Ringkasan Eksekutif - Executive Summary (Malay) PDF

Title Ringkasan Eksekutif - Executive Summary (Malay)
Course Principles and Practice of Management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 2
File Size 57.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 51
Total Views 127

Summary

Executive Summary (Malay)...


Description

A. RINGKASAN EKSEKUTIF

Jihah’s Chocolate Enterprise telah menjalankan perniagaan penerimaan tempahan dan pengedara Surprise Box kepada pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Jihah’s Chocolate Enterprise menwarkan tiga jenis set yang boleh dipilih oleh pelanggan iaitu Set 1 pada harga RM3, Set 2 pada harga RM4, dan Set 3 pada harga RM5. Set 1 ini hanya mengandungi sejumlah coklat sahaja. Set 2 pula mengandungi sejumlah coklat beserta gambar polaroid. Akhir sekali Set 3 mengandungi sejumlah coklat, gambar polaroid dan juga sebuah anak patung beruang. Perniagaan ini diusahakan oleh lima orang pekongsi iaitu Ahmad Imran Hakim Bin Ismail, Ahmad Nur Hadif Bin Rosdi, Nurulain Binti Bachok, Siti Izzah Insyiraf Binti Zulkifili dan Nurjahirah Binti Jamaludin. Perniagaan yang dijalankan amatlah strategic dan bersesuaian dengan citarasa pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang amat meminati coklat. Tujuan utama perniagaan ini dijalankan adalah bagi memenuhi kehendak pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang meminati Surprise Box tetapi sukar untuk mendapatkannya . Kami telah pun menyediakan kemudahan untuk mengambil tempahan Surprise Box dengan harga yang lebih murah berbanding ditempat lain. Salah satu kelebihan Surprise Box yang kami tawarkan ialah iannya, sekiranya pelanggan hendak menghadiahkan produk ini kepada orang lain, kami akan menghantar Surprise Box terus kepada penerima. Pada awalnya, kami hanya mengeluarkan modal sendiri untuk menjayakan perniagaan ini dan akhirnya berjaya mendapat keuntungan dan kami mempertingkatkan lagi perniagaan dengan menggunakan keuntungan yang ada dalam penambahbaikan perniagaan kami. Kami menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan makanan halal.

J. KESIMPULAN PERNIAGAAN

Berdasarkan perancangan dan unjuran pendapat yang telah dihasilkan, Jihah’s Chocolate Enterprise merpakan sebuah perniagaan yang berasaskan produk makanan dan hadiah telah berjaya menghasilkan keuntungan yang lumayan. Dengan anggaran dan keputusan yang telah dibuat dengan penuh komitmen dari setiap ahli perkongsian kami, maka kami lebih yakin dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Lebih–lebih lagi, masyarakat kini terutamanya generasi muda tidak kira jantina lelaki atau perempuan amat menyukai manisan seperti coklat yang kami sediakan dalam setiap set yang ditawarkan. Dengan pengamalan dan pengetahuan pemasaran yang rapi, kami mempunyai potensi untuk bersaing dengan syarikat-syarikat sedia ada. Dengan pembelian Surprise Box yang mempunyai coklat yang sedap dan tambahan produk yang sangat menarik seperti anak patung beruang dan gambar polaroid, kami mampu menarik lebih ramai golongan muda atau tua untuk membeli Surprise Box di dalam Kolej Matrikulasi Johor....


Similar Free PDFs