Dasar kolonial British di Burma dan Kesannya PDF

Title Dasar kolonial British di Burma dan Kesannya
Course Lesure and lifestyle marketing
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 13
File Size 168.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 115
Total Views 216

Summary

1 PengenalanDefinisi dasar Kolonial ialah satu dasar untuk melaksanakan imperialisme dan kolonialisme bagi meluaskan pengaruh mereka ke atas negara yang dijajah. Dasar ini juga merupakan dasar yang dilaksanakan melalui penindasan, penghinaan atau eksploitasi terhadap penduduk tempatan. Kedatangan pi...


Description

1.0 Pengenalan Definisi dasar Kolonial ialah satu dasar untuk melaksanakan

imperialisme dan

kolonialisme bagi meluaskan pengaruh mereka ke atas negara yang dijajah. Dasar ini juga merupakan dasar yang dilaksanakan melalui penindasan, penghinaan atau eksploitasi terhadap penduduk tempatan. Kedatangan pihak British ke Burma pada tahun 1886-1942 telah melaksanakan dasar kolonial terhadap penduduk tempatan Burma dari segi ekonomi, sosial dan politik yang dapat memberi impak ke atas penduduk tempatan. British telah menakluki Burma tidak kurang daripada 60 tahun.1 Sebelum pihak British berjaya menakluki Burma, terdapat tiga peperangan yang dihadapi oleh Burma sebelum British mengambil alih pentadbiran di negara tersebut. Perang pertama telah berlaku pada 1824 hingga 1826 yang melibatkan orang Arakan yang ingin mendapatkan hak mereka dan mengusir tentera Ava yang bertindak keterlaluan kepada orang awam.

Tentera Ava bertindak kejam dengan

membunuh binatang ternakan, membakar rumah kediaman dan membunuh 19 orang pemimpin tempatan. Peperangan kedua pada 1852 hingga 1853 yang berpunca daripada rasa tidak puas hati raja-raja Myanmar kesan daripada perjanjian Yandaboo yang telah menjatuhkan martabat dan maruah bangsa dan negara. Peperangan ketiga telah berlaku pada 1885 hingga 1886 antara Myanmar dan Britain. Namun dalam peperangan ketiga ini lebih kepada pengilhakan iaitu British mengilhak Myanmar kerana peranan penting yang dimainkan oleh kelompok saudagar British di Yangon, India dan Britain. Akhirnya Myanmar terpaksa akur kepada imperialisme British dan pada 1 Januari 1886 dan dengan rasminya seluruh Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-India. 2

1 David Joel Steinbery et al, In Search of Southeast Asia, Published in the United States of America:Praeger Publisher Inc,1971,hlm.272. 2 Abu Talib Ahmad,Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm. 199.

1

2.0 Dasar Kolonial British di Burma (politik) dan kesannya Semasa di bawah penjajahan British, Myanmar telah mengalami perubahan dalam bidang politik,

sosial, dan ekonomi. Kedatangan pihak British sebenarnya sudah

disedari oleh ramai rakyat tempatan tetapi mereka tidak menyangka bahawa negara mereka akan dijajah akhirnya. Sehinggalah wangsa Konbaung ditamatkan dan peristiwa ini memberi kesan yang besar terhadap sejarah tempatan. Dari segi politik, British telah memperkenalkan Akta Kampung 1887 yang dibuat oleh Crosthwaite pada 28 Oktober 1887. Tujuan Akta Kampung ditubuhkan sebenarnya adalah untuk mengekalkan keamanan dan mengumpulkan hasil cukai yang dikenakan ke atas ketua dan kampung-kampung. 3

Akta ini juga bertujuan

menjadikan ketua kampung sebagai alat utama untuk menguasai rakyat dengan memberikan sedikit kuasa dan sokongan undang-undang kepada ketua kampung. Selain itu, melalui Akta Kampung 1887, British telah memperkenalkan konsep tanggungjawab

kolektif terutamanya

apabila melibatkan pembunuhan pegawai-

pegawai British, tanggungjawab penduduk kampung untuk menangkis setiap serangan musuh dan kuasa pegawai daerah memindahkan individu serta saudaramara mereka yang dianggap subversif.

