DRAF Ulasan Artikel-1 - test untuk grouping pengajian malaysia boleh try untuk rujukan sahaja. PDF

Title DRAF Ulasan Artikel-1 - test untuk grouping pengajian malaysia boleh try untuk rujukan sahaja.
Author amirul ahmad
Course pengajian am
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 9
File Size 214 KB
File Type PDF
Total Downloads 295
Total Views 799

Summary

CTUHUBUNGAN ETNIK/SEJARAH MALAYSIAULASAN ARTIKELUNTUK KEGUNAAN PENSYARAH PENGENALAN : / ISI PENTING 1 : / ISI PENTING 2 : / ISI PENTING 3 : / KESIMPULAN : / SENARAI RUJUKAN : / JUMLAH : /Disediakan untuk: DR. MOHD AMZARI TUMIRANDisediakan oleh:NAMA & NO. MATRIKS: 1. MUHAMAD SYAZA BIN SUPIAN (201...


Description

CTU555 HUBUNGAN ETNIK/SEJARAH MALAYSIA ULASAN ARTIKEL UNTUK KEGUNAAN PENSYARAH PENGENALAN

:

/3

ISI PENTING 1

:

/4

ISI PENTING 2

:

/4

ISI PENTING 3

:

/4

KESIMPULAN

:

/3

SENARAI RUJUKAN

:

/2

JUMLAH

:

/20

Disediakan untuk: DR. MOHD AMZARI TUMIRAN

Disediakan oleh:

NAMA & NO. MATRIKS

: 1. MUHAMAD SYAZA BIN SUPIAN

(2018853486)

2. AMIRUL HAKIM BIN AHMAD FARIDY (2019662436) KUMPULAN

: NIMBF4A

TARIKH

: 27/06/2021

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN ....................................................................................................................... 2.0 KEPENTINGAN ISU TERSEBUT TERHADAP HUBUNGAN ETNIK .............................3 1

3.0 IMPLIKASI ISU TERSEBUT KEPADA MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK .................4 4.0 KAEDAH MENANGANI ISU TERSEBUT DALAM MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK............................................................................................................................................ 5.0 KESIMPULAN......................................................................................................................... 6.0 RUJUKAN ...........................................................................................................................10

MAKLUMAT ARTIKEL TAJUK PENULIS TAHUN TERBIT

: TAHAP PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PERUNTUKAN BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : NAZRI MUSLIM & ABDUL LATIF SAMIAN : 2012 2

1.0 PENGENALAN Artikel yang diulas ini bertajuk “Tahap Penerimaan Pelajar terhadap Peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan". Artikel ini ditulis oleh Nazri Muslim dan Abdul Latif Samian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012. Artikel ini merupakan artikel yang terkandung dalam SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu /International Journal of the Malay World and Civilization (IMAN),Bil.30, isu 1,muka surat 3-27. Artikel ini dihasilkan dengan matlamat untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam / Universiti terhadap peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Negara Malaysia telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini. Perkara ini telah ditetapkan secara jelas sekali di dalam Perlembagaan Negara. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa sebarang pindaan terhadap perkara ini memerlukan perkenan daripada Majlis RajaRaja Melayu. Kajian yang dilakukan ini telah melibatkan seramai 800 orang responden yang dipilih daripada 4 buah IPTA. Hasil kajian yang diperoleh ini akan dianalisis menggunakan program SPSS. Bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan, teknik Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (crosstabulation) dan "correlation coefficient "telah digunakan. Dapatan kajian daripada penyelidikan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2.0 KEPENTINGAN ISU TERSEBUT TERHADAP HUBUNGAN ETNIK Dalam setiap negara, pasti akan ada sesuatu faktor yang menjadi titik tolak kepada perpaduan penduduknya. Antara faktor-faktor tersebut adalah agama, bangsa, budaya, warna kulit dan bahasa. Dalam sesebuah negara yang pelbagai bangsa dan etnik, adalah lebih sukar untuk menyatupadukan rakyatnya disebabkan pertembungan pelbagai perkara. Oleh itu, pemimpin negara itu perlulah mencipta satu titik pertembungan yang dapat menggalakkan perpaduan antara penduduk yang berbilang kaum. Dalam situasi negara kita, titik pertembungan itu 3

bolehlah dikatakan sebagai Bahasa. Bahasa rasmi negara kita adalah Bahasa Melayu. Perkara ini telah digariskan secara jelas sekali di dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Walau dalam apa situasi pun, Bahasa Melayu wajar diangkat sebagai Bahasa keutamaan selagi mana seseorang itu berada di Malaysia. Bagaimanapun, situasi pada hari ini adalah sangat mendukacitakan. Bahasa Melayu pada hari ini dipandang sepi dan dianggap sebagai Bahasa yang tiada kepentingan. Kurangnya peranan daripada pihak yang sepatutnya memburukkan lagi keadaan ini. Bahkan,UiTM sendiri sebagai suatu institusi yang ikonik dengan Bangsa Melayu sendiri pun tidak berusaha memartabatkan Bahasa Melayu. Kita marah apabila bangsa lain tidak menghormati Bahasa Melayu sedangkan hakikatnya kita sendiri pun tidak pernah berusaha untuk meletakkannya pada tahap yang tinggi.

