Teori-teori bahasa dan perkaitannya PDF

Title Teori-teori bahasa dan perkaitannya
Author Ena Wasli
Pages 11
File Size 252.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 254
Total Views 970

Summary

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa 1 Pendahuluan Dalam penulisan ini, kita akan menyentuh serba sedikit berkenaan definisi pengajaran dan pembelajaran bahasa agar pemahaman terhadap tajuk ini akan lebih jelas. Selepas mengetahui definisi pengajaran dan pembelajara...


Description

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

1

Pendahuluan

Dalam penulisan ini, kita akan menyentuh serba sedikit berkenaan definisi pengajaran dan pembelajaran bahasa agar pemahaman terhadap tajuk ini akan lebih jelas. Selepas mengetahui definisi pengajaran dan pembelajaran bahasa barulah kita menyentuh dengan teori-teori bahasa dan akhir sekali kita akan cuba mengaitkan kesemuanya. Kita cuba melihat kaitan teori-teori bahasa dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Seorang guru itu harus tahu asas teori-teori bahasa dalam usaha untuk mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dengan mengetahuinya dapatlah diterapkan atau digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran agar guru itu dapat merancang pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada pelajarnya. Teori-teori bahasa ini diterapkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sesuai dengan penerimaan dan kebolehan pelajar.

Seseorang guru bahasa tidak mungkin dapat menyampaikan pengajarannya dengan cara yang berkesan dan seorang pelajar juga tidak mungkin dapat menerima pembelajaran yang berkesan jika guru tidak mempunyai pengetahuan tentang teori-teori bahasa. Dengan erti kata lain, seorang guru itu perlulah menentukan teori-teori yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada pelajarnya untuk meningkatkan keberkesanan mutu pengajaran dan pembelajaran. Perancangan guru dalam satu-satu pengajaran adalah penting. Hanya dengan mempunyai pengetahuan yang cukup pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran ialah sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama guru dan muridnya. Ia melibatkan guru dan pelajar. Guru bertindak sebagai penyampai (pemberi) manakala pelajar pula menjadi penerima. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

2

demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran.

Menurut Nurazmi Kuntum (1997:2), pengajaran ialah satu proses menyampaikan ilmu daripada satu pihak kepada pihak lain. Pengajaran yang berjaya ialah pengajaran yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Ia dapat membuat perubahan yang positif ke atas muridnya sesuai dengan objektif pengajaran dan kurikulum yang telah disediakan.

Manakala pembelajaran merangkumi semua tingkah laku yang agak kekal sifatnya dalam kebolehan seseorang itu, hasil dari sesuatu pengalaman atau latihan. Perubahanperubahan yang agak stabil yang berlaku di dalam tingkah laku seseorang individu lantaran interaksinya dengan persekitaran. Ringkasnya pembelajaran adalah berdasarkan pada sesuatu perubahan di dalam tingkah laku yang agak stabil dan kekal dihasilkan melalui pengalaman atau latihan.

Teori-Teori Bahasa dan Perkaitannya

Bahasa dilihat sebagai aktiviti yang berfungsi dan mempunyai tujuan tertentu, berkaitan dengan matlamat dan situasi sebenar. Bahasa yang dicipta oleh seseorang itu lazimnya diucapkan untuk tujuan-tujuan yang tertentu (Kamarudin, 2001:116). Dalam membicarakan teori-teori bahasa, sebenarnya terdapat lebih kurang sepuluh teori bahasa yang terkenal (Kamarudin, 1986:32). Namun di sini saya hanya akan membicarakan dua teori sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari perkaedahan dalam pengajaran bahasa.

Teori-teori ini ialah teori behaviourisme (mekanis) dan teori mentalis (kognitif). Teori behaviouris menganggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui otaknya. Teori ini juga menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

3

rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai gerakbalas. Bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran.

Melalui teori ini, latihan dan latih tubi yang kerap merupakan aspek utama dan tidak boleh diabaikan kerana dengan itu pelajar akan cepat mempelajarinya. Kemahiran bahasa adalah dipandang sebagai satu kebiasaan maka satu tabiat (habit) mestilah ditanam ke dalam diri pelajar itu dengan memberikannya peluang untuk berlatih berulang kali. Teori ini juga menganggap pembelajaran sebagai satu proses mekanikal bagi membentuk sesuatu kebiasaan, yang padanya terdapat perhubungan di antara satu rangsangan dan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi. Gerak balas yang sering diulangi akan membentuk satu kebiasaan. Di samping itu, teori ini menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa.