4

Crosthwaite telah mengakui undang-

undang seperti Akta Kampung cukup berkesan untuk mengamankan daerah-daerah yang sentiasa bergolak setiap kali berlaku perubahan kerajaan di pusat seperti yang berlaku di Sagaing, Shwebo, Ava dan Hilir Chindwin. Kesan daripada pelaksanaan Akta Kampung 1887 tersebut, seluruh penduduk kampung di Sagaing yang telah memberi bantuan kepada pihak musuh telah dipindahkan dan sebuah kampung lain yang telah berbuat demikian telah didenda. 5 Berikutan

tindakan yang dijalankan tersebut, akhirnya telah berjaya memaksa

seorang pemimpin gerakan anti-British menyerah diri bersama dengan 42 orang pengikutnya pada bulan Mei 1890. 6 Pengenalan Akta kampung ini juga telah berjaya mengamankan keadaan di daerah-daerah yang bergolak dan keadaan yang tidak terkawal berjaya dibendung oleh pihak British. Selain itu, Pihak British telah berjaya 3 D.G.E.Hall.Sejarah Asia Tenggara,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1971,hlm.896. 4 Abu Talib Ahmad,Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm.211. 5 Ibid,.hlm.211. 6 Ibid.

2

memansuhkan kuasa-kuasa ketua kampung yang sebelum ini memiliki kuasa dan pengaruh yang kuat terhadap penduduk tempatan. Namun selepas Akta Kampung 1887 diperkenalkan oleh British myothugy-myothugy dan taikthugy-taikthugy telah dimansuhkan dan beransur-ansur unit sosial dan politik bumiputera yang terbesar telah termusnah dan corak pentadbiran yang tetap secara langsung telah dikuatkuasakan dengan daerah kampung-kampung telah diletakkan di bawah kuasa pegawai pentadbiran awam iaitu myo-ok atau pegawai pentadbiran.7 Kedua ialah bentuk pentadbiran sesebuah Negara yang dijajah termasuklah Myanmar bertujuan untuk memaksimumkan pengeksloitasian sumber manusia dan sumber semulajadi. Oleh itu pentadbiran yang cekap sentiasa diutamakan oleh pihak British dan kebajikan rakyat tempatan tidak termasuk dalam perkiraan mereka.

Myanmar telah dipecahkan dari segi pentadbiran

kepada pusat yang

meliputi lembangan Irrawaddy, Tenasserim serta bahagian pamah di Arakan dan Myanmar pinggir yang meliputi negeri-negeri Shan, Bukit Kachin, Bukit Chin, serta kawasan berbukit di Arakan.8

Dari segi penggunaan sumber semulajadi, pihak

British telah menguasai tanaman padi yang menjadi hasil utama kemakmuran ekonomi penjajah. Antara kawasan yang menghasilkan pengeluaran padi yang penting ialah Myanmar Hulu sehingga tahun 1941 yang mempunyai keluasan 459,000 ekar tanah padi, Zon kering dua juta ekar, Prome dan Toungoo di Lembah Sittang mempunyai keluasan 800,000 ekar, Arakan 931,000 ekar , Tenasserim 1,447,000 ekar dan delta Irrawaddy

lapan juta ekar yang meliputi Henzada,

Tharawaddy, Insein, Yangon, Maubin, Pyapon, Myaungmya, dan Bassein. 9 Penjajah telah menguasai sumber semula jadi seperti tanaman padi untuk kemakmuran ekonomi mereka. Kesan daripada pentadbiran tersebut, dapat dilihat dalam pentadbiran yang terdapat di negeri-negeri Shan yang dianggap sebagai contoh terbaik. Pada tahun 1895, negeri-negeri Shan telah dikelompok ke dalam negeri-negari Shan Utara dan Shan Selatan dan setiap kelompok tersebut diletakkan di bawah seorang pengusaha atau residen supaya pentadbiran dan kawalan yang ketat dapat dilaksanakan. Tugas pengusaha ialah memberi nasihat dalam urusan pentadbiran yang mesti dipatuhi, 7 D.G.E.Hall.Sejarah Asia Tenggara,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1971,hlm.896-897. 8 Abu Talib Ahmad,Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm.226. 9 Ibid,.hlm.257-258.

