21st Century classroom DOCX

Title 21st Century classroom
Author Hariana Ahong
Pages 5
File Size 25.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 227
Total Views 370

Summary

1.0 BIDANG PENYELIDIKAN Pengurusan Pendidikan 2.0 TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN Keberhasilan Pelaksanaan Bilik Darjah Abad Ke-21 di Sekolah Rendah Kawasan PLC Menggatal 3.0 RINGKASAN SOROTON LITERATURE / LATAR BELAKANG KAJIAN Bilik Darjah Abad Ke-21 bermaksud bilik darjah yang membolehkan murid-murid ...


Description

1.0 BIDANG PENYELIDIKAN Pengurusan Pendidikan 2.0 TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN Keberhasilan Pelaksanaan Bilik Darjah Abad Ke-21 di Sekolah Rendah Kawasan PLC Menggatal 3.0 RINGKASAN SOROTON LITERATURE / LATAR BELAKANG KAJIAN Bilik Darjah Abad Ke-21 bermaksud bilik darjah yang membolehkan murid-murid menguasai setiap matapelajaran dengan lebih baik dimana guru bertindak sebagai fasilitator. Bilik Darjah Abad Ke-21 akan mewujudkan murid-murid yang menguasai kemahiran- kemahiran abad ke-21 merentas kurikulum yang mengaitkan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada murid-murid, kurikulum berasaskan projek dan banyak lagi. Kurikulum berasakan projek ini menggunakan tujuh kemahiran hidup yang diperkenalkan oleh Tony Wagner dalam bukunya, The Global Achievement Gap. Menurut Dr. Douglas Kellner, revolusi teknologi memberikan impak yang besar kepada masyarakat dari peralihan lisan kepada budaya cetak. 1 Bilik Darjab Abad Ke-21 mempunyai 10 ciri-ciri penting seperti yang berikut: i. Berpusatkan Murid - Murid berperanan penting dalam kelas dan guru sebagai pembimbing.Selain itu minat murid menjadi keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru akan memberikan topik pembelajaran dan murid yang akan mencari maklumat mengenai topik yang diberi secara berkumpulan. ii. Penggunaan Komputer - Dalam kita menuju era teknologi, komputer sangat bermanfaat kepada sistem pembelajaran di sekolah terutama sekali dalam mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. Selain itu penggunaan komputer di sekolah akan lebih menarik minat murid untuk belajar. Pendedahan komputer dalam kalangan murid juga akan membantu mereka menjadi celik teknologi. iii. Pembelajaran Aktif - Penglibatan murid lebih aktif dalam aktiviti berkumpulan atau kolaboratif amat ditekankan dalam Bilik Darjah Abad Ke-21. Kerja berkumpulan akan memmbolehkan murid memberikan idea masing-masing dan ini seterusnya murid dapt berfikir secara kritis. Secara tidak langsung melahirkan generasi yang suka berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. iv. Pembelajaran Kendiri - Bilik Darjah Abad Ke-21 berfungsi untuk semua tahap murid. Ini bermaksud dalam Bilik Darjah Abad Ke-21 banyak disediakan bahan-bahan alat bantu mengajar atau sudut-sudut yang penting untuk membantu murid belajar sendiri seperti sudut bacaan dan sebagainya. v. Persekitaran yang Kondusif - Menurut Marland (1975) suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan 'kawan' atau 'musuh' dalam pembelajaran. Oleh itu, bilik darjah yang kondusif sangat penting untuk menggalakkan atau menghalang proses pembelajaran....


Similar Free PDFs