SEMANGAT KESUKARELAWANAN DALAM DIRI BELIA PDF

Title SEMANGAT KESUKARELAWANAN DALAM DIRI BELIA
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 26
File Size 544.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 93
Total Views 272

Summary

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIKIJAZAH SARJANA MUDA SAINS(KEPUJIAN) STATISTIKLAPORAN KERTAS KERJACTUSEMANGAT KESUKARELAWANAN DALAM DIRI BELIADISEDIAKAN OLEH:(1) AINA SYAZA BINTI MOHAMAD ZA’IM 2020988503 (2) NUR SHAMIRA SHAMIMI BINTI KAMARUDDIN 2020994847 (3) WAN IFFAH IZZATI BINTI WAN AMINUDDEAN...


Description

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK IJAZAH SARJANA MUDA SAINS(KEPUJIAN) STATISTIK

LAPORAN KERTAS KERJA

CTU554 SEMANGAT KESUKARELAWANAN DALAM DIRI BELIA DISEDIAKAN OLEH: (1)

AINA SYAZA BINTI MOHAMAD ZA’IM

2020988503

(2)

NUR SHAMIRA SHAMIMI BINTI KAMARUDDIN

2020994847

(3)

WAN IFFAH IZZATI BINTI WAN AMINUDDEAN BAKI

2020978765

DIHANTAR KEPADA: USTAZAH NURUL HUDA

TARIKH PENGHANTARAN: 20 JANUARI 2022

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

11 Oktober 2021 © ACIS.SEREMBAN

ISI KANDUNGAN

1.0

Pendahuluan

1

2.0

Isu Permasalahan

3

3.0

Objektif Kajian

4

4.0

Perbincangan Kajian

5

4.1

Etika dalam aktiviti kesukarelawanan

5

4.2

Faktor mempengaruhi kesukarelawan

7

4.3

4.2.1

Faktor yang mempengaruhi motivasi sukarelawan dalam aktiviti kesukarelawanan

8

4.2.2

Faktor Penghayatan Belia Terhadap Sukarelawan

10

Impak kesukarelawanan terhadap individu dan masyarakat

12

4.3.1

Impak kesukarelawanan terhadap kesihatan mental dan fizikal

12

4.3.2

Kesan aktiviti kesukarelawanan kepada masyarakat

14

4.3.3

Impak kesukarelawanan kepada gaya hidup sihat

16

4.3.4

Impak kesukarelawanan terhadap pekerjaan dan kerjaya

16

5.0

Cadangan dan Penyelesaian

18

6.0

Rumusan Kajian

20

7.0

Bibliografi/Rujukan

21

BORANG PERAKUAN PELAJAR “Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib UiTM Negeri Sembilan.” 1. Nama: Aina Syaza Binti Mohamad Za’im No. Pelajar: 2020988503 3. Nama: Wan Iffah Izzati Binti Wan Aminuddean Baki No. Pelajar: 2020978765