Golongan pelajar universiti adalah golongan yang berusia antara 18 hingga 25 tahun. Golongan ini merupakan generasi masa depan negara. Artikel ini ditulis dengan matlamat untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar berbilang kaum terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Statistik daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang dilakukan pada tahun 2002 menunjukkan bahawa terdapat 327 kes yang dilaporkan berkaitan dengan konflik sosial. Kebanyakan pergaduhan perkauman melibatkan pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai masalah disiplin. Situasi ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan generasi baharu negara ini.Isu-isu seperti mencabar kontrak sosial, pergeseran keagamaan dan bahasa, seringkali dibangkitkan dan boleh menimbulkan konflik yang berpanjangan jika tidak ditangani dengan baik dalam konteks hubungan etnik. Penetapan Bahasa Melayu adalah sesuatu yang dipesetujui secara bersama oleh semua kaum sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sebagai pertukaran dengan status kewarganegaraan, kaum pendatang pada waktu itu telah bersetuju untuk menerima dan menghormati semua keistimewaan Bangsa Melayu sebagai penduduk asal di negara ini. Konfik yang berlaku antara generasi muda negara pada hari ini menunjukkan kefahaman pelajar terhadap kontrak sosial semakin berkurang. Sistem pendidikan dan media massa pada hari ini tidak digunakan untuk mempromosi persefahaman yang lebih baik antara etnik. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir ahli politik yang suka melaga-lagakan antara kaum. Polemik isu-isu ini juga menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia terhadap kontrak sosial masih lagi rendah dan kurang dihayati, tidak seperti mana berlaku semasa persetujuan mengenai kontrak sosial dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan melakukan kajian terhadap tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapat mengenalpasti 4

tahap kefahaman pelajar terhadap kontrak sosial. Perpaduan tidak mungkin akan wujud jika ia hanya digerakkan oleh satu kaum sahaja. Sikap ultra-kiasu sesetengah bangsa menunjukkan situasi tidak patriotik dan merupakan satu pengkhianatan terhadap perjanjian.Adalah sangat penting untuk generasi baharu memahami perkara yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dahulu. Tanpa kerjasama semua kaum,adalah mustahil untuk kita mencapai perpaduan yang menjadi matlamat negara.

3.0 IMPLIKASI ISU TERSEBUT KEPADA MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK Perlembagaan Persekutuan Malaysia, ialah undang-undang utama di Malaysia yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Antara perkara yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan ini adalah penetapan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara.

5

Adalah sangat penting untuk semua rakyat Malaysia memahami kepentingan peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Bahasa Kebangsaan. Selain menjadi jati diri sesebuah bangsa, peruntukan ini turut bertujuan untuk membentuk perpaduan antara pelbagai kaum. Dengan menetapkan penggunaan satu Bahasa, perpaduan antara kaum pasti akan dibentuk. Generasi hari ini terutamanya pelajar perlu didedahkan dengan kepentingan Bahasa Kebangsaan ini. Mereka adalah pewaris kepada generasi terdahulu dan bakal pemimpin-pemimpin negara. Kegagalan memahami perkara ini boleh menjerumuskan negara kepada pelbagai masalah seperti hilang jati diri, perkembangan negara terbantut,kurangnya perpaduan kaum dan bahkan juga boleh mencetuskan konflik perkauman. Bangsa Melayu telah banyak bertolak ansur dengan bangsa-bangsa lain.Sebagai pertukaran kepada pemberian status kewarganegaraan, bangsa pendatang telah bersetuju untuk menerima kontrak sosial. Kegagalan menghormati kontrak sosial inilah yang telah mencetuskan beberapa siri rusuhan kaum dengan kemuncaknya adalah Tragedi 19 Mei 1969. Dengan memahami ketetapan perlembagaan ini, ia menjadi satu lambang penghormatan kaum lain terhadap kontrak sosial ini. Generasi muda wajar sekali diberi pendedahan terhadap isu-isu sebegini. Pepatah Melayu ada mengatakan “Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika hendak membentuk perpaduan yang lebih utuh antara pelbagai bangsa, ia wajar dilakukan dengan generasi muda dahulu.

4.0 KAEDAH MENANGANI ISU TERSEBUT DALAM MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK (AMIRUL)

6

5.0 KESIMPULAN (AMIRUL)

7

6.0 SENARAI RUJUKAN

Visvalingam, A

& Suraess,M. (2019). What Is Silambam? Malaysian Silambam

Association,Malaysia. Rajapalayam,I. (2019). Silambam. World Silambam Federation,India. Thambi, K.S. (2016). Effect of Sedikuchi silambam practice on selected Biomotor variables among college girls. International Journal of Research in Economics and Social Sciences, 292-296. Zachariah, P.(2016). Silambam: A moving meditation. Retrieve Jun 06,2021 from https://www.livemint.com/. Khera,S.(2019). Silambam-Indian Martial Arts: All you need to know. Retrieve Jun 06,2021 from https://www.chaseyoursport.com/. Munieswaran, K. (2019). Nillaikalakki Silambam: World Most Authentic Tamil Tactical Combat Martial Art. Retrieve Jun 06,2021 from https://silambam.co/index.html. 8

9...


Similar Free PDFs