CTU101 SIFAT MELAMPAU DALAM BERAGAMA DAN HUBUNGKAIT DENGAN AJARAN SESAT PDF

Title CTU101 SIFAT MELAMPAU DALAM BERAGAMA DAN HUBUNGKAIT DENGAN AJARAN SESAT
Course Prinsip Asas Islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 22
File Size 710.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 514
Total Views 859

Summary

Perkara Markah penuhMarkahPengenalan 2 Isi & huraian 8Kesimpulan 2 Rujukan 4 Etika & Pro. 4 JUMLAH 20UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAHDiploma Sains MatematikCTU 101 : ASAS-ASAS ISLAMSifat-Sifat Melampau Dalam Beragama Dan HubungkaitnyaDengan Ajaran SesatCS1431CDISED...


Description

Perkara

Markah penuh

Pengenalan

2

Isi & huraian 8

Kesimpulan

2

Rujukan

4

Etika & Pro.

4

JUMLAH

20

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH Diploma Sains Matematik CTU 101 : ASAS-ASAS ISLAM Sifat-Sifat Melampau Dalam Beragama Dan Hubungkaitnya Dengan Ajaran Sesat CS1431C DISEDIAKAN UNTUK : SAIDI ADNAN BIN MD NOR BIL

1 2 3 4

NAMA NUR HAFIZA HUSNA BINTI MD LUTFFI

NO PELAJAR 2020895044

NURUL HANIS NAJWA BINTI MUHD NAZAR ATTHABRI NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD SUHAIMEE

2020893004

WAN IRDINA LIYANA BINTI WAN SAIFUL JAFFNI

2020620004

SEMESTER 1 2020/2021

2020616538

Markah

No.

Perkara

1.

Penghargaan

2.

Pendahuluan 2.1 Definisi Ajaran Sesat 2.2 Sejarah Ajaran Sesat 2.3 Huraian Berkaitan Ajaran Sesat 2.4 Sebab-sebab Kemunculan Ajaran Sesat

Halaman 1

2-4

3.

Persoalan Kajian

4

4.

Objektif Mengenali Ajaran Sesat

4

5.

Kajian Literatur

6.

Methodologi Kajian

7.

Dapatan Kajian 7.1 Mengetahui Sifat Melampau Dalam Ajaran Sesat 7.2 Kesan Buruk Ajaran Sesat 7.3 Langkah-langkah Menangani Ajaran Sesat

8.

Kesimpulan

15

9.

Bibliografi

16

10.

Lampiran

17-20

5-6 7 7-14

1.PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami mengucapkan sepenuh penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En. Saidi Adnan b. Md Nor kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. En. Saidi Adnan b. Md Nor merupakan pensyarah untuk subjek CTU 101, beliau yang telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan teman seperjuangan yang telah banyak mencetuskan idea masingmasing sepanjang proses penyiapan tugasan ini . Syukur Alhamudulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah kami pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya mengajar kami untuk saling bekerjasama dan memberi kami seribu satu pengalaman yang amat bermakna. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amat kami hargai.

1

2. PENDAHULUAN 2.1 DEFINISI AJARAN SESAT Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yan dibawa oleh orang-orang islam atau orang-orang bukan islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan dibawa itu sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah.

2.2 SEJARAH AJARAN SESAT Ajaran sesat telah bermula sejak awal Islam di mana wujud kelompok-kelompok yang dipimpin oleh individu-individu yang mengaku sebagai nabi. Menurut Abu Al-Sa’ud terdapat 11 orang individu yang memimpin ajaran sesat sejak zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin atau zaman awal Islam. Daripada 11 kelompok, 3 daripadanya muncul pada zaman Rasulullah SAW iaitu kelompok yang dipimpin oleh Al-Aswad Al-Unsi daripada Bani Madlaj, Musailamah Al-Kazzab daripada Bani Hanifah dan Tulaihah Bin Khuwailid daripada Bani Asad. Sebanyak tujuh kelompok yang muncul pada zaman Sayidina Abu Bakar As-Siddiq. Antaranya ialah kelompok yang dipimpin oleh Uyainah Bin Hasan daripada kabilah Fazarah, Qurrah Bin Salamah Al-Qusyairi daripada kabilah Ghatafan, Al-Fuja’ah Bin Abdul Yalil daripada kabilah Bani Sulaym, Malik Bin Nuwairah daripada kabilah Bani Yarbu’, Sajah Binti AlMundhir daripada kabilah Bani Tamim, Al-Ash’ath Bin Qais daripada kabilah Kindah dan Al-Hatam Bin Zaid daripada kabilah Bani Bakr. Kesemua tujuh kelompok ini telah dibanteras dan diperangi oleh Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.

