12 TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH PDF

Title 12 TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
Author Kamilah Ismail
Pages 15
File Size 248.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 490
Total Views 861

Summary

NASIKH DAN MANSUKH TOPIK 8 TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH PENGENALAN Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai beberapa isu yang timbul berkaitan Nasikh dan Mansukh. Ia berkisar tentang:- (i) Pengenalan nasakh (ii) Pembahagian nasakh dalam perundangan Islam (iii) Hikmah dalam nasakh (i...


Description

NASIKH DAN MANSUKH

TOPIK 8

TOPIK 8

NASIKH DAN MANSUKH

PENGENALAN Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai beberapa isu yang timbul berkaitan Nasikh dan Mansukh. Ia berkisar tentang:(i)

Pengenalan nasakh

(ii)

Pembahagian nasakh dalam perundangan Islam

(iii)

Hikmah dalam nasakh

(iv)

Cara mengenali nasakh

(v)

Perkara-perkara yang dinasakhkan

(vi)

Pembahagian nasakh dari sudut tilawah dan hukum

(vii) Ayat-ayat yang masyur berkaitan nasikh mansukh

OBJEKTIF Beberapa objektif utama digariskan dalam topik ini ialah:-

112

1.

menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspek kajian;

2.

menjelaskan hikmah Nasikh dan Mansukh dalamal-Quran;

3.

mengenali bentuk-bentuk Nasikh dan Mansukh di dalamal-Quran;

4.

menghuraikan perkara-perkara yang dinasakhkan di dalamal-Quran serta pembahagiannya dari segi tilawah dan hukum; dan

5.

mengenal pasti beberapa potongan ayat al-Quran yang masyhur dalam perbincangan Nasikh dan mansukh.

OUM

TOPIK 8

NASIKH DAN MANSUKH

PETA MINDA

8.1

PENDAHULUAN

Nasikh dan Mansukh adalah antara ilmu yang penting amat perlu diketahui dalam memahami proses perundangan Islam. Ramai di kalangan umat Islam berselisih pandangan dalam bab ini. Meskipun begitu ia amat penting kerana dapat menyingkap pengalaman sejarah perundangan Islam. Dengan ini manusia dapat melihat hikmah Allah s.w.t. dalam mendidik makhluk dan seterusnya ujian kepada manusia. Yang jelasnya alQuran ini bukan datang dan dicipta oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ia adalah kitab yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana Allah s.w.t. Mengenali nasakh mansukh adalah perkara utama dalam memahami Islam, lebih-lebih lagi jika terdapat dalil-dalil yang bertentangan dan tidak dapat diselesaikan kecuali dengan memahami dan mengetahui dalil manakah yang diturunkan dahulu dan dalil manakah yang diturunkan kemudian.

OUM

113

NASIKH DAN MANSUKH

TOPIK 8

Ibn Abbas r.a. telah menafsirkan perkataan al-Hikmah dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah: 269:

OP+ OF Q! . ;R S@# ! Maksudnya: Barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah sesungguhnya ia telah dikurniakan kebaikan yang banyak. Al-Hikmah disini bermaksud mengenali nasakh, mansukh, muhkam mutasyabih, muqadim, muakhir, halal dan haram. Ali ibn Abi Talib pada satu ketika memasuki masjid dan menjumpai seorang lelaki sedang menakut-nakutkan orang ramai. Ali berkata: “Apakah ini”? Mereka menjawab: “lelaki ini memberi peringatan kepada orang ramai”. Ali berkata: “Dia bukan memberi peringatan kepada manusia tetapi berkata aku fulan anak si fulan maka kenalilah aku”. Ali menghantar utusan kepada lelaki tersebut untuk bertanya adakah ia tahu tentang nasikh mansukh. Lelaki itu menjawab; tidak. Ali r.a. berkata; “keluarlah kamu dari masjid kami dan jangan kamu memberi peringatan lagi”.

8.2

PENGENALAN NASAKH

Nasakh dalam bahasa arab paling sedikit mempunyai empat makna: Pertama: Menghilang sesuatu benda dan menghapusnya. Firman Allah s.w.t.:

