Tutorial Topik Peperiksaan Pertengahan PDF

Title Tutorial Topik Peperiksaan Pertengahan
Author Caren Jason
Course PRINSIP PERAKAUNAN
Institution Universiti Kebangsaan Malaysia
Pages 7
File Size 170.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 247
Total Views 704

Summary

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSANPUSAT PENGAJIAN PERAKAUNANEPPD1033 PRINSIP PERAKAUNANTUTORIALTOPIK: PENGENALAN, KONSEP ASAS DAN ETIKA DALAM PERAKAUNAN Perakaunan mengandungi TIGA aktiviti asas yang melibatkan maklumat dan/atau peristiwa ekonomi iaitu mengenalpasti, merekod dan menyampaikan maklu...


Description

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN TUTORIAL

TOPIK: PENGENALAN, KONSEP ASAS DAN ETIKA DALAM PERAKAUNAN 1. Perakaunan mengandungi TIGA aktiviti asas yang melibatkan maklumat dan/atau peristiwa ekonomi iaitu mengenalpasti, merekod dan menyampaikan maklumat dan/atau peristiwa ekonomi sesebuah organisasi kepada pihak berkepentingan. Merujuk kepada pernyataan di atas, bincangkan jawapan kepada persoalan berikut: i. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum direkod? ii. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu direkod terlebih dahulu sebelum disampaikan? iii. Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu disampaikan kepada pihak berkepentingan? 2. Prinsip Perakaunan DiTerima Umum (PPDTU) adalah merupakan sekumpulan piawai perakaunan yang dirujuk untuk penyediaan maklumat perakaunan. Biasanya penggunaan PPDTU menjadi rasmi dalam sesebuah Negara dengan wujudnya pihak berwajib seperti Suruhanjaya Sekuriti yang mewajibkan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk menggunakan piawai Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS) yang diterbitkan oleh Malaysian Accounting Standard Board (MASB). Bincangkan mengapa perkara berikut dicadangkan dalam PPDTU: i. ii. iii.

Prinsip pengukuran berdasarkan kos sejarah Prinsip pengukuran berdasarkan nilai saksama Andaian entiti ekonomi

3. Berikut adalah LIMA (5) tindakan yang melibatkan isu etika dalam penyediaan maklumat perakaunan. Nyatakan samada tindakan tersebut adalah beretika atau tidak dan mengapa ianya dilihat sebagai beretika atau tidak. i. Seorang Chief Financial Officer (CFO) meminta agar bil pemiutang syarikat diserahkan terus kepada beliau untuk diuruskan tanpa perlu melalui proses semakan Jabatan Kewangan (bahagian akaun belum bayar). ii. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian proses menerima tunai dan membuat resit untuk suatu aktiviti Pengubahsuaian Rumah pelanggan syarikat. iii. Seorang kerani kewangan menerima tunai pelanggan dan menyediakan resit penerimaan pada setiap hari. Pada petang setiap hari sebelum pejabat ditutup, kerani tersebut akan menyerahkan semua salinan resit untuk disemak dan tunai untuk disimpan oleh Akauntan syarikat. iv. Seorang juruaudit menyediakan laporan audit syarikat pelanggan tanpa membuat sebarang semakan terhadap dokumen bukti urusniaga syarikat pelanggan tersebut. v. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian semua urusan terimaan tunai dan bayaran bil syarikat tanpa sebarang semakan oleh Pengurus. Penyata kewangan syarikat akan disediakan pada akhir setiap bulan untuk diserah kepada Pengurus.

TOPIK: PENJURNALAN DAN PENGEPOSAN SOALAN 1 Addina Ezlia telah memulakan perniagaan mengambil tempahan menjahit tudung di bawah label Dina Mikail pada 1 Januari 2017. Urusniaga yang berlaku dalam bulan Januari adalah seperti berikut:

Jan 1 11 15

Jan 1 2

Tunai (i) 14,200 Jan 2 (iv) 2,150 17 (v) 1,000 25

(ii) 1,000 (vi) 450 (vii) 1,020

Jan

9

Akaun Belum Terima (iii) 1,000 Jan 15 (v) 1,000

Peralatan (i) 800 (ii) 2,550

Modal, Addina Ezlia Jan 1

Akaun Belum Bayar Jan 2 (ii) 1,550

Hasil Perkhidmatan Jan 9 11

Belanja sewa Jan 25 (vii) 1,020

Jan 17

Bekalan (vi) 450

(i) 15,000

(iii) 1,000 (iv) 2,150

Dikehendaki: a)

Perincikan urusniaga yang telah direkod di dalam lejar am Dina Mikail mengikut urutan (i) hingga (vii).

b)

Sediakan catatan jurnal berdasarkan pengeposan yang telah dibuat ke dalam lejar am Dina Mikail mengikut urutan (i) hingga (vii).

c)

Sediakan Imbangan Duga Dina Mikail pada 31 Jan 2017.

d)

Terangkan DUA (2) kesilapan yang tidak akan menjejaskan keseimbangan imbangan duga.

