Remaja hsku PDF

Title Remaja hsku
Author Hashim Ismail
Pages 50
File Size 392.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 11
Total Views 521

Summary

LAPORAN PANEL PENILAI Laporan Panel Penilai Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010 Kategori Cerpen Remaja & Novel Remaja PENGANTAR Pengenalan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) terus mengekalkan Kategori Cerpen Remaja dan Novel Remaja kerana menyedari bahawa genre ini mempunyai peranan yang besa...


Description

LAPORAN PANEL PENILAI

Laporan Panel Penilai Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010 Kategori Cerpen Remaja & Novel Remaja

PENGANTAR Pengenalan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) terus mengekalkan Kategori Cerpen Remaja dan Novel Remaja kerana menyedari bahawa genre ini mempunyai peranan yang besar dalam pembinaan sahsiah remaja. Kesusasteraan sebagai alat pembina sahsiah bukan suatu tanggapan kosong bahkan telah diakui dalam sistem pendidikan apabila teks sastera dijadikan alat pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran kefahaman golongan pelajar sering dikaitkan dengan

Datang-Prelims.indd 11

xi

9/20/11 9:56:37

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

nilai moral dan motivasi yang terkandung dalam karya, sekali gus menjadi manifestasi pengakuran pihak pengolah sukatan pelajaran terhadap kepentingan karya sastera. Di samping kesannya dapat dinilai pada aspek pendidikan, kesannya dalam penyuburan minat pelajar terhadap kesusasteraan juga bakal memberi dampak yang besar dalam pembinaan kesusasteraan kebangsaan. Apabila generasi muda sudah mengenali kesusasteraan dan fungsinya yang luas itu, perkembangan kesusasteraan juga akan berlaku secara alamiah. Melalui generasi inilah tumbuhnya lebih banyak karya sastera pada masa hadapan sebagai suatu kesinambungan mata rantai kesusasteraan kebangsaan. Yang lebih penting, kesinambungan itu beriringan dengan mutu karya yang tinggi kerana mereka telah memahami piawaian sastera yang bagus. Menyedari bahawa permintaan dan keperluan terhadap sastera remaja semakin tinggi dan terkawal dalam aspek seni dan muatannya, Panel Penilai telah merangka suatu tatacara dan kriteria yang ketat dan boleh dipertanggungjawabkan

Datang-Prelims.indd 12

xii

9/20/11 9:56:37

LAPORAN PANEL PENILAI

dari segenap sudut dalam proses pemilihan pemenang. Bagi melaksanakan tugas pemilihan dan pelaporan, Panel Penilai telah bersidang sebanyak dua kali, iaitu pada 16-20 Jun 2011 dan 7-10 Julai 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Tugas pemilihan dilaksanakan mengikut kaedah bengkel, pembentangan, penghujahan dan penyaringan berlandaskan kriteria yang ditetapkan. Kriteria Umum Penilaian Laporan Panel Penilai Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010 menurunkan (a) ukuran penilaian bagi setiap kategori, secara umum, dan (b) skop dan ukuran penilaian sesuatu kategori, secara lebih khusus. Ukuran yang berikut menjadi panduan umum dan rujukan Panel Penilai dalam proses menyaring dan memilih karya yang layak menerima hadiah: • Nilai kognitif: Karya mampu menjana daya taakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik. • Nilai pemikiran: Karya mengemukakan pemikiran positif, bervariasi atau sebaik-

Datang-Prelims.indd 13

xiii

9/20/11 9:56:37

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

baiknya bervisi besar dan garda depan. Walaupun persoalannya berlatar tempatan, karya dapat juga berdialog di peringkat antarabangsa. • Nilai akhlak: Karya dapat menyumbang kepada pembinaan sahsiah khalayak. • Nilai keprihatinan: Karya peka terhadap aspirasi nasional, dinamika sosial dan isu kemanusiaan sejagat. • Nilai bahasa: Bahasanya indah, kreatif, imaginatif, berkesan; kuat menunjang tema; bukan sahaja membawa makna cerita, bahkan bahasa itu sendiri merupakan idea, pemikiran dan ideologi. • Nilai kreativiti: Karya mengungkapkan idealisme dan pemikiran yang asli secara luwes dan fasih serta berupaya membawa makna berlapis dan tafsiran yang pelbagai. • Nilai keseimbangan: Karya terbina secara harmonis antara subjek dengan teknik pengolahan.

