Sekolah Kolaboratif DOCX

Title Sekolah Kolaboratif
Author Norasmawani Yusoff
Pages 22
File Size 340.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 332
Total Views 982

Summary

1.0 PENGENALAN Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding sebelumnya kerana harapan masyarakat semakin meningkat. Bagi menangani cabaran tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang agar berlaku perubahan dari segi sikap, nila...


Description

1.0 PENGENALAN Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding sebelumnya kerana harapan masyarakat semakin meningkat. Bagi menangani cabaran tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara kolaboratif bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem pengurusan masa kini kerana budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth, 2002). Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang menyediakan murid- murid dengan ilmu pengetahuan. Sekolah yang cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan perubahan untuk mencapai misi dan visi dengan baik. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru (Gable, 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003). Walaupun pengetua merupakan pemimpin yang bertanggungjawab penuh dalam proses membuat keputusan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan, banyak keputusan berkaitan isu sekolah mengambil kira penyertaan sub-ordinat, iaitu guru. Hakikat ini wujud kerana sekolah mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Oleh itu, sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif juga membuat keputusan secara kolektif dan bersama iaitu melibatkan pentadbir dan guru. Kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum memerlukan proses pembuatan keputusan secara kolaboratif antara pengetua dan guru di samping kepimpinan pengetua yang berkesan (Azman, 2001). Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang, maka semua sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Ketua Jabatan iaitu pengetua sekolah seharusnya tidak mengamalkan sikap pentadbiran yang bersikap 'kuku-besi' atau mengamalkan sikap pilih kasih, sebaliknya mengamalkan budaya kolaboratif. Mengikut Abdullah Sani dalam Azman (2001), elemen penting yang akan mempengaruhi kecemerlangan pengurusan sesebuah sekolah adalah bagaimana pentadbir dan guru-guru memimpin sekolah tersebut. 1...


Similar Free PDFs