Ringkasan dialek DOCX

Title Ringkasan dialek
Author Castelo Cas Castelo
Pages 4
File Size 20.2 KB
File Type DOCX
Total Views 134

Summary

Pengenalan Dialeketologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji dialek-dialek dalam sesuatu bahasa. Kajian dialek yang menerapkan gagasan-gagasan dan hasil penemuan teori nahu tranformasi generatif khususnya teori fonologi generatif dalam menghuraikan dan membandingan kelainaan dialek-dialek tersebut ...


Description

Pengenalan Dialeketologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji dialek-dialek dalam sesuatu bahasa. Kajian dialek yang menerapkan gagasan-gagasan dan hasil penemuan teori nahu tranformasi generatif khususnya teori fonologi generatif dalam menghuraikan dan membandingan kelainaan dialek-dialek tersebut dikenali sebagai dialektologi generatif. Teori (Transformasi) Fonologi Generatif Teori nahu transformasi generatif mula diperkenalkan dalam bidang Iinguistik pada tahun 1957 oleh pelopomya, iaitu Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Dalam teori standard transformasi generatif seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu: (i) sintaksis, (ii) semantik, dan (iii) fonologi. Aliran fonologi generatif menganggap fonologi atau struktur bunyi sesuatu bahasa itu sebagai satu sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi (phonological competence) penutur natif yang ideal. tujuan utama fonologi generatif ialah memformalisasikan kecekapan fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik dari¬pada struktur permukaan sintaksis (Farid 1988: 169). fonologi mempunyai dua tingkat (level) representasi, iaitu: (i) representasi dalaman - mengandungi semua maklumat idiosin¬kratik tentang penyebutan sesuatu morfem dalam ujaran, (ii) representasi permukaan - mengandungi maklumat idiosinkratik setta maklu¬mat yang boleh diramalkan (iaitu yang bersifat nalar (regular) dan sistematik). Peranan rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi adalah untuk menukarkan bentuk dasar dalam representasi dalaman ke bentuk fonetik dalam representasi permukaan. Dalam teori fonologi generatif, rumus-rumus fonologi tidak saja dinyatakan dalam bentuk segmen, tetapi diformalisasikan dalam bentuk fitur distingtif. Proses fonologi terlaksana ke atas sekum¬pulan segmen yang berada dalam satu kelas alamiah. Satu lagi gagasan penting yang perlu ditegaskan di sini, ialah dalam teori standard fonologi generatif, rumus-rumus fonologi dilaksanakan mengikut aturan, iaitu satu rumus harus mendahului rumus yang lain....


Similar Free PDFs