Usaha Pelajar Memupuk Semangat Nasionalisme (IA) PDF

Title Usaha Pelajar Memupuk Semangat Nasionalisme (IA)
Author Sofia Arissa
Course Foundation English
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 2
File Size 61.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 208
Total Views 636

Summary

USAHA ATAU LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PELAJAR UNTUKMENGUKUHKAN SEMANGAT NASIONALISME?1. Mempelajari sejarahLangkah pertama yang boleh dilakukan oleh pelajar adalah dengan mempelajari sejarah. Hal ini kerana, para pelajar dapat mengenali tokoh-tokoh pejuang tanah air yang telah banyak menabur ...


Description

USAHA ATAU LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PELAJAR UNTUK MENGUKUHKAN SEMANGAT NASIONALISME ?

1. Mempelajari sejarah Langkah pertama yang boleh dilakukan oleh pelajar adalah dengan mempelajari sejarah. Hal ini kerana, para pelajar dapat mengenali tokoh-tokoh pejuang tanah air yang telah banyak menabur bakti kepada negara kita. Dengan mengenali tokoh-tokoh seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan Dol Said, pelajar akan lebih menghargai pengorbanan dan jasa-jasa para pahlawan negara yang bertungkus-lumus melawan penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. Sekiranya remaja pada masa kini sedar akan susah-payah yang ditanggung oleh tokoh-tokoh pada masa dahulu,sudah tentu mereka tidak tergamak untuk menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif. 2. Menyertai aktiviti-aktiviti yang berunsur patriotisme Selain itu, generasi muda perlulah menyertai aktiviti-aktiviti yang berunsur patriotisme di sekolah atau di institusi pengajian agar mereka terdedah dengan pengetahuan tentang kemerdekaan seterusnya membangkitkan semangat cinta akan negara. Sebagai contoh, pelajar boleh menghadirkan diri ke program Sambutan Hari Kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah, universiti mahupun kebangsaan. Terdapat juga banyak pertandingan bertemakan patriotisme seperti kuiz kemerdekaan, pertandingan mencipta sajak kemeerdekaan dan pameranpameran tentang sejarah kemerdekaan, darurat, dan peperangan yang berlaku di negara kita turut diadakan semasa sambutan tersebut. Hal ini jelaslah bahawa program seperti ini dapat membuatkan generasi muda belajar serba-sedikit mengenai sejarah penubuhan Malaysia dan sedar akan kepentingan menjaga kedaulatan negara kita. 3. Menonton filem-filem yang mempunyai semangat nasionalisme dan patriotisme Di samping itu, para pelajar digalakkan menonton filem-filem yang mempunyai semangat nasionalisme dan patriotisme seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Bukit Kepong dan Sarjan Hasan. Filem-filem seperti ini mampu memberi pengetahuan kepada mereka mengenai sejarah Melayu dan secara tidak langsung menanam sifat patriotik dalam diri setiap individu. Hal ini dikatakan demikian kerana filem tersebut memaparkan adegan-adegan peperangan diantara musuh negara dengan pejuang tanah air yang berusaha mempertahankan tanah air mereka. Kesannya, generasi muda akan lebih bersemangat untuk membela nasib negara daripada musuh dan kuasa asing. Tuntasnya, pelajar boleh memanfaatkan media massa seperti televisyen, Internet dan radio untuk mengukuhkan semangat cinta akan negara dalam diri masing-masing.

4. Melibatkan diri dalam kem jati diri Akhir sekali, langkah yang boleh dilakukan oleh para pelajar bagi mengukuhkan semangat patriotisme adalah dengan melibatkan diri dalam kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja. Contoh kem jati diri yang boleh para pelajar sertai ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini dapat membina sahsiah diri pelajar, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Oleh hal yang demikian, mereka akan lebih terdedah dengan semangat dan nilai nasionalisme yang tinggi setelah selesai menjalani kem PLKN....


Similar Free PDFs