Sejarah Pulut Kuning PDF

Title Sejarah Pulut Kuning
Author UmiEy MaRiam
Course Organizational Communication
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 4
File Size 254 KB
File Type PDF
Total Downloads 1
Total Views 786

Summary

SEJARAH PULUT KUNINGPulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Biasanya ia dimakan dengan gulai atau, rendang ayam, atau daging pada majlis keramaian. Pulut kuning sebenarnya telah lama menjadi...


Description

SEJARAH PULUT KUNING Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Biasanya ia dimakan dengan gulai atau, rendang ayam, atau daging pada majlis keramaian. Pulut kuning sebenarnya telah lama menjadi lambang dan juga adat dalam upacara tradisional. Seperti yang kita tahu ianya sering disediakan pada majlis perkahwinan, pertunangan, akikah, berkhatan dan kenduri kesyukuran. Secara amnya, pulut kuning menjadi hidangan sebagai tanda kesyukuran bagi semua majlis tersebut. Ia juga menjadi lambang bagi sesuatu pencapaian dan kejayaan memperolehi apa yang dihajati. Sesetengah pendapat mengatakan Pulut Kuning ini berasal dari istana dan merupakan makanan raja-raja. Warna kuning ini diangkat sebagai juadah istimewa untuk majlis-majlis tertentu mungkis atas beberapa sebab. Selain nama Pulut Kuning, hidangan ini juga dikenali sebagai Pulut Semangat atau Nasi Semangat. Jika dilihat dalam konteks sejarah, beras itu sendiri merupakan makan ruji masyarakat melayu dan rakyat nusantara khusunya. Ia merupakan tanda simbolik kepada kesyukuran nikmat, limpahan rezeki, kemewahan dan taraf ekonomi. Beras yang digunakan untuk menghasilkan pulut adalah beras dari jenis mahal dan eklusif. Penyediaan Pulut Kuning agak sukar kerana beras pulut perlu direndam bersama kunyit yang kebiasaanya perlu direndam selama semalaman dan menanaknya juga buka semudah nasi biasa. Jika dilihat pada sifat Pulut Kuning yang melekit itu, ia memberi gambaran simbolik mengenau hubungan akrab persaudaraan dan sebagai pengikat silaturrahim. Ini menerangkan mengapa jaudah itu begitu penting dalam majlis keramaian sebagai tanda penghargaan tuan rumah kepada tetamu. Kebiasaanya tetamu yang hadir akan dijamu dengan Pulut Kuning sebagai tanda Terima Kasih atas kesudian mereka atas jemputan yang diberikan di samping menjalinkan keakraban sesame mereka. Seterusnya, Pulut Kuning juga dikaitkan dengan majlis perkahwinan. Ini kerana kebiasaan masyarakat melayu dahulu sering menggunakan Pulut Kuning dalam upacara Makan Berhdap, di mana pengantin akan meyuapkan pasangan masing-masing ketika permulaan makan bagi menjamu selera sebagai tanda kasih sayang dan tradisi ini masih lagi diguna pakai dalam sesetengah masyarakat melayu. Di samping itu, Pulut Kuning ini juga dikaitkan dengan alam ghaib ini kerna masyarakat melayu zaman dahulu kerana sering menggunakan Pulut Kuning dalam upacara- upacara tertentu yang mempunyai unsur ghaib atau mistik seperti aktiviti perbomohan, pemujaan, tolak bala, mendapat keberkatan dan banyak lagi. Pulut Kuning juga merupakan juadah wajib dalam penyediaan Ancak. Ancak merupakan sejenis

