Laporan Makroekonomi PDF

Title Laporan Makroekonomi
Author Khadijah Ahmad
Course Makroekonomi
Institution Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
Pages 8
File Size 327.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 174
Total Views 412

Summary

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSONKM 5, JALAN SEREMBAN,71000 PORT DICKSON,NEGERI SEMBILANDIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA(PENGURUSAN PERNIAGAAN)DBF 2113MAKROEKONOMITAJUK LAPORAN :LAPORAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA XYZNAMA PENSYARAH :PN. SITI KHADIJAH BINTI AHMAD RAMLIDISEDIAKAN OLEH :NUR FARAH ALIYA BINTI...


Description

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON KM 5, JALAN SEREMBAN, 71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (PENGURUSAN PERNIAGAAN) DBF 2113 MAKROEKONOMI TAJUK LAPORAN : LAPORAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA XYZ

NAMA PENSYARAH : PN. SITI KHADIJAH BINTI AHMAD RAMLI

DISEDIAKAN OLEH : NUR FARAH ALIYA BINTI MOHD BADRUL HAMZI 030909-10-1426

TARIKH HANTAR : 7 MAC 2022

a. Pendahuluan Ekonomi dua sektor ialah ekonomi yang terdiri daripada isi rumah dan firma. Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi dua sektor ini dan ekonomi ini juga tidak melakukan perdagangan antarabangsa serta aktiviti import atau eksport.

Ekonomi dua sektor ini terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud. Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan aliran wang dan aliran fizikal antara sektor firma dan sektor isi rumah. Berdasarkan rajah di atas, terdapat dua pasaran faktor dan pasaran barang. Dalam pasaran faktor, apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran seperti buruh, modal, tanah dan usahawan kepada sektor firma (aliran faktor), isi rumah akan menerima pendapatan faktor dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga dan untung daripada firma. Aliran ini disebut sebagai aliran pendapatan. Dalam pasaran barang pula, firma akan menjual barang dan perkhidmatan kepada isi rumah.

1

Daripada pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan dibelanjakan terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (aliran barang). Aliran ini disebut sebagai aliran penggunaan. Bayaran isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan yang dibeli daripada firma tersebut ialah perbelanjaan penggunaan. Manakala, baki sebahagian pendapatan yang tidak wajar dibelanjakan akan disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan. Aliran ini disebut sebagai aliran tabungan. Institusi kewangan pula akan menggunakan tabungan ini untuk dipinjamkan kepada firma bagi membuat pelaburan iaitu membeli mesin dan jentera, peralatan, membina kilang dan sebagainya. Aliran ini disebut sebagai aliran pelaburan. Oleh yang demikian, tabungan merupakan suatu bocoran kerana ia mengurangkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan. Sebaliknya, pelaburan merupakan suatu suntikan kerana ia menambahkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan. b. i. Menerangkan pemboleh ubah dalam penentuan keseimbangan ekonomi dua sektor 1. Perbelanjaan penggunaan (C) Penggunaan merupakan perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma bagi memenuhi keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, perbelanjaan ke atas barang keperluan asas seperti makanan dan pakaian, perbelanjaan ke atas barang tahan lama seperti peti sejuk dan kereta serta perbelanjaan ke atas perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan. Perbelanjaan penggunaan (C) ditentukan oleh pendapatan negara (Y). Fungsi penggunaan menunjukkan jika pendapatan negara (Y) meningkat, maka perbelanjaan penggunaan (C) juga akan meningkat. Oleh kerana dalam ekonomi dua sektor tiada peranan kerajaan, maka pendapatan adalah sama dengan pendapatan boleh guna. Isi rumah akan menggunakan pendapatannya untuk perbelanjaan penggunaan (C) dan membuat tabungan (S). 2. Tabungan (S) Tabungan ialah lebihan daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan atau disimpan di institusi kewangan. Institusi kewangan akan meminjamkan wang yang disimpan oleh isi rumah kepada pelabur untuk membuat pinjaman membeli barang modal dalam pengeluaran. Apabila pendapatan sama dengan 0, tabungan adalah negatif kerana isi rumah terpaksa menggunakan simpanan yang ada bagi penggunaan. Apabila pendapatan negara meningkat, tabungan juga meningkat.