3

memeriksa kewangan

dan menyemak fail jabatan secara kerap. Namun,

pentadbiran yang bercorak demikian tidak mewujudkan kesepaduan dalam kalangan para pembesar

ataupun orang Shan sendiri. 10

Dari segi sumber

semulajadi, pertumbuhan industri padi yang pesat amat mengagumkan penjajah dan penduduk tempatan. Namun peranan kerajaan penjajah dikatakan kurang memberangsangkan. Sumbangan pihak kerajaan

adalah berkaitan

dengan

pembinaan sistem pengairan seperti meluruskan sungai, membesarkan empangan, terusan dan tangki air untuk pertanian. Selain itu, Pihak penjajah hanya memberi tumpuan kepada Myanmar Hilir sahaja, manakala Shwebo, kyaukhse, Minbu, Mandalay dan

Meiktila hanya

diberikan perhatian yang paling

minimum. 11

Walaubagaimana pun, penduduk tempatan dapat menikmati kemakmuran ekonomi hasil daripada pengeluaran padi yang berkembang pesat di Burma. Ketiga ialah sistem pentadbiran kehakiman berdasarkan prinsip pengasingan kuasa Inggeris. Pengenalan ini telah bermula dengan penubuhan sebuah Mahkamah Besar untuk Hilir Burma dalam tahun 1900 dan seterusnya pada tahun 1905 terbentuklah perkhidmatan kehakiman yang berasingan untuk mengambil alih segala perkara awam dan beberapa kes jenayah pegawai-pegawai pekerja tempatan. Namun disebabkan masalah ekonomi, perubahan tersebut tidak dapat dijalankan di Ulu Burma, tetapi Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah telah bertugas sebagai Hakim Mahkamah Rendah dan Timbalan Pesuruhjaya pula membicarakan semua perkara-perkara sipil di wilayah-wilayah yang jauh terpencil. 12 Pada tahun 1899, terbentuklah jabatan yang berasingan untuk mengambil alih pengelolaan penjara dari Merinyu. Di Burma, perkembangan-perkembangan kehakiman atau undang-undang penting untuk digesa kerana pertambahan kepada jenayah dan huru-hara akibat tindakan penduduk tempatan yang membantah dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh pemerintahan asing. Kesan daripada perubahan yang berlaku dalam bidang perundangan dapat dilihat apabila Maingy telah memperkenalkan sistem perundangan

British-India

tanpa mengetepikan adat perundangan tradisional. Selain itu, pegawai-pegawai British juga telah mendapatkan nasihat daripada

pakar perundangan tempatan

10 Ibid,.hlm.230-231. 11 Abu Talib Ahmad,Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm.258. 12 D.G.E.Hall.Sejarah Asia Tenggara,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1971,hlm.899.

4

(tradisional) supaya perjalanan undang-undang penjajah dilihat sebagai adil kepada orang Eropah dan Burma khususnya. 13 Selepas tahun 1872 dan pada tahun 1890, Myanmar

Hulu

telah

melantik

seorang

Pesuruhjaya

Kehakiman

yang

juga

berperanan sebagai Mahkamah Rayuan serta menyemak hukuman-hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah. Pada tahun 1905, satu perkhidmatan kehakiman diwujudkan untuk seluruh Myanmar dan jabatan ini kemudiannya mengambil alih semua kes sivil dan

