ASAS KAUNSELING ALL.pdf PDF

Title ASAS KAUNSELING ALL.pdf
Author A. Yunus, PhD, KB...
Pages 69
File Size 3.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 182
Total Views 709

Summary

Siri Latihan Pembangunan Staf ASAS KAUNSELING Ahmad Rozelan Yunus KANDUNGAN PRAKATA PENGERTIAN KAUNSELING PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING MOTIVASI DAN KAUNSELING KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING JENIS DAN BENTUK KAUNSELING PROSES KAUNSELING ETIKA KAUNSELING KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING PENGENALAN KEPADA TEORI KAU...


Description

Accelerat ing t he world's research.

ASAS KAUNSELING ALL.pdf Ahmad Rozelan Yunus, PhD, KB, PA, SAP

Related papers Bab 1 Bimbingan Dan Kaunseling t iong yew

BIMBINGAN KAUNSELING BBD30103 ali ahmad bimbingan dan kaunseling - sem 7 Nurshafieyah Ardinie

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Siri Latihan Pembangunan Staf

ASAS KAUNSELING

Ahmad Rozelan Yunus

KANDUNGAN

PRAKATA PENGERTIAN KAUNSELING PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING MOTIVASI DAN KAUNSELING KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING JENIS DAN BENTUK KAUNSELING PROSES KAUNSELING ETIKA KAUNSELING KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING PENGENALAN KEPADA TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI TEORI DAN TEKNIK ASAS DALAM KAUNSELING

PRAKATA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sesungguhnya ucapan syukur yang paling dalam dan syahdu adalah kepada Yang Maha Esa kerana mengizinkan kita semua menghirup udara segar, nikmat yang seharusnya menginsafkan kita sebagai hambaNya. Dalam ruangan yang penuh maksudnya, ingin menyatakan bahawa saya sangat berasa gembira di atas penampilan modul ini. Modul ini bertajuk “Siri Latihan Pembangunan Staf: Asas Kaunseling“ merupakan bahan-bahan yang telah saya gunakan sejak 15 tahun lalu dan ditambah nilai dengan bahan-bahan terkini dan telah disampaikan kepada para peserta melalui kaedah latihan kontemporari yang memberikan kesan yang sangat positif. Berdasarkan kepada maklumbalas dan harapan yang diberikan, modul ini diyakini dapat membantu dalam membangunkan individu pekerja dalam sesebuah organisasi.

Modul ini mengupas beberapa konsep asas dan strategi dalam kaunseling. antara topik yang diketengahkan ialah Pengertian Kaunseling, Prinsip-prinsip Kaunseling, Motivasi dan Kaunseling, Kemahiran Asas Kaunseling, Jenis dan Bentuk Kaunseling, Proses Paunseling, Etika Kaunseling, Kemahiran Asas Kaunseling, Ppengenalan kepada Teori Kaunseling dan Psikoterapi, serta Teori dan Teknik Asas dalam Kaunseling.

Persembahan dalam modul ini mungkin ada kekurangan dan kelebihannya, tinggi dan rendahnya. Tapi, sebaiknya biarlah karya-karya dalam modul ini sendiri yang menyampaikan maksudnya. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan unbgkapan terima kasih kepada sahabat seperjuangan saya iaitu Amir Aris dan Nor Shuhaney Mohd Said yang telah banyak membantu dalam penerbitan modul ini. Akhir kata, dengan rendah hati, saya memohon maaf di atas kecacatan yang ada. Wassalam.

Salam hormat,

Ahmad Rozelan Yunus

PENGERTIAN KAUNSELING

Definisi Kaunseling

Apakah itu kaunseling? Sebelum itu, dilihat dulu apa yang BUKAN KAUNSELING.

#

Kaunseling bukan memberi nasihat. Walaubagaimanapun, memberi nasihat terdapat dalam kaunseling, tetapi adalah lebih kepada salah satu strategi yang terdapat dalam kaunseling.

#

Kaunseling bukan sesi sembang-sembang atau bercerita kosong seperti mana yang berlaku di kedai kopi, di kantin, di tempat menunggu bas, atau di pusat hiburan dan pusat membeli belah. Kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan dijalankan di tempat khas (khususnya di bilik kaunseling), pada masa yang telah dipersetujui bersama, dan dikendalikan oleh seorang yang terlatih dalam bidang kaunseling.

