TNB (TENAGA NASIONAL BERHAD DOCX

Title TNB (TENAGA NASIONAL BERHAD
Author Ash Vilain
Pages 16
File Size 31.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 38
Total Views 172

Summary

TNB (TENAGA NASIONAL BERHAD) PENGENALAN Tenaga nasional berhad adalah sebuah syarikat yang tersenarai dalam rangking terbesar di Malaysia kerana merangkumi jumlah bursa saham bernilai 60 bilion. Selain itu tenaga nasional berhad mempunyai lebih 14 cawangan setiap negeri dan lebih 500 stokis di selur...


Description

TNB (TENAGA NASIONAL BERHAD) PENGENALAN Tenaga nasional berhad adalah sebuah syarikat yang tersenarai dalam rangking terbesar di Malaysia kerana merangkumi jumlah bursa saham bernilai 60 bilion. Selain itu tenaga nasional berhad mempunyai lebih 14 cawangan setiap negeri dan lebih 500 stokis di seluruh Malaysia. Tenaga nasional berhad adalah syarikat yang mempunyi tenaga pekerja yang terbesar kerana meliputi dalam dan luar negara di seluruh asia tengara.oleh kerana berpusat di Malaysia TNB mudah mendapat bahan mentah untuk produk yang dihasil dan dikeluarkan seperti arang batu ,gas petroleum , dan ampangan hidro.Dua individu yang bertanggungjawab dalam membina generator elektrik adalah Loke Yew dan Thamboosamy Pillai untuk kegunaan lombong milik mereka pada 1894. Mereka juga merupakan individu yang menggunakan pam elektrik untuk industri perlombongan di Malaya (Malaysia) ketika itu dan ia menjadi peristiwa penting dalam sejarah penggunaan elektrik. Pada tahun sama, sebuah syarikat persendirian telah membekalkan elektrik kepada pekan Rawang dan setahun kemudian, stesen kereta api pertama di Kuala Lumpur menerima bekalan elektrik buat pertama kali. Pada 1900, Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sempan, Raub di bina oleh Syarikat Lombong Emas Raub Australia menjadi titik tolak kepada stesen janakuasa di negara ini. Dari situlah, wujud Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dengan aset melebihi RM69.8 bilion. Ia dibina oleh Raub Australian Gold Mining Co. Ltd. Pulau Pinang mendapat bekalan elektrik yang pertama apabila stesen janaelektrik Sungai Pinang mula beroperasi pada 14 julai 1904 seramai 15 pengguna dan 41 lampu jalan menerima bekalan elektrik pada ketika itu. Pulau Pinang mendapat bekalan elktrik dari stesen janaelektrik prai yang dibina oleh Majlis perbandaran Pulau Pinang yang memasang kabel dasar laut untuk menyambung keseluruhan tanah besar dan dengan itu keseluruhan Pulau Pinang mendapat bekalan eletrik buat pertama kalinya pada tahun 1926....


Similar Free PDFs