Amerika Syarikat kuasa tunggal hegemoni PDF

Title Amerika Syarikat kuasa tunggal hegemoni
Author Fadhil Nazrin
Pages 14
File Size 262.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 401
Total Views 892

Summary

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI 1.0 PENGENALAN Hegemoni secara literalnya berasal daripada perkataan Greek iaitu hegemon yang bermaksud “chieftain” iaitu ketua bagi sesuatu kaum atau kumpulan. Wala...


Description

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI 1.0

PENGENALAN

Hegemoni secara literalnya berasal daripada perkataan Greek iaitu hegemon yang bermaksud “chieftain” iaitu ketua bagi sesuatu kaum atau kumpulan. Walaubagaimanapun, hegemoni didefinisikan dalam kepelbagaian perspektif daripada pandangan atau kaca mata para sarjana.1 Fahaman liberalisme pula mendefinisikan hegemoni sebagai penguasaan daripada aspek ekonomi, struktur kepimpinan antarabangsa, politik, ketenteraan dan persenjataan. Aliran marxisme mentakrifkan hegemoni sebagai sebuah negara bangsa yang berkuasa dan unggul dimana ia wujud dalam sebuah sistem hubungan antarabangsa yang tidak stabil. Kewujudan ketidakstabilan ini merupakan impak negatif daripada persaingan sengit kuasa-kuasa besar dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan sebagainya dalam mengusai dan mentadbir sistem dunia. Realisme pula mendifinisikan hegemoni sebagai kuasa yang dominan dalam sebuah sistem hubungan antarabangsa dimana kuasanya dan kemampuannya tidak dapat ditandingi dan disaingi oleh negara-negara lain daripada segi ketenteraan, industri persenjataan dan ekonomi.2 Sejarah memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa hegemoni dunia lantaran daripada tercetusnya Perang Dunia Pertama dimana kuasa-kuasa besar lain menanggung hutang yang banyak impak daripada Perang Dunia Pertama yang menyaksikan Amerika Syarikat menjadi sebuah kuasa tunggal yang kukuh ekonominya. Walaubagaimanapun, Amerika Syarikat gagal menjadi sebuah kuasa hegemoni yang gah walaupun memiliki kewangan dan ketenteraan yang kuat dan mencukupi. Realiti ini terjadi kerana dasar ekonomi tertutup yang diamalkan oleh negara-negara Eropah lain bagi menjaga kestabilan ekonomi masing-masing yang mengakibatkan Amerika Syarikat gagal memonopoli ekonomi dunia kerana peratusan eksport barangan dagangannya terhad dan rendah. Persoalannya, sejauhmanakah Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa hegemoni dunia dapat membentuk dan menjana kestabilan dan kelicinan pentadbiran dunia? Amerika Syarikat muncul sebagai suatu kuasa terkuat selepas Perang Dunia Pertama, namun kepincangan masih berlaku di arena antarabangsa yang menyaksikan kuasa hegemoni dunia masih gagal diaplikasikan olehnya. Penguasaan ekonomi, dan kekuatan ketenteraan masih 1

Asmady Idris, Amerika Syarikat Satu Kuasa Hegemoni Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000, hlm. 10. 2 Ibid., hlm. 11-13.

1

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI gagal menjamin Amerika Syarikat memonopoli seluruh dunia dan menjadi pemerintah agung yang mentadbir dunia selepas Perang Dunia Pertama. 2.0

