REPORT PRAKTIKAL AZRIL AZIZ DOCX

Title REPORT PRAKTIKAL AZRIL AZIZ
Author Azril Aziz
Pages 52
File Size 7.5 MB
File Type DOCX
Total Downloads 363
Total Views 582

Summary

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (AP111 DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH) MEI 2014 – SEPT 2014 1.0 PENGENALAN Latihan amali merupakan satu komponen utama dalam pembelajaran IPTA Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Latihan amali ini sudah diaplikasikan sejak sekian lama dalam sistem pembelaja...


Description

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (AP111 DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH) MEI 2014 – SEPT 2014 1.0 PENGENALAN Latihan amali merupakan satu komponen utama dalam pembelajaran IPTA Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Latihan amali ini sudah diaplikasikan sejak sekian lama dalam sistem pembelajaran sebagai salah satu syarat yang perlu dilaksanakan sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil , diploma dan degree dan pelajar disyaratkan lulus latihan amali. Komponen ini penting untuk dilaksanakan bagi pelajar Diploma Perancangan Bandar (AP111). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar. Penempatan latihan amali merupakan aspek yang sangat penting dan dapat mempengaruhi para pelajar membuat andaian mengenai suasana alam pekerjaan yang sebenar. Dengan pendedahan ini, para pelajar dapat mengetahui sejauh mana kemampuan dan kelemahan mereka disamping memperbaiki kelemahan- kelemahan tersebut. Semasa latihan amali pelajar dapat mengaplikasikan teori pembelajaran di tempat latihan amali dan pelbagai ilmu yang baru juga dapat dipelajari. 1.1 TUJUAN Tujuan latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih mengenai selok belok alam pekerjaan serta memberi peluang kepada pelatih memperoleh pengalaman sepanjang empat bulan menjalani latihan industri. Di samping itu, pelatih juga berpeluang mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari sebelum ini serta melatih pelatih dari segi pemikiran dan cara bekerja yang lebih rasional dan berpandangan jauh bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran seiring dengan keperluan semasa sesebuah organisasi. PERBADANAN PUTRAJAYA " UITM SERI ISKANDAR, KAMPUS PERAK 1...


Similar Free PDFs