2

Kelompok yang ke-11 muncul pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab Kelompok yang sesat dan menyeleweng daripada Islam ini dipimpin oleh Jabalah Bin Al-Ayham daripada kabilah Ghasan. Secara umum, kesemua kelompok yang sesat dan menyeleweng daripada Islam ini telah dibanteras dan diperangi oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Inilah antara tanggungjawab para pemimpin umat demi menjaga agama Allah SWT. Sekiranya diperhalusi, kebanyakan ajaran sesat dan menyeleweng daripada Islam yang muncul selepas Nabi Muhammad SAW adalah dengan dakwaan sebagai nabi atau rasul. Ini kerana masyarakat Arab melihat dakwaan sebagai nabi atau rasul adalah sebagai bentuk baharu dalam mendapatkan pengikut dan kedudukan. Sebagaimana yang dimaklumi, masyarakat Arab hidup dalam kelompok dan kabilah. Ketua atau pemimpin kelompok atau kabilah biasanya individu yang paling berpengaruh kedudukannya sama ada dari keluarga terhormat, ternama dan berharta. Justeru, dakwaan sebagai nabi ketika itu dilihat sebagai bentuk baharu dalam mendapatkan pengikut dan kedudukan.

Ajaran sesat telah mula dikesan bergerak di Malaysia sebelum tahun 1950-an lagi. Kebanyakan ajaran sesat bergerak secara senyap-senyap atau tanpa disedari menyebabkan ia sukar dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa agama dengan lebih awal. Ajaran sesat dipercayai dibawa masuk oleh penganut-penganut dari negara-negara asal. Timbulnya ajaran sesat tersebut atau rakyat tempatan yang kembali semula ke Malaysia setelah belajar atau menetap di luar negara.

Munculnya ajaran sesat di negara ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya disebabkan wujud golongan musuh-musuh Islam yang ingin meruntuhkan ajaran Islam dengan mengubah, menyeleweng dan merosakkan ajaran Islam. Musuh-musuh Islam tidak akan duduk diam dan mereka sentiasa berusaha menghapuskan Islam. Namun, Allah SWT sentiasa menjaga agama yang diredaiNya. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” 3

Selain itu, ajaran sesat wujud disebabkan adanya individu-individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, pengaruh, pangkat, harta dan sebagainya.

2.3 HURAIAN BERKAITAN AJARAN SESAT Ajaran sesat haruslah dijauhkan daripada kehidupan seharian kita. Hal ini kerana ajaran sesat sangat merbahaya dan boleh memesongkan akidah kita sebagai seorang manusia yang bergelar Islam. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya mempelajari dan mendalami agama Islam dengan sebaiknya.

2.4 SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT •

Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.



Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

3. PERSOALAN  Adakah sifat melampau dalam beragama boleh menyebabkan kesesatan dalam diri seseorang individu ?

4. OBJEKTIF MENGENALI AJARAN SESAT  Memahami dengan lebih mendalam tentang ajaran sesat  Memberi ikhtibar kepada diri sendiri daripada apa yang diamalkan oleh ajaran sesat supaya lebih berhati-hati

4

5. KAJIAN LITERATUR

Ajaran sesat bermula dengan wujudnya sifat-sifat melampau dalam beragama dalam diri umat Islam itu sendiri.Hal ini dikatakan demikian kerana daripada kajian yang telah saya lakukan iaitu kajian aktikel yang bertajuk Ektremis Agama dan Penyelesaiannya ditulis oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menerangkan tentang faktor penyumbang kepada sifat ekstrem ataupun melampau dalam beragama.Antaranya adalah kurangnya sikap toleransi dan hormat terhadap agama lain sehingga wujudnya jurang perbezaan dan kesalahfahaman terhadap kepercayaan masing-masing.Misalnya,pada zaman kini di Malaysia contohnya yang memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama kadang-kala bergaduh disebabkan hal-hal yang agak remeh seperti kelebihan agama masing-masing sehingga membawa kepada kesan yang agak buruk .Hal ini telah mewujudkan satu sifat yang menyangka diri dia sahaja yang betul maka disebabkan cara pandang yang salah itu telah membawa kepada sifat ingin menyesatkan dan mengkafirkan agama lain.

