BADMINTON DOC

Title BADMINTON
Author Aiman Areef
Pages 42
File Size 4 MB
File Type DOC
Total Downloads 215
Total Views 536

Summary

1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi merupakan satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang mengenai tulang, otot dan organ individu. Manakala fisiologi merupakan satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang, otot dan organ dalam tubuh badan. Dalam kajian anato...


Description

1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi merupakan satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang mengenai tulang, otot dan organ individu. Manakala fisiologi merupakan satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang, otot dan organ dalam tubuh badan. Dalam kajian anatomi dan fisiologi, terdapat pelbagai sistem yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Untuk tugasan ini, saya lebih fokus kepada tiga sistem yang penting dalam tubuh badan manusia iaitu sistem rangka, sistem otot dan sistem sendi. Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh manusia. Sistem ini adalah penting untuk tubuh badan manusia kerana sistem ini memberikan sokongan kepada tubuh badan manusia di mana tulang membentuk rangka tubuh badan bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Selain itu, sistem ini juga memberikan perlindungan kepada manusia. Dengan adanya sistem ini, pergerakan dapat dihasilkan. Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi. Terdapat 206 tulang dalam tubuh orang dewasa. Setiap tulang merupakan organ kepada sistem rangka. Pembentukan tulang adalah dari tisu-tisu yang kuat dan aktif. Jumlah berat sistem rangka seorang dewasa merupakan 14% daripada jumlah tulang badannya. Antara jenis tulang yang terdapat dalam tubuh badan manusia ialah tulang panjang, tulang pendek, tulang leper, tulang tidak tentu bentuk dan tulang bulat. Tulang terdiri daripada sel tulang yang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Tulang terberntuk daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks organic fiber-fiber untuk memerangkap mineral. Sendi pula merupakan tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan strukturnya. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh bergerak (sinatrosis), sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiartrosis) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis). Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan, semakin kuat sendi itu. Walaupun pergerakan sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan sistem otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan. Otot berfungsi menghasilkan haba untuk 1...


Similar Free PDFs