2. Nama: Nur Shamira Shamimi Binti Kamaruddin No. Pelajar: 2020994847

1.0 Pendahuluan Sukarelawan merupakan seseorang yang mempunyai minat mendalam terhadap suatu aktiviti yang melibatkan diri untuk membantu orang lain dan terlibat secara langsung dalam kegiatan kesukarelawanan. Tambahan pula, sukarelawan bersikap tidak mengharapkan ganjaran atau bayaran tetapi melakukan sesuatu atau membantu dengan setulus hati untuk kepuasan diri. Beberapa ciri atau sikap harus tertanam dalam diri sukarelawan untuk memastikan kerja-kerja kesukarelawanan mencapai matlamat sekaligus memperkasa komuniti. Kesukarelawanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat. Ia telah menjadi kebiasaan kehidupan masyarakat sejak zaman dulu lagi. Kesukarelawanan dikaitkan dengan kerja-kerja amal dan kebajikan yang dijalankan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan terhadap golongan yang memerlukan bantuan. Dalam mendepani cabaran masa kini, semangat kesukarelawanan merupakan salah satu tuntutan negara yang harus dihayati. Semangat kesukarelawanan perlu disemai kepada semua lapisan masyarakat terutama belia kerana ia memberi impak yang besar dalam kehidupan bermasyarakat. Lebih-lebih lagi nilai murni seperti sikap tolong menolong dan saling membantu haruslah dikekalkan dalam masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, kesukarelawanan memberi implikasi penting terhadap pembinaan negara bangsa yang maju serta mempunyai potensi yang besar untuk membawa masyarakat Malaysia ke arah kesejahteraan hidup bersama. Justeru, aktiviti kemasyarakatan atau kesukarelawanan haruslah melibatkan lebih banyak lagi sukarelawan dalam kalangan belia. Golongan belia kini terdiri daripada hampir 10 juta dari rakyat Malaysia. Mengikut perspektif Malaysia, belia terdiri dari mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Belia adalah antara aset terpenting negara yang sangat berharga dan perlu dipelihara serta dididik dengan sempurna kerana mereka merupakan bakal pemimpin masa hadapan. Pada masa kini, cabaran belia adalah cukup besar dan mencabar. Hal ini demikian kerana, belia lebih terdedah kepada segala aktiviti yang tidak berfaedah dan membawa kepada pelbagai masalah sosial. Namun begitu, segala aktiviti tersebut perlu dibenteras agar mereka mampu bertanggungjawab untuk membangunkan negara. Belia juga diharapkan untuk menghasilkan cetusan idea-idea yang terkini serta berkeupayaan dalam melaksanakan pembaharuan sosial. Penglibatan dan semangat belia terhadap aktiviti kesukarelawanan perlu ditingkatkan kerana memberi kebaikan dalam kepada golongan belia terutamanya pelajar.

1

Penglibatan sukarelawan bukan sahaja dapat memberi nilai tambahan kepada belia malah dapat melahirkan bakal pewaris kepimpinan negara yang berkualiti. Kategori sukarelawan boleh dibahagi kepada empat iaitu profesional, rakan kongsi, spontan dan tidak berkemahiran. Dalam kategori profesional, sukarelawan mempunyai lesen serta kemahiran tertentu dan bergerak secara individu atau berkumpulan seperti jurutera, jururawat dan doktor. Manakala bagi kategori rakan kongsi pula, sukarelawan menjadi ahli kepada mana-mana agensi sukarela yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dan bersedia menangani bencana pada bila-bila waktu kecemasan. Seterusnya kategori spontan dimana sukarelawan sedia berkhidmat dengan segera dalam situasi kecemasan dan tidak tertumpu kepada kemahiran yang tertentu. Terakhir kategori tidak berkemahiran yang melibatkan sukarelawan yang tidak mempunyai kemahiran tetapi mempunyai masa terluang dan sifat ingin membantu menyumbangkan tenaga dan bersedia menjalani kursus kemahiran. Jabatan Kebajikan Masyarakat sangat menggalakkan masyarakat untuk menjadi ahli sukarelawan. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Dasar Kebajikan Masyarakat. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, sehingga 2013 terdapat sebanyak 115,537 buah organisasi bukan berkeuntungan dan bukan kerajaan telah tertubuh di Malaysia. Manakala bagi statistik sukarelawan yang berdaftar di Malaysia menurut Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn di dalam akhbar Berita Harian (2012) menyatakan seramai sebelas perpuluhan empat juta individu berusia 18 hingga 25 tahun telah berdaftar sebagai sukarelawan di dalam pelbagai organisasi sukarelawan yang bukan hanya tertumpu kepada masalah komuniti, tetapi juga melibatkan segala aspek kehidupan seperti pendidikan, agama, penjagaan alam sekitar, bencana alam dan lain-lain lagi. Berdasarkan satu kajian lepas, sama ada yang bekerja sepenuh masa atau separuh masa mempunyai kadar penglibatan dalam aktiviti sukarela lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak bekerja dan golongan profesional dan pengurus mempunyai kadar penglibatan yang tertinggi iaitu 51 peratus dan 47 peratus berbanding dengan pekerja separa mahir.

