BPP2113 Makroekonomi Kolej Vokasional Kerian PDF

Title BPP2113 Makroekonomi Kolej Vokasional Kerian
Author nur hazwani
Course Pengurusan Sumber Manusia
Institution Kolej Vokasional Kluang
Pages 25
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 919
Total Views 1,030

Summary

Download BPP2113 Makroekonomi Kolej Vokasional Kerian PDF


Description

KOLEJ VOKASIONAL KERIAN JALAN SIAKAP 34300 BAGAN SERAI PERAK

DBF 2113 LAPORAN MAKROEKONOMI

NAMA

: NUR HAZWANI BINTI A RAMAN

KELAS

: 1 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

NO KAD PENGENALAN

: 0301021 – 08 – 1324

NAMA PENSYARAH

: NORZAMZUFAISYANTI BINTI ISHAK

ISI KANDUNGAN

BIL . 1. 2. 3. 4. 5.

PERKARA PENGENALAN DEFINISI DAN KONSEP KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN EKONOMI DUA SEKTOR PEMBOLEHUBAH SEKTOR EKONOMI KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA BAGI EKONOMI DUA

MUKA SURAT 1 2 3-4 5-16 17-21

SEKTOR DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH AGREGAT 6.

PERMINTAAN DAN AGREGAT PENAWARAN RUJUKAN

22

1.0 PENGENALAN



Keseimbangan pendapatan negara ialah satu keadaan apabila keseimbangan tercapai di negara yang menjalankan aktiviti ekonomi .



Keseimbangan pendapatan negara menyatakan bahawa jumlah permintaan barangan atau perkhidmatan adalah sama dengan jumlah penawaran dalam ekonomi.



Keseimbangan pendapatan negara juga ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi (sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam, dan sektor luar negara) adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut , atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).



Keseimbangan pendapatan negara ialah tingkat pendapatan negara (Y) yang tiada lebihan atau kurangan dalam penawaran agregat (AS) atau perbelanjaan agregat (AE).

1 2.0 DEFINISI DAN KONSEP KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA



Keseimbangan pendapatan negara ialah satu keadaan apabila keseimbangan tercapai di negara yang menjalankan aktiviti ekonomi .



Keseimbangan pendapatan negara menyatakan bahawa jumlah permintaan barangan atau perkhidmatan adalah sama dengan jumlah penawaran dalam ekonomi.



Keseimbangan pendapatan negara juga ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi (sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam, dan sektor luar negara) adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).



Keseimbangan pendapatan negara ialah tingkat pendapatan negara (Y) yang tiada lebihan atau kurangan dalam penawaran agregat (AS) atau perbelanjaan agregat (AE).

DEFINISI PERMINTAAN AGREGAT 

Merujuk kepada permintaan barangan dan perkhidmatan secara keseluruhan yang dilakukan oleh semua unit dalam sesebuah sekonomi.



Permintaan agregat juga adalah jumlah barangan dan perkhidmatan yang diminta dalam ekonomi pada tahap harga tertentu dalam tempoh masa yang diberikan. Kata lain, permintaan agregat hanyalah jumlah semua perbelanjaan dalam pendapatan negara, penggunaan, pelaburan, perbelanjaan dan eksport bersih.



Ia menerangkan hubungan negatif antara kuantiti agregat barangan dan perkhidmatan yang dibeli pada harga tertentu yang ditetapkan.



Permintaan agregat merujuk kepada kuantiti barang dan perkhidmatan yang diminta oleh isi rumah, firma dan kerajaan atau kuantiti KDNK benar yang diminta pada pelbagai tingkat harga tertentu.

DEFINISI PENAWARAN AGREGAT 

Penawaran agregat ialah jumlah keluaran yang dihasilkan oleh semua unit dalam sesebuah ekonomi.



Ia menerangkan hubungan yang positif antara penawaran barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan pada suatu tingkat harga tertentu.

2

3.0 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN EKONOMI DUA SEKTOR 

Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud.



Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan aliran fizikal dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.

3



Berdasarkan rajah di atas, terdapat dua pasaran iaitu pasaran faktor dan pasaran barang.



Dalam pasaran faktor, apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal dan usahawan) kepada sektor firma (Aliran Faktor), isi rumah akan menerima pendapatan faktor dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga dan untung (Aliran Pendapatan) daripada firma.



Dalam pasaran barang, firma akan menjual barang dan perkhidmatan kepada isi rumah.



Daripada pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang). Bayaran isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan yang dibeli daripada firma tersebut perbelanjaan penggunaan.



Manakala baki sebahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan akan disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan)



Institusi kewangan pula akan menggunakan tabungan ini untuk dipinjamkan kepada firma bagi membuat pelaburan iaitu membeli mesin dan jentera, peralatan, membina kilang dan sebagainya (Aliran Pelaburan).



Oleh yang demikian, tabungan merupakan suatu bocoran kerana ia mengurangkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan. Sebaliknya, pelaburan merupakan suatu suntikan kerana ia menambahkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan. 4

4.0 PEMBOLEHUBAH SEKTOR EKONOMI 1. Penggunaan 

Penggunaan merupakan perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma bagi memenuhi keperluan dan keinginan. Dikenali juga sebagai sebagai perbelanjaan penggunaan (C).



Perbelanjaan penggunaan ditentukan oleh pendapatan (Y).



Fungsi

penggunaan

menunjukkan

jika

pendapatan

meningkat,

perbelanjaan

penggunaan juga akan meningkat. Oleh sebab dalam ekonomi dua sektor tiada peranan kerajaan, maka pendapatan adalah sama dengan pendapatan boleh guna. 

Isi rumah akan menggunakan pendapatannya untuk perbelanjaan penggunaan (C) dan membuat tabungan (S). Hubungan antara pendapatan, perbelanjaan penggunaan dan tabungan dapat digambarkan oleh persamaan berikut:



Jika pendapatan sama dengan penggunaan maka tabungan ialah sifar. Tabungan hanya akan terjadi jika pendapatan melebihi penggunaan. Jika penggunaan melebihi pendapatan, tabungan akan menjadi negatif.

5



Hubungan antara penggunaan, pendapatan dan tabungan dapat diterangkan dengan menggunakan jadual.



Berdasarkan jadual yang diberi, tabungan hanya akan terjadi apabila pendapatan melebihi RM200. Pada tingkat pendapatan yang kurang daripada RM200, tabungan adalah negative. Tabungan akan sama dengan sifar apabila pendapatan sama dengan sifar apabila pendapatan sama dengan penggunaan iaitu pada tingkat pendapatan RM200.



Apabila tingkat pendapatan sama dengan 0, penggunaan ialah RM80. Oleh sebab pendapatan adalah sifar maka perbelanjaan penggunaan sebanyak RM80 akan dibiayai oleh tabungan yang dibuat pada masa yang lalu.



Penggunaan

yang

dilakukan

pada

masa

pendapatan

sifar

tersebut

sebagai

pengggunaan autonomi atau perbelanjaan autonomi. Perbelanjaan autonomi ialah perbelanjaan yang dilakukan untuk membeli barang keperluan asas. Penggunaan autonomi ialah RM80. 

Perbelanjaan autonomi merupakan perbelanjaan yang dilakukan ketika pendapatan adalah sifar.

6



Berdasarkan keluk, fungsi penggunaan dan tabungan digambarkan oleh fungsi C dan fungsi S. Garisan 45 ialah garisan keseimbangan iaitu semua titik yang terletak sepanjang garisan menggambarkan Y=C.



Penggunaan autonomi ialah RM80 dan tabungan ialah RM-80. Titik keseimbangan ialah titik E iaitu titik persilangan antara fungsi C dengan garisan 45. Pada titik ini didapati tingkat keluaran Negara keseimbangan ialah RM200. Fungsi tabungan memotong paksi keluaran atau tabungan =0.