#

Kaunseling bukan untuk individu yang mempunyai masalah mental. Malah sebenarnya kaunseling adalah untuk orang “normal” yang boleh mengurus kehidupannya sendiri, tetapi pada ketika tertentu menjadi buntu atau merasa tertekan. Individu yang mempunyai masalah mental perlu mendapat rawatan dari psikiatris atau pakar sakit jiwa.

#

Dalam kaunseling, kaunselor bukan berfungsi untuk menyelesaikan masalah klien. Peranan kaunselor adalah membantu klien memahami masalahnya untuk terus bertindak menyelesaikan masalah berkenaan.

Terdapat banyak definisi yang telah dikemukakan tentang kaunseling, dan tidak terdapat satu definisi khusus yang boleh diterima oleh semua orang. Ini kerana definisi yang dikemukakan banyak bergantung kepada pendekatan atau teori yang digunakan. Berikut adalah sebahagian daripada definisi kaunseling :

“Counseling is a process concerned with assisting normal people to achieve their goals or functions more effectively”

Ivey, Ivey dan Downing (1987, m.s. 18)

“The counseling process ia a helping relationship and is directed toward assisting the client in experiencing a lessening of mental tension and achieving a sense off well-being. Counseling involves interpersonal exchanges between a trained counselor and a person who seeks relief from mental anguish, indecision, or perhaps painful inadequacies.” Robinson (1988, m.s. 13)

“Counseling ia a process that helps people learn about themselves, their enviroment, and ways to handle their roles and relationships. Although individuals seeks counseling because they are experiencing problems, counseling is not necessarily remedial.” Hansen, Rossberg dan Cramer (1994, m.s. xi)

Dari beberapa definisi di atas, kita boleh melihat terdapat beberapa elemen yang sama: 

 

Kaunseling merupakan satu proses Dalam kaunseling terdapat kaunselor yang membantu, dan klien yang dibantu Tujuan kaunseling ialah membantu klien agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan

Othman Mohamed (2000), mendefinisikan kaunseling sebagaisatu bidang sains perlakuan terapan kerana berikut: 





Ilmu psikologi, pendidikan, sosiologi, pengurusan dan perkembangan. Semua pendekatan kaunseling menumpukan kepada konsep menolong insan Proses interaksi dua hala

Daripada beberapa definisi di atas, terdapat elemen yang sama tentang kaunseling iaitu:  Kaunseling merupakan satu proses yang berprosedur

 Dalam kaunseling, kaunselor membantu dan klien dibantu

 Tujuan kaunseling ialah membantu klien agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan

PRINSIP KAUNSELING

Terdapat beberapa prinsip penting tentang manusia yang menjadi asas kepada aktiviti kaunseling. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996), meneyenaraikan lima prinsip utama :

1.

Manusia mempunyai harga diri

2.

Manusia itu unik

3.

Manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu adalah manusia yang sihat

1.

4.

Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri

5.

Manusia berkembang melalui proses sosiolisasi

Manusia mempunyai harga diri

Setiap kaunselor mesti percaya bahawa setiap individu mempunyai harga diri atau maruah. Kepercayaan ini akan menyakinkan kaunselor bahawa semua orang mesti dihormati. Kaunselor yang memegang kepada kepercayaan ini akan sentiasa mengawal dirinya agar tidak memperkecilkan klien dan meremehkan masalahnya.

Sikap kaunselor menghormati klien akan menimbulkan rasa hormat klien terhadap kaunselor. Ini seterusnya akan mencetus rasa percaya dan yakin terhadap kaunselor, yang akan memudahkan proses kaunseling.

Bila individu dikatakan bermasalah, dia sebenarnya sedang mengalami ketidakselesaan perasaan seperti kegelisahan, kesedihan, dan kemarahan. Perasaan begini berpunca dari beberapa sebab. Antara yang utama ialah samada harga dirinya dicabar atau dia sendiri kurang berkeyakinan terhadap harga

dirinya sendiri. Memahami keadaan ini, kaunselor yang ingin membantu klien mengendalikan masalahnya atau menenangkan dirinya dari perasaan tidak selesa itu perlu memberi perhatian kepada membantu klien merasa yakin terhadap harga dirinya.

