurungan dan tidak berbentuk italik. Samada sebut doi atau URL, bukan kedua-duanya. Tiada noktah selepas doi atau URL. Rujukan URL dimula dengan “Dicapai daripada” (Retrieved from). Tidak perlu menyebut tarikh URL dicapai kecuali jika bahan yang dicapai itu sentiasa berubah.


Similar Free PDFs