SOALAN 2 Puan Nazura telah memulakan perniagaan dobi pada 1 Januari 2019. Perniagaannya dinamakan sebagai Kedai Dobi Az-Zahra. Berikut adalah urusniaga yang telah berlaku dalam bulan pertama perniagaan: Januari 1

Puan Nazura telah mendepositkan RM150,000 ke akaun semasa di atas nama Kedai Dobi Az-Zahra dan RM 5,000 dipegang secara tunai.

2

Membeli 5 unit mesin basuh dengan harga RM5,500/unit, 3 unit mesin pengering dengan harga RM3,500/unit dan 1 unit mesin cucian kering pada harga RM21,000. Bayaran telah dibuat menerusi cek. Membayar RM1,050 menerusi cek bagi sewa kedai pada bulan Januari 2019. Membayar premium insuran RM2,500 bagi lindungan daripada kecurian dan kebakaran selama setahun. Pembayaran telah dibuat menerusi atas talian daripada akaun bank Kedai Dobi Az-Zahra. Mengambil 4 orang pekerja dan gaji akan dibayar pada setiap 25 haribulan setiap bulan. Gaji setiap pekerja adalah sebanyak RM800.

4

Puan Nazura telah membeli bekalan pejabat yang berjumlah RM560. Bayaran telah dibuat secara tunai.

5

Puan Nazura telah membayar wang tunai sebanyak RM300 untuk mengikuti kursus perniagaan dobi.

6

Membayar RM500 secara tunai kepada syarikat Master Studio bagi kos pengiklanan.

8

Membayar RM300 secara tunai kepada Encik Johari atas perkhidmatan beliau menghantar sebut harga ke hotel-hotel berdekatan.

12

Menerima RM550 tunai daripada Restoran Kebab Kid atas perkhidmatan mendobi.

15

Menandatangani kontrak perkhidmatan mendobi. Menerima tunai sebanyak perkhidmatan mendobi.

perjanjian

RM360

17

Menandatangani kontrak perkhidmatan mendobi.

perjanjian

18

Menerima cek sebanyak RM6,600 perkhidmatan mendobi.

dengan

Hotel

daripada

Mayra

dengan

Hotel

Riverside

bagi

Catering

atas

Parkland

bagi

daripada Hotel Riverside atas

Menerima secara tunai sebanyak RM890 daripada Lilea Catering atas perkhidmatan mendobi. 19

Menerima panggilan telefon daripada wakil Muara Resort berkenaan sebut harga perkhidmatan mendobi.

19

Menerima cek sebanyak RM8,500 daripada Hotel Parkland atas perkidmatan mendobi.

22

Mengeluarkan cek sebanyak RM10,000 untuk membayar hutang peribadi.

25

Membayar gaji pekerja secara tunai.

29

Membayar tunai sebanyak RM250 bagi bil telefon yang digunakan untuk urusan peribadi.

30

Membayar RM650 belanja utiliti bulan Januari.

31

Membeli 3 unit mesin seterika automatik berharga RM1,200/unit. Bayaran dibuat menerusi cek.

Dikehendaki: a) Jurnalkan urusniaga bulan Januari. b) Poskan catatan-catatan jurnal bagi urusniaga bulan Januari ke dalam akaun-akaun lejar yang berkenaan. c) Sediakan Imbangan Duga pada 31 Januari 2019.

TOPIK: PELARASAN DAN KITARAN LENGKAP SOALAN 1 Encik Ziman merupakan pemilik Brother Big Services yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan pemindahan barang. Berikut merupakan imbangan duga yang disediakan sendiri oleh Encik Ziman untuk tempoh perakaunan lengkap sehingga 31 Mac 2019. BROTHER BIG SERVICES Imbangan Duga Pada 31 Mac 2019 Dt. RM Tunai Perabot dan peralatan Kenderaan Bekalan Susutnilai terkumpul – kenderaan Susutnilai terkumpul – perabot dan peralatan Pinjaman Hasil perkhidmatan belum terperoleh Modal Ambilan Hasil Perkhidmatan Belanja insurans kenderaan Belanja am pejabat Belanja upah pekerja Belanja susut nilai – kenderaan Belanja susut nilai – perabot dan peralatan Belanja telefon Belanja pengangkutan Jumlah

