Tugasan 1 BMMB 3043 - Boleh guna untuk rujukan PDF

Title Tugasan 1 BMMB 3043 - Boleh guna untuk rujukan
Author SITI NABILA BINTI MO U1
Course Kurikulum bahasa melayu
Institution Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Pages 8
File Size 87.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 213
Total Views 943

Summary

KandunganPenghargaan II1 Pendahuluan 3 2 Konsep FPK dalam Kurikulum3 Elemen FPK merentas Organisasi Kandungan Kurikulum3 Pendidikan suatu usaha yang berterusan3 Penerapan seni bahasa memperkembang potensi 4individu secara bersepadu3 Pendekatan Modular membentuk warganegara yang 5berketrampilan3 Sist...


Description

Kandungan

Penghargaan

II

1.0 Pendahuluan

3

2.0 Konsep FPK dalam Kurikulum 3.0 Elemen FPK merentas Organisasi Kandungan Kurikulum 3.1 Pendidikan suatu usaha yang berterusan 3.2 Penerapan seni bahasa memperkembang potensi

4

individu secara bersepadu 3.3 Pendekatan Modular membentuk warganegara yang

5

berketrampilan 3.4 Sistem Bahasa melahirkan warganegara yang berakhlak

6

mulia 3.5 Kemahiran Bahasa membentuk warganegara yang intelek dan berilmu pengetahuan 4.0 Penutup Rujukan

7

1

Penghargaan

Alhamdullilah hirrabil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat saya selesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Pn.Noor Liza Binti Abdullah ,pensyarah bagi kursus Kajian Kurikulum Bahasa Melayu kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dan baik. Pelbagai ilmu telah saya perolehi sepanjang saya menyiapkan tugasan ini yang sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap mutiara kata daripada saya sebagai renungan dan amalan.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.”

2

1.0 Pendahuluan Tapak pembentukan sesebuah kurikulum adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini bermaksud FPK dijadikan sebagai asas dalam pendidikan sekolah rendah mahupun menengah. Sehubungan itu, kurikulum kebangsaan dijadikan panduan dalam memenuhi hasrat yang terkandung dalam FPK dan telah didokong oleh suatu organisasi kandungan kurikulum yang sistematik dan teratur. Justeru itu, murid akan menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai pada akhir tempoh persekolahan mereka kelak.

2.0

Konsep FPK dalam Kurikulum

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Noriati A. Rashid, 2012). Berdasarkan pernyataan FPK di atas, maka, jelaslah bahawa hasrat utama kerajaan dalam pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek. Oleh hal yang demikian, satu falsafah pendidikan yang sempurna perlu diwujudkan sebagai persediaan ke arah sebuah negara yang maju.

3.0

Elemen FPK merentas Organisasi Kandungan Kurikulum

Elemen-elemen yang ada dalam FPK dilihat mempunyai perkaitan dengan organisasi kandungan kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah. Organisasi kandungan ini adalah terdiri daripada Standard Kurikulum, Kemahiran Bahasa, Pendekatan Modular dan Sistem Bahasa. Antara elemen-elemen FPK yang dapat dikaitkan dengan organisasi kandungan adalah seperti berikut : 3.1

Pendidikan adalah suatu usaha berterusan

3

Pendidikan adalah suatu proses mengubah tingkah laku dan sikap seseorang hasil daripada ilmu pengetahuan yang diperoleh. Maka, proses menyampaikan pendidikan ini adalah melalui satu Standard Kurikulum yang selaras dan meliputi kesemua elemen yang diperlukan oleh murid sepanjang pembelajaran di sekolah rendah. Di dalam Standard Kurikulum ini telah dibahagikan kepada dua, iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan (SK) memerlukan murid mengetahui dan menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tempoh persekolahan. Manakala, standard pembelajaran (SP) pula dijadikan sebagai pengukur terhadap kualiti pembelajaran bagi setiap standard kandungan yang ada. Di dalam SK dan SP ini telah diselitkan kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid. Antaranya adalah kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Jika diteliti SK dan SP yang ada dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKP) ini, proses pembelajarannya adalah berterusan dan berlanjutan. Misalnya, dalam kemahiran menulis tahun 4, SK bagi 3.1 adalah murid perlu mempunyai asas menulis. Hal ini bermakna, murid sudah mempunyai asas menulis dari tahun 3 lagi dan asas ini masih digunakan apabila memasuki tahun 4. Hasil daripada pembelajaran tersebut, murid dapat menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk ayat, Hal ini telah menunjukkan berlakunya peningkatan ilmu pengetahuan dalam diri murid-murid. Jelas di sini menunjukkan bahawa proses pendidikan itu adalah berterusan dan berlanjutan. Justeru itu, pendidikan secara berterusan beginilah yang dihasratkan dalam FPK. 3.2

Penerapan seni bahasa memperkembang potensi individu secara bersepadu

Setiap individu memiliki potensi diri yang berbeza. Potensi perlu dicungkil, diasah, dipupuk dan perlu diperkembangkan dari semasa ke semasa. Potensi dan bakat ini dapat dicungkil dan dijelmakan melalui aspek seni bahasa yang terkandung dalam Standard Kurikulum. Aspek seni bahasa ini turut diselitkan dalam Standard Kurikulum bahasa Melayu untuk menyokong kemahiran bahasa yang ada dalam Standard Kurikulum. Walaupun aspek seni bahasa ini

tidak

ditaksir, namun ia membantu dalam melahirkan individu yang

berkebolehan. Aspek seni bahasa yang ditekankan adalah meliputi nyanyian, bercerita, bersajak, berlakon dan seumpamanya. Potensi individu ini telah dapat dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada SK dan SP yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam SK tahun 4, aspek seni bahasa bagi 4.1 adalah mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. Pada akhir pembelajaran tersebut, murid 4

