LAPORAN KAUNSELING KES KLIEN PDF

Title LAPORAN KAUNSELING KES KLIEN
Author D. Wan Sulaiman
Pages 18
File Size 354.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 242
Total Views 324

Summary

1 LAPORAN KAUNSELING KES KLIEN Wan Anor Wan Sulaiman, Md Shuaib Che Din & Nurzihan Ayub Universiti Malaysia Sabah Abstrak Laporan sesi kaunseling ini dilakukan dengan seorang klien sebanyak 15 sesi. Proses kaunseling mengupas bagaiman satu kes kaunseling telah dikendalikan dengan menggunakan pen...


Description

Accelerat ing t he world's research.

LAPORAN KAUNSELING KES KLIEN Dr. Wan Anor Wan Sulaiman

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

KONFLIK INT ERPERSONAL DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH LELAKI DEWASA RELAPS DI CU… Dhamir Audi

Kemurungan dan pendekat an islam ridzuan hashim 0 PENGENALAN Phuvanah phuvanah

1

LAPORAN KAUNSELING KES KLIEN

Wan Anor Wan Sulaiman, Md Shuaib Che Din & Nurzihan Ayub Universiti Malaysia Sabah

Abstrak Laporan sesi kaunseling ini dilakukan dengan seorang klien sebanyak 15 sesi. Proses kaunseling mengupas bagaiman satu kes kaunseling telah dikendalikan dengan menggunakan pendekatan Teori Psikoanalisis dan Teori Psikologi Individu (Adlerian) sebagai teori utama yang merumuskan permasalahan utama yang dialami oleh klien. Permasalahan utama yang dihadapi oleh klien bermula semenjak dari kecil sehinggalah sampai zaman remaja. Akibat konflit dengan ibu bapa, klien melarikan diri ke sebuah bandar dan terlibat dengan pelbagai masalah lain pula. Permasalahan yang dihadapi klien menyebabkan dia rasa marah pada keluarga dan dirinya, rasai harga diri yang rendah dan tidak berpuas hati kerana dituduh merogol seorang kanak-kanak di bawah umur sehingga dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun dan sebatan 12 kali. Klien juga terlibat dengan penggunaan syabu, alkohol, merokok, menonton filem lucah dan mengalami tekanan perasaan. Diandaikan bahawa pengalaman pahit masa kecil bersama kedua ibu bapanya telah menyebabkan klien melakukan pelbagai masalah yang merosakkan kehidupannya sekarang. Sebanyak lapan sesi rawatan dilakukan ke atas klien dengan menggunakan pelbagai teknik kaunseling. Hasil rawatan menunjukkan klien telah menginsafi kesilapannya, menerima dirinya, menerima ibu bapa dan cuba memperbaiki kesalahan yang lalu supaya tidak berulang lagi. Dalam kes ini juga digunakan dua ujian psikologi iaitu ujian distress psikologi dan ujian penghargaan kendiri. Kedua-dua ujian ini diberikan sebelum rawatan dan selepas rawatan. Hasilnya menunjukkan terdapat perubahan terhadap distress dan penghargaan kendiri klien berbanding dengan sebelum rawatan diberikan. Ini menunjukkan bahawa rawatan yang dilakukan telah memberi kesan yang positif terhadap perubahan emosi, pemikiran dan tingkah laku klien.

Pengenalan

Kajian laporan kaunseling ini dilakukan pada seorang remaja yang berumur 20 tahun, yang sekarang berada di Penjara Kepayang, Kota Kinabalu. Kajian ini dibuat untuk melihat perkembangan klien selepas sesi kaunseling dijalankan. Dalam kajian ini, kaunselor telah menggunakan Pendekatan Psikodinamik iaitu Teori Psikoanalisis dan Psikologi Individu bagi membantu klien mencapai matlamatnya. Kedua-dua pendekatan ini pada asasnya melihat permasalahan klien adalah disebabkan oleh pengalaman kehidupan masa kecil dan masalah keluarga yang mendorong klien ke arah melakukan pelbagai masalah sosial. Kedua-

2

dua teori

Psikoanalisis dan Psikologi Individu telah memfokuskan kepada pengalaman

kehidupan bersama keluarga dan persekitaran telah membina persepsi yang silap dalam kehidupan klien. Disamping penggunaaan teori sebagai asas utama untuk membantu kaunselor melihat permasalahan klien, kaunselor juga menggunakan pelbagai kemahiran asas kaunseling. Kaunselor juga telah menggunakan pelbagai teknik untuk merawat klien bagi mencapai matlamat klien. Sebanyak 15 sesi kaunseling telah dijalankan dengan mengambil masa selama 7 bulan.