6]3^35. -U ZU7U?E ,U. E5[?7 \5Y5 \73;39 5CU= BU= T,UJ3 53! V 6 7 U 3WUX?J5 U 3YX3 ? 5 33! _KU3` _KUX3 6-BX3! -U 9U3#N 6-BX 6KU ?I6# 7KE E5[?7 ,UYX6# 3 6-BX Maksudnya: Dan tidaklah kami mengutuskan sebelummu seorang rasul atau seorang nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya) maka syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya. Oleh itu Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh syaitan, kemudian Allah menetapkan ayatnya dengan kukuh. Kedua: Memindahkan sesuatu benda dan mengubahnya tetapi masih mengekalkan keadaannya. Al-Sajistani berkata: “Nasakh ialah merubah umpama merubah madu kepada benda lain”. Tidak ada contoh ayat-ayat al-Quran yang berisi kata nasakh yang bererti “pindah”. Seluruh al-Quran hanya terdapat 4 ayat yang memuatkan kata nasakh tetapi tidak ada yang bererti “pindah”. Ketiga: Menyalin atau mengutip (an-naqlu Min Kitabin Ila Kitab) ia bermaksud “menyalin dan mengutip tulisan dari satu buku ke buku yang lain” dengan tetap mempunyai persamaan antara salinan dengan yang disalin. Contohnya ayat 29 surah Jasiah yang bermaksud;

114

OUM

TOPIK 8

NASIKH DAN MANSUKH

“Inilah kitab (catatan) kami yang menuturkan kepada semua dengan benar, kerana sesungguhnya kami telah menyuruh mencatat (mengutip) apa yang tidak tuan kerjakan” Keempat : Bererti mengubah dan membatalkan sesuatu dan menempatkan sesuatu yang lain sebagai gantinya. Ia diertikan dengan mengubah sesuatu ketentuan atau hukum dengan cara membatalkan ketentuan hukum yang ada dan diganti dengan hukum yang baru. Contohnya ayat 106 surah al-Baqarah yang bermaksud; “Apa saja ayat yang kami nasakhkan atau kami jadikan manusia melupakannya, tentu kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang setanding dengannya. Tidaklah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu berkuasa atas segala sesuatu”. Daripada keempat-empat jenis erti Nasakh pada bahasa tersebut nyatalah hanya ada satu erti nasakh yang relevan dengan erti Nasakh menurut istilah.

Nasakh dalam istilah pula mempunyai beberapa pengertian dan tafsiran yang paling tepat ialah mengangkat hukum syarie dengan dalil syarie.



Mengangkat dalil syarie bermaksud memutuskan dalil tersebut dari diamal oleh mukallaf.



Hukum syarie bermaksud kata-kata Allah yang berkaitan perbuatan mukallaf samada arahan melakukan, arahan melarang atau berbentuk pilihan.



Dalil syarie ialah wahyu Allah s.w.t. samada dibaca atau tidak dibaca dan ia meliputi al-kitab dan al-sunnah.

Kesimpulannya, dalam memutuskan nasakh mestilah terdapat empat perkara berikut:(i)

Mansukh mestilah daripada hukum syarie

(ii)

Dalil yang mengangkat hukum syarie adalah dari dalil syarie

(iii)

Dalil yang mengangkat hukum syarie diturunkan kemudian dari dalil yang pertama dan tidak bersambung dengan dalil tersebut

(iv)

Kedua dalil tersebut mempunyai pertentangan yang hakiki

OUM

115

NASIKH DAN MANSUKH

8.3

TOPIK 8

PEMBAHAGIAN NASAKH DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Nasakh dalam perundangan Islam terbahagi kepada empat bahagian:1.

Nasakh al-Quran dengan al-Quran

Dalam bahagian ini seluruh Ulama bersetuju bahawa ia berlaku dan terdapat kerana berdalilkan ayat-ayat al-Quran adalah setara dan berada pada tahap yang sama dan wajib beramal dengan tuntutannya. Bahagian ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu nasakh tilawah dan hukum, yang kedua nasakh hukum tidak tilawah dan yang terakhir nasakh tilawah tidak hukum. 2.

Nasakh al-Quran dengan Sunnah

Dalam bahagian kedua ini, Ulama berselisih pendapat dengan sebahagiannya bersetuju ia berlaku dan sebahagian yang lain mengatakan tidak bersetuju. Ulama yang mengatakan ia wujud dalam al-Quran ialah Imam Malik, Ashab Abi Hanifah, Juhur Mutakalimin, dikalangan Asyairah dan muktazilah, mereka berhujah bahawa nasakh al-Quran dengan sunnah adalah tidak mustahil kerana sunnah juga wahyu Allah Swt. Sebagaimana firman (Surah al-Najm: 3-4):

{4}

\3` 6# _,?`3! B;53)YX> 5 E3> >g>?J3 \5X3 55?EdY 573 f>1B 3e3 3J39

Maksudnya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. Dalam ayat ini memberi maksud bahawa Rasululah Saw adalah pemberi amaran kepada sekalian alam. Tetapi ia tidak menafikan bahawa Rasulullah juga pemberi khabaran gembira untuk alam semesta. 3.

