Apakah itu sosialisasi DOCX

Title Apakah itu sosialisasi
Author Sheela Sheelu
Pages 1
File Size 77.6 KB
File Type DOCX
Total Downloads 356
Total Views 508

Summary

1.PROSES SOSIALISASI DALAM PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU BASI MENANGANI MASALAH SOSIAL Apakah itu sosialisasi ? Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi...


Description

Apakah itu sosialisasi ? Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti. Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung, cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan- perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Proses sosialisasi bertujian untuk :- 1.PROSES SOSIALISASI DALAM PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU BASI MENANGANI MASALAH SOSIAL Mengajarasas-asas kehidupandalam masyarakat. Mengajarasas-asaskehidupandalammasyarakat. Menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat. Menanamkanaspirasi-aspirasimasyarakat. Menyebarkankemahiran- kemahiranyang pentngdalammasyarakat. Menyebarkankemahiran-kemahiranyangpentngdalammasyarakat. Mengajaruntuk menemuhiperanan- peranansosial. Mengajaruntukmenemuhiperanan-peranansosial....


Similar Free PDFs