Data Klien

Klien ini dikenali sebagai Rie (nama samaran). Berasal dari kampung Menggaris, Kota Belut, Sabah, beragama Kristian dan berbangsa Dusun. Beliau dilahirkan pada 17 Julai, 1983. Sekarang berumur 20 tahun dan berwarganegara Malaysia. Kulit berwarna putih kekuningan. Orangnya rendah, badannya kurus sedikit dan bermisai serta berkumis. Matanya berwarna hitam. Tingginya 5 kaki 2 inchi dan berat badan 55 kilogram. Warna kesukaan ialah hijau muda. Klien ini belum lagi berkahwin. Mempunyai bilangan adik beradik seramai tiga orang, dua perempuan

dan seorang lelaki. Taraf Pendidikan beliau

sampai Tingkatan Lima.

Sebelum memasuki penjara bekerja sebagai pengangkat barang disebuah syarikat di Kelombong, Inanam dengan berpendapatan RM450.00 sebulan. Beliau bercita-cita ingin menjadi seorang askar. Pada masa lapang klien mempunyai hobi menonton TV dan suka berjalan-jalan. Hubungan dengan adik beradik adalah baik tetapi dengan ibu bapa kurang baik atau kurang mesra semenjak kecil lagi. Beliau memasuki penjara pada 05 Oktober 2003 dan di jangka akan dibebaskan pada 05 Oktober 2014. Klien ini dimasukkan ke penjara kerana terlibat dengan seksen 376 iaitu kes merogol. Dia mesti menjalani hukuman selama 16 tahun dan 12 kali sebatan. Hukuman sebatan ini akan dijalankan setelah klien ini berumur 21 tahun ke atas. Sekarang ini beliau dimasukkan ke dalam kategori banduan muda dan tinggal bersama dengan banduan muda di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah.

Sejarah Psikososial

Semasa di Tingkatan Satu tidak berminat untuk belajar dan selalu ponteng sekolah serta mengikuti kawan-kawan. Ibu bapanya pula tidak mengambil tahu tentang dirinya. Hubungan

3

antara klien dan ibu bapanya tidak mesra. Ianya bermula semenjak dia berumur 6 tahun lagi. Kehidupan dalam keluarga klien sebenarnya tidak banyak mengamalkan nilai yang baik seperti kemesraan, kasih sayang, menghormati, dan bertanggungjawab sehingga

akhirnya

mendorong klien berhadapan dengan pelbagai masalah dalam kehidupannya. Setelah umurnya meningkat 17 tahun klien mula bekerja sebagai pengangkat barang di sebuah syarikat di Kelombong, Inanam dengan gaji RM 450 sebulan. Bagi klien kerja ini sebagai sumber mencari wang dan dapat membantu keluarga. Klien mempunyai harapan yang tinggi untuk membantu keluarganya.

Perasaan kecewa dan tertekan bermula apabila dia berada dalam darjah 6 lagi. Ibu bapa klien selalu bergaduh tidak kira siang dan malam terutamanya ketika bapanya mabuk. Apabila ibu bapa bergaduh,

klien menjadi mangsa mereka iaitu klien akan dipukul.

Akibatnya klien merasa sedih dan kecewa sebab dia menjadi mangsa, bukan adik-adiknya. Akhirnya klien melarikan diri ke Kelombong untuk bekerja dan tinggal bersama-sama dengan kawan-kawannya yang baru dikenalinya. Semasa tinggal dengan kawan-kawannya timbul pula masalah di mana kawan-kawan tidak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia selalu kena bayar sewa rumah dan membeli keperluan rumah yang lain. Klien terpaksa menerima situasi itu kerana dia ingin tinggal berkongsi dengan mereka. Dia tidak mahu kehilangan kawan-kawannya. Kawan-kawannya merupakan tempat dia mengadu dan berbincang tentang masalah yang dihadapinya. Klien merasa agak tertekan dan kecewa kerana tingkah laku yang ditonjolkan oleh kawan-kawan serumahnya itu.

Semasa bekerja di Kelombong, klien mula menghisap rokok dan meminum minuman keras bersama kawan-kawannya. Dia mula mengikut kawan-kawannya keluar ke Bandar dan bergaul dengan perempuan. Klien takut melakukan hubungan dengan perempuan kerana dia tidak biasa. Klien telah diajak oleh kawan-kawannya menonton filem lucah. Semenjak itu klien merasa ingin melakukan hubungan seks dengan perempuan tetapi dia rasa takut. Dia selalu teringat adegan lucah yang ditontonnya. Perasaan ini timbul menyebabkan dia telah melancap sendiri menggunakan tangan. Keinginan seks yang memuncak tetapi dalam masa yang sama ada perasaan takut hendak melakukannya menyebabkan kawan-kawanya mencadangkan supaya menggunakan syabu. Klien telah dimaklumkan apabila menggunakan syabu dia akan menjadi berani, bertenaga dan dapat mengurangkan tekanan. Akhirnya klien telah menggunakan syabu untuk mengatasi masalahnya itu.