Kt. RM

35,000 40,000 220,000 3,500 20,000 2,000 20,000 15,000 100,000 15,000 233,900 17,500 2,500 20,000 20,000 2,000 2,100 13,300 390,900

390,900

Setelah meneliti amaun yang terdapat di imbangan duga tersebut, Encik Ziman berasa ragu-ragu tentang perekodan dan urusniaga yang dilakukan sebelum ini. Setelah meneliti kembali dokumen-dokumen urusniaga yang ada, beberapa perkara menimbulkan keraguan kepada beliau. Beliau meminta anda untuk menyemak beberapa perkara seperti di bawah: i.

Perkhidmatan pemindahan barang berjumlah RM8,000 telah selesai diberikan kepada pelanggan pada 15 Mac 2019. Namun begitu, invois hanya dikeluarkan pada 3 April 2019.

ii.

Brother Big Services telah mengambil insurans untuk perlindungan semua pekerja bernilai RM24,000 bagi tempoh setahun bermula 1 Februari 2019. Namun begitu, urusniaga ini masih belum direkod.

iii.

Upah pekerja untuk kerja-kerja lebih masa bagi bulan Mac 2019 bernilai RM2,300. Upah ini akan dibayar bersama gaji bulan April.

iv.

Semakan yang dibuat mendapati 2/5 daripada hasil perkhidmatan belum terperoleh telah dilaksanakan dan boleh diiktiraf.

v.

Baki bekalan pada 31 Mac 2019 bernilai RM1,700.

vi.

Perabot dan peralatan dijangka dapat digunakan selama 20 tahun dan mempunyai nilai sisa sebanyak RM5,000. Namun begitu, nilai sisa ini tidak diambilkira dalam penyediaan imbangan duga di atas.

vii.

Sehingga 31 Mac 2019, sejumlah RM1,500 bil utiliti masih belum dibayar.

viii.

Pinjaman ditandatangani pada 1 Januari 2019 untuk tempoh sembilan bulan mempunyai nilai faedah 12%, dan belum diambilkira dalam penyediaan imbangan duga di atas.

Dikehendaki: a) Sediakan jurnal catatan pelarasan. Sila abaikan keterangan. b) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2019. c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2019. d) Sediakan catatan penutup yang berkaitan. e) Sediakan imbangan duga penamat pada 31 Mac 2019. SOALAN 2 Pelangi Pagi Enterprise telah beroperasi selama dua tahun. Maklumat berikut melibatkan tempoh perakaunan yang berakhir pada 31 Mac 2019: 1.

Peralatan pejabat telah diperolehi pada tahun pertama operasi dengan melibatkan kos berjumlah RM30,000. Peralatan tersebut dianggar mempunyai hayat ekonomi selama tujuh tahun dan amaun berjumlah RM2,000 dijangka boleh direalis dari pelupusan peralatan tersebut pada penghujung hayat ekonominya.

2.

Sepanjang tempoh perakaunan semasa, Pelangi Pagi Enterprise telah memperolehi bekalan berjumlah RM25,900. Pemeriksaan secara fizikal menunjukkan bahawa bekalan berkos RM1,800 masih belum digunakanpada 31 Mac 2019. Akaun bekalan mempunyai baki debit berjumlah RM2,400 pada 1 April 2018.

3.

Pada 20 Disember 2018, akaun Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh telah dikreditkan dengan amaun berjumlah RM8,800 yang telah diterima dari pelanggan untuk bayaran perkhidmatan bagi tempoh empat bulan bermula 1 Januari 2019. Akaun tersebut tidak mempunyai sebarang baki pada 1 April 2018.

4.

Pada 1 Februari 2019, Pelangi Pagi Enterprise telah menandatangani perjanjian sewa gudang dengan Storkita Sdn. Bhd. Pada tarikh tersebut Pelangi Pagi Enterprise telah membuat bayaran pendahuluan sewa untuk tempoh enam bulan. Tempoh sewaan bermula 1 Februari 2019 dengan kadar sewaan bulanan sebanyak RM1,600. Urusniaga ini telah didebitkan ke akaun aset.

Dikehendaki: a) b) c)

Sediakan catatan pelarasan yang diperlukan pada 31 Mac 2019. Bagi setiap urusniaga di atas nyatakan kesannya kepada kedudukan kewangan Pelangi Pagi Enterprise sekiranya pelarasan tidak dilakukan. Jelaskan kenapa catatan pelarasan tidak melibatkan peningkatan atau penurunan dalam akaun tunai....


Similar Free PDFs