Punca Semangat Patriotisme Semakin Luntur PDF

Title Punca Semangat Patriotisme Semakin Luntur
Course Operations Management
Institution Lincoln University College Malaysia
Pages 5
File Size 141.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 15
Total Views 565

Summary

Punca Semangat Patriotisme Semakin LunturPatriotisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk terhadap kesetiaan terhadap bangsa dan negara. Semangat patriotisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adal...


Description

Punca Semangat Patriotisme Semakin Luntur Patriotisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk terhadap kesetiaan terhadap bangsa dan negara. Semangat patriotisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana remaja merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era pasca modenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan. Kita mesti sedar segala apa yang kita nikmati sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat patriotisme semakin kurang penghayatan khususnya golongan remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada lunturnya semangat dan penghayatan patriotisme dalam masyarakat dewasa ini.

Kepentingan Diri Sendiri Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan patriotisme kian pudar dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat patriotisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan.

Tiada Perasaan Cinta akan Negara Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat patriotism pada Malaysia. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita dapat hidup yang aman pada ini adalah menyebabkan sumbangan tentera dulu. Semangat patriotisme, cinta akan negara perlu ada dalam segenap masyarakat kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Terpengaruh dengan Budaya Barat

Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka selama 60 tahun dan ke atas, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita. Mereka tidak lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahan darah, sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka. Mereka berikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti daripada barat yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat patriotisme terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat patriotisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri.

Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan Pemuda hari ini tidak merasai kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan, jadi genarasi kini kurang menghayati semangat patriotism. Masyarakat tidak mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu. Negara Malaysia kita yang aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan. Tokohtokoh tempatan yang dulu terkenal telah kurang dikenali dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

Leka Dengan Lambakan Hiburan Pada era modernisasi ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Berhibur tidak akan menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga dan mengikut batasbatas dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan banyak mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja terbabit dengan aktiviti-aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat patriotisme semakin luntur dalam diri mereka. Generasi muda sewajarnya lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.

Pihak berwajib, kerajaan, dan juga swasta perlulah berkerjasama antara satu sama lain untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan semangat patriotisme. Contohnya, seperti kuiz kenegaraan, syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih

menghayati dan memahami semangat patriotisme. Sebagai pendukung masa depan negara, generasi muda yang terdiri daripada golongan remaja perlulah menaikkan semangat patriotisme dalam diri dan lebih memahami erti agar dapat mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia.

Patriotisme Berasaskan Kaum Malaysia adalah masyarakat majmuk dan umum mengetahui terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kaum-kaum in dalam Malaysia telah diasingkan kepada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya bukan menjadi faktor dalam mencapai kesepakatan dan perpaduan. Semangat patriotism ini haruslah berasaskan kepada semangat setia dan cinta akan negara. Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi penghalang kerana kita semua Bersatu dan menjadi rakyat Malaysia. Kita perlulah berasa bangga dengan negara kita kerana walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan agama, kita masih hidup dalam keadaan aman dan damai. Dengan memahami dan menghayati semangat patriotisme, hubungan sesama kaum akan lebih erat, dapat mennyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan perpaduan.

Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media cetak, media massa, dan juga internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca bahkan melalui media cetak, media massa mahupun blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman teknologi yang berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan martabat negara, dan memecahbelahkan kaum. Mereka membuat fitnah dengan sewenang-wenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan undang-undang dan mengawal hal ini supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka. Media massa dan media cetak juga seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai rakyat, kita berhak mendapatkan informasi yang benar. Media cetak dan media massa juga seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan sejarah negara kita, bukan hanya setakat memberi liputan berkenaan hal dan isu semasa sahaja. Pembacaan secara tidak langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan membangkit semangat patriotisme dalam segenap masyarakat di Malaysia. Kepentingan pupuk semangat patriotisme

Isu-Isu yang berkaitan dengan semangat patriotism sudah menjadi bahan perbincangan senegap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme adalah bahan yang amat penting antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Tujuan utamanya adalah untuk memperbaiki dan menaikkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patriotisme di dalam kalangan rakyat. Memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara Negara Malaysia akan dapat aman dan damai dengan menwujudkan semangat cinta akan negara di kalangan masyarakat.Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat pariotisme. Apabila rakyat Malaysia tidak sikap cinta akan negara, pasti akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara Dengan mengwujudkan perpaduan dan semangat patriotisme, rakyat akan bekerja tanpa malas untuk memajukan negara. Setiap rakyat Malaysia akan juga bekerja dengan bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patiotisme akan bawah keamanan negara dan ini akan mendorong lebih ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Selain itu, kedatangan pelabur asing ini dapat peluang untuk membuka pekerjaan, meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan perkara tersebut dapat membantu negara kita akan terus maju.

Memupuk perpaduan kaum Semangat patriotism akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentigan kaum. Maka kerajaan akan dapat melaksanakan program-program pembangunan untuk kemudahan rakyat jika mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain. Di samping itu, Harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sector pelancongan negara.

Menjadi contoh kepada generasi muda Kepentingan semangat patriotisme semakin luntur kerana genarasi muda yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotism. Pelbagai program yang

menwujudkan kepentingan semangat patriotisme seperti Sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, semangat patriotisme akan membantu generasi muda hari ini menyingkirkan perkara negative seperti gejala social dan vandelisme. Seterusnya, mata pelarjaran sejarah yang diajar di setiap sekolah adalah baik bagi setiap pelajar dapat ilmu perngetahuan tentang sejarah neraga kepada generasi muda.

Menaikkan imej negara Malaysia sudah menjadi terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana ia mengwujudkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kita perlulah berasa bangga dan tidak hairan dengan negara kita yang dapat menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran....


Similar Free PDFs