Datang-Prelims.indd 14

xiv

9/20/11 9:56:37

LAPORAN PANEL PENILAI

* Catatan Sekiranya wujud keadaan yang memerlukan pemilihan antara dua karya, maka kriteria Nilai Bahasa diberi keutamaan dalam menentukan pilihan. Skop dan Ukuran Penilaian Bagi menilai karya yang dikategorikan sebagai cerpen remaja dan novel remaja, Panel Penilai telah merangka ukuran yang berikut sebagai panduan: • Karya menggunakan pandangan dunia remaja, daripada aspek pengolahan dan pemikiran. • Karya menggunakan pendekatan serta gaya bahasa yang komunikatif. • Karya mengemukakan nilai motivasi yang dapat membangkitkan semangat dan memupuk jiwa remaja yang berkualiti dari sudut penyempurnaan akal budi, penampilan sahsiah yang berhemah tinggi dan berjati diri.

Datang-Prelims.indd 15

xv

9/20/11 9:56:38

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

• Karya menampilkan unsur eksploratif, iaitu penerokaan bagi melahirkan paradigma baharu dalam aspek tema, persoalan, pemikiran, dan bentuk. • Karya mengangkat nilai insani dalam memacu kecemerlangan dan memperkasakan keutuhan manusiawi untuk menangani masalah kehidupan. • Karya mengandungi mesej berseni tentang harapan, motivasi serta kegigihan mencipta kejayaan masa depan. • Sebaik-baiknya, watak remaja berperanan sebagai penggerak cerita, tetapi karya yang menampilkan watak dewasa dengan matlamat memberi pengajaran kepada remaja juga diterima.

Datang-Prelims.indd 16

xvi

9/20/11 9:56:38

LAPORAN PANEL PENILAI

KATEGORI CERPEN REMAJA Pendahuluan Penilaian ini melihat semua cerpen yang disiarkan dalam akhbar dan terbitan Kumpulan Utusan sepanjang tahun 2010. Antara wadah tersebut termasuklah Utusan Melayu, Mingguan Malaysia, Al-Islam, Wanita, Harmoni dan URTV. Pada asasnya cerpen yang tersiar tidak ditentukan kategorinya, sama ada umum atau remaja, memandangkan wadah untuk keduaduanya tidak dibezakan. Untuk itu, Panel Penilailah yang menentukan kesesuaian kategori berdasarkan skop dan ukuran penilaian yang telah ditetapkan. Penilaian Keseluruhan Sepanjang tahun 2010 sebanyak 120 buah cerpen telah disiarkan dalam majalah dan akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Jumlah ini berkurangan berbanding dengan tahun 2009 yang menyiarkan 125 buah cerpen. Hal ini disebabkan oleh ruang yang mengecil, iaitu hanya sebuah cerpen disiarkan oleh Al-Islam dalam

Datang-Prelims.indd 17

xvii

9/20/11 9:56:38

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

keluarannya sepanjang tahun 2010 manakala majalah Mangga tidak lagi memuatkan cerpen. Berikut ialah taburan cerpen mengikut wadah: Mingguan Malaysia 52 Utusan Melayu Mingguan 21 Wanita 12 Al-Islam 1 Harmoni 13 URTV 21 Jumlah 120 Berdasarkan skop dan ukuran yang telah ditetapkan, sebahagian besar cerpen remaja dikenal pasti dalam majalah URTV dan Harmoni. Isu yang diangkat berbeza mengikut konsep editorial media yang menampunginya. Majalah URTV, misalnya, menerbitkan lebih banyak cerpen yang mengolah persoalan cinta remaja yang bersifat ringan dan popular selari dengan konsep penerbitannya. Begitu juga majalah Harmoni dan Wanita turut memuatkan cerpen yang mengupas permasalahan remaja, konflik kekeluargaan dan kasih sayang sesama insan. Akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Melayu