Fungsi penggunaan dapat ditunjukkan dalam bentuk persamaan seperti berikut:

7



Jadual berikut menunjukkan tingkat penggunaan isi rumah pada pelbagai tingkat pendapatan.

Kirakan fungsi penggunaan.

Maka, fungsi penggunaan ialah C= 500 + 0.5Y



Fungsi penggunaan adalah satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat penggunaan dengan pendapatan negara.



Berdasarkan keluk, fungsi penggunaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Semakin tinggi tingkat pendapatan negara, semakin penggunaan yang dilakukan.



Pada tingkat pendapatan negara 0, perbelanjaan penggunaan adalah positif atau disebut perbelanjaan penggunaan autonomi.

8



Kecenderungan mengguna sut bermaksud tambahan penggunaan yang dilakukan apabila terdapat tambahan satu ringgit pendapatan negara.



Jika MPC bernilai 0.8 ini bererti bagi setiap tambahan satu ringgit dalam pendapatan negara, maka 80 sen daripadanya akan dibelanja, Kecenderungan mengguna sut digambarkan oleh kecerunan fungsi penggunaan. (lihat keluk)



Fungsi tabungan pula adalah satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat hubungan dengan pendapatan negara seperti dalam keluk.



Berdasarkan keluk, fungsi tabungan mencerun ke atas dari kiri ke kanan . Semakin tinggi pendapatan, semakin banyak tabungan yang dilakukan.



Pada tingkat pendapatan 0, tabungan adalah negatif.



Kecenderungan mengguna purata (APC) ialah nisbah antara perbelanjaan penggunaan dengan pendapatan negara (Y). Ia menunjukkan purata perbelanjaan penggunaan yang dilakukan pada setiap tingkat pendapatan negara.

9



Konsep MPC, APC dapat diterangkan dalam jadual di bawah.



Kirakan nilai APC pada tingkat pendapatan boleh guna RM2000 dan RM3000.

Pada tingkat RM2000.



Pada tingkat RM3000.

Kirakan nilai APC pada tingkat pendapatan boleh guna meningkat daripada RM1000 kepada RM2000.

10 2. Simpanan 

Isi rumah akan membuat simpanan (tabungan) daripada pendapatan yang tidak digunakan atau dibelanjakan di

institusi

kewangan. Institusi kewangan akan

meminjamkan wang yang disimpan oleh isi rumah kepada pelabur untuk membuat pinjaman membeli barang modal dalam pengeluaran. 

Apabila pendapatan sama dengan 0, tabungan adalah negatif kerana isi rumah terpaksa menggunakan simpanan yang ada bagi penggunaan.



Apabila pendapatan negara meningkat, simpanan juga meningkat. Kenaikan simpanan ditentukan oleh kecenderungan menabung sut.



Apabila pendapatan negara sama dengan penggunaan, simpanan sama dengan 0.

Pendapatan

Penggunaan

Simpanan

Kecerunderungan

Kecenderungan

boleh guna

( C ) RM

( S ) RM

menabung

menabung sut

(Yd) RM 0 1000 2000 3000

500 1000 1500 2000

-500 0 500 1000

purata (APS) 0 0.25 0.33

(MPS) 0.5 0.5 0.5



APC

1 0.75 0.67

Kecenderungan menabung sut (APS) ialah nisbah antara tabungan dengan pendapatan negara. Ia menunjukkan purata tabungan yang dilakukan pada setiap tingkat pendapatan.



Berdasarkan jadual, kirakan APS bagi pendapatan boleh guna RM2000 dan RM3000.

11



Kecenderungan menabung sut bermaksud tambahan tabungan yang dilakukan apabila terdapat tambahan satu ringgit pendapatan negara.



