Pengenalan & Ringkasan Artikel PDF

Title Pengenalan & Ringkasan Artikel
Author Mohd Harith
Course Islamic & Asian Civilisation
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 95 KB
File Type PDF
Total Downloads 39
Total Views 142

Summary

individual assignmnet...


Description

MUHAMMAD HARITH FADHILLAH BIN HAMZAH (2019492308)

1.0

PENGENALAN

(a) Tajuk Artikel : Integrasi Etnik Dalam Ideologi Pendidikan

Penulis

: Nor Shela Saleh, Norizan Rameli, Muhaymin Hakim Abdullah, Riki Rahman

Bilangan Muka Surat : 7 Muka Surat Sumber

: Journal Of Techno Social Vol. 11 No. 2 (2019) 47-54 ISSN : 2229-8940 © Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office

Jurnal ini adalah sebuah kajian penulis iaitu Nor Shela Saleh, Norizan Rameli, Muhaymin Hakim Abdullah dan Riki Rahman berkisarkan tentang integrase etnik dalam ideologi Pendidikan. Antara perkara yang dikupaskan ialah sejarah Pendidikan dalam konteks hubungan etnik, kronologi pembentukan etnik dalam ideologi Pendidikan Nasional, cabaran Pendidikan dalam pelbagai etnik masa kini dan metodologi kajian. Jurnal ini juga berceritakan tentang segregasi ke integrasi pendidikan dalam hubungan etnik dan peranan interaksi sebagai medium antara etnik dalam Pendidikan.

Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai etnik yang berbeza dengan tiga etnik utama ialah kaum Melayu, Cina dan India. Cabaran utama pihak kerajaan adalah untuk memastikan kesepaduan antara etnik dalam pelbagai aspek dapat dicapai terutamanya dari aspek Pendidikan. Usaha membentuk dan menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama menjadi bangsa Malaysia yang meridentitikan nasional bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Sebaliknya, proses ini mengambil masa yang panjang dan memerlukan usaha dan komitmen dari semua pihak.

Sejak kekalahan jepun di Tanah Melayu yang mengembalikan kuasa pemerintahan

Tanah

Melayu

ke

tangan

British,

British

mula

memperkenalkan sistem Pendidikan berasaskan kaum iaitu sekolah di kampung untuk kaum Melayu, sekolah di estet untuk kaum India dan sekolah di Bandar untuk kaum Cina. Sekolah Melayu banyak dibina dalam konsep sekolah pondok atau sekolah tidak formal.[ CITATION Nor19 \l 17417 ] Sekolah orang Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pembinaan sekolah Cina pula banyak menekankan kepada aspek pendidikan Cina Klasik. [ CITATION Nor19 \l 17417 ]Sekolah pendidikan Cina masih menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar termasuklah sukatan pelajaran, guru dan buku rujukan teks (Mohd Salleh, 2004). sekolah etnik India pula bermula dengan konsep sekolah Tamil. Permulaan sekolah Tamil tercetus apabila pihak British telah memaksa pengurus ladang untuk membina sekolah untuk anak-anak buruh yang berusia sekitar 7 hingga 14 tahun. Peranan pendidikan penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Oleh itu, menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan,beberapa langkah telah diambil dalam usaha ke arah mencapai matlamat ini. Untuk

mencapai matlamat tersebut, beberapa strategi telah disusun dan dilaksanakan dalam membentuk perpaduan di negara kita. Antara

strategi-strategi

pelaksanaan

ialah

menjadikan

bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, mewujudkan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, memastikan sukatan pelajaran yang seragam dan sistem peperiksaan yang seragam,mewujudkan Sekolah Wawasan serta pelbagai program pendidikan yang menggalakkan integrasi kaum.

2.0

RINGKASAN ARTIKEL

Secara umumnya, artikel ini membincangkan tentang konsep integrasi etnik di dalam ideologi Pendidikan dan bagaimana pelaksanaannya supaya semua rakyat faham dan dapat menyumbang kepada usaha yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti punca berlakunya perbezaan ideologi Pendidikan dalam kalangan etnik yang berbeza dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan jurang perbezaan ideologi pendidikan antara kaum. Jurnal juga membincangkan tentang cabaran Pendidikan yang dihadapi dalam pelbagai etnik masa kini.

Metodologi kajian yang digunakan penulis bagi menghasilkan jurnal ini adalah dengan melakukan analisis faktor melalui pembacaan dan perbandingan yang telah dibuat oleh pengkaji yang terdahulu. Pengkaji menggunakan analisis dokumen mudah yang mana beberapa jurnal dan penulisan telah dibaca secara terperinci dan kemudian isi utama berkaitan ideologi, teori dan dapatan dijadikan sebagai bahan utama perbincangan kajian. Pengkaji juga melakukan analisis perbandingan

dengan melihat

kenyataan dan kekerapan isu yang dibangkitkan dan ia sekaligus dijadikan sebagai isu kritikal dalam analisis faktor kajian. Perbandingan kajian terdahulu telah dibincangkan di dalam Jadual 2 dan Jadual 3.

Penulis menceritakan tentang sejarah Pendidikan di dalam hubungan etnik, kronologi penbentukan etnik di dalam ideologi Pendidikan, serta cabaran Pendidikan dalam pelbagai etnik masa kini. Penulis juga menyatakan tentang peranan penting interaksi dan komunikasi sebagai medium utama kesepaduan dan perhubungan antara etnik dalam Pendidikan.

Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kajian yang menekankan aspek perpaduan etnik dalam konteks Pendidikan di dalam negara ini perlu

diperbanyakkan untuk mengenal pasti punca serta masalay yang dihadapi dalam memastikan etnik yang berbeza mempunyai ideologi Pendidikan yang sama. Kajian juga menunjukkan bahawa semangat nasionalisme dan patriotisme kurang dipertimbangkan dan tidak dijadikan sebagai model ataupun rujukan dalam integrase Pendidikan negara. Disebabkan itu, penulis

mencadangkan

agar

dasar

pembentukan

negara

perlulah

diwujudkan berteraskan kearah pembinaan insan yang unggul dan berkualiti tinggi. Perhubungan di antara etnik perlu dikukuhkan supaya sistem Pendidikan negara terus relevan dan dapat mencapai objektif dan sasaran yang diletakkan. Penulis juga menyuarakan supaya generasi muda dididik untuk memperkasakan hubungan silaturahim antara etnik bagi melahirkan generasi yang bersatu padu dan bertolak ansur....


Similar Free PDFs