Selain itu,daripada kertas kerja yang bertajuk Ajaran Sesat: Merungkai Kekusutan dan Kecelaruan yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerangkan tentang keterlaluan dalam pegamalan.Sebagai contoh, pada era kini sikap golongan liberal yang terlalu mudah dan melampau dalam mengharamkan atau mengharuskan sesuatu perkara secara tidak langsung membuatkan agama Islam itu sendiri terlihat sukar dan secara tidak langsung menyebabkan orang Islam yang mudah terpengaruh murtad dan mengganut agama lain yang pada pandangan mereka lebih mudah.Contohnya,isu yang sekarang ini sedang hangat diperkatakan iaitu mereka memaksa orang lain mengiktiraf dan memenuhi permintaan mereka,khasnya isu-isu sensitif seperti LGBT dan kedudukan agama Islam di Malaysia.Hal ini secara tidak lanngsung dapat mempengaruhi orang Islam yang cetek ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat menyesatkan ramai umat Islam di Malaysia.

5 Tambahan lagi,daripada artikel yang ditulis oleh Dr Maza yang bertajuk Apa itu al Ghuluw? menerangkan dengan lebih lanjut bahawa sikap yang melampau dalam beragama akan

menyebabkan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat terabai.Misalnya,dapat kita lihat sifat melampau dalam berakidah boleh menyebabkan timbul persoalan mengkafirkan golongan lain dengan mudah seperti Khawarij.Pada masa kini,ramai anak muda yang kurang didikan agama Islam yang sebenarnya disebabkan ibu bapa terlalu sibuk dan melampau dalam mengkafirkan golongan lain disebabkan sifat melampau dalam beragama yang ada dalam diri.Hal ini secara tidak langsung menyebabkam ramai anak muda terpesong daripada landasan Islam itu sendiri sehingga kadang ada yang berani mengaku bahawa mereka sudah tidak percaya wujudnya Tuhan.

Seterusnya,daripada artikel yang bertajuk Faktor Perkembangan Ajaran Sesat ditulis oleh Mohd Syukri’al Salam b. Musman menerangkan tentang faktor-faktor berlakunya ajaran sesat dalam kalangan masyarakat.Antaranya ialah faktor psikologi.Hal ini dikatakan demikian kerana pada era globalisasi kini masyarakat sendiri sedang berjuang dengan konflik jiwa masing-masing dan ada yang kecewa dengan Islam disebabkan sikap yang ada pada diri orang Islam itu sendiri yang kadang terlalu lantang mengharamkan sesuatu perkara sehingga agama Islam dipandang serong lalu mencari ajaran baru yang difikirkan dapat mengubati jiwa.Dengan itu,golongan sebegini akan menjadi target mudah oleh mereka yang digelar guru ajaran sesat.

6 6. METHODOLOGI

Kaedah yang digunakan oleh kumpulan kami ialah kajian perpustakaan.Kajian perpustakaan digunakan adalah kerana, untuk mengurangkan kos dan lebih mudah untuk memperoleh sesuatu maklumat yang dicari.

7. DAPATAN KAJIAN

Sebagai seorang mahasiswa yang bertanggungjawab dan bakal menjadi pemaju negara, kita mestilah berfikiran terbuka dan tidak terlalu taksub terhadap sesuatu perkara terutamanya tentang beragama. Hal ini kerana ia mungkin akan mebawa ke arah yang tidak baik. Kita perlu menyelidik dan memastikan ilmu atau perkara yang kita belajar dan telibat itu betul. Contohnya, kita perlu mengetahui latar belakang pengajar supaya kita tidak terjebak dan terjerumus kepada perkara yang tidak baik dan sesat.