2

3. Pelaburan (I) Pelaburan ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh firma atau pengeluar untuk membeli barang modal seperti mesin dan peralatan jentera yang digunakan dalam proses pengeluaran. Pelaburan dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu pelaburan teraruh dan pelaburan autonomi. Pelaburan teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi tingkat pendapatan negara, semakin tinggi pelaburan teraruh dan sebaliknya. Seterusnya, pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak mempengaruhi pendapatan negara. Nilainya adalah tetap pada berbagai-bagai tingkat pendapatan negara. Perbelanjaan penggunaan (C)

Tabungan (S)

Pelaburan (I)

Y=C+S C=Y−S

Y=C+S S= Y−C

I=S

3

ii. Menyediakan jadual lengkap yang mengandungi maklumat pendapatan negara, penggunaan isi rumah, tabungan, pelaburan dan perbelanjaan agregat (AE = C + I) Pendapatan negara (RM juta)

Penggunaan isi rumah (RM juta)

Tabungan (RM juta)

Pelaburan (RM juta)

Perbelanjaan agregat (RM juta)

0

800

-800

500

1,300

1,000

1,600

-600

500

2,100

2,000

2,400

-400

500

2,900

3,000

3,200

-200

500

3,700

4,000

4,000

0

500

4,500

iii. Menentukan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan bagi negara XYZ Fungsi penggunaan (C) :

Fungsi tabungan (S) :

C = a + bYd

a = 800 b= b=

∆C ∆Y 2400−1600 2000−1000

= 0.8 C = 800 + 0.8Y

S =− a + (1 − b)Yd

a = 800 b= b=

∆S ∆Y −600−(−800) 2000−1000

= 0.2 S =− 800 + 0.2Y

4

iv. Lakarkan gambar rajah keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan perbelanjaan agregat - penawaran agregat (AE-AS)

� =�+� Y = 800 + 0.8Y + 500 Y − 0.8Y = 800 + 500 0.2Y = 1300 Y=

1300 0.2

Y = 6500

5

v. Huraikan dengan jelas penentuan keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor berpandukan rajah di b(iv)  Rajah menunjukkan keseimbangan pendatan negara XYZ dalam ekonomi dua sektor.  Fungsi penggunaan ialah � = ��� + �. �� dan fungsi pelaburan ialah � = ����� ����.  Jarak antara keluk �� = � + � dan � = ��� + �. �� mewakili pelaburan autonomi sebanyak RM500 juta. Keluk �� = � + � dan � = ��� + �. �� adalah selari.  Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor tercapai apabila keluk �� = � + � bersilang dengan keluk � = �� pada titik E. Keseimbangan pendapatan negara XYZ ialah RM6500.  Pada tingkat pendapatan RM6000 berlaku lebihan AE menyebabkan firma meningkatkan keluaran. Peningkatan keluaran menyebabkan pendapatan negara meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.  Pada tingkat pendapatan RM7000 berlaku lebihan AS menyebabkan firma mengurangkan keluaran. Pengurangan keluaran menyebabkan pendapatan negara menurun. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.

6

vi. Sekiranya berlaku pengurangan kadar bunga di negara XYZ, terangkan kesannya terhadap keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan agregat permintaan dan agregat penawaran (AD = AS)

 Keseimbangan pendapatan negara yang asal tercapai pada titik E₀ apabila keluk AD bersilang dengan keluk AS pada tingkat harga umum P₀ dan pendapatan benar Y₀  Penurunan kadar bunga akan menyebabkan pelaburan meningkat. Maka, permintaan agregat akan meningkat dan keluk AD akan beralih ke kanan dari AD₀ ke AD₁  Keseimbangan pendapatan negara yang baru tercapai pada titik E₁ apabila keluk AD₁ yang baharu bersilang dengan keluk AS pada tingkat harga umum baru P₁ dan pendapatan benar baru Y₁  Kesannya, tingkat harga umum meningkat dari P₀ ke P₁ dan tingkat pendapatan negara meningkat dari Y₀ ke Y₁

7...


Similar Free PDFs