Week 10 Assessment HBU 121 Terangkan Sejarah Sarawak dan Pembentukan Malaysia PDF

Title Week 10 Assessment HBU 121 Terangkan Sejarah Sarawak dan Pembentukan Malaysia
Author Tasha Peter
Course National Kesatria
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 3
File Size 229.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 370
Total Views 494

Summary

Week 10 Assessment1) Terangkan sejarah Sarawak dan Pembentukan Malaysia beberapa gambar yang berkaitanSejarah Sarawak Asal nama Sarawak sebernarnya tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:- - Nama Sarawak berasal daripada nama S...


Description

Week 10 Assessment

1) Terangkan sejarah Sarawak dan Pembentukan Malaysia.Sertakan beberapa gambar yang berkaitan

Sejarah Sarawak Asal nama Sarawak sebernarnya tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:•

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.



Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Mengenai Sarawak

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi

Negeri Sarawak dikenal idengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak merupakan satu daripada dua merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting. Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimatan, Indonesia di sebelah timur.

Lebih dari 150 tahun lalu, Sarawak merupakan sebahagian daripada Wilayah Kesultanan Brunei. Disebabkan Sarawak kaya dengan dengan sumber alam ini menyebabkan James Brooke berusaha menguasai Sarawak. Hasratnya tercapai setelah beliau berjaya mengatsai kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak dari tahun 1841 hingga 1941. Keluarga Brooke yang pernah memerintah Sarawak James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.

Sejarah Pembentukan Malaysia Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendid ikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak. Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu....


Similar Free PDFs