4

Akibat penggunaan syabu dan keinginan yang tinggi untuk melakukan hubungan seks maka kelayan telah mengambil kesempatan mencabul kehormatan kanak-kanak berumur 10 tahun yang juga merupakan anak saudara sekampungnya. Akhirnya kelayan ditangkap polis dan dituduh merogol lalu di penjarakan di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Perancangan Rawatan

Setelah membuat penerokaan dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien, saya telah merancang beberapa pelan rawatan bagi membantu klien mencapai matlamat pada tahap kesejahteraan mental yang baik. Mudah-mudahan dengan pelan rawatan yang di buat ini akan memberi manfaat yang banyak kepada perasaan dan emosi klien. Sebanyak sembilan sesi telah dilakukan rawatan dan satu sesi untuk penamatan. Pelan rawatan ini dirancang mengikut beberapa prosidur. Antaranya ialah menentukan masalah yang dialami klien, menentukan objektif jangka panjang, menentukan objektif jangka pendek, menggunakan pendekatan dan teknik psikologi yang sesuai, sesi, jangka masa, bentuk kaunseling yang dilakukan, kesimpulan penamatan rawatan dan hal-hal lain yang ada kaitan. Objektif yang jelas akan mendorong klien berusaha ke arah perubahan yang lebih jelas di mana dapat membantunya mengatasi masalah dalam jangka panjang (E. Jongsma dan Mark Peterson, 1995).

Untuk rawatan yang pertama ialah bagi mengurangkan masalah konflik yang dihadapi antara klien dengan ibu bapanya. Saya telah menggunakan teknik permainan berdialog atau “kerusi kosong”. Dalam terapi gestalt, suatu andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud dalam diri seseorang individu adalah hasil daripada

pertikaian di antara “topdog” dan

“underdog” iaitu dua bentuk fungsi yang wujud di dalam personaliti ( Amir Awang, 1987). “Topdog” adalah unsur

yang menekan kedudukan autoritarium, moralistic, mendesak, dan

lain-lain. Ini merupakan unsur yang dimiliki oleh ibu bapa yang kritikal, selalu mengkritik dan sering menekan sesuatu. Manakala “underdog” pula unsur yang menjadi mangsa dalam sesuatu keadaan dan peranan yang dimainkan itu sering bersikap membela diri, meminta maaf, tidak berdaya, dan lemah (Corey, 2005). Oleh itu kedua-dua unsur ini selalu bertelagah bagi menjadi unsur yang dominant dalam personaliti seseorang. Topdog selalunya bersifat mengawal dan “underdog” pula sering membantah. Teknik ini dapat membantu klien menyedari, merasai dan memahami peranan yang lain yang harus dilakukannya ketika

5

bersama ibu bapanya. Dengan memahami kedua-dua sikap atau tingkah lakunya maka klien dan ibu bapanya hendaknya dapat menerima unsur-unsur yang berlawanan ke dalam personaliti mereka tanpa perlu dipertikaikan dan mewujudkan konflik lagi. Teknik ini dapat membantu klien memahami apakah yang harus dilakukan apabila berinteraksi dengan ibu bapa dan cuba menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa. Bagi menambahkan lagi supaya klien merasa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan yang harus dimainkannya terhadap keluarganya ialah saya telah berusaha supaya pada sesi ketujuh akan diteruskan lagi masalah bagi menyelesaikan konflik keluarga klien dengan kosep “here and now”.

Untuk rawatan yang kedua, saya masih lagi cuba untuk mengurangkan konflik keluarga yang dialami oleh klien. Tindakan bapanya yang selalu memukul dan membencinya menyebabkan klien merasai dirinya tidak disukai oleh bapanya dan beranggapan bapanya seorang yang bengis, pembenci, dan tidak suka kepadanya.