ASAL USUL NEGARA AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat merupakan sebuah persekutuan republik yang terdiri daripada 50 buah negeri dan satu daerah persekutuan.3 48 negeri berhampiran dan daerah persekutuan Washington, DC terletak di pusat bandar Amerika Utara antara Kanada dan Mexico. Keluasan sebanyak 3.79 juta batu persegi dan dengan kira-kira 315 juta orang penduduk menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah kawasan. Amerika Syarikat adalah salah satu negara yang memiliki jumlah etnik dan budaya terbanyak di dunia berikutan hasil daripada imigrasi besar-besaran dari pelbagai negara.4 Imigrasi di Amerika Syarikat berlaku sejak Zaman Paleolitik lagi dimana Paleo-Indians yang berhijrah dari Asia kini menetap di tanah besar Amerika kira-kira 15,000 tahun yang lalu. Selepas tahun 1500-an, penyakit “old world” diperkenalkan oleh orang Eropah dimana penyakit ini telah mengurangkan jumlah penduduk mereka. Penjajahan Eropah bermula di sekitar tahun 1600-an dan kebanyakannya datang dari England. Amerika Syarikat muncul dari jajahan British thirteen dan terletak di sepanjang pesisir Atlantik. Pertikaian antara Great Britain dan negara-negara jajahan Amerika membawa kepada Revolusi Amerika. Pada 4 Julai 1776, wakil-wakil dari negara-negara jajahan “thirteen” sebulat suara mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan yang ditubuhkan di Amerika Syarikat. Perang Revolusi Amerika, yang berakhir dengan pengiktirafan kemerdekaan Amerika Syarikat dari Kerajaan Great Britain merupakan peperangan pertama yang berjaya mencapai kemerdekaan terhadap empayar penjajah Eropah.5 Perlembagaan semasa telah diterima pada 17 September 1787. 27 Pindaan telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan. Sepuluh pindaan yang pertama, secara kolektif dinamakan Rang Undang-Undang Hak Asasi pada tahun 1791 dan menjamin hak-hak sivil asas dan kebebasan.6

3

William Safire, The New York Times Guide to Essential Knowledge, Second Edition: A Desk Reference For The Curious Mind, United States: St. Martin's Press, 2007, hlm. 632. 4 J.Q Adams and Pearlie Strother Adams, Dealing With Diversity, Chicago: Kendall Publication, 2001, hlm. 1-100. 5 Jack P. Greene and J.R. Pole, A Companion To The American Revolution, United Kingdom: Blackwell Publisher, 6

2008, hlm. 352–361. Thomas Bender, A Nation Among Nations: America's Place In World History, United States: New York Hills and Wang, 2006, hlm. 61.

2

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI Kemudian, Amerika Syarikat mula mengembangkan pengaruh yang kuat di seluruh Amerika Utara sepanjang abad ke-19.7 Perleluasan pengaruh ini turut melibatkan suku kaum asli untuk memperoleh wilayah baru, dan secara beransur-ansur mengakui kemunculan negeri-negeri yang baru. Pada akhir abad ke-19, Amerika Syarikat diperluaskan sehingga ke kawasan Lautan Pasifik.8 Amerika Syarikat muncul dalam Perang Dunia Kedua sebagai sebuah kuasa besar global dan merupakan negara pertama dengan senjata nuklear, dan merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Berakhirnya Perang Dingin dan pembubaran Kesatuan Soviet meletakkan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar tunggal atau dalam erti kata lain ialah kuasa hegemoni dunia.

3.0

PENGARUH HEGEMONI

3.1

Aspek Politik

Menerusi arena politik, Amerika Syarikat gah sebagai sebuah kuasa hegemoni yang kukuh bermula daripada tahun 1745 yang menyaksikan Perancis tewas di tangan Amerika Syarikat dalam perang yang dinamakan “The Great War” dimana motif dan fokus utama kedua-dua buah negara ialah memperluaskan kuasa menerusi ideologi imperialisme dan kolonialisme. Pada era imperialisme dan kolonialisme tercetus, ketenteraan Amerika Syarikat terbukti kukuh dan stabil setelah menewaskan Great Britain yang pada masa itu merupakan kuasa terkuat dunia di “New Orlean”’ pada tahun 1814. Dasar perleluasan kuasa Amerika Syarikat telah membawa kepada perleluasan tanah pemerintahan diseluruh dunia. Pentadbiran Amerika Syarikat dilihat amat kukuh dan gagal disaingi kuasa besar lain. Menerusi Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menamatkan Perang Dunia Kedua. Empayar Jepun berhasrat untuk menguasai Asia Timur dan telah berperang dengan Republik China pada tahun 1937, tetapi perang dunia secara umumnya dikatakan telah bermula pada 1 September 1939 dengan serangan Jerman ke atas Poland seterusnya membawa kepada pengisytiharan perang ke atas Jerman oleh Perancis dan Britain.9 Pada akhir tahun 1939 hingga awal 1941, dalam satu siri kempen dan

7

Rodney P Carlisle and J. Geoffrey Golson, Manifest Destiny And The Expansion of America, Turning Points In History Series, United States: Santa Barbara Calif ABC-CLIO, 2007, hlm. 238. 8 Donald D. White, The Frontiers, United States: New York Times, 1996, hlm. 8. 9 David P.Barrett and Lawrence N.Shyu, China In The Anti-Japanese War 1937-1945, United States: New York