Bolehlah disimpulkan bahawa teori behaviouris menganggap bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga menjadi satu kebiasaan. Bahasa juga merupakan satu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada rangsangan dan tindak balas. Perlakuan ini sama seperti tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Aspek lisan yang berupa percakapan atau pertuturan sangat diutamakan. Selain itu, pengukuhan dan ganjaran dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting. Jadi menurut fahaman saya, teori behaviouris lebih menekankan kepada rangsangan-rangsangan yang dibuat oleh guru atau persekitaran yang seterusnya bertindak balas dalam otak samada secara perlahan atau cepat yang kemudiannya akan menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna. Pengetahuan itu kemudiannya diamalkan dengan latihan dan latih tubi yang kerap. Teori behaviouris dapat divisualisasikan dengan gambarajah di bawah ini. Walaupun gambarajah ini menyerupai atau mungkin sama dengan gambarajah proses pembelajaran, namun saya cuba menggunakan dan menerapkannya dengan teori behaviouris kerana saya melihat adanya kaitan antara satu dengan yang lain.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

4

Per seki t ar an/ Gur u

r angsangan- r angsangan

per l aksanaan

ot ak

per l ahan/ pendek

cepat / panj ang

Latih tubi/ ulangan

tindak balas

Beralih pada teori mentalis pula yang memandang bahasa sebagai satu proses pemikiran iaitu satu aktiviti mental dan satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Ia menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh suatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang dari alat deria. Ahli teori mentalis yang terkenal, Piaget (Juriah Long, 1990:33) berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi dan dengan otak manusia berkebolehan untuk mempelajari berbagai-bagai hal. Proses ini melibatkan seseorang pelajar menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan yang telah sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperolehi daripada persekitarannya. Golongan ini menekankan bahawa terdapat hubungan yang erat di antara bahasa dengan pemikiran. Penguasaan bahasa memerlukan proses mental. Apabila seseorang itu mahu menggunakan bahasa, dia haruslah menggunakan fikirannya untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis dan bermakna. Teori ini juga sangat menegaskan makna dan proses-proses yang tersembunyi yang terlibat dalam produksi bahasa. Semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan kepada logik kerana sesuatu yang tidak dapat dimengertikan adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima (Kamarudin, 1986:33).

Oleh itu teori mentalis menganggap bahawa seseorang pelajar itu memperolehi bahasa secara natural kerana kebolehan ini sudah terancang dalam diri mereka dari segi biologis. Pelajar yang terdedah kepada bahasa akan dengan sendirinya berkeupayaan untuk berbahasa.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

5

Seorang pendukung teori mentalis iaitu George A. Miller (Kamarudin, 2001:25) cuba menggambarkan proses-prose mental yang dapat dilakukan oleh seseorang pendengar apabila menghadapi sesuatu pertuturan. Proses-proses itu ialah mendengar, memadankan, menerima, mentafsirkan, memahami dan mempercayai. Secara ringkasnya, teori ini lebih menekankan kepada pengetahuan seseorang kerana sejak dilahirkan manusia mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa. Kebolehan ini wujud secara semula jadi. Dua perkara yang penting dilihat dalam teori ini iaitu kecekapan (competence) dan prestasi (prestasi). Selain itu bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa berkaitan dengan keupayaan mental. Akhir sekali, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberi penekanan. Dengan menggunakan gambarajah seperti teori behaviouris, teori mentalis juga boleh diterangkan seperti berikut:

Per seki t ar an/ Gur u

ot ak dan sar af

pel aksanaan

st or i ngat an panj ang/ cepat

t i ndak bal as

Bila ditinjau dengan lebih dekat mengenai kedua-dua teori ini, bolehlah dikatakan kedua-duanya saling berkait antara satu dengan yang lain. Timbul pertanyaan tentang teori manakah yang lebih baik atau benar, iaitu teori behaviouris atau teori mentalis? Nampaknya kedua-dua teori ini mempunyai asas dan logik masing-masing. Persoalan di sini bukanlah untuk menentukan teori yang mana yang lebih baik, tetapi yang lebih penting ialah kedua-dua teori ini munasabah dan logik serta mempunyai manfaat. Namun ada satu hal yang ingin saya sentuh di sini mengenai teori mentalis. Seperti yang telah dibincangkan tadi, teori mentalis lebih menekankan keupayaan mental dan pemikiran semulajadi tanpa mementingkan aspek rangsangan, bagi saya (betulkan jika saya salah), seseorang murid atau pelajar yang mempunyai kebolehan mental yang cerdik dan lebih cepat bertindak dalam pembelajarannya adalah juga perlu didedahkan kepada rangsangan. Ini kerana seseorang yang cerdik dan pandai akhirnya akan merasa bosan juga jika hasil pengajaran gurunya tidak berkesan. Apa