sebahagian daripada kes jenayah yang sebelum ini

dikendalikan oleh Timbalan Pesuruhjaya. Manakala, kes-kes biasa akan dibuat di Mahkamah Majistret sementara kes yang lebih berat akan dibawa ke Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Agung yang ditubuhkan pada tahun 1923. 14 Contohnya semasa perbicaraan Hsaya san pada tahun 1930-an kerana pemberontakan yang dilakukan oleh beliau. Keamanan dan keselamatan di Burma lebih terkawal selepas perubahan-perubahan perundangan yang dilakukan oleh pihak British. Tambahan pula, masalah kes-kes jenayah yang melibatkan penganut agama Buddha telah menarik perhatian. Hal ini kerana agama Buddha sering dikaitkan dengan larangan melakukan keganasan terhadap semua makhluk yang bernyawa. Namun kegiatan jenayah ganas yang semakin berleluasa menunjukkan agama tersebut gagal mempengaruhi mereka. Sebenarnya, mereka bertindak sedemikian apabila sistem perundangan dan mahkamah British bergantung kepada bukti dan peguam yang berkaliber yang akan mempengaruhi perjalanan mahkamah terutama melibatkan rasuah dan tidak adil. Keempat ialah penubuhan Pesuruhjaya Penempatan dan Rekod Tanah pada tahun 1900. Pesuruhjaya ini telah dilantik untuk menguruskan perkara-perkara mengenai hasil cukai tanah di Burma dengan lebih licin lagi. Pada tahun 1900 juga, kawasan yang lebih rapi terhadap pelajaran telah dijalankan dan pelajaran Negara telah mula diluaskan dengan pesatnya. Jabatan Hutan Syarikat Kerjasama telah ditubuhkan pada tahun 1901. Pada tahun 1905 pula, seorang Ketua Penyimpan Hutan telah dilantik dan dalam tahun 1908, Pengarah Pertanian, Jabatan-jabatan Pertanian, Haiwan dan Perikanan telah muncul. Pada tahun 1908, Pesuruhjaya Kesihatan telah dilantik dan Jabatan Kesihatan Awam telah mula bertugas dibawah Jabatan Perubatan. Selain itu, pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ,

13 Abu Talib Ahmad,Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm.233. 14 Ibid,.hlm.234.

5

beberapa perkhidmatan baru seperti kesihatan awam, ukur tanah, koperasi, perhutanan, pertanian, perikanan dan haiwan telah ditubuhkan oleh penjajah. Jabatan-jabatan khas

telah diisi oleh warganegara British dengan majoriti

kakitangannya terdiri daripada orang India. 15 Semua pegawai British dibayar gaji seperti kadar di Britain dan pada abad ke-20, kos pentadbiran termasuk membayar gaji yang tinggi kepada pegawai-pegawai asing menelan hampir 75 peratus perbelanjaan tahunan. Kesan daripada pelaksanaan dasar ini ialah jumlah kos perbelanjaan yang perlu dibelanjakan oleh pihak penjajah adalah sangat banyak dan sebenarnya satu jumlah yang besar juga untuk pembinaan prasarana di Burma. Namun, apabila beberapa jabatan telah ditubuhkan perkara ini memudahkan pentadbiran di Myanmar. Tambahan pula, perkara-perkara berkaitan dengan hasil cukai tanah dapat diuruskan dengan lebih berkesan dan licin. Beberapa perkhidmatan baru seperti kesihatan awam, perikanan, pertanian dan sebagainya dapat memberi manfaat kepada penduduk tempatan untuk bersiap sedia dalam berkerajaan sendiri apabila tiba masanya nanti. Penduduk tempatan juga dapat mempelajari dan meneruskan segala jabatan yang telah ditubuhkan oleh pihak British kelak. Namun peluang untuk melibatkan diri dalam jabatan-jabatan khas ini banyak diisi oleh orang India dan perkara ini semestinya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat tempatan. Kelima ialah perlembagaan Dyarchy (dua pihak yang bebas) yang telah diperkenalkan pada tahun 1921 berikutan bantahan yang keras telah

muncul

dengan tiba-tiba di Burma dan perkembangan politik yang telah mengejutkan semua pihak. Semangat kebangsaan Burma telah memuncak dan mereka telah memulaukan serta membuat tuntutan untuk berkerajaan sendiri. Oleh itu, British telah memutuskan untuk meluaskan ke Burma perlembagaan Dyarchy seperti yang telah diperkenalkan ke beberapa wilayah India yang lain oleh Rang Undang-undang Kerajaan India pada tahun 1919. Jawatankuasa Pembaharuan Burma yang dipengerusikan oleh Sir Frederick Whyte telah membuat butir-butir lanjut tentang peraturan baharu. Walaupun terdapat puak-puak pelampau dalam kalangan ahliahli politik Burma mencela pemerintahan dua kuasa bebas sebagai tidak