Konsep “here and now” iaitu konsep di sini dan sekarang. Konsep ini telah di tekankan dalam terapi gestalt di mana dengan menekankan apa yang dirasai masa kini dan pada ketika itu juga supaya menghindar klien daripada melihat peristiwa-peristiwa yang lalu atau masa akan datang. Gestalt beranggapan bahawa berbicara tentang masa lampau tidak ada gunanya kerana ianya telahpun berlaku dan tidak boleh diubah lagi (Corey, 2005)

Dalam merealisasikan konsep ini kepada klien, saya cuba mengajak klien menekankan pengalaman masa kini dan perasaan sekarang adalah sangat penting kerana klien sendirilah yang menyebabkan wujudnya masalah bagi dirinya. Dalam usaha mendorong klien menumpukan perhatian kepada masa kini saya telah menggunakan soalan-soalan seperti “apa” dan “bagaimana”. Soalan berkaitan “kenapa” atau “mengapa tidak digunakan kerana ianya akan menggalakkan perkembangan huraian kognitif klien. Oleh itu konsep “here and now” ini banyak membantu klien melihat apa yang harus dilakukan sekarang dalam usaha membina hubungan dan kehidupan bersama keluarganya pada masa sekarang.

Untuk rawatan yang ketiga, saya telah cuba membantu klien mengatasi masalahnya yang tidak boleh mengawal tingkah laku hubungan seksual secara rambang. Perkara ini merupakan kemuncak yang membawa klien memasuki penjara. Akibat daripada menonton filem lucah

6

telah mendorong klien melakukan hubungan seks dengan perempuan. Kesan daripada filem lucah tersebut telah menghantui perasaan dan emosi klien sehingga beliau tidak dapat mengawalnya. Saya melihat bahawa persoalan “lose control” yang dialami oleh klien sebenarnya berpunca daripada dirinya sendiri. Klien sebenarnya tidak pernah didedahkan dengan persoalan seks atau hubungan jenis. Klien tidak pernah membicarakan hubungan seks sama ada dengan ibu bapanya dan kawan-kawannya di kampung sebelum ini. Disebabkan pula asas pegangan agama tidak begitu kuat di amalkan oleh klien maka apabila terdedah dengan tingkah laku seks maka dengan mudah klien terpengaruh untuk melakukannya. Apabila klien bekerja di Kelombong dan berkawan dengan kawan-kawannya barulah klien terdedah dengan seks dan perempuan. Klien juga tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang undang-undang yang akan dikenakan kepadanya apabila dia melakukan aktiviti seks secara tidak sah. Oleh itu perkara-perkara inilah yang banyak mendorong klien cuba untuk merogol seorang kanak-kanak di bawah umur.

Untuk membantu klien supaya dapat mengawal nafsu seksnya dan tidak lagi terlibat dengan aktiviti seks secara rambang maka saya cuba menggunakan pendekatan agama dan teknik penggunaan pemikiran yang positif dalam usaha untuk mengawal diri klien melakukan sesuatu tindakan yang baik. Walaupun klien ini beragama Kristian tetapi saya merasakan bahawa tidak salah saya menggunakan pendekatan agama Islam bagi membantunya. Saya melihat bahawa semua agama itu walaupun berbeza dari ajaran, fahaman dan pegangannya tetapi pada asasnya semua agama yang dianuti oleh seseorang itu menjuruskan kepada menjadikan seseorang itu manusia yang baik dan sempurna. Bahkan semua agama bersetuju bahawa semua nilai-nilai yang baik itu seperti berbuat baik pada manusia, tidak melakukan kejahatan pada orang lain, beribadat, bersopan santun, tidak merogol dan tidak melakukan hubungan seks secara tidak sah dan lain-lain lagi tuntutan agama yang harus diikuti oleh penganut masing-masing. Dalam pendekatan agama ini saya telah menggunakan kaedah perbincangan dan teknik percambahan fikiran. Klien telah diajak melihat amalan agama yang baik akan memberi kesejahteraan pada seseorang. Penekanan utama telah diberikan pada aspek seksual. Agama telah menghalalkan hubungan seksual secara sah melalui perkahwinan. Oleh itu saya telah membincangkan bagaimana hubungan seksual yang diterima dalam agama. Bagaimana agama memandang berat kepada hubungan seksual ini sama ada ianya dilakukan secara sah ataupun sebaliknya. Klien juga telah didedahkan

kesan yang negatif

dialami apabila seseorang melakukan hubungan seks secara rambang. Dengan ilmu agama

7

yang mengamalkan nilai-nilai murni akan menjadikan seseorang individu itu selamat daripada melakukan perbuatan negatif atau dilaknati oleh Tuhan. Klien juga didedahkan dengan peraturan-peraturan hidup untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah rogol. Antaranya ialah kurang bergaul dengan perempuan secara bebas, tidak menonton filem-filem lucah yang seharusnya

boleh meningkat nafsu seks, kalau ingin melakukan hubungan

lakukan secara sah dari segi agama iaitu melalui perkahwinan, dan cuba

mengawal kehendak nafsu seks secara berdoa, beribadat dan ingat kepada Tuhan.

