SEJAUH MANAKAH PERJANJIAN BRITISH DI TANAH MELAYU MENYEBABKAN MEREKA MENJADI KUASA TUNGGAL 1824 -1874 DOCX

Title SEJAUH MANAKAH PERJANJIAN BRITISH DI TANAH MELAYU MENYEBABKAN MEREKA MENJADI KUASA TUNGGAL 1824 -1874
Author N. Shafif
Pages 13
File Size 34.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 475
Total Views 921

Summary

1.0 PENGENALAN Kedatangan British bermula di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka antara tahun 1786 hingga 1824. Ketiga-tiga negeri itu kemudiannya digabungkan menjadi Negeri- negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 dan dikawal serta ditadbir secara lansung oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Ind...


Description

1.0 PENGENALAN Kedatangan British bermula di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka antara tahun 1786 hingga 1824. Ketiga-tiga negeri itu kemudiannya digabungkan menjadi Negeri- negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 dan dikawal serta ditadbir secara lansung oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India. Kedatangan British di Tanah Melayu pada dasarnya adalah untuk mempertahankan kepentingan British di benua India, melindungi jalan perdagangan di antara India dengan China bagi kepentingan perdagangan candu dan teh,serta memperluaskan peluang perdagangan di kepulauan Tanah Melayu. Namun, keadaan persekitaran di Tanah Melayu telah memaksa British untuk mengubah dasarnya. Oleh itu, pelbagai taktik digunakan demi memperluaskan kepentingan British di Tanah Melayu. Tipu muslihat, paksaan dan manipulasi politik digunakan untuk memperolehi sebahagian semenanjung Tanah Melayu. Dalam usaha British untuk memperluaskan kuasanya di Tanah Melayu terdapat beberapa perjanjian yang dimeterai. Melalui perjanjian-perjanjian yang dibuat telah menjadikan British sebagai kuasa tunggal di Tanah Melayu. Esai ini akan membincangkan sejauhmana British boleh menjadi kuasa tunggal melalui perjanjian-perjanjian yang dimenterai antara pihak British dengan pemerintah di Tanah Melayu. 2.0 CARA BRITISH BOLEH MENJADI KUASA TUNGGAL DARI TAHUN 1824 -1874. 2.1 PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824 Perjanjian ini dibuat adalah untuk membahagikan Tanah Melayu kepada dua lingkungan pengaruh. Pembahagian ini dibuat tanpa merujuk pemerintah negeri- negeri Melayu di Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Tindakan British 1...


Similar Free PDFs