2.

Manusia itu unik

Didunia ini tidak ada dua individu yang sama dalam segala aspek, biarpun mereka merupakan kembar seiras. Jika wajah dan aspek fizikal sama sekalipun, perbezaan wujud dari segi sikap, perlakuan (cara bertindak), pola berfikir, tindakan fisiologi, dan luahan emosi. Kesemua aspek ini menyumbang kepada keunikan individu. Individu itu dikatakan unik kerana setiap dari kita berbeza dari segi keupayaan dan kelemahan, juga pendidikan dan budaya hidup.

Kaunselor yang percaya bahawa setiap individu itu unik akan lebih bersedia menerima kelainan di antara individu. Penerimaan ini seterusnya menghindar kaunselor dari melebel dan menstereotaip individu mengikut kelompok tertentu.

Bila berhadapan dengan klien, kaunselor akan mendengar dengan aktif untuk memahami dan tidak cepat membuat rumusan tentang masalah klien sebelum memahami sepenuhnya. Ini kerana walaupun permasalahan yang dinyatakan seolah seperti klien lain, namun kaunselor peka bahawa bagaimana masalah timbul, kesan emosi dan psikologi kepada klien, tentunya berlainan.

Seterusnya kaunselor ini akan berusaha mencari strategi khusus membantu klien dihadapannya.

3.

Manusia yang memiliki personaliti bersepadu adalah manusia yang sihat

Setiap individu mempunyai komponen psikomotor, kognitif, dan emosi. Ketiga-tiaga komponen ini bertindak antara mereka untuk menggerakkan individu dalam kehidupannya. Ketiga-tiaga komponen ini mesti seimbang. Individu

tidak

boleh

terlelu

cenderung

kepada

satu-satu

komponen.

Perkembangan dan penyuburan ketiga-tiga komponen ini perlu diberi perhatian yang sama. Individu yang berjaya mengimbangkan tuntutan ketiga-tiga komponen ini dikatakan memiliki personaliti bersepadu.

Individu yang memiliki personaliti bersepadu juga dikatakan seseorang yang tahu keupayaan dan kekuatan dirinya di samping kelemahan yang dimiliki. Individu sebegini berusaha memperbaiki diri di mana perlu. Sekali gus individu sebegini jelas tentang nilainya, sikapnya, hasrat, dan matlamat hidupnya. Individu begini adalah individu yang sihat. Dan kaunseling kerap kali berperanan membantu individu menjadi manusia yang sihat.

4.

Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri

Setiap kaunselor mesti percaya bahawa tidak ada mansuia yang mahu dirinya lemah atau berada dalam kekurangan. Semua orang mahukan yang terbaik dan mahukan dirinya menjadi yang terbaik (mengikut tafsirannya sendiri). Dengan itu individu yang sedar bahawa dia berada di tahap yang rendah akan cuba mengubah keadaan. Teori keperluan Maslow misalnya menjelaskan bagaimana usaha individu adalah ke arah kesempurnaan kendiri. Sementara Carl Rogers juga percaya bahawa individu sentiasa bergerak ke arah kesempurnaan kendiri.

Kepercayaan tentang perkara ini akan membuat kaunselor seorang yang berpandangan positif. Kaunselor tidak akan mudah marah atau mengalah bila kliennya gagal menunjukkan perubahan, kerana dia pasti kliennya mahu berubah ke arah yang lebih baik. Cuma mungkin masa atau caranya belum berkesan.

Kaunselor yang tidak percaya kepada prinsip ini berkemungkinan sukar menjadi efektif bila memberi khidmat kaunseling kerana dia tidak percaya individu mahu menuju ke arah yang lebih baik bagi dirinya. Dengan kepercayaan begini kaunselor tentu tidak bersungguh dalam membantu klien.

5.