Nasakh Sunnah dengan al-Quran

Bahagian yang ketiga ini dibahas Ulama dan sebahagian mereka berpendapat ia wujud dan sebahagian lagi mengatakan ia tidak berlaku. Kekhilafan Ulama dalam bahagian ini sama dengan bahagian kedua yang lalu. Meskipun begitu suara yang berpendapat ia tidak berlaku tenggelam dan hujah mereka disangkal. Sementara itu pendapat yang menyokong ia wujud tidak dikuatkan dengan dalil. Dengan sebab itu, kita mendapati bahawa Ulama yang menyokong adalah terdiri daripada Junhur Fuqaha, mutakallimin. Manakala Ulama yang menafikan ia wujud ialah al-Syafei dalam pendapatnya dan sebilangan kecil sahabatsahabatnya. Dalil yang menunjukkan nasakh Sunnah dengan al-Quran wujud ialah menghadap Baitulmaqdis dalam sembahyang. Perkara ini tidak diketahui kecuali daripada sunnah dan ia telah dinasakh denga Firman Allah Swt (al-Baqarah: 144):

OUM

117

NASIKH DAN MANSUKH

TOPIK 8

> W 3 73D 3 6X5.5 l3;^ 7  ,>. 3WY Y 69?!E 3 #>1B B=.3t 4a3IY Maksudnya: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Ka’bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Ka’bah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. Dalil kedua ialah makan, minum dan berhubungan dengan isteri adalah haram pada malam di bulan Ramadhan kepada yang berpuasa, semuanya ini telah dinasakh dengan Firman Allah Swt (Surah al-Baqarah: 187):

-6 qX 3K>X3 7 06 B _$3J> ?K6Z53! ?KEB _$3J> 7 c6 ?KE>vA3^ >/3 ? |~ >y?3wY 3 > 6z3?'~|  Ey?3wY 6KE5 3 73J3Z3# \7Z3` Y 6'3?o3! Y EXE+3! ?KE5 6-qX 3i3Z5+ L  Y 4;>95 7KE 9 >. 5 Ed>+3 ?K6Z53! 7 c6 !6o> 3J69 53! 93#N 6-qX 6 LJ36# 3W>515+ 3c 6'3 Y93 55. >-qX 6/!66`

Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di dalam masjid. Itulah batasbatas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

118

OUM

TOPIK 8

NASIKH DAN MANSUKH

Pendapat yang mengatakan ia tidak wujud berdalil dengan Firman Allah Swt (al-Nahl: 44):

?K60BX)3 5!3 ?KX?t3# …†3 qX > YC„ ?5=< f>1B -3 BX  E793! b3 Y7Z3! L 4a3IYX5 6-7.3t3 YX> E7‡ > 3 Y G?3F 3e339  7Z6;Y \5X3 “3` >’!6?)3;Y. 3 YX3)5. 3;>. ?KE?5X3 3˜36k 55. 7 60X5k3 5 Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada

OUM

125

NASIKH DAN MANSUKH

TOPIK 8

salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syara’). Ayat Kelima : Surah al-Imran 102:

>->9569 7a3` 3-Xq Y E79 Y 63N 3 #>1B 304#5 3# Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa... Al-Sayuti berkata tidak ada ayat dalam al-Quran yang paling sahih tentang nasakh melainkan ayat ini. Ada yang mengatakan mansukh dengan Firman Allah Swt dalam surah al-Taghabun: 16:

..?K6Z?)5[3Z?  3 3-BX  E795. Maksudnya: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu;

UJIAN 1 Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit 1.

Jelaskan pengertian Nasakh dari sudut bahasa dan istilah.

2.

Apakah berlaku Nasakh al-Quran dengan As-Sunnah. Jelaskannya beserta dalil dan contoh yang bersesuian. .

UJIAN 2 Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit 1.

Terangkan hikmah-hikmah yang diperolehi oleh pengkaji al-Quran yang mendalami topik Nasakh dan Mansukh.

2.

Imam Jalaludin Suyuti menyenaraikan ayat-ayat tertentu yang berkaitan dengan Nasakh dan Mansukh. Nyatakan dengan huraian yang lengkap lima daripada ayatayat tersebut.

3.

Banyak rencana dalam majalah di Malaysia yang mendedahkan perkara-perkara luar biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Pada pandangan anda adakah pendedahan ini akan membantu kita mendalami perkara-perkara samiyyat khususnya mukjizat seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.

126

OUM...


Similar Free PDFs