Jika para mahasiswa menghayati Islam dengan cara, kaedah dan niat yang betul, maka mereka tidak akan terjebak dengan ajaran-ajaran sesat mahupun liberel. Antara cara-cara untuk mengelakkan para mahasiswa dari terlibat dari ajaran sesat ialah dengan sentiasa mengetahui tantang perkembangan isu-isu dalam negara terutama sekali tentang agama Islam. Hal ini kerana terdapat isu-isu seperti Ajaran Kerajaan Langit yang telah tular satu Malaysia. Jika para mahasiswa tidak mengetahui akan perkara sebegini, mereka mungkin akan terlibat sama. Mengetahui perkembangan isu semasa juga penting untuk memastikan mereka sentiasa menjadi lebih peka dan berwaspada akan ajaran agama.

Selain itu, cara untuk mengelakkan daripada terlibat dengan ajaran sesat ialah dengan memasuki kelas-kelas agama yang dianjurkan oleh pihak yang bertanggungjawanb dan arif tentang ilmu agama. Kelas-kelas tersebut perlulah mendapat periktirafan dan sijil daripada Jabatan Agama dari negeri masing-masing, hal ini untuk memastikan bahawa mereka sememangnya bertauliah dan layak mengajar ilmu agama. Disamping itu, para mahasiswa tidak perlu malu untuk memasuki kelas-kelas agama dengan alasan bahawa mereka terlalu tua dan sudah terlambat untuk belajar agama, kerana tiada had umur ditetapkan dalam menuntut ilmu lebih-lebih lagi dalam beragama.

7 Akhir sekali, sifat melampau sememangnya akan menyebabkan kesesatan, kerana ia akan bermula dari perasaan ingin belajar kepada keinginan untuk mendalami sesuatu ilmu khususnya ilmu agama, seterusnya kepada menjadi guru atau pendidik ilmu tersebut. Sehinggakan menyebabkan orang yang menuntut ilmu itu berasakan bahawa diri mereka sahaja yang begitu arif dan bijak akan sesuatu ilmu. Jika mereka tidak mampu mengawal nafsu dan keinginan dalam mendalami sesuatu

ilmu, maka mereka akan mengeluarkan pendapat dan pandangan mereka dalam ilmu tersebut sehingga ketahap yang paling teruk atau parah iaitu dengan membuat ajaran sendiri atau lebih dikenali sebagai ajaran sesat.

7.1 MENGETAHUI SIFAT MELAMPAU DALAM AJARAN SESAT 7.1.1. SEGI AKIDAH ฀

Mendakwa sebagai Tuhan



Mendakwa Allah SWT bersifat selain daripada apa-apa sifat yang selayaknya bagi Allah SWT;



Mendakwa selain Allah SWT (makhluk) juga mampu mendatangkan sesuatu (manfaat dan mudharat)



Mendakwa setiap musibah datang makhluk halus (jin dan syaitan)



Mendakwa Allah SWT sebati di dalam diri ( Wahdatul Wujud atau God Spot );



Mendakwa terima wahyu



Mendakwa ghaib (tidak mati) dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi;



Mendakwa tahu perkara-perkara ghaib



Mendakwa tahu bila kemunculan Imam Mahdi



Mendakwa tahu nasib seseorang



Mendakwa tahu huruf-huruf dalam kalimah tertentu mempunyai maksud yang tertentu



Mendakwa mampu berinteraksi dengan orang mati, jin, syaitan atau malaikat secara langsung

8 ฀

Mendakwa mampu memindah atau menangguhkan bala ฀ Mendakwa mampu berhubung terus dengan Allah SWT



Mendakwa mampu menangguhkah Kiamat



Mendakwa mampu melihat Allah SWT di dunia



Mendakwa mampu melihat Rasullullah S.A.W secara sedar ( yaqazah)



Mendakwa mampu memindahkan kekuatan luar biasa kepada seseorang



Mendakwa layak mengesahkan keislaman, menentukan jaminan keampunan Allah SWT dan kesudahan neraka atau syurga bagi seseorang



Mendakwa akan ditimpa bala sekiranya mendedahkan isi-isi ajaran kepada umum



Mendakwa roh orang mati mampu menjelma ke dalam jasad orang hidup



Mendakwa roh orang mati mampu memberi pertolongan apabila diseru (kebiasaannya berlaku di kuburan yang dipercayai mempunyai keramat)