3

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI perjanjian, Jerman membentuk pakatan Axis dengan Itali, menakluk atau membantutkan banyak negara di benua Eropah. Berikutan Pakatan Molotov-Ribbentrop, Jerman dan Soviet Union dibahagikan dan wilayah yang dilampirkan antara mereka dan negara-negara jiran mereka di Eropah, termasuk Poland.10 United Kingdom dan anggota Komanwel British yang lain adalah satu-satunya Pasukan Berikat utama berterusan memerangi Axis, dengan pertempuran yang berlaku di Afrika Utara. Pada Jun 1941, Axis Eropah melancarkan serangan ke atas Kesatuan Soviet, memberikan permulaan kepada tanah teater terbesar dalam sejarah perang. Pada Disember 1941, Jepun menyertai Paksi, menyerang Amerika Syarikat dan wilayah Eropah di Lautan Pasifik, dan lantas menakluki banyak Pasifik Barat. Kemajuan Axis dihentikan pada tahun 1942 selepas Jepun mengalami kekalahan dalam siri peperangan tentera laut dan tentera Axis Eropah telah dikalahkan di Afrika Utara di Stalingrad. Pada tahun 1943, kekalahan Jerman di Eropah Timur, pencerobohan Bersekutu di Itali yang membawa kepada penyerahan negara, dan kemenangan Amerika di Pasifik, Axis kehilangan inisiatif dan melaksanakan pengunduran strategik dalam semua bidang. Pada tahun 1944, Pihak Berikat Barat menyerang Perancis, manakala Kesatuan Soviet mengembalikan semua kerugian wilayah dan menyerang Jerman dan sekutusekutunya. Pada 1944 dan 1945, Amerika Syarikat mengalahkan Tentera Laut Jepun dan menawan Pulau Pasifik Barat utama. Kekuatan Amerika Syarikat dalam arena ketenteraan amat memberangsangkan dan pihaknya boleh dilabel sebagai sebuah kuasa hegemoni dunia menerusi keperkasaan ketenteraannya dalam siri Peperangan Dunia Kedua. Perang Dunia Kedua mengubah jajaran politik dan struktur sosial dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan untuk memupuk kerjasama antarabangsa dan mengelakkan konflik masa depan. Kuasa-kuasa besar yang telah yang menang dalam perang dunia kedua seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China, United Kingdom, dan Perancis telah menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.11 Soviet Union dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa-kuasa besar saingan lalu menetapkan peringkat untuk perang dingin yang berlangsung selama 46 tahun akan datang. Sementara itu, pengaruh kuasa-kuasa besar Eropah mula menurun, manakala dekolonisasi di Asia dan Afrika bermula. Kebanyakan negara-negara yang industrinya telah musnah bergerak ke arah pemulihan Lang, 2001, hlm. 6. Donald Sommerville, The Complete Illustrated Of World War II, London: Lorenz, 2008, hlm. 5. 11 Routledge, General Assembly Of The United Nations–Rules of Procedure UN Department For General Assembly, United Kingdom: TJ International Ltd, 2006, hlm. 150. 10

4

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI ekonomi. Integrasi politik terutama di Eropah, muncul sebagai satu usaha untuk menstabilkan hubungan perang dan berjuang dengan lebih berkesan dalam Perang Dingin. Walaubagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua terutamanya pada tahun 1990an, Amerika syarikat secara realitinya lebih menumpukan campur tangan politik dan perleluasan kuasa menerusi organisasi dan pertubuhan antarabangsa semata-mata. Contohnya, melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Amerika Syarikat juga turut menggunakan kuasanya menerusi serangan “Desert Fox” yang melibatkan kerjasama Amerika Syarikat dengan Britain yang menyerang Iraq pada bulan Disember 1998. Selain itu, Amerika Syarikat juga mengamalkan dasar campur tangan dalam politik di Timur Tengah. Presiden Henry Truman telah menjadi pemimpin dunia pertama yang mengiktiraf kewujudan kerajaan Israel pada tahun 1948 dimana ia mencetuskan kemarahan penduduk islam diseluruh dunia.12 Walaubagaimanapun, sebagai sebuah kuasa hegemoni dunia, Amerika Syarikat mampu merealitikannya sehingga Israel mampu bertapak kukuh pada hari ini. Kekuatan Amerika daripada segi ketenteraan mampu merealisasikan dasar pemerintahannya di seluruh dunia. Kestabilan yang dicipta oleh Amerika Syarikat dilihat mendekati aliran realisme yang mengamalkan dasar kuasa ketenteraan dimana konsep