15 Abu Talib Ahmad,Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm.232.

6

mencukupi, namun Burma telah menjadi sebuah wilayah Gabenor pada tahun 1923.16

Namun dalam menubuhkan sebuah wilayah Gabenor tersebut, Negara-

negara Syan, Bukit Kerenni dan Tribal telah dikecualikan daripada turut serta. Hal ini dikatakan sebagai langkah pertama untuk menuju ke arah “ Kesedaran kerajaan bertanggungjawab yang progresif”.17 Dalam hal ini Majlis Mesyuarat Undangan telah bertambah ahlinya menjadi 103 orang dan di antaranya 79 dipilih mengikut hak mengundi cara demokrasi, 2 orang adalah bekas pegawai dan 22 orang dilantik kerajaan telah ditugaskan kepada gabenor berserta dengan Majlis Kerja yang terdiri daripada dua orang anggota yang menjaga Perkara-perkara Khas, dan dua orang Menteri yang bertanggungjawab kepada majlis mesyuarat undangan yang menjaga Perkara-perkara Perpindahan. Perkara-perkara Khas yang dimaksudkan ialah hal-hal pertahanan, undang-undang, keamanan dan hasil cukai. Manakala Jabatan yang boleh dipindahkan

ialah Jabatan Pelajaran, kesihatan umum, kehutanan, dan

eksais. Hak untuk mengundi juga telah diberikan kepada ketua keluarga tanpa mengira jantina dan 19 tahun sebagai had umur yang paling rendah sekali. 18

Kesan daripada pelaksanaan tersebut, pemerintahan Dyarchy dapat memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk mengkaji politik masing-masing. Apabila Suruhanjaya Simon tiba pada tahun 1928 untuk meninjau semula perlaksanaan pembaharuan-pembaharuan yang

telah diperkenalkan pada 1923.

Suruhanjaya ini telah melaporkan menyokong pengasingan dan mencadangkan beberapa kemajuan perlembagaan. Hal ini juga memberi kesan kepada pemikiran rakyat tempatan yang secara tiba-tiba mereka telah menukar fikiran terhadap soal pengasingan.

Dr.Ba

Maw,

seorang

pemuda

yang

bercita-cita

memegang tampuk pimpinan politik telah mengisytiharkan

tinggi

untuk

dengan lantangnya

mengenai Burma yang sekiranya dipisahkan dari India akan menyebabkan kadar kemajuan perlembagaan menjadi lambat daripada India.

16 D.G.E.Hall.Sejarah Asia Tenggara,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1971,hlm.902. 17 Ibid,.hlm.902. 18 Ibid,.hlm.902.

7

3.0 Dasar kolonial British di Burma (Ekonomi) dan Kesannya. Perkembangan ekonomi penjajah yang berteraskan pertanian padi, eksploitasi balak dan logam telah menjadikan Myanmar terlalu bergantung kepada pasaran antarabangsa dari segi eksport dan import. Melalui hasil pertanian, balak dan logam, Myanmar dihubungkan dengan ekonomi empayar British dan rakan niaga utamanya terdiri daripada

India, Tanah melayu dan Britain. Padi merupakan

tanaman pertanian yang utama bagi penjajah. Oleh itu, British telah mengamalkan dasar ekonomi bebas. Ekonomi penjajah sebenarnya dikuasai oleh kepentingan asing seperti syarikat-syarikat besar British dan juga orang India. 19

Contohnya

dalam sektor industri minyak. Terdapat tiga syarikat Eropah iaitu Burman Oil, British Burma Petroleum, dan Burma Shell yang memonopoli hampir 98 peratus pengeluaran minyak yang berpusat di Yenangyang dan Chauk. Sementara itu, bagi pengeluar-pengeluar Burman yang kecil hampir tidak kelihatan. Burma Corporation telah menguasai bidang perlombongan terutamanya di Bawdwin yang terletak berhampiran Lashio yang merupakan pengeluar terbesar plumbum dan perak di dunia di samping kuprum, nikel, emas dan tembaga. 20 Sementara syarikat-syarikat seperti British-Burma Trading Corporation, Steel Brothers, Foucar, MacGregors dan T.D. Findlay pula terlibat dalam pelbagai sektor seperti pembalakan, pengilangan padi, ladang getah, kilang simen, kilang tekstil, dan kilang penapis minyak.

Kedua ialah dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan pