PHI454 428 BM EXAM TRIAL PDF

Title PHI454 428 BM EXAM TRIAL
Author izzati abidin
Course Philosophy of science
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 381.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 323
Total Views 816

Summary

SOALAN 1 ( 28 markah)a) Terangkan secara ringkas langkah-langkah dalam kaedah sains. (6 markah )b) Apakah kesan plasebo dalam ujian vaksin? (4 markah )c) Huraikan istilah reductionisme dan repeatability dalam sains. (6 markah )d) Huraikan hubungan antara sains (ilmu pengetahuan) dan hikmah (ilmu pen...


Description

SOALAN 1 (28 markah) a) Terangkan secara ringkas langkah-langkah dalam kaedah sains. (6 markah)

b) Apakah kesan plasebo dalam ujian vaksin? (4 markah)

c) Huraikan istilah reductionisme dan repeatability dalam sains. (6 markah) d) Huraikan hubungan antara sains (ilmu pengetahuan) dan hikmah (ilmu pengenalan). (6 markah)

e) "To end this pandemic, we must trust science" - National Geographic - November 2020 "We follow the science" - Biden - 23 July 2021

Berikan komen pernyataan di atas. (6 markah)

2

SOALAN 2 (22 markah) a) "Di bawah pengaruh Saint Augustine, orang Eropah percaya bahawa dunia ini hina. Mereka tidak mahu tahu atau memahami alam ini, tetapi ingin melarikan diri daripada dunia ini yang dianggap sebagai neraka." Berikan komen tentang pernyataan di atas. (4 markah)

b) Huraikan konsep "The Watchmaker God". (4 markah) c) Nyatakan perbezaan antara sains Aristotle, sains moden dan sains Islam. (9 markah)

d) Mengapakah penting mempelajari sejarah sains? (5 markah)

3

SOALAN 3 (26 markah) a) “Merujuk kepada Allah sebagai sumbernya, ilmu adalah ketibaan (husul) makna sesuatu atau objek ilmu pada diri, dan merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan (wusul) diri pada makna sesuatu atau objek ilmu.” - Al-Attas Huraikan pernyataan di atas. (8 markah)

b) Salah satu daripada 4 sumber dan kaedah memperoleh ilmu adalah ilham. Menurut alAttas, ada beberapa jenis dan tingkatan ilham. Yang paling rendah adalah yang dialami oleh ahli sains dan para sarjana dalam penemuan-penemuan mereka, manakala yang paling tinggi adalah yang dialami oleh para nabi. Huraikan secara ringkas. (6 markah)

c) Terangkan hubungan antara hikmah, adab dan adil. Berikan contoh adab dalam sains. (6 markah)

d) Kita memandang segala sesuatu mengikut kaca mata Internet. Kita mencari semua jawapan soalan peperiksaan dengan Google tanpa membaca sebuah pun. Pada fikiran anda, adakah Internet bakal menggantikan buku? (6 markah)

4

SOALAN 4 (24 markah) a) Terangkan secara ringkas Hukum Parsimoni - Jika ada dua pilihan hipotesis, pilih yang lebih ringkas. (6 markah)

b) Huraikan secara ringkas konsep idealisme dan kesan plasebo. (6 markah)

c) Usia alam menurut ahli astronomi.

Adakah ini kebenaran menurut teori keselarasan (correspondence) atau keserasian (coherence) ? Adakah ini haq (kebenaran hakiki) ? (6 markah)

5

d) "Berkongsi jawapan tidak bermakna berkongsi kebahagiaan. Kerana kebahagiaan adalah berkait dengan keyakinan dan kesengsaraan adalah berkait dengan keraguan (shakk) dan prasangka (zann). Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas. (6 markah)

TAMAT SOALAN PEPERIKSAAN...


Similar Free PDFs