Surat Representasi Untuk Mengkaji Semula Kes PDF

Title Surat Representasi Untuk Mengkaji Semula Kes
Course Trial & Advocacy
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 8
File Size 233.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 527
Total Views 607

Summary

TANPA PREJUDIS Rujukan kami : 059/07/CR/TAH/GANASMANAS [ Melalui Faks: +0375261176] Rujukan tuan : [ Serahan Tangan ] Tarikh : 8 JUN 2021YA Pengarah Pendakwaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Unit Pendakwaan Tingkat 7, (Sayap Kanan), W...


Description

(for academic purposes only)

1, JALAN TENGKU AMPUAN ZABAEDAH C9/C UNIT 17.2, LEVEL 17, WISMA SUNWAY, SEKSYEN 9 40100 SHAH ALAM [email protected] Tel: +60386342516 / Fax: +0375261176

SENIOR PARTNER Muhammad Syamil Bin Zahari

LL.B (Hons) UiTM

PARTNERS Sharifah Nur Sakinah Binti Syed Ahmad Muhammad Alif Aiman Hakim Bin Alpaskha Aida Syazwani Binti Mohamad Yaziz Mohamad Akmal Bin Zulkifly

LL.B (Hons) UiTM LL.B (Hons) UiTM LL.B (Hons) UiTM LL.B (Hons) UiTM

TANPA PREJUDIS

Rujukan kami : 059/07/CR/TAH/GANASMANAS

[ Melalui Faks: +0375261176]

Rujukan tuan :

[ Serahan Tangan ]

Tarikh

: 8 JUN 2021

YA Pengarah Pendakwaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Unit Pendakwaan Tingkat 7, (Sayap Kanan), Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur (U/P: Timbalan Pendakwa Raya Yang Mengendalikan Pendakwaan Di Mahkamah Majistret (4) Petaling Jaya) YA Tuan, MAHKAMAH MAJISTRET (4) PETALING JAYA NO: MS4-62K-5-1/16 PENDAKWA RAYA DAN GANAS MANAS (OKT) PERKARA:

REPRESENTASI

GANAS

MANAS

(No.KP:

990423-11-5667)

REPRESENTASI UNTUK MENGKAJI SEMULA KES Dengan segala takzimnya pihak kami merujuk kepada perkara di atas di mana pihak kami telah dilantik mewakili Ganas Manas (No.KP:990423-11-5667) (selepas ini dirujuk sebagai “anakguam kami”) di dalam kes yang tersebut di atas. 2.

Anakguam kami telah dipertuduhkan dengan satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 509 KK di Mahkamah Majistret (4) Petaling Jaya pada 28.12.2021. Sepertimana YA Tuan sedia maklum, pertuduhan di bawah Sekyen 509 KK sekiranya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan ianya boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

3.

Di samping itu, anakguam kami juga akan dituduh di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, di mahkamah dan pada tarikh yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

4.

Tanpa prasangka, pihak kami telah diarahkan oleh anakguam kami untuk membuat representasi ini kepada YA Tuan agar dapat menerangkan beberapa faktor-faktor yang boleh diambil kira oleh YA Tuan sebagai rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan ke atas anakguam kami berdasarkan alasan-alasan serta fakta-fakta yang kami nyatakan di dalam representasi ini.

Fakta-fakta kes ini:5.

Mangsa-mangsa di dalam kes, iaitu Ayuni, Saerah dan Anis, merupakan pelajar daripada Segi University College yang beralamat di 9, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor, Kota Damansara, PJU 5, 79311 Petaling Jaya, Selangor. Anakguam kami juga merupakan seorang pelajar di tempat yang sama dengan mangsa dan juga sekelas dengan mangsa-mangsa.

6.

Kami telah dimaklumkan bahawa mangsa-mangsa telah menuduh anakguam kami mempunyai gambar mereka sedang berbogel dan separuh bogel di bilik tidur dan bilik mandi di pangsapuri sewaan mereka.

7.

Hal ini demikian berdasarkan fakta yang diberitahu magsa-mangsa di mana suatu hari, dalam perjalanan untuk memberi kuliah, mangsa-mangsa menyedari semua orang sedang menatap, menunjuk dan tertawa pada mereka. Mangsa-mangsa hanya menyedari perhatian yang tidak diingini ketika mereka mendengar anakguam kami, Ganas Manas, memberitahu kepada semua orang bahawa didapati padanya gambar mangsa-mangsa sedang berbogel dan separuh bogel di bilik tidur dan bilik mandi di pangsapuri sewaan mereka.

8.

Sebelum kejadian, anakguam kami pernah menjalin hubungan hubungan bersama salah seorang daripada mangsa iaitu Ayuni binti Aznan (No. KP: 990415-14-4786) sebagai teman lelaki kepada mangsa. Namun, dua minggu sebelum kejadian hubungan mereka berakhir kerana wujud salah faham serta pertengkaran antara mereka. Hal ini menyebabkan mangsa iaitu Ayuni binti Aznan (No. KP: 990415-14-4786) sering menyalahkan anakguam kami sebagai punca hubungan mereka berakhir serta bertindak

memuat naik ‘posting Facebook’ dengan melemparkan fitnah terhadap anakguam kami seperti kenyataan yang berbunyi “Dah tido dengan pompuan lain lepastu tak mengaku. Aku ada bukti lah sebab tu aku putus dengan kau. Dasar Ganas Manas tak guna”. Anakguan kami yang sangat terkesan dengan kenyataan fitnah secara terbuka sehingga menyebabkan anakguam kami diperlekehkan serta dipinggirkan rakan-rakan sekelilingnya. Berita fitnah tersebut juga tersebar hampir kepada hampir seluruh warga kampus Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya. 9.

Kemudian pada hari kejadian, hal sebenar yang berlaku ialah gambar mangsa-mangsa sedang berbogel dan separuh bogel di bilik tidur dan bilik mandi di pangsapuri sewaan mereka termasuklah bekas teman wanita anakguam kami telah disebarkan oleh pihak yang tidak diketahui sebelum anakguam kami sendiri yang menerima hantaran gambar itu di dalam beberapa “group whatsapp” serta “personal whatsapp” daripada rakanrakan anakguam kami. Hal ini kerana anakguam kami merupakan bekas teman lelaki terhadap salah seorang mangsa dan berita tentang pergaduhan serta fitnah yang sebelum ini diketahui hampir kesemua warga kampus menyebakan anakguam kami menerima pertanya serta perkongsian gambar tersebut pada hari kejadian.

10.

Oleh kerana itu, ketika mangsa-mangsa menegtahui mengenai gambar tersebut, salah seorang mangsa iaitu bekas teman wanita anakguam kami, Ayuni binti Aznan (No. KP: 990415-14-4786) menuduh anakguam kami sebagai pelaku yang merakam kan gambar menyebarkan gambar mereka kerana tidak berpuas hati terhadap “posting Facebook” yang dimuat naik dua minggu sebelum kejadian.

11.

Anakguam kami pada ketika kejadian itu, kerana tertekan dengan fitnah sebelum ini menyatakan kepada bekas teman wanita nya, Ayuni binti Aznan (No. KP: 99041514-4786), bahawa dia mempunyai gambar tersebut dan berlaku pertengkaran antara mereka. Mangsa kemudian nya menuduh bahawa gambar itu diambil dan disebarkan oleh anakguam kami walaupun telah diterangkan oleh anakguam kami bahawa gambargambar tersebut diambil dan disebarkan oleh pihak lain.

12.

Walaubagaimanapun, Anakguam kami bersedia untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaanyang dikenakan ke atas beliau sekiranya pihak YA Tuan bersetuju untuk mengugurkan pertuduhan dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan mengenakan satu hukuman berbentuk bon

berkelakuan baik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 173A Kanun Acara Jenayah atau Seksyen 294 Akta Yang Sama berdasarkan kepada alasan-alasan serta permohonan berikut:Oleh itu, adalah dinyatakan bahawa: 13.

Tidak pada bila-bila masa anakguam kami telah menyebabkan penularan gambargambar bogel dan separuh bogel mangsa-mangsa dan pemilikan gambar-gambar tersebut di dalam telefon bimbit anakguam kami adalah dengan tidak sengaja. Anakguam kami telah sedaya upaya menepis tuduhan mangsa-mangsa ketika mereka hari kejadian sebelum mangsa-mangsa membuat keputusan untuk melaporkan isu ini kepada pihak polis.

Anakguam kami merupakan seorang pelajar cemerlang yang masih muda dan berpeluang untuk terus menyumbang kepada Negara di masa hadapan 14.

Anakguam kami merupakan seorang pelajar cemerlang yang berusia 22 tahun dan boleh dianggap sebagai seorang insan yang masih muda. Anakguam meruan anak bongsu daripada 5 adik-beradik, kesemua abang dan kakak anakguam merupakan lepasan kedoktoran(Phd) dan berjaya di bidang masing-masing. Pihak kami bersetuju bahawa anakguam kami telah melakukan kesilapan dalam hidup beliau yang menyebabkan wujudnya kemungkinan masa depan beliau menjadi gelap.

15.

Dalam kes Teo Siew Peng [1985] 2 MLJ 125, mahkamah mengambil kira faktor umur sebagai elemen yang sangat penting dalam menentukan bentuk hukuman kepada pesalah. Prinsip mengutamakan kebajikan pesalah muda telah digunapakai oleh Tan Chiaw Thong J dalam kes ini di mana mahkamah menyatakan bahawa: "In the case of young offender there can hardly ever be any conflict between the public interest and that of the offender. The public have no greater interest than that he should become a good citizen. The difficult task the Court is to determine what treatment gives the best chance of realizing that object."

16.

Keputusan Y. A. Hakim dalam kes Teo Siew Peng jelas menunjukkan bahawa perlu ada pertimbangan antara kepentingan masyarakat dan kepentingan tertuduh.

17.

Pihak kami menyatakan bahawa sebarang hukuman yang dijatuhkan terhadap anakguam kami perlulah mengambil kira prinsip ini. Pihak kami percaya bahawa hukuman penjara hanya akan memusnahkan masa depan anakguam kami yang mana kepentingan anakguam kami gagal dipelihara.

18.

Selain itu, pihak kami memohon agar pihak Tuan mengambil kira masa depan anakguam kami dalam membuat keputusan berkenaan hukuman. Anakguam kami mempunyai banyak untuk ditawarkan kepada masyarakat dan negara dan sekiranya hukuman yang berat seperti penjara dikenakan terhadap anakguam kami, masyarakat dan negara akan kehilangan modal insan yang mampu untuk menjadi penggerak kepada pembangunan negara.

19.

Pihak kami merayu supaya pendekatan yang berhemah dalam memutuskan hukuman perlu diambil agar wujud situasi menang-menang kepada semuapihak yang terlibat. Mahkamah Rayuan ketika memutuskan hukuman terhadap pesalah di dalam kes Nor Afizal Azizan v PP [2012] 6 CLJ menyatakan bahawa: "Adalah menjadi prinsip mantap bahawa pesalah-pesalah muda, di mana boleh dan bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan, harus disisihkan dari penjara, terutama bilamana terdapat kaedah-kaedah lain untuk menangani mereka,"

20.

Pihak kami juga memohon agar pihak Tuan dapat mengambilkira keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Nor Afizal Azizan di mana pihak Mahkamah berpandangan bahawa hukuman penjara harus dijauhkan daripada pesalah muda sekiranya terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh digunakan untuk menangani mereka.

21.

Berbalik kepada situasi anakguam kami, pihak kami dengan rendah diri berpendapat bahawa hukuman penjara bukanlah satu penyelesaian terbaik untuk anakguam kami kerana terdapat kaedah yang lebih sesuai iaitu dengan memberikan bon berkelakuan baik.

Anakguam kami tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. 22.

Anakguam kami merupakan pesalah pertama (First Time Offender) dan pihak kami menyatakan bahawa ini merupakan satu faktor yang penting dan perlu diambil kira dalam menentukan hukuman terhadap anakguam kami.

23.

Dalam kes PP v Mark Koding [1983] 1 MLJ 111, Mohamed Azmi J telah membuat satu kesimpulan yang menyatakan bahawa pesalah bagi kesalahan pertama adalah satu faktor yang sangat penting bagi menentukan hukuman. Dalam kes tersebut, tertuduh telah dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik.

24.

Garis panduan pemberian bon berkelakuan baik juga dapat dilihat pada Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah (KAJ):"294. (1) When any person not being a youthful offender has been convicted of any offence punishable with imprisonment before any Court if it appears to the Court that regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed it is expedient that the offender be released on probation of good conduct, the Court may, instead of sentencing him at once to any punishment, direct that he be released on his entering into a bond with or without sureties and during such period as the Court may direct to appear and receive judgment if and when called upon and in the meantime to keep the peace and be of good behavior."

25.

Pihak kami ingin menekankan aspek "character" di dalam Seksyen 294 KAJ. Bagi aspek "character", kesalahan yang dilakukan oleh anakguam disebabkan oleh karakter anakguam kami yang tidak sengaja dan tanpa berniat jahat di mana anakguam kami telah memuat turun serta menyimpan gambar mangsa-mangsa yang dalam keadaan bogel dan separuh bogel di dalam telefon anakguam kami. Kesalahan tersebut merupakan kesalahan kali pertama anakguam kami di mana tiada rekod yang menyatakan anakguam kami telah bertindak sedemikian sebelumnya.

Bon berkelakuan baik merupakan cara yang efektif bagi memastikan anakguam kami menjaga kelakuan sepanjang tempoh pemerhatian 26.

Kuasa pihak Mahkamah bagi mengenepikan hukuman hukuman kepada pesalah telah digariskan di bawah Seksyen 173A KAJ di mana:"173A. (2) When any person is charged before the Court with an offence punishable by such Court, and the Court finds that the charge is proved, but is of opinion that, having regard to the character, antecedents, age, health or mental condition of the person charged, or to the trivial nature of the offence, or to the extenuating circumstances under which the offence was committed, it is inexpedient to inflict any punishment or any other than a nominal punishment or that it is expedient to release the offender on probation, the Court may, without proceeding to record a conviction, make an order either (a) dismissing the charge or complaint after an admonition or a caution to the offender as to the Court seems fit; or (b) discharge the offender conditionally on his entering into a bond with or without sureties, to be of good behavior and to appear for the conviction to be recorded and for sentence when called upon at any time during such period, not exceeding three years, as may be specified in the order."

27.

Berdasarkan Seksyen 173A (2) KAJ, pihak Mahkamah pempunyai budi bicara untuk "discharge the offender conditionally on his entering into a bond with or without sureties, to be of good behavior". Sekiranya hukuman penjara dan denda yang diberikan, anakguam kami bukan sahaja tidak dapat memberi sumbangan kepada sesiapa bahkan rekod jenayah yang dimiliki oleh anakguam kami akan menyukarkan beliau untuk membina kehidupan selepas tamat tempoh penjara dan akan memusnahkan masa depan beliau.

28.

Pihak kami merasakan bahawa hukuman penjara terlalu berat bagi anakguam kami terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. Oleh itu,, sekiranya anakguam kami dikenakan bon berkelakuan baik, pihak YA Tuan dan pihak Mahkamah dapat mengawal selia tingkah laku anakguam kami sepanjang tempoh pengawasan.

29.

Hal ini kerana anakguam kami perlu mematuhi syarat-syarat yang dikenakan di dalam bon berkelakuan baik bagi memastikan dirinya tidak dikenakan tindakan undangundang. Anakguam kami tiada pilihan lain selain perlu menjaga disiplin sepanjang tempoh pengawasan disamping dapat meneruskan pengajian dan kejayaan dalam pembelajarannya.

Berdasarkan factor-faktor yang dinyatakan di atas, pihak kami dengan rendah diri memohon agar pihak YA Tuan dapat mengkaji, mempertimbangkan dan seterusnya membenarkan anakguam kami diberikan bon berkelakuan baik. Selain itu, sekiranya pihak YA Tuan tidak membenarkan anakguam kami diberikan bon berkelakuan baik, kami dengan rendah hatinya memohon agar hukuman anakguam kami dikurangkan kepada hukuman paling minima dibawah pertuduhan yang sama. Segala kerjasama, perhatian dan pertimbangan pihak YA Tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Yang benar,

MUHAMMAD SYAMIL BIN ZAHARI Peguamcara Dan Peguambela TETUAN SYAMIL ZAHARI & PARTNERS...


Similar Free PDFs