Tugasan Refleksi Sukarelawan Khidmat Bakti PDF

Title Tugasan Refleksi Sukarelawan Khidmat Bakti
Course Kesukarelawan Khidmat Bakti
Institution Universiti Kebangsaan Malaysia
Pages 6
File Size 594.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 300
Total Views 768

Summary

LMCR1102: KESUKARELAWANAN & KHIDMAT BAKTIREFLEKSI KERJA SUKARELAWAN INDIVIDUNAMA : NOR AIMIE HAFIZAH BINTI NAZARUDDINNO. MATRIKS : AFAKULTI : FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGIKURSUS : STATISTIKPENSYARAH : PM DR FAZILAH IDRISDR WARDAH MUSTAFA DINIndividu yang saya menemubual ialah Sarah Binti Wahid yan...


Description

LMCR1102: KESUKARELAWANAN & KHIDMAT BAKTI

REFLEKSI KERJA SUKARELAWAN INDIVIDU

NAMA

:

NOR AIMIE HAFIZAH BINTI NAZARUDDIN

NO. MATRIKS

:

A182073

FAKULTI

:

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

KURSUS

:

STATISTIK

PENSYARAH

:

PM DR FAZILAH IDRIS DR WARDAH MUSTAFA DIN

Individu yang saya menemubual ialah Sarah Binti Wahid yang berumur 21 tahun. Sarah merupakan seorang pelajar universiti awam peringkat ijazah sarjana muda di Malaysia. Keluarga Sarah tiada latar belakang di dalam bidang sukarelawan melainkan Sarah yang telah aktif menglibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan semenjak tahun 2019 dan jika dikira, Sarah telah menglibatkan dirinya dalam bidang ini selama 3 tahun. Semenjak tahun 2019, Sarah telah banyak menyertai aktiviti sukarelawan dan semasa menemubualnya, Sarah berkongsi dengan saya salah satu daripada program yang dia sertai iaitu XPDC Qurban Perdana. Program ini telah dijalankan pada 11 hingga 12 Ogos 2019 di Kampung Jeram Kedah, Lenggeng, Negeri Sembilan. Program XPDC Qurban Perdana ini merupakan anjuran MyConcern Society. Matlamat program ini adalah untuk menyambut perayaan Aidiladha bersama penduduk orang asli dalam masa yang menyantuni masyarakat orang asli, menjalankan ibadah qurban sebanyak 4 ekor lembu bersama penduduk kampung, menjalankan aktiviti gotong royong seperti membersihkan kawasan tadika, balairaya dan sekitar kampung bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan bersih. Free Market, iaitu menghulurkan bantuan barang-barang keperluan kepada masyarakat orang asli seperti pakaian, alatan dapur dan juga kotak rezeki bagi membantu kehidupan seharian mereka. Selain itu, aktiviti wayang pacak turut dijalankan bagi berkongsi seni budaya masyarakat kepada warga orang asli dan aktiviti sukaneka turut dilaksanakan untuk menarik minat anak-anak orang asli disamping beramah mesra dengan mereka. Kebaikan dan kepentingan program tersebut kepada Sarah adalah,Sarah dapat mempelajari tugastugas berkaitan dengan sukarelawan lebih mendalam dimana Sarah sendiri terlibat secara langsung semasa pelaksanaan program tersebut. Ketika program tersebut berlangsung, Sarah merupakan ahli jawatankuasa dalam aktiviti sukaneka bersama anak-anak orang asli dan dari situ Sarah belajar bagaimana mahu mengendalikan aktiviti segmen Sarah tersebut daripada perancangan sehinggalah ke pelaksanaan dan Sarah berkata bahawa itu merupakan salah satu pengalaman yang sangat berharga baginya kerana aktivitinya berjalan dengan lancar. Selain itu, melalui program ini dapat menyedarkan diri Sarah tentang masyarakat orang asli dimana masih lagi masyarakat orang asli yang agak dipinggirkan terutamanya perkampungan orang asli yang terletak di luar bandar dan kawasan pendalaman. Sarah berkata bahawa, semasa menyertai program ini, itu merupakan kali pertama Sarah masuk ke dalam perkampungan orang asli dan berjumpa dengan mereka. Bagi Sarah, jika dia tidak menyertai program ini, mungkin dia tidak akan pernah memasuki perkampungan orang asli. Aktiviti ini telah memberikan banyak impak kepada diri Sarah antaranya Sarah lebih mengetahui tentang kesusahan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terpencil. Seterusnya, dapat mengenali dan mengetahui tentang budaya orang asli seperti aktiviti wayang pacak yang dijalankan, secara tidak langsung berlakunya pertukaran budaya antara masyarakat yang berlainan. Bagi impak program ini kepada masyarakat pula, dapat memupuk nilai kerjasama antara masyarakat terutamanya dalam masyarakat

yang berbilang kaum di Malaysia ini. Disamping itu, menambahkan lagi sifat saling hormat menghormati sesama kaum dan bangsa lain di negara kita. Menurut pandangan Sarah, penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada aktiviti tersebut adalah menambahkan lagi sukarelawan yang terlibat kerana masyarakat orang asli yang terlibat dalam program ini adalah ramai dan memerlukan banyak tenaga kerja. Refleksi saya terhadap program XPDC Qurban Perdana berdasarkan perkongsian Sarah adalah, program ini dapat mengeratkan hubungan sesama kaum dan juga masyarakat. Dengan melakukan program ini, hubungan antara masyarakat orang asli dengan para sukarelawan dapat dikukuhkan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kebolehan berkomunikasi kerana para sukarelawan yang terlibat dalam program ini mestilah berkomunikasi sesama mereka dan juga dengan masyarakat orang asli bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti. Selain itu, dapat memupuk sifat bekerjasama dalam kalangan diri sukarelawan kerana mereka perlu bekerjasama dalam pasukan mereka bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah ditugaskan kepada kumpulan mereka. Cadangan saya untuk penambahbaikan program tersebut adalah seperti Sarah dengan menambahkan bilangan sukarelawan yang terlibat dalam program ini supaya program dapat berjalan dengan lancar dan jika ada aktiviti yang mendapat sambutan yang ramai seperti aktiviti sukaneka kerana kanak-kanak orang asli mesti teruja dengan aktiviti sukaneka, mungkin para sukarelawan daripada bahagian aktiviti lain dapat membantu pasukan sukarelawan yang menguruskan sukaneka supaya dapat melayan kanak-kanak orang asli dengan lebih rapat.

Temu bual bersama Sarah melalui Whatsapp

Gambar semasa XPDC Qurban Perdana 1

Gambar semasa XPDC Qurban Perdana 2

Gambar semasa XPDC Qurban Perdana 3

Gambar semasa XPDC Qurban Perdana 4

Gambar semasa XPDC Qurban Perdana 5

Gambar semasa XPDC Qurban Perdana 6...


Similar Free PDFs