2

2.0 Isu Permasalahan Kesukarelawanan boleh didefinisikan sebagai sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan kehendak sendiri, niat yang ikhlas tanpa paksaan untuk menyumbang kepada komuniti, alam sekitar atau kumpulan tanpa melibatkan sebarang ganjaran dan upah berbentuk kewangan. Khidmat sukarelawan adalah sangat diperlukan terutama sekali apabila terdapat masalah bencana alam, masalah sosial masyarakat dan acara-acara terbesar diadakan. Dalam keadaan kritikal itu, sifat kesukarelawan adalah amat dituntut dalam masyarakat. Banyak golongan yang hilang pendapatan, tempat tinggal dan sebagainya. Oleh itu, khidmat sukarelawan dapat membantu golongan ini dalam meneruskan kehidupan seharian. Penghayatan terhadap program sukarelawan perlu diberikan tumpuan dan perhatian kerana aktiviti sukarelawan tanpa penghayatan pasti tidak akan memberi impak dan faedah kepada individu. Namun, satu kajian mendapati tahap semangat dan motivasi belia terhadap sukarelawan rapuh dan tidak memuaskan. Hal ini kerana sesetengah individu yang tidak sanggup atau terpaksa melakukan aktiviti kesukarelawan di kawasan kotor dan kurang kemudahan awam. Selain itu, kebanyakan individu yang bersikap mementingkan wang dalam kehidupan juga menyebabkan kurangnya penghayatan dalam kesukarelawan. Budaya kesukarelawanan merupakan suatu perkara yang tidak asing pada zaman ini. Konsep memperkasa budaya kesukarelawanan melibatkan cabang yang amat luas memandangkan dimensi ini memberi fokus kepada pembangunan komuniti secara keseluruhan. Namun begitu jika dilihat secara rawak penyertaan belia terhadap program kesukarelawanan kini masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan. Bilangan belia yang berminat dalam aktiviti kesukarelawanan telah menunjukan penurunan di mana pada tahun 2020, hanya lebih 2,000 orang yang terlibat aktif dalam program Khidmat Bantu di Rumah daripada 11,559 sukarelawan yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (Utusan Malaysia, 2020). Permasalahan ini tidak seharusnya terjadi kerana terdapat banyak golongan belia di Malaysia yang berpotensi untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara. Jika dilihat pada zaman kini, krisis pandemik COVID-19 telah berleluasa di Malaysia. Namun begitu sukarelawan penjagaan kesihatan tidak terlepas dari terlibat dengan masalah ataupun krisis ini. Cabaran sukarelawan penjagaan kesihatan semakin meningkat sejak pandemik COVID-19 melanda dunia. Antaranya, pergerakkan atau pergaulan mungkin terjejas kerana harus megikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Peranan sukarelawan kesihatan tidak dapat dinafikan pentingnya di lapangan. Sukarelawan penjagaan kesihatan sering dikatakan sebagai tulang belakang dalam melaksanakan bantuan 3

kemanusiaan terutamanya kepada agensi-agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Namun demikian, perkembangan terhadap aktiviti kesukarelawanan penjagaan kesihatan masih tidak mencukupi dan perlu diberi perhatian kerana ia berada pada tahap yang kurang memuaskan. Manakala ada juga dalam kalangan sukarelawan yang masih kekurangan pengalaman, latihan serta persediaan terutama dalam menangani pandemik COVID-19. Isu ini mula dilihat secara jelas apabila kerajaan Malaysia, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru lebih ramai sukarelawan penjagaan kesihatan tampil bagi membantu KKM memerangi isu pandemik COVID-19. Ini diharap mampu untuk menjadi inspirasi kepada sukarelawan penjagaan kesihatan untuk membantu menangani pandemik COVID-19 selain menyumbang kepada kesejahteraan psikologi dan pembangunan sosial masyarakat. 3.0 Objektif Kajian •

Mengenal pasti etika dalam aktiviti kesukarelawanan.



Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi sukarelawan dalam aktiviti kesukarelawanan.



Mengenal pasti impak aktiviti kesukarelawanan terhadap individu dan masyarakat.