“Balance of Power” telah digunakan. Amerika Syarikat telah menjadi “Power” yang mengawal pertumbuhan kuasa negara-negara lain.13 Kestabilan dan kelicinan pemerintahan Amerika Syarikat di peringkat global dilihat menggunakan pendekatan kekerasan dan ketenteraan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa faktor ekonomi yang kukuh membantu melicinkan dan mengukuhkan penguasaan Amerika Syarikat di pentas dunia. Campur tangan politik Amerika Syarikat dilihat berlaku secara aktif pada zaman presiden Henry Truman dan Bush yang menggunakan pendekatan realisme bagi merealisasikan penguasaannya.

3.2

12 13

Aspek Ekonomi

Haim Ben-Asher, A Zionist Illustration, United Kingdom: Troubador Publishing, 2010, hlm. 100-150. Charles W.Kegley and Jr. Wittkopf, Fc Pkg-World Politics, United Kingdom: Wadsworth Publishing Company, 2005, hlm. 503.

5

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI Perang Dunia Kedua adalah perang global yang berlangsung di antara tahun 1939 hingga 1945. Ia melibatkan majoriti negara-negara di dunia termasuk semua negara kuasa besar yang akhirnya membentuk dua pakatan tentera iaitu Pihak Berikat dan Pihak Paksi. Perang ini adalah peperangan yang paling meluas dalam sejarah, dengan lebih daripada 100 juta orang yang berkhidmat di unit-unit tentera dari 30 negara yang berbeza. Dalam keadaan sedemikian, setiap negara utama meletakkan keupayaan ekonomi, industri, dan saintifik. Keseluruhan mereka di perkhidmatan daripada usaha perang dan memadamkan perbezaan di antara sumber-sumber awam dan tentera. Peperangan ini mengakibatkan kematian orang awam secara besar-besaran, termasuk Holocaust dan satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan. Ia telah mengakibatkan 50 juta kepada lebih 75 juta kematian. Kematian ini menyebabkan Perang Dunia Kedua merupakan konflik yang paling dahsyat dalam sejarah manusia.14 Walaubagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua berakhir, revolusi ekonomi antarabangsa telah tercetus. Menerusi aspek kewangan, pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) Amerika Syarikat merekodkan peningkatan daripada segi jumlah pendapatan negara. Pada tahun 1939, Keluaran Negara Kasar Amerika Syarikat ialah sebanyak $88.6 billion dollar, manakala pada tahun 1945 Keluaran Negara Kasar meningkat kepada $135 billion dollar dimana ia membuktikan kestabilan Amerika Syarikat sebagai kuasa hegemoni dunia semakin berjaya. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Amerika Syarikat memiliki dua pertiga simpanan emas dunia iaitu sebanyak $220 billion dollar. Penguasaan Amerika Syarikat menerusi aspek kewangan telah membawa kepada penubuhan Bank Dunia dimana Amerika Syarikat mengetuai negara-negara daripada seluruh dunia menubuhkannya bagi menjaga kestabilan kewangan dunia yang berada diambang kehancuran selepas Perang Dunia Pertama.15 Amerika Syarikat juga memperlihatkan keagungan kuasa hegemoninya menerusi penjanaan

dan

pemstrukturan

semula

sistem

ekonomi

antarabangsa

dengan

mengimplementasikan “The Marshall Plan” dimana program ini dilaksanakan oleh presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Henry Truman. Menerusi program ini, pengenalan pembaikpulih ekonomi bersyarat telah ditawarkan kepada negara-negara lain. Pelaksanaan

14 15

Donald Sommerville, The Complete Illustrated Of World War II, London: Lorenz, 2008, hlm. 5. Asmady Idris, Amerika Syarikat Satu Kuasa Hegemoni Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000, hlm. 17.

