Ringkasan Eksekutif PDF

Title Ringkasan Eksekutif
Course Entrepreneurship
Institution Multimedia University
Pages 2
File Size 57.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 4
Total Views 165

Summary

Ringkasan Eksekutif...


Description

RINGKASAN EKSEKUTIF Rancangan perniagaan ini adalah berkaitan dengan perniagaan Choconutlicious. Choconutlicious merupakan sebuah perniagaan yang menjual biskut brownies dan aiskrim di Universiti Utara Malaysia (UUM). Nama perniagaan, Choconutlicious diberikan kerana perniagaan ini mengutamakan penjualan biskut brownies, chocomilky aiskrim dan kopiko aiskrim yang merupakan makanan ringan dan pencuci mulut yang enak dan sedap. Fokus utama rancangan perniagaan ini adalah untuk memohon pinjaman wang daripada Maybank. Pinjaman wang ini penting untuk tujuan pengubahsuaian kedai, pembelian perabot dan alat tulis serta sebagai modal utama perniagaan. Melalui aspekaspek yang ditunjukkan dalam rancangan perniagaan, ia akan membuktikan bahawa perniagaan Choconutlicious layak untuk mendapatkan pinjaman ini dan mampu untuk membiayai balik pinjaman dalam masa yang singkat. Sebelum memulakan perniagaan, setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang diperlukan bagi menanggung kos pembelian barang, belanja perkhidmatan dan kos pengangkutan. Perniagaan ini beroperasi di dalam UUM dengan cara mempromosikan produk kami di setiap dewan penginapan pelajar termasuklah di Bukit Kachi yang terletak kira-kira 3 km dari universiti. Kami juga melakukan jualan barang di luar UUM. Perniagaan ini melakukan jualan secara ‘online’ melalui Facebook, Whatsapp dan website yang ditubuhkan. Sesiapa yang berminat untuk membeli barangan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang barang yang dijual. Choconutlicious turut menyediakan khidmat penghantaran melalui pos di luar UUM iaitu ke semua negeri di Malaysia dan juga ‘Cash On Delivery’ di sekitar universiti. Bayaran secara atas talian atau deposit bank juga diterima. Setelah melakukan urusan jual beli, kami akan mendapatkan maklum balas tentang kepuasan pelanggan mengenai produk kami. Jumlah hasil jualan sebanyak RM 200.00 akan diberikan kepada setiap rakan kongsi manakala selebihnya akan dikira sebagai untung bersih bagi perniagaan ini. Pembiayaan modal yang dipohon ialah RM10000. Tempoh pembiayaan bagi pinjaman ini adalah selama 5 tahun. Cara pembayaran bagi pembiayaan ini pula adalah secara ansuran mulai bulan berikutnya setelah menerima pinjaman ini.

Dari aspek rancangan pemasaran pula, maklumat seperti sasaran pasaran iaitu warga UUM, pesaing-pesaing utama iaitu V-Mart, Kachi Mall dan C-Mart yang terletak di Changlun serta strategi pemasaran (4P) terdiri daripada produk, harga, pengedaran dan promosi telah ditunjukkan. Maklumat yang disebut adalah penerangan yang lebih jelas tentang Choconutlicious. Perniagaan perkongsian ini terdiri daripada 7 usahawan dengan diberikan tugasan yang berbeza dalam aspek pengurusan, pemasaran dan kewangan. Tugasan ini diberikan mengikut kemahiran dan kebolehan yang ada pada setiap individu. Perniagaan ini juga akan mengupah dua orang pekerja separuh masa. Berdasarkan analisis dan kajian pasaran yang dijalankan, potensi perniagaan kami adalah tinggi. Hal ini demikian kerana banyak pelajar yang gemar makan biskut terutamanya biskut brownies. Tambahan pula, cuaca yang panas kebelakangan ini mendorong pelajar untuk membeli aiskrim sebagai pencuci mulut selepas makan....


Similar Free PDFs