4

4.0 Perbincangan Kajian 4.1

Etika dalam aktiviti kesukarelawanan

Penglibatan masyarakat sebagai ahli sukarelawan seharusnya mengikuti beberapa etika dalam aktiviti kesukarelawanan yang dijalankan. Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral serta panduan yang betul atau salah, baik atau buruk sesuatu tindakan. Etika dalam Islam dianggap sebagai akhlak. Akhlak merupakan budi pekerti, perangai tingkah laku atau perbuatan seseorang. Bagi memastikan keharmonian dan kedamaian hubungan antara pihak yang terlibat, etika harus diamalkan. Menghormati privasi orang lain seperti info atau maklumat peribadi adalah salah satu contoh etika yang baik. Apabila terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan,

sukarelawan

menjadi antara

orang

yang

paling

penting untuk

bertanggungjawab dalam menjaga maklumat peribadi orang lain terutama ahli yang memegang jawatan tertinggi atau ketua dalam kumpulan sukarelawan yang mengumpul segala maklumat ahli-ahli yang terlibat. Mereka memegang tanggungjawab yang sangat besar untuk menjaga maklumat tersebut dari sebarang kecurian atau memastikan maklumat selamat dari sebarang penyalahgunaan. Sukarelawan yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana dapat memelihara dirinya dengan sifatsifat yang terpuji. Sukarelawan juga harus meletakkan komitmen yang tinggi tidak kira dalam apa jua kerja sekalipun. Etika ini dapat menjadikan kerja serta tugasan berada pada tahap kualiti yang lebih baik. Ia juga dapat memantapkan kestabilan, seterusnya mempertingkatkan produktiviti, meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan. Selain itu, sukarelawan yang memiliki komitmen yang tinggi mampu menjadi lebih bertanggungjawab berbanding sukarelawan yang tidak memiliki komitmen yang tinggi sekaligus dapat mengukuhkan suatu organisasi. Dalam suatu aktiviti khususnya yang melibatkan kemasyarakatan seperti aktiviti kesukarelawanan, etika lain yang perlu dititikberatkan bagi setiap ahli yang terlibat atau sukarelawan ialah mereka harus bersikap profesional. Hal ini demikian kerana, sukarelawan mampu memahami tugas dan tanggungjawab serta fokus dan konsisten terhadap urusan pekerjaannya. Terdapat beberapa sikap profesional yang harus diterapkan dalam kalangan beli atau sukarelawan. Antaranya menepati waktu, menghormati rakan sekerja dan tidak membawa masalah peribadi atau masalah luar yang mengganggu suatu pekerjaan.

5

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada etika yang dipegang dan diamalkan. Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu, keluarga, organisasi dan masyarakat. Etika juga memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan organisasi. Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing. Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan, keadilan dan kesejahteraan yang berterusan. Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi, rompakan, penyeludupan barangan haram dan sebagainya. Etika berkasih sayang amatlah penting dan perlu disemai di kalangan sukarelawan agar dapat dirasai oleh masyarakat dan orang sekeliling. Perasaan ini kebiasaannya lahir daripada hati yang ikhlas dan akan memberi impak kepada orang lain. Sebagai contoh ketika berlakunya peristiwa cemas seperti banjir, sukarelawan yang terlibat dalam bencana ini perlulah melayan mangsa banjir dengan perasaan yang penuh kasih sayang dan ikhlas. Mangsa-mangsa ini lebih sensitif esmosinya oleh itu, mereka perlulah dihargai dan dijaga emosi supaya dapat memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada mereka walaupun dalam keadaan yang kritikal. Hal ini juga dapat mengurangkan tekanan kepada mereka. Sukarelawan yang beretika dan berkualiti perlulah sentiasa bersikap positif serta bijak menyesuaikan diri ketika menjalankan tugas-tugas sukarelawan. Bersikap positif oleh para sukarelawan adalah dengan menunjukkan keyakinan serta sikap yang rajin berusaha menjalankan sesuatu menggunakan cara yang terbaik. Sukarelawan tidak patut menunjukkan sikap negatif, tidak berkeyakinan atau menambahkan beban kepada mangsa kerana mereka sudahpun dalam keadaan yang terbeban dan tugas sukarelawan seharusnya meringankan beban mereka dengan pelbagai cara. Mereka juga perlulah menjalankan tugas tanpa perlu disuruh. Mereka perlu bijak mengendalikan tugas di tempat-tempat bencana. Seseorang sukarelawan yang beretika juga perlu mempunyai minat serta memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas sukarela. Hal ini kerana, tugas sukarela merujuk kepada kerja yang dilakukan dengan seikhlas dan serela hati tanpa mengharapkan apa apa balasan. Keikhlasan dalam menjalankan sesuatu tugasan akan menyumbangkan kejayaan kepada penerima. Mereka tidak patut melakukan tugas dengan sambal lewa. Ketepatan masa juga perlulah wujud dalam diri sukarelawan agar dapat menunjukkan kesungguhan mereka dalam menjalankan misi bantuan kepada masyarakat mahupun alam sekitar. Sikap tidak menepati masa menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain serta boleh menyebabkan tekanan kepada orang yang terlibat.

6

Seterusnya etika dalam pemakaian juga seharusnya dipenuhi oleh para sukarelawan. Kod-kod pakaian mungkin sudah ditetapkan di tempat-tempat yang tertentu. Oleh itu, mereka mestilah menghormati dan mengikuti etika pemakaian tersebut. Sebagai contoh ketika menjadi sukarelawan di pusat kesihatan, pakaian kepada sukarelawan sudah ditetapkan dan disediakan oleh penganjur jadi mereka mestilah mengikuti etika berpakaian tersebut. Selain itu, pakaian semasa melakukan aktiviti-aktiviti sukarela juga mestilah menutup aurat dan tidak terlampau menjolok mata kerana ia akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang sekeliling. Aktiviti yang dilakukan juga kebanyakkan melibatkan tenaga yang banyak jadi pakaian yang selesa adalah amat digalakkan kepada para sukarelawan. Menjaga kebersihan diri dan alam sekitar juga merupakan etika dalam sukarelawan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, para sukarelawan dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan diri seperti membasuh tangan menggunakan sabun dan air yang bersih sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, selepas menyentuh barang yang dicemari air banjir atau kumbahan. Oleh itu, dalam memenuhi etika sukarelawan bukan sahaja dapat melahirkan sukarelawan yang berkualiti malah dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit yang membahaya punca daripada aktiviti-aktiviti sukarela yang dilakukan.

7

4.2

Faktor mempengaruhi kesukarelawan 4.2.1

Faktor

yang

mempengaruhi

motivasi

sukarelawan

dalam

aktiviti kesukarelawanan. Dalam melakukan aktiviti sukarelawan, terdapat beberapa faktor yang akan membantu dalam memotivasikan diri. Antaranya ialah faktor nilai, pemahaman, perlindungan, kerjaya, sosial dan peningkatan. Faktor-faktor yang dinyatakan ini mempunyai peranan yang penting bagi membantu diri golongan belia dalam menaikkan semangat kesukarelawan dalam diri mereka. Antara faktor utama penglibatan sukarelawan ialah faktor nilai. Dalam Volunteer Function Inventory (VFI), faktor utama dalam aktiviti sukarelawan adalah nilai. Penglibatan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti sukarela tidak terhasil tanpa motivasi yang mempengaruhinya. Kewujudan nilai-nilai murni dan kemanusiaan yang tinggi dalam tinggi seseorang yang melibatkan mereka dalam kerja sukarela dan kemanusiaan (Clary & Snyder, 1999). Kebanyakan sukarelawan mempunyai nilai yang baik yang telah melahirkan kelakuan serta sikat baik di mana mereka percaya bahawa membantu seseorang merupakan satu tanggungjawab bersama. Faktor ini lahir secara semula jadi daripada niat murni sukarelawan itu sendiri. Keinginan dalam memberikan bantuan kemanusiaan serta membantu golongan yang memerlukan juga faktor kepada penglibatan dalam aktiviti sukarela (Mohd Arshad et. al., 2015). Amalan nilai murni juga menjadi asas kepada penglibatan aktif sukarelawan dalam menentukan matlamat serta hala tuju pertubuhan organisasi kesukarelawanan. Faktor penglibatan yang kedua ialah faktor pemahaman. Hasil kajian daripada Mohd Khir, Abdul Aziz, & Muhammad Nizam (2016) mendapati faktor utama dalam penglibatan aktiviti sukarelawan adalah faktor pemahaman ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan diikuti dengan motif nilai dan sosial. Motif nilai dan pemahaman iaitu perasaan untuk mengetahui keperluan semasa serta kemahiran yang diperlukan bagi menjadi penyumbang dalam aktiviti sukarela. Sukarelawan akan berusaha untuk meneroka kekuatan diri mereka dan pemahaman diri deng...


Similar Free PDFs