6

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI ini hakikatnya bertujuan untuk menguasai ekonomi dunia dan mengawal negara-negara diseluruh dunia daripada terpengaruh dengan ideologi komunisme yang disebarkan oleh Soviet Union. Disamping itu, Amerika Syarikat juga mengenakan syarat pembangunan ekonomi bersama dimana negara yang menerima pinjaman kewangan daripada Amerika Syarikat wajib bekerjasama dengannya dalam pengimplementasian semua program pembangunan ekonomi yang realitinya dapat dilihat bahawa suntikan elemen campur tangan ekonomi telah diaplikasikan.16 Perjanjian “Bretton Woods” antara Great Britain dengan Amerika Syarikat pada disember 1945 telah membawa kepada penukaran separuh mata wang sterling kepada dollar bagi melunaskan hutang Great Britain kepada Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Pertama. Realitinya, “The Marshall’s Plan” bukanlah sebuah pelaksanaan yang negatif kerana pengimplementasian program ini berjaya memulihkan semula prestasi ekonomi negara-negara Eropah barat terutamanya Great Britain, Italy dan Perancis. Program ini dilihat mampu melicinkan penguasaan Amerika Syarikat daripada aspek ekonomi dimana ia mampu menjana kestabilan ekonomi dunia.17

3.3

Aspek Sosial

Dalam sains sosial, kuasa adalah keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku manusia. Pihak berkuasa adalah istilah yang sering digunakan untuk memanifestasikan kuasa dan memperlihatkan ia sebagai suatu struktur sosial yang sah. Kuasa boleh dilihat sebagai elemen jahat atau tidak adil. Walaubagaimanapun, menjalankan kuasa diterima sebagai endemik kepada manusia sebagai makhluk sosial. Dalam persekitaran korporat, kuasa sering dinyatakan

sebagai

golongan

atasan

atau bawahan.

Contohnya,

apabila syarikat

mengenakan kuasa ke atas orang bawahan, ia boleh dikatakan golongan bawahan dipengaruhi keputusan pemimpin. Banyak perdebatan sosiologi baru-baru ini memperdebatkan mengenai kuasa. Perbincangan mengenai komprehensif kuasa telah ditulis didalam karya daripada Steven

16

Alexander De Conde, Encyclopedia Of American Foreign Policy, Volume 1, United States: Scribner, 2002, hlm. 95. 17 Kathrin C. Hagele, The Bretton Wood System Of A Fixed Exchange Rate-Theotrical Background And Its Development, Jerman: Munchen GRIN Verlag, 2010, hlm. 8-10.

7

MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA TUNGGAL HEGEMONI Lukes iaitu “A Radical View” di mana beliau membincangkan tiga dimensi kuasa. Oleh itu, kuasa bukan sahaja boleh dilihat sebagai pelbagai bentuk kekangan ke atas tindakan manusia, tetapi juga sebagai faktor yang mempengaruhi tindakan manusia walaupun dalam skop yang terhad. Banyak perdebatan berkaitan dengan karya-karya ahli falsafah Perancis seperti Michel Foucault (1926-1984) yang dipengaruhi ahli falsafah politik Itali iaitu Niccolo Machiavelli (1469-1527) dimana beliau melihat kuasa sebagai keadaan strategik kompleks dalam persekitaran sosial masyarakat.18 Menerusi aspek sosial, Amerika Syarikat banyak mempegaruhi struktur sosial masyarakat di dalam sesebuah negara. Menerusi perleluasan kuasa, Amerika Syarikat telah mempengaruhi corak sosial masyarakat negara lain menerusi aspek pemakaian, gaya hidup, gaya pemakanan, dan sebagainya. Dasar imperialisme Amerika Syarikat telah mendorong kepada penyebaran corak sosial Amerika Syarikat kedalam komuniti lain. Menerusi aspek pemakaian dan gaya hidup, Amerika Syarikat telah menggunakan populariti dunia hiburannya bagi menyebarkan gaya hidup barat ala Amerika dimana penggunaan medianya yang luas telah mempengaruhi generasi muda untuk dipengaruhi oleh gaya hidup dan pemakaian mereka. Selain itu, menerusi peperangan Amerika Syarikat dapat menyebarkan gaya hidup sosial mereka ke tanah jajahan mereka dimana penubuhan kelab malam, kedai arak dan sebagainya telah mempengaruhi masyarakat setempat. Selain itu, kuasa hegemoni Amerika Syarikat jelas digunakan menerusi isu di Libya menentang tentera Gaddafi seterusnya menggulingkan kerajaan pimpinan Gaddafi dengan menewaskan angkatan tentera Gaddafi. Amerika Syarikat dan tentera Muammar Gaddaf...


Similar Free PDFs