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

6

yang diharapkan ialah pengajaran guru tadi akan meninggalkan kesan yang memuaskan dari mengelakkan rasa bosan pelajarnya walaupun pelajar itu cerdik, rangsangan dari guru adalah amat penting sekali.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Sebentar tadi kita sudah mengetahui tentang teori-teori bahasa dan kedua-dua teori tadi saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Sekarang kita cuba mengaitkan teori-teori tadi dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kita melihat kesan atau implikasi keduadua teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Seorang guru perlulah bijak menentukan teori-teori bahasa yang bersesuaian dengan pengajarannya kepada pelajarpelajarnya. Keberkesanan komunikasi adalah bergantung kepada bagaimana guru dapat menyampaikan bahan atau maklumat yang hendak dikuasai itu dan seterusnya dapat dimiliki dan disimpan dalam bank ingatan jangka panjang dengan sempurna. Untuk itu guru perlu ada satu cara yang dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat itu secara berkesan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran bahasa, proses penyampaian akan melibatkan tiga bentuk strategi, iaitu pendekatan, kaedah dan teknik. Pengajaran yang berkesan akan mengintergrasikan ketiga-tiga bentuk ini secara harmoni. Seorang guru harus tahu kebolehan murid-muridnya belajar (iaitu yang lembap, sederhana atau cerdas) sebelum menggunakan atau memilih teori mana yang sesuai digunakan dalam pengajarannya. Saya akan cuba mengaitkan teori behaviouris dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa memandangkan teori ini dikatakan lebih baik berbanding dengan teori mentalis (sebenarnya kedua-dua teori ini adalah baik).

Kita sudah sedia maklum teori behaviouris menekankan pada rangsangan tingkah laku dan gerak balas dan adanya latihan yang berulang-ulang. Maka pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menggunakan teori behaviouris biasanya lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar yang lembap dan sederhana. Ini adalah disebabkan pelajar-pelajar ini akan mengambil masa untuk memahami pelajaran yang diajarkan oleh guru. Otak fikir atau mental mereka agak

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

7

lembap maka perlu adanya rangsangan untuk mereka bertindak balas. Dengan itu, seseorang guru haruslah bijak merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti atau strategi pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan dan baik.

Teori behaviouris telah menghubungkan beberapa idea yang berguna untuk kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebelum ini teori behaviouris berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Dalam proses pengajaran haruslah diwujudkan suasana pembelajaran yang boleh menimbulkan rangsangan dan gerak balas murid misalnya penggunaan alat bantu mengajar untuk memudahkan guru dan murid memahami gambaran yang disampaikan oleh guru. Bahan pengajaran bahasa perlu dipersembahkan dalam bentuk lisan dahulu sebelum tulisan kerana teori behaviouris telah mengemukakan satu kaedah pengajaran yang popular iaitu kaedah dengar-ucap atau dengar-sebut. Murid dapat mempelajari bahasa melalui latihanlatihan dan peneguhan yang diberikan. Untuk melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang merangsangkan pelajar (terutama yang lembap dan sederhana), ganjaran haruslah diberikan bagi menggalakkan pengulangan dan pengukuhan pembelajaran. Misalnya guru mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik di papan pameran di bilik darjah. Ini merupakan satu penghargaan kepada pelajar berkenaan, seterusnya meningkatkan motivasi pelajar lain untuk mendapatkan penghargaan yang serupa. Guru menyiarkan karangan terbaik yang dihasilkan oleh pelajar dalam majalah sekolah sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pelajar menghasilkan penulisan yang bermutu.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya, latihan diperlukan dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring) dan seumpamanya. Latihan amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Perlakuanperlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran yang positif. Ganjaran yang positif itu hendaklah diberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan pelajar. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer dan Rivers (Abd Aziz, 2000:21) mengatakan:

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

8

“Language is “behaviour” and language behaviour can be learned by “inducing” the student to “behave” the way we want him to behave….”