Datang-Prelims.indd 18

xviii

9/20/11 9:56:38

LAPORAN PANEL PENILAI

Mingguan pula menyiarkan cerpen dengan persoalan yang lebih serius, meliputi isu sosiobudaya, bahasa, politik, ekonomi, dan agama. Seolah-olah sudah menjadi tradisi, kebanyakan cerpen remaja berkisar pada persoalan cinta dan konflik keluarga yang berupa perulangan dalam karya yang tersiar sebelum ini. Oleh sebab tidak menampilkan sesuatu yang segar, maka karya yang sedemikian tersisih daripada tumpuan penilaian. Bagaimanapun, terdapat pula segelintir penulis memilih subjek yang lebih serius sama ada mengangkat permasalahan yang berlaku dalam negara mahupun persoalan yang lebih bersifat global. Persoalan perpaduan, budaya, tradisi, dan sejarah turut menjadi pilihan pengarang. Dengan nafas baharu, persoalan itu berupaya memberi manfaat kepada khalayak remaja. Daripada senarai penulis, tampak bahawa ramai penulis baharu muncul, berkisah tentang dunia remaja dengan pespektif yang lebih kritis. Mereka berupaya mengolah beberapa isu besar yang melingkari kehidupan manusia kontemporari dengan gaya penyampaian yang

Datang-Prelims.indd 19

xix

9/20/11 9:56:38

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

lincah dan cenderung bercorak argumentatif. Hal ini memperlihatkan petanda positif kepada dunia penulisan tanah air kerana terdapatnya pelapis yang berbakat bagi mengambil alih dunia penulisan suatu masa nanti. Situasi ini membuktikan bahawa negara tidak ketandusan penulis walaupun minat dan kecenderungan masyarakat ke atas bidang kesusasteraan makin berkurangan. Daripada karya-karya yang didapati sesuai dengan takrif cerpen remaja, Panel Penilai telah menyenaraipendekkan 19 judul untuk dibawa ke peringkat akhir. Cerpen-cerpen yang terpilih itu adalah seperti yang berikut: • “Aku Datang”, Aminhad, Mingguan Malaysia, 28 November 2010 • “Bunga Telur Kenduri Kahwin”, Mohd Helmi Ahmad, Harmoni, 1 November 2010 • “Caramel Cinnamon Anise di Cordova”, Ranofla Dianti Irwan, Mingguan Malaysia, 25 Julai 2010 • “Citra Venezia”, Rebecca Ilham, Mingguan Malaysia, 12 Disember 2010

Datang-Prelims.indd 20

xx

9/20/11 9:56:38

LAPORAN PANEL PENILAI

• “Estet dan Kuarters Batu 13”, Zainal Rashid Ahmad, Wanita, Oktober 2010 • “Gulai Sembilang untuk Abah”, Fauziah Mohd Ismail, URTV, 15-30 Jun 2010 • “Ilham Sang Pujangga”, Zulfazlan Jumrah, Mingguan Malaysia, 26 September 2010 • “Jangan Bunuh Semut Api”, Muzaf Ahmad, Utusan Melayu, 29 November 2010, 6 Disember dan 13 Disember 2010 • “Kakak”, Sharifah Nurbaizura Syed Mohd Safie, URTV, 15-31 Disember 2010 • “Kala Hujan Ini”, Nur Adilla Abd Rahim, Mingguan Malaysia,11 April 2010 • “Mimpi Budak Bola”, Dr. Illias Zaidi, Mingguan Malaysia, 3 Oktober 2010 • “Nasi Putih Daging Cincang”, Nadia Khan, Mingguan Malaysia, Ahad, 10 Oktober 2010 • “Oh Fatimah!”, Tengku Nurlaila Tengku Ismail, Utusan Melayu Mingguan, Isnin 17 Mei 2010, 24 Mei dan 1 Jun 2010 • “Periaku untuk Ibu Pertiwiku”, Mohd Ali bin Salim, Mingguan Malaysia, 29 Ogos 2010