Manusia berkembang melalui proses sosiolisasi

Manusia adalah makhluk sodial. Ini bermakna individu perlukan orang lain untuk hidup dan berkembang. Segala kemahiran hidup dipelajari dari orang sekelilingnya, sama ada ibu bapa dan ahli keluarga terdekat, rakan sepermainan dan sekelas, jiran tetangga, dan guru-guru. Jika masyarakat mengajar individu bagaimana untuk bertingkah laku dan bersikap mengikut norma, masyarakat juga mengajar individu tentang salah laku.

Kaunselor yang percaya bahawa individu berkembang melalui proses sosiolisasi juga percaya bahawa masalah individu biasanya disebabkan oleh proses sosiolisasi. Dengan itu jalan penyelesaian kepada masalah individu itu berkemungkinan akan melibatkan orang lain.

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN KAUNSELING

Motivasi (Pendahuluan)

 Jalinan menyeluruh antara manusia dengan penciptanya

 Jalinan baik antara manusia dengan alam persekitaran.

 Jalinan baik antara manusia dengan manusia Empat Unsur Utama Dalam Diri Manusia 1. Kerohanian 2. Jasmani 3. Kognitif 4. Emosi

Kerohanian

 Tuhan mencipta manusia



manusia wajib menjalin hubungan dengan pencipta.

 Ketiadaan hubungan - manusia akan merosakkan diri sendiri

 Hubungan – niat + perbuatan Jasmani

 Personaliti

 Perbuatan kendiri



manusia sebaik-baik kejadian “Sesunggunya Kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.”

Surah at-Tin : ayat 4

Kognitif

 Otak

 Berfikir

 Akal

 Orang yang jarang berfikir – 10,000,000,00 sel otak (neurons)  Orang yang suka berfikir 1,000,000,000,000 sel otak

 Semakin banyak berfikir semakin banyak sel otak terbentuk Kehebatan Otak

 Setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti satu komputer

 Otak mampu menampung sekurang-kurangnya 120 kemahiran

 Manusia hanya menggunakan 5-10 dari otaknya. Emosi

 Mempengaruhi corak perhubungan antara manusia

 Dapat dilahirkan melalui perbuatan dan sahsiah

 Emosi positif

 Emosi negatif Perhubungan Yang Seimbang

 Suasana keluarga yang murni

 Kehidupan bermasyarakat

 Keharmonian di tempat bekerja

 Fokus hidup berilmu( k- worker )

BAGAIMANA MEMBINA JATI DIRI YANG SEMPURNA

Tahap 1

 Persediaan konsep kendiri

 Latar belakang seseorang/kumpulan manusia

 Menyediakan diri sendiri

Manusia Yang Tidak Mahu Membina Perhubungan  Tiada matlamat yang jelas

 Tidak menilai diri

 Rendah konsep kendiri

 Dikuasai pemikiran negatif

 Tidak mengenal diri

 Dipengaruhi oleh persekitaran Membina Perhubungan

Apakah ciri-ciri yang perlu ada……………..

1. Selesaikan Perjuangan Pertama  Elakkan “unfinished business”  Bina diri supaya yakin diri.

 Rangka rancangan perhubungan yang baik.

2. Pergaulan Serasa  Rakan /jiran/ yang sama : - minat - kesukaan - hobi - cita-cita - budaya

3. Berfikir Untuk Mempelajari  Berfikir secara menegak (vertical)

 Berfikir secara melintang (horizontal)

 Belajar+berfikir+bertindak 4. Menghayati cabaran

 Tukar masalah kepada cabaran

 Berkongsi rakan sekerja

 Mengenalpasti berbagai strategi

 Selalu berkata saya boleh melakukannya. 5. Mempertingkat Semangat Dayajuang  Semangat jatidiri

 Berani bertanggungjawab

 Tidak takut apa orang lain kata

 Saya adalah saya.

6. Berani Menghadapi Risiko  Kesilapan adalah pengalaman yang sangat berharga

 Kesilapan yang berulang-ulang kali perlu dielakkan

 Kesilapan bukan bermakna kegagalan Teori Maslow  Kehendak fisiologi

 Kehendak keselamatan

 Kehendak kasih sayang

 Penghargaan kendiri

 Kehendak kesempurnaan diri

Kecenderungan Tingkahlaku Manusia  Aktif

 Proaktif

 Asertif

 Pasif

 Agresif Tingkahlaku Manusia

 Ibarat air di lautan

 Berubah mengikut masa contoh : pagi, tengahari, petang dan malam

 Dicorakkan oleh dorongan dalaman dan luaran

 Persekitaran

 Kesihatan Zon Selesa

 Cukup sekadar apa yang ada

 Kurang visi & misi

 Takut meghadapi risiko

 Takut kepada cabaran

 Tidak asertif

Rumusan (Motivasi)

 Semua manusia perlu membina perhubungan yang baik

 Peranan individu dan masyarakat boleh mempengaruhi perhubungan seseorang

 Perhubungan perlu dibina setiap masa.

JENIS DAN BENTUK KAUNSELING

Jenis Dan Bentuk Kaunseling

Terbahagi kepada 2 Bentuk

#

Kaunseling Individu

#

Kaunseling Kelompok

Kaunseling Individu

#

Satu perhubungan bersemuka, klien dapatkan bantuan seorang kaunselor. Klien diterima secara tulen, hormat menghormati, keperluan dan perasaan klien diutamakan

Boy & Pine (1968)

#

Proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan persekitarannya dengan menentukan matlamat dan nilai masa depan

Shertzer & Stone (1974)

#

Proses menolong individu untuk melihat siapa dirinya yang sebenar, apa yang dimilikinya dan tidak dimilikinya serta apa yang boleh dicapainya dan tidak boleh dicapainya.

Arbuckle (1965) =>

Pertemuan seorang klien dengan kaunselor

=>

Menyedia interaksi bersemuka

=>

Klien berpeluang membina kesedaran dan pemahaman diri

=>

Klien berubah mencapai dan memenuhi keperluan diri dan persekitarannya

Ciri-Ciri Kaunseling Individu

#

Hormati kesediaan klien datang berkongsi

#

Nyatakan matlamat dan limitasi kaunseling

#

Kaunselor tahu keupayaan dirinya

#

Menghormati etika dan tanggungjawab

#

Merujuk dan melapor kepada pihak tertentu bila perlu.

Kaunseling Kelompok

#

Proses menolong kepada klien melebihi satu orang. Fokus kepada perbincangan tentang perasaan, pengalaman dan pendapat.

#

Perhubungan dan ciri kepercayaan, penerimaan, hormat-menghormati, kemesraan, komunikasi dan memahami. Terdiri daripada seorang kaunselor dan beberapa orang klien pada sesuatu masa

Trotzer J.P (1977)

#

Proses penyesuaian diri rutin atau satu kumpulan yang menyediakan pengalaman perkembangan diri ahli seperti perubahan kelakuan, baiki kemahiran berhubung, sikap, nilai, kerjaya atau membuat keputusan dalam kehidupan.

Gibson & Mttchell (1981)

=>

Proses menghubung individu berkumpulan

=>

Fokus tentang tingkah laku, pemikiran, meluahkan perasaan, saling mempercayai, mengambil berat, persefahaman, penerimaan dan sokongan

Ciri-Ciri Kaunseling Kelompok

#

Proses terapeutik melalui proses demokratik dengan pimpinan kaunselor

#

Sukarela dan bersedia berkongsi dan merubah diri

#

Klien diijelaskan tentang objektif

#

Klien bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan bersedia berubah secara positif

#

Ahli antara 8 – 10 orang dalam masa antara 50 hingga 70 minit

#

Setiap ahli berperanan menggerakkan kelompok

#

Kejelekitan asas kelompok yang dinamik

#

Pematuhan etika kerahsiaan

#

Setiap ahli perlu mematuhi, menghormati ahli dan pemimpin kelompok

Nilai Kaunseling Kelompok

#

Meningkatkan kemahiran berhubung

#

Menimbulkan hormat menghormati melalui kerjasama yang terbentuk

#

Ahli dan kaunselor sama taraf, begitu juga ahli dengan ahli-ahli yang lain

#

Berhak memberi dan menerima pertolongan daripada ahli lain

#

Demokratik kerana bebas bersuara

#

Ahli akan rasa dihargai kerana didengari dan diberi peluang menyumbang

#

Sense of belonging akan pupuk rasa diterima, bebas bersuara, bebas memberi sokong...


Similar Free PDFs