Mendakwa ada nabi selepas nabi Muhammad S.A.W



Mendakwa memikul tugas nabi atau rasul secara khusus



Mendakwa sebagai nabi atau rasul



Mendakwa sebagai wakil nabi atau rasul untuk memberi syafaat



Mendakwa sebagai Imam Mahdi



Mendakwa sebagai wali Allah



Mendakwa sebagai jelmaan sahabat-sahabat nabi S.A.W atau syeikh-syeikh tertentu



Mendakwa sebagai insan ma’sum



Mendakwa dapat nur daripada Allah SWT dan para rasulnya



Mendakwa dapat jaminan keampunan Allah SWT atau jaminan syurga



Mendakwa memiliki kunci syurga



Mendakwa memiliki mukjizat



Mendakwa memiliki ma’unah 9



Mendakwa suara hati sebagai bisikan Allah SWT yang pasti benar untuk dituruti



Mendakwa dosa dapat ditebus dengan wang



Mendakwa nikmat atau azab kubur dan peristiwa-peristiwa selepas mati tidak wujud



Mendakwa tidak perlu melaksanakan sebarang amal kebaikan kerana dosa dan pahala, neraka dan syurga telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi



Mendakwa semua yang lahir daripada diri adalah benar datang daripada Allah SWT, ia tidak perlu dipersoalkan dan wajib dituruti



Mendakwa semua manusia didunia ini mukmin (dengan hujah, naluri asal manusia mengaku wujudnya tuhan) dan kesudahan setiap manusia di akhirat kekal di dalam syurga ฀ Mendakwa semua agama adalah sama (pluralisme agama)



Mendakwa Ahlul Bait atau sahabat-sahabat nabi S.A.W yang tertentu sebagai kafir dan wajib dimusuhi



Menghina apa-apa ajaran Islam yang bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah



Menghina naskhah Al-Quran melalui perkataan atau perbuatan 7.1.2. SEGI SYARIAH

 Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dalam syariat Islam  Mendakwa harus melakukan perkara haram, asalkan bertujuan mulia  Mendakwa solat atau apa-apa amalan yang disyariatkan memadai dengan niat  Mendakwa solat fardhu secara berjemaah bukan dalam syariat Islam  Mendakwa kiblat solat boleh juga dihadapkan selain ke Kaabah  Mendakwa fardhu haji boleh juga ditunaikan selain di Mekah  Mendakwa telah sampai kepada hakikat (kesempurnaan insan) dan tidak perlu kepada sebarang syariat  Mendakwa tareqat yang diamalkan sebagai jaminan kepada keredhaan Allah SWT, padahal terdapat unsur-unsur meragukan atau jelas menyalahi syariat 10  Mendakwa As-Sunnah bukan sebahagia daripada sumber syariat Islam (golongan anti hadis)  Menolak sebarang tafsiran ayat Al-Quran atau teks hadis yang telah diijma’ oleh para ulama mu’tabar

 Mendakwa tidak bermazhab , tidak perlu mengikut mazhab atau merendah-rendahkan mereka yang beramal mengikut mazhab (mereka hanya merujuk teks-teks hadis sebagai sumber asal dalam memahami sesuatu amalan (tanpa melihat perbincangan ulama mazhab)  Mendakwa bid’ah dengan pengertian sesat dan pelakunya ahli neraka ke atas umat Islam yang melakukan apa-apa amalan yang tiada rujukan teks-teks hadis secara zahir, sedangkan terdapat pandangan ulama’ yang mengharuskannya  Menghalalkan nikah adik beradik (mahram )  Mengharamkan kahwin dengan bukan ahli kumpulan  Mengharamkan kahwin bekas isteri guru  Menghalalkan kahwin mut’ah (kontrak  Menghalalkan nikah batin atau ghaib (tanpa wali dan saksi  Mengharamkan kahwin wanita yang diminati oleh guru  Menghalalkan seks tanpa nikah  Mendakwa penyakit hanya akan sembuh dengan melakukan persetubuhan atau apa-apa perlakuan ke arah perbuatan tersebut  Mendakwa guru berhak keatas diri (maruah, kebiasaannya berlaku kepada pengikut wanita), keluarga dan harta kepada guru  Mendakwa khalwat atau suluk sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT atau jaminan mendapat keredhaan, walaupun terpaksa mengabaikan amalan-amalan fardhu ( sebagai conto...


Similar Free PDFs