Datang-Prelims.indd 21

xxi

9/20/11 9:56:38

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

• “Rancanganku Rancanganmu”, Mohd Helmi Ahmad, Harmoni, 15 April 2010 • “Rindu Oktober Merah Jambu”, Zanazanzaly, Mingguan Malaysia, 31 Oktober 2010 • “Setulus Cinta Muaddib”, Husna Nazri, Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010 • “Siapa Haram?”, Ummu Hani Abu Hassan, Mingguan Malaysia, 20 Jun 2010 • “Tergelincir”, Aminhad, Mingguan Malaysia, 7 Mac 2010 Setelah berbincang dengan teliti dan saksama berpandukan kriteria penilaian, Panel Penilai sepakat memperakukan sembilan cerpen yang berikut sebagai layak untuk menerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010: HADIAH UTAMA • “Aku Datang”, Aminhad, Mingguan Malaysia, 28 November 2010 • “Kala Hujan Ini”, Nur Adilla Abd Rahim, Mingguan Malaysia, 11 April 2010

Datang-Prelims.indd 22

xxii

9/20/11 9:56:38

LAPORAN PANEL PENILAI

• “Periaku untuk Ibu Pertiwiku”, Mohd Ali bin Salim, Mingguan Malaysia, 29 Ogos 2010 HADIAH PENGHARGAAN • “Bunga Telur Kenduri Kahwin”, Mohd Helmi Ahmad, Harmoni, 1 November 2010 • “Estet dan Kuarters Batu 13”, Zainal Rashid Ahmad, Wanita, Oktober 2010 • “Gulai Sembilang untuk Abah”, Fauziah Mohd Ismail, URTV, 15-30 Jun 2010 • “Mimpi Budak Bola”, Dr. Illias Zaidi, Mingguan Malaysia, 3 Oktober 2010 • “Setulus Cinta Muaddib”, Husna Nazri, Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010 • “Siapa Haram?”, Ummu Hani Abu Hassan, Mingguan Malaysia, 20 Jun 2010 Ulasan Penilaian HADIAH UTAMA Cerpen “Aku Datang” telah mengemukakan subjek penyempurnaan akhlak, iaitu tentang

Datang-Prelims.indd 23

xxiii

9/20/11 9:56:38

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

perkembalian manusia yang sesat ke pangkal jalan dengan mengambil latar isu semasa. Kisahnya berkisar tentang seorang pemuda yang menyertai perniagaan berunsur penipuan melalui kaedah jualan gores dan menang setelah gagal dalam pelajarannya di luar negara. Dalam pelarian menyelamatkan diri daripada pihak penguasa, pemuda tersebut mendapat pencerahan iman di sebuah sekolah agama atau pesantren. Kesempatannya mengunjungi Baitullah menjadi puncak keinsafan untuknya bermuhasabah diri lalu dia berazam untuk kembali ke jalan yang benar. Keperibadian protagonis dapat menjadi teladan kepada golongan remaja zaman kini yang sering tersesat dalam pencarian haluan hidup. Semangat tidak putus asa, berdikari, berani mengakui kesilapan serta mahu membersihkan diri yang dimiliki oleh watak itu dapat menjadi perangsang kepada golongan remaja untuk turut sama menjana sahsiah cemerlang. Perjalanannya ke Baitullah bukan sahaja bersifat fizikal, bahkan membawa makna yang lebih bersifat rohaniah kerana matlamatnya adalah untuk mencari ke-