sudah berkebolehan untuk bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa. Hal ini telah jelas menunjukkan bahawa aspek seni bahasa yang diserap ke dalam Standard Kurikulum membolehkan murid mengetahui potensi yang ada dalam diri mereka. Daripada pengajaran seni bahasa inilah, guru dapat mengenal pasti kebolehan dan bakat yang ada pada setiap muridnya. Oleh itu, potensi setiap individu dapat dikembangkan secara menyeluruh sejajar dengan hasrat FPK. 3.3 Pendekatan Modular membentuk warganegara yang berketrampilan Individu yang mempunyai ketrampilan adalah seorang yang cekap, berkebolehan dalam menjalankan sesuatu tugasan dan berpandangan jauh. Pendekatan modular yang ada dalam

organisasi

kandungan

boleh

dilaksanakan

demi

melahirkan

murid

yang

berketrampilan ini,. Pendekatan modular yang dimaksudkan adalah kemahiran bahasa yang dipecahkan kepada suatu unit-unit kecil mengikut bidang, tajuk, kemahiran atau nilai. Melalui pendekatan ini, setiap kemahiran dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus dan mudah dikuasai oleh murid. Modul dengar tutur boleh digunakan sebagai alat untuk melahirkan murid yang berketrampilan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam SK dan SP dengar tutur ini telah menetapkan murid perlu mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Manakala untuk kemahiran bertutur pula, murid perlu berkomunikasi

secara

sopan

dan

bertatasusila

untuk

menjalin

hubungan

dan

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul. Justeru itu, kemahiran ini akan diaplikasikan semasa menjalankan tugas sebagai seorang ketua nanti kerana ketua yang hebat adalah cekap dan berketrampilan dalam berbahasa. Sudah terang lagi bersuluh, kemahiran dengar tutur ini mampu melahirkan warganegara yang berketrampilan selari dengan hasrat FPK. 3.4 Sistem Bahasa melahirkan warganegara yang berakhlak mulia Akhlak mencerminkan pembawaan diri seseorang individu. Dalam FPK, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia amat dititikberatkan kerana sikap berbudi bahasa merupakan amalan negara Malaysia. Untuk melahirkan warganegara yang berakhlak mulia, murid telah didedahkan dengan sistem bahasa iaitu melalui sebutan dan intonasi di dalam Standard Kurikulum bahasa Melayu. Melalui sebutan dan intonasi ini, murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.

5

Kemahiran yang ditekankan ialah murid berkebolehan untuk mengenal pasti dan membezakan pelbagai

aspek dalam sebutan dan

intonasi supaya murid dapat

menyampaikan maksud dengan tepat malah dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Sehubungan itu, murid dapat menguasai bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan mampu berkomunikasi dengan baik dalam kehidupan seharian. Sistem bahasa ini diajar adalah bertujuan membiasakan murid menggunakan kata yang betul dalam komunikasi harian. Individu yang berakhlak mulia sentiasa menggunakan perkataan yang sopan dan lembut ketika berbicara. Intonasinya juga adalah halus dan sedap didengar. Justeru itu, apabila sistem bahasa ini didedahkan kepada murid, maka akan lahirkan murid yang bersopan-santun dan berbudi pekerti. Bukankah itu apa yang dihasratkan dalam FPK? 3.5 Kemahiran Bahasa membentuk warganegara yang intelek dan berilmu pengetahuan Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam memajukan diri. Ilmu melambangkan ketamadunan sesebuah bangsa dan negara (Osman Bakar, Azizan Baharudin, Zaid Ahmad, 2009, Hal 4). Sehubungan itu, kemahiran membaca yang ada dalam organisasi kandungan dilihat dapat memupuk dan melahirkan murid yang suka membaca. Jika dikaji SK bagi Kemahiran Membaca tahun 4 telah menetapkan murid perlu membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. Pada akhir pembelajaran tersebut, murid perlu menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera tersebut. Pendedahan kemahiran membaca ini telah menarik minat murid untuk terus membaca sekali gus meningkatkan menanam sikap menghayati setiap karya yang telah dihasilkan sekali gus meningkatkan keintelektualan murid dan membentuk fikiran yang lebih positif. Justeru itu, hasrat FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dapat dicapai melalui kemahiran membaca yang ada dalam organisasi kandungan.

4.0 Penutup Natijahnya, perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kini masih berlandaskan kepada FPK yang dibina. Walaupun terdapat penambahan aspek dalam organisasi kandungan, namun hal ini bertujuan memastikan ekuiti dan kualiti pendidikan dapat disampaikan secara sama rata kepada semua murid. Justeru itu, tahap akauntabiliti seseorang guru yang berperanan sebagai pelaksana kurikulum perlu memastikan setiap 6

murid mencapai standard kurikulum yang direncanakan demi memenuhi kehendak dan matlamat FPK.

Rujukan

Brashears, D. (2008). The Fun in learning. Retrieved 8 Feb , 2020, from http// www. scribd.com Enchen, L. (n.d.). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Retrieved 5 Februari, 2020, from Slide share.net: https://www.academia.edu/4162137/Kaedah_Pengajaran_Bahasa_Melayu_Sekolah_ Rendah Ismail, M. (2009). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail, M. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu Didik Hibur dan Seni Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Long, J. (2014). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Noriati A. Rashid, L. K. (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd. Osman Bakar, A. B. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Peng, C. F. (2011). Pendekatan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 111-136. Yahya Otman, R. B. (2009). Pemerkasan pendidikan Bahasa Melayu dari teori ke praktik. Puncak Alam, Selangor: Utusan Publications Sdn. Bhd.

7

Yusof, T. J. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

8...


Similar Free PDFs