Berdasarkan jadual, apabila pendapatan boleh guna meningkat daripada RM1000 kepada RM2000, tabungan akan meningkat daripada 0 kepada RM500. Jadi, MPS boleh dikira dengan cara:



Hubungan antara APC dan MPC dengan APS dan MPS dapat diterangkan seperti berikut. APC + APS = 1 Jadi, APC = 1 – APS Atau, APS = 1 - APC



Berdasarkan jadual, pada pendapatan boleh guna RM2000. APC + APS = 1 0.75 + 0.25 = 1 Jadi, APC = 1 – 0.25 = 0.75 Atau, APS = 1 – 0.75 = 0.25

12 

Hubungan antara MPC dan MPS ialah: MPC + MPS = 1 Jadi, MPC = 1 – MPS Atau, MPS = 1 - MPC



Berdasarkan jadual, pada pendapatan boleh guna RM2000. MPC + MPS = 1 0.5 + 0.5 = 1 Jadi, MPC = 1- 0.5 = 0.5 Atau, MPS = 1 – 0.5 = 0.5

13 3) Pelaburan o

Pelaburan ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh firma / pengeluar untuk membeli barang modal seperti mesin dan peralatan jentera yang digunakan dalm proses pengeluaran.

o

Pelaburan boleh dibahagikan kepada tiga aktiviti utama iaitu:

a) Pembentukan modal fizikal tetap Pembentukan modal fizikal tetap termasuk pembelian jentera, peralatan, dan barangan lain untuk digunakan dalam pengeluaran dan untuk meningkatkan produktivti fima.

b) Peningkatan inventori atau stok Peningkatan inventori atau stok

termasuk termasuk perbelanjaan untuk

meningkatkan stok bahan mentah, barang separa siap dan barang akhir yang disimpan dalam gudang (sebelum dipasarkan) Peningkatan saham dianggap sebagai pelaburan ke atas barang yang tidak digunakan sehingga meningkatkan prodiktiviti firma.

c) Pembinaan hartanah tetap Pembinaan harta termasuk perbelanjaan untuk membina rumah dan bangunan

seperti

kilang

dan

pejabat.

Pembinaan

hartanah

boleh

meningkatkan pendapatan masa depan firma dan kapasiti pengeluaran. o

Pelaburan adalah perbelanjaan barangan yang bukan untuk kegunaan peribadi. Bentuk pelaburan merujuk kepada pembentukan modal fizikal tetap untuk meningkatkan produktivtiti dan pendapatan firma.

o

Terdapat dua bentuk pelaburan iaitu pelaburan portfolio dan pelaburan langsung.

o

Pelaburan portfolio perbelanjaan wang atau modal untuk membeli saham misalnya untuk membeli saham dalam KFC.

o

Pelaburan langsung adalah perbelanjaan wang atau modal untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, Sony menghasilkan pelbagai model produknya kamera.

14 o

Pelaburan dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu Pelaburan Teraruh dan Pelaburan Autonomi:

1) Pelaburan Teraruh -

Pelaburan teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara.

-

Perubahan dalam pendapatan akan membawa perubahan dalam permintaan agregat. Tahap pendapatan negara yang tinggi akan menghasilkan pelaburan yang tinggi.

-

Dalam usaha menambahkan keluaran, pelaburan harus dibuat. Pertambahan dalam jumlah pelaburan dipengaruhi oleh tingkah pendapatan.

-

Berdasarkan pada rajah di atas, keluk pelaburan (I) mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

-

Pada tingkat Y, pelaburan yang dilakukan adalah sebanyak Io. Jika pendapatan bertambah daripada Y ke Y, pelaburan akan meningkat daripada I ke I.

15 2) Pelaburan Autonomi -

Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan.

-

Walau bagaimanapun, faktor yang mempengaruhi pelaburan autonomi ialah kadar faedah, pelanggan ke atas pelaburan, kemajuan teknologi dan spekulasi keadaan ekonomi pada masa akan datang.