Datang-Prelims.indd 24

xxiv

9/20/11 9:56:39

LAPORAN PANEL PENILAI

redaan Allah. Dengan mensejajarkan dua bentuk perjalanan itu dalam satu garis plot yang linear, cerpen ini berdiri sebagai karya yang padu dari segi tekstual dan pengisiannya. Teknik imbas kembali menjadi sarana pengisahan yang fungsional dalam cerpen ini kerana dapat mencungkil permasalahan serta sebab akibat daripada perjalanan rohani watak utamanya. Strategi naratif ini membangkitkan rasa ingin tahu pembaca tentang gejala dan implikasi perlakuan secara retroaktif. Apabila keterujaan dapat dibangkitkan, penghayatan pembaca terhadap perjalanan plot seterusnya akan lebih hidup. Ini merupakan ciri yang penting dalam pembinaan sebuah naratif, khususnya bagi genre cerpen yang sangat terhad ruang pengisahannya. Cerpen “Kala Hujan Ini” mengaktifkan minda khalayak, khususnya remaja, untuk berfikir dan mentafsir kehidupan secara tamsilan melalui gejala alam. Misalnya, unsur hujan diberi makna ganda bagi menjelaskan permasalahan dalam kehidupan, termasuk yang berkaitan dengan isu kuasa, politik dan perpaduan ummah dalam skala yang lebih luas. Pentafsiran secara

Datang-Prelims.indd 25

xxv

9/20/11 9:56:39

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

tamsilan yang disampaikan oleh bapa kepada anaknya dan diterima secara akliah oleh si anak memperlihatkan pertautan hubungan keluarga yang sangat simbolik. Simbolisme yang dapat dikutip ialah bentuk pewarisan ilmu daripada generasi tua kepada generasi muda secara alamiah. Paparan ini seperti suatu rekonstruksi budaya yang sering diterapkan dalam pendidikan secara tidak langsung, yang selalu disebut sebagai “kata orang tua-tua”. Ungkapan bidalan itu pula signifikan dengan ciri umum perumpamaan dalam budaya Melayu yang menggunakan alam sebagai alat untuk memaknakan sesuatu: alam terkembang jadikan guru. Idea cerpen ini tidak lagi berkisar tentang permasalahan hidup remaja tetapi mengajak remaja turut memikirkan persoalan kehidupan yang lebih besar, yakni tentang sikap manusia yang tidak lagi mementingkan budaya sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat. Secara sinikal mesejnya itu menegur sikap pemimpin yang mengabaikan tanggungjawab sehingga mewujudkan situasi yang tidak stabil dalam masyarakat. Dengan

Datang-Prelims.indd 26

xxvi

9/20/11 9:56:39

LAPORAN PANEL PENILAI

sisipan idea yang besar demikian, khalayak remaja telah dibawa ke medan berfikir yang lebih luas dan mengubah paradigma mereka tentang kehidupan. Perubahan paradigma yang dibawa menjadikan karya ini sebagai alat pembina pemikiran, dan tarafnya sudah menanjak ke sfera faedah, bukan lagi terkepung dalam sfera keindahan yang melayani tuntutan emosi sebagaimana kebanyakan karya remaja popular. Berpaksikan idea yang signifikan dan besar, cerpen ini diperkuat oleh tautan antara tanda dengan petanda yang fungsional. Biarpun lambang hujan yang digunakan itu agak personal, huraiannya yang bersahaja tetapi rinci dapat menjelaskan makna tersirat dan sekali gus membuka ruang berfikir untuk khalayak remaja. Penggunaan lambang dan imejnya menuntut penghayatan, pentafsiran dan penaakulan, tetapi masih komunikatif kerana masih dalam lingkungan kefahaman kontekstual. Penampilan watak-watak remaja yang bersemangat pejuang menjadikan cerpen “Periaku untuk Ibu Pertiwi” selari dengan aspirasi sastera remaja yang berpaksikan moral dan