Satu lagi teknik yang digunakan dalam usaha untuk mengawal nafsu seks ialah dengan menggunakan teknik pemikiran yang positif. Klien diajar bagaimana menggunakan pemikiran yang positif dalam melakukan sesuatu tindakan. Konsep pemikiran yang positif ialah bagaimana kita menggunakan akal yang waras atau pertimbangan fikiran yang baik sebelum membuat sesuatu tindakan yang sewajarnya. Sebelum melakukan sesuatu tindakan terutamanya tingkah laku yang negatif terlebih dahulu klien perlu membuat pertimbangan yang betul sama ada perkara yang hendak dilakukan itu mendapat kesan yang baik atau sebaliknya. Sekiranya mendapat kesan yang tidak baik, seharusnya ditinggalkan tetapi sekiranya memperoleh kesan yang baik boleh diteruskan niat itu. Keadaan ini adalah sangat penting untuk mengelakkan diri kita berhadapan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.

Klien juga telah dicabar pemikiran supaya berfikiran dengan

rasional dalam membuat sesuatu tindakan bukan berpandukan kepada nafsu semata-mata.

Untuk rawatan yang keempat, saya telah cuba membantu klien yang mengalami masalah terlibat dengan syabu dan arak. Klien tidak boleh mengawal dirinya dan terlibat dengan penggunaan bahan-bahan tersebut. Klien mengalami masalah mengguna syabu dan arak ini ketika beliau bekerja di Kelombong dan bergaul dengan kawan-kawan yang bekerja bersamanya. Disebabkan kerja klien menggunakan tulang empat kerat maka klien perlu mempunyai kekuatan yang lebih. Ketika itu klien juga dalam masa yang sama mengalami banyak tekanan keluarga maka apabila kawan-kawannya memberitahu bahawa penggunaan syabu boleh menghilangkan perasaan tertekan dan membolehkan seseorang itu mempunyai tenaga yang kuat. Maklumat ini telah mendorong klien ingin menggunakan syabu bagi mencapai matlamatnya.

8

Saya telah menggunakan

teknik perbincangan, memberi

maklumat, menggunakan

pemikiran rasional, dan modelin. Di dalam perbincangan dengan klien saya telah mengajak klien melihat apakah kesan yang dihadapi apabila menggunakan syabu dan arak. Klien telah menyenaraikan kesan negatif apabila menggunakan syabu dan arak. Dalam perbincangan itu klien juga didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan syabu dan arak. Selain daripada itu klien disuruh supaya menyatakan pengalaman yang dialami semasa menggunakan bahan tersebut. Setelah itu klien juga diajak berbincang tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu terpengaruh dengan penggunaan syabu dan arak. Antaranya ialah ajakan rakan, ingin mencuba, ingin mengatasi masalah tekanan, ingin menjadi kuat dan bertenaga, tidak mengetahui kesan samping yang negatif terhadap kesihatan, dan ingin seronok semata-mata. Klien diajar supaya mempunyai prinsip hidup yang sihat berpandukan ilmu agama dan

falsafah yang dianuti oleh orang-orang yang berjaya dalam hidup.

Kemudian, bagaimana klien harus mengelakkan diri daripada berkawan atau berjumpa dengan orang-orang yang menggunakan syabu, menjual atau menjadi penagih syabu. Klien juga seharusnya memastikan bahawa dia memahami bahawa syabu dan arak banyak memberi kesan yang buruk kepada kesihatan dan fizikal.

Oleh itu semua teknik yang digunakan ini perlu diamalkan oleh klien dalam usaha mendidik dirinya supaya tidak berlaku “relapse” apabila dia keluar daripada penjara kelak.

Untuk rawatan yang kelima, saya cuba membantu klien yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal diri dalam melakukan nilai-nilai yang baik dalam kehidupannya. Persoalan ini dialami oleh klien semasa dia kecil lagi. Klien tidak mendengar teguran , nasihat, harapan, dan didikan ibu bapanya. Walaupun bapanya telah memarahi dan memukulnya tetapi tidak memberi kesan kepada klien begitu juga guru dan pihak sekolah telah merotan dan mengambil tindakan disiplin terhadap klien tetapi semua itu tidak memberi kesan kepada klien. Apabila klien rasa tertekan dengan tindakan ibu bapanya untuk mendidiknya dengan nilai-nilai murni dan mengamalkan peraturan hidup yang baik maka klien telah marah dan mengambil...


Similar Free PDFs