-

Berdasarkan rajah di atas, keluk pelaburan autonomi ialah pada keluk I yang mendatar ( anjal sempurna ). Didapati tingkat pelaburan tetap pada sebarang perubahan tingkat pendapatan sama ada meningkat atau menurun.

16 5.0 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA BAGI EKONOMI DUA SEKTOR DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH AGREGAT PERMINTAAN DAN AGREGAT PENAWARAN 

Dalam ekonomi dua sektor, keseimbangan pendapatan negara ditentukan oleh permintaan agregat (AD) dan penawaran agregat (AS).



Komponen dalam

permintaaan agregat ialah perbelanjaan ialah perbelanjaan

penggunaan (C) pelaburan (I).

AD = C + I 

Komponen dalam penawaran agregat adalah sama dengan pendapatan negara.

AS = Y 

Maka, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor akan tercapai apabila:

AS = AD

dan:

Y=C+I 

Suntikan adalah aliran masuk pendapatan ke dalam perbelanjaan agregat yang dapat meningkatkan pendapatan negara. Dalam ekonomi dua sektor suntikan terdiri daripada pelaburan (I).



Kebocoran adalah aliran keluar pendapatan daripada perbelanjaan agregat yang dapat mengurangkan pendapatan negara. Kebocoran terdiri daripada tabungan (S).

Y=C+S 

Maka, keseimbangan pend

C+I=C+S

dua sektor akan tercapai

apabila: SUNTIKAN = KEB 

Mengenalpasti keseimbang

I=S

dua sektor dengan cara:

1) Kaedah jadual



Keseimbangan pendapatan negara wujud pada Y = 2,800 apabila keadaan AD = AS dan I = S berpuas hati.



Apa yang berlaku apabila Y tidak sama dengan 2,800? Jika pendapatan lebih rendah daripada 2,800, ia akan menjadi keadaan yang tidak stabil kerana AD > AS. Ini akan

17

menggalakkan syarikat untuk meningkatkan pengeluaran dan aktiviti ekonomi (ia akan meningkat sehingga AD = AS dicapai). Jika pendapatan melebihi 2,800, ia juga akan menjadi satu keadaan yang tidak stabil kerana AS > AD. Ini bermakna, keluaran negara melebihi agregat perbelanjaan yang dirancang. Oleh sebab penawaran melebihi permintaan, firma akan mengurangkan pengeluaran mereka sehingga keseimbangan AD = AS dicapai.

18

Rajah 3.5 Keseimbangan pendapatan negara (b) Menggunakan rajah atau graf



Persamaan AD = AS melibatkan keluk Y = AS dan AD = C + I. Keseimbangan dicapai ketika kedua-dua keluk bertemu di “e” dan pendapatan berada di Ye (lihat Rajah 3.5).



Keseimbangan pendapatan negara tercapai pada titik E di mana AE = AS pada tingkat pendapatan negara Ye iaitu RM600 juta.



Bagi pendapatan negara Y1 iaitu RM500 juta, perbelanjaan agregat ialah sebanyak RM 550 juta dan penawaran agregat ialah RM500 juta. Ini menunjukkan berlakunya lebihan perbelanjaan agregat sebanyak RM50 juta (jarak ab). Lebihan perbelanjaan agregat menyebabkan inventori firma berkurang dan seterusnya menggalakkan firma untuk meningkatkan pengeluaran. Pendapatan negara meningkat sehingga perbelanjaan agregat menyamai penawaran agregat pada tingkat pendapatan negara Ye .

19 

Bagi pendapatan negara Y2 iaitu RM700 juta, perbelanjaan agregat ialah sebanyak RM 650 juta dan penawaran agregat ialah RM700 juta. Ini menunjukkan berlakunya lebihan perbelanjaan agregat sebanyak RM50 juta (jarak cd). Lebihan penawaran agregat menyebabkan inventori firma bertambah dan seterusnya menggalakkan firma untuk mengurangkan pengeluaran. Pendapatan negara menurun sehingga perbelanjaan agregat menyamai penawaran agregat...


Similar Free PDFs