Datang-Prelims.indd 27

xxvii

9/20/11 9:56:39

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

mengukuhkan jati diri. Semangat patriotisme yang dikemukakan memainkan peranan dalam pembentukan jati diri dan sahsiah remaja sebagai penerus legasi perjuangan tokoh nasionalis. Berlatarkan sejarah Sarawak, cerpen ini telah mengangkat tokoh pejuang kemerdekaan, Rosli Dhoby yang menentang British sehingga sanggup membunuh dan dibunuh. Pengangkatan sejarah ini menyampaikan peringatan kepada golongan remaja tentang pentingnya mereka menghargai pejuang terdahulu. Walaupun kisah sejarah yang difiksyenkan hanya suatu transformasi yang tidak lagi tulen dari segi kreativiti, pemaparan kisah tersebut secara fizikal dan deskripsi batini telah memperlihatkan ketajaman imaginasi yang mampu menggerakkan emosi dan semangat khalayak remaja. Perkongsian semangat memperjuangkan hak peribumi dapat diserapi oleh remaja sebagai perangsang kepada mereka untuk lebih memahami tugas dan tanggungjawab memelihara kemerdekaan. Terbukti bahawa bahan sejarah yang difiksyenkan secara emotif dan artistik serta bernuansa ideologi kebangsaan mampu menjadi sarana pembina sahsiah.

Datang-Prelims.indd 28

xxviii

9/20/11 9:56:39

LAPORAN PANEL PENILAI

Muatan ideologi yang pekat itu lebih berkesan apabila disampaikan dengan gaya penceritaan dan bahasa yang komunikatif, sesuai dengan subjek. Bahasa yang digunakan berupaya menimbulkan kesan emotif bagi golongan remaja. Nada yang menekan benak perasaan berupaya menimbulkan kesan katarsis dan membangkitkan pengalaman estetik. Apabila deskripsi fizikal diseiringkan dengan deskripsi batini dalam nada patriotisme yang ideologikal, karya ini menjadi lebih bertenaga sebagai karya seni yang bermanfaat. Karya yang sebegini rencam ramuannya mampu berkomunikasi dengan khalayak remaja, dan wajar dijadikan model pengkaryaan bagi tujuan pendidikan. HADIAH PENGHARGAAN Cerpen “Bunga Telur Kenduri Kahwin” mengangkat persoalan budaya yang kian terhakis dalam masyarakat, terutamanya generasi muda. Melalui sudut pandangan watak datuk, falsafah yang terkandung dalam budaya itu dijelaskan secara langsung kepada cucunya yang bakal berkahwin. Daripada amalan budaya itu tersisip

Datang-Prelims.indd 29

xxix

9/20/11 9:56:39

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2010

nilai moral yang tinggi seperti amalan bergotongroyong yang dapat mengikat rasa kekitaan dalam masyarakat. Paparan nilai itu berupaya menjentik minda remaja supaya berbangga dengan asal usul dan tidak malu untuk mengamalkan adat tradisi dalam dunia serba moden. Dari sudut psikologi, cerpen ini berfungsi sebagai jambatan rohani antara sesama manusia demi menumbuhkan kefahaman antara satu sama lain. Fungsi ini disampaikan melalui paparan emosi orang tua yang kecewa dengan sikap generasi muda yang tidak menghargai budaya warisan bangsa sendiri. Paparan sedemikian menjadi wadah yang berkesan untuk mengajak khalayak menghayati perasaan orang tua dan menghormati mereka dalam kehidupan realiti. Anjuran secara tidak langsung begitu merupakan sarana didaktis yang hanya diperoleh melalui karya sastera kerana kebebasannya memanipulasi lojik fiktif, berbanding dengan tulisan faktual yang sangat terbatas dari segi penerokaan batiniahnya. Cerpen “Estet dan Kuarters Batu 13” mengolah subjek perpaduan kaum dalam gaya yang ber-

Datang-Prelims.indd 30

xxx

9/20/11 9:56:39

LAPORAN PANEL PENILAI

sahaja dan bercorak sketsa tetapi menyalurkan kesan secara halus. Dalam nada yang nostalgik, cerpen ini menggambarkan kehidupan yang harmonis antara watak pelbagai kaum dalam zaman remaja mereka. Secara halus disisipkan mesej bahawa tanpa dipengaruhi oleh ideolog...


Similar Free PDFs