Ganjaran yang diberikan memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respons. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran (dalam apa-apa bentuk sekalipun) perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen yang positif dan membina daripada guru, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh pelajar. Pengajaran dan pembelajaran terancang yang diaturkan menurut kebolehan pelajar belajar (lembap, sederhana atau cerdas) ialah berdasarkan teori behaviouris. Menurut teori ini, apa sahaja boleh diajar, asalkan tugas itu dipermudahkan dengan membahagikannya kepada yang mudah dipelajari. Hasilnya, kejayaan-kejayaan kecil itu menggalakkan pelajar untuk belajar, kerana perkara itu merupakan ganjaran bagi mereka.

Guru perlu kreatif dan inovatif dalam mewujudkan situasi-situasi pembelajaran yang sesuai dan memberangsangkan supaya pelajar-pelajar berminat mengikuti perkembangan satu-satu pelajaran. Sama ada pelajar itu lembap, sederhana atau cerdas, guru perlulah menentukan teori-teori bahasa yang sesuai dan jika sesetengah pelajar lebih cenderung kepada teori behaviourisme atau mentalisme maka gunakanlah pendekatan mengikut teori yang bersesuaian. Dalam hal ini pelajar juga memainkan peranan yang sama seperti guru. Para pelajar dilihat sebagai mekanisme rangsangan dan gerak balas. Mereka dianggap sebagai hasil daripada latihan yang berulang-ulang. Sistem pengajaran mungkin mengambil kira pengaruh pelajar.

Strategi pengajaran seharusnya berdaya menarik perhatian dan meningkatkan motivasi pelajar. Biasanya, motivasi akan menjadi berkurangan apabila proses pembelajaran dipenuhi dengan aktiviti yang tidak bermakna. Memperkatakan tentang teori mentalis, tidaklah mencadangkan sesuatu kaedah pengajaran bahasa yang khusus seperti teori behaviouris. Ini disebabkan semua pelajar atau murid dapat mempelajari bahasa dengan

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

9

mudah kerana mereka mempunyai kebolehan atau keupayaan mental semula jadi (cerdas). Dalam hal ini bolehlah dikatakan seseorang guru itu tidak menghadapi sebarang masalah pengajaran tetapi harus juga diingat tanpa rangsangan atau aktiviti yang memberangsangkan, tidak mustahil akan menimbulkan kebosanan pelajar. Keberkesanan pengajaran bergantung pada kecekapan guru mengajar. Kemahiran guru sebenarnya bergantung pada kecekapan guru itu sendiri dalam bahasa yang hendak diajarnya dan pengetahuan dan kepakarannya tentang kaedah dan teknik mengajar.

Sekarang kita akan cuba melihat kaitan teori mentalis dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Menurut teori mentalis, para pelajar akan menguji andaian atau hipotesis mereka mengenai penguasaan bahasa yang mereka miliki sama ada bahasa yang mereka gunakan itu betul atau salah. Oleh sebab itu para pelajar harus didedahkan kepada model-model bahasa yang sebenar dan bukan yang sengaja dibentuk untuk pengajaran di bilik darjah semata-mata. Sesuai dengan hal ini, guru hendaklah bijak memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan umur pelajar yang akan diajar. Dalam suatu pengajaran bahasa, makna lebih diutamakan berbanding struktur bahasa. Oleh sebab itu guru hendaklah mewujudkan aktiviti-aktiviti bahasa yang betul dan berkesan dan kesilapan bahasa harus segera diperbetulkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, bacaan dan tulisan adalah diutamakan. Golongan ini berpendapat bahawa kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran bertutur.

Dalam bilik darjah guru bertindak sebagai pemimpin yang sentiasa memandu pelajar untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan secara berkesan. Dalam kebanyakan situasi pembelajaran, pelajar (samaada lembap, sederhana atau cerdas) diberi peluang berinteraksi sesama sendiri dan menciptakan komunikasi secara harmoni. Dalam proses berinteraksi itu, mereka digalakkan mengetengahkan pandangan dan pendapat, mencerna idea, mentafsir pemikiran, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Guru dan pelajar didefinisikan sebagai penginteraksi bilik darjah.

Kita telah melihat teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru bahasa ialah model utama bagi pelajar-pelajar yang diajarnya. Pengetahuan

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

10

tentang teori-teori bahasa yang dihuraikan di atas tadi dapat memberi penjelasan kepada guru-guru tentang ...


Similar Free PDFs