persembahan kepada makhluk halus yang popular dalam kebudayaan Melayu pada ketika dahulu.Persembahan ini merupakan "hidangan" kepada bangsa jin yang biasanya terdiri daripada bertih, Pulut Kuning, ayam panggang, telur rebus atau mentah, anak patung, darah haiwan dan beberapa bahan lagi. Ancak juga digunakan dalam perubatan tradisional di mana ia dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak baik semasa upacara perubatan sedang dilakukan. Jin-jin yang mengganggu akan dipujuk untuk mengikuti ancak yang kemudiannya akan dihanyutkan ke sungai. Upacara ini dipanggil sebagai "Membuang Ancak". Salah satu persembahan tradisional Melayu yang berunsur spiritual mengunakan Pulut Kuning dalam penyediaan ancak adalah Tarian Ulik Mayang. la dipercayai dapat menghalau jin daripada mengganggu atau merasuk para penari.Pulut Kuning juga sering dijadikan sedekah atau "buah tangan" daripada pelawat yang mempunyai hajat melawat makam-makam keramat bagi membuat nazar atau niat. Kalau disusur galurkan Pulut Kuning ini, ia dikatakan berasal dari China. Pulut Kuning juga merupakan makanan turun-temurun yang terdapat di Laos, Kemboja dan Siam. la kemudian menjadi popular dan berkembang ke seluruh nusantara termasuklah di Tanah Melayu.Di Laos, Kemboja dan Siam, Pulut Kuning ini sering disediakan sebagai makanan kepada para dewa-dewa mereka. Namun, di nusantara pula Pulut Kuning digunakan dalam upacara memuja semangat ghaib atau jin. Mungkin inilah sebab mengapa ia begitu sinonim dengan amalan khurafat. Semua perbuatan-perbuatan ini jelas bertentangan dengan hukum syara' atau syariat Islam kerana memuja dan meminta bantuan makhluk lain selain Allah SWT. Kepercayaan ini boleh menjerumuskan seseorang itu kepada syirik.

pulut kuning perkahwinan

penyediaan ancak

MAKANAN PEMANGKIN PERPADUAN Malaysia adalah sebuah Negara yang berdaulat dengan identiti nasional yang tersendiri. Seperti yang tahu Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri yang berkait rapat dengan berlatar belakangkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Antarnya Melayu, Iban, Cina, Melanau, India dan pelbagai lagi etnik yang lain telah saling berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa perantaraan untuk mereka bertutur dengan lebih baik. Oleh itu, dengan kesemua kumpulan etnik yang berbeza dan sedia ada ini telah diberikan kebebasan sendiri untuk mengamalkan cara hidup masingmasing termasuk dari pelbagai aspek sepertinya makanan. Dari segi aspek kepelbagaian makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi pemangkin perpaduan yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan tersendiri yang beraneka warna mahupun dari segi rasa serta mempunyai sejarah masakan yang tersendiri untuk diketahui,dipelajari bersama dan bahkan untuk dimiliki bersamaa. Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Seperti sedia maklum bahawa setiap etnik pastinya ada salah satu warisan makan tradisi mereka. Antara contohnya salah satu makanan tradisi bagi oranf cina ialah Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. Namun makanan ini bukan sahaja dimakan oleh orang cina malah bangsa kita juga ada yang makan makanan ini termasuk saya sendiri. Jadi tidak hiaranlah mengapa makanan menjadi pemangkin perpaduan kerana adakalanya makan tradisi

etnik lain juga dimakan oleh kita. Malahan Ia sekaligus dapat

memperkenalkan kepelbagaian makanan serta budaya yang terdapat di Malaysia. Selain itu, makanan yang dikatakan sebagai pemangkin perpaduan kerana kita hidup dalam masyarakat yang majmuk dan kita juga berkawan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan dari situ kita mengenali dan mencuba makan tradisi mereka yang mana makanan yang boleh untuk kita makan. Ini boleh mengeratkan lagi silaturahim kita di samping dapat menghormati makan tradis mereka. Contohnya muruku merupukan makanan orang india tapi kita orang melayu juga menikmati makanan ini dek kerana kita hidup dalam

masyarakat yang berbilang kaum dan saling mengenali dan menghormati setiap etnik masing-masing.

Kesimpulannya makanan merupakan pemangkin kepada perpaduan kerana setiap etnik bertukar jenis dan rasa makanan mereka dengan etnik yang lain. Walapun kita berbeza bangsa namun ia tidak menghalang untuk kita menyukai makana tradisi etnik lain, malahan ia digalakkan untuk menghidupkan perpaduan di negara ini. Oleh itu haruslah kita mencuba untuk merasai makanan etnik lain kerana ia mempunyai rasa dan resepi yang tersendiri.

dumpling / jiaozi

muruku...


Similar Free PDFs