PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DOCX

Title PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Author ciK Alina
Pages 2
File Size 18.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 362
Total Views 799

Summary

PENGENALAN Bimbingan dan Kaunseling merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sebagai seorang manusia kita saling memerlukan antara satu sama lain. Sesuatu amalan seharian sudah semestinya kita tidak boleh mengendalikan atau menyelesaikan sendiri tanpa adanya bantuan daripada ora...


Description

Bimbingan dan Kaunseling merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sebagai seorang manusia kita saling memerlukan antara satu sama lain. Sesuatu amalan seharian sudah semestinya kita tidak boleh mengendalikan atau menyelesaikan sendiri tanpa adanya bantuan daripada orang lain. Hal ini kerana, kita hidup di dunia yang marcapada ini dengan berkongsi rasa, berkongsi dalam menikmati kehidupannya. Oleh yang demikian setiap insan itu tidak boleh berdiri teguh sendiri tanpa ada sokongan dari orang lain. Sesuatu bimbingan dalam kehidupan itu sangat penting tidak kira apa sahaja perkara yang dilalui dan dilakukannya. Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral. Di samping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang dihadapi oleh individu itu semata-mata akan tetapi bimbingan dari aspek semuanya. Hal yang demikian, menurut James, fokus bimbingan ialah individu tersebut, bukan masalahnya. Tujuan bimbingan ini adalah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk arahan kendiri. Pengertian bimbingan yang lebih jelas lagi menurut Jones ialah bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang membuat keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik; ia menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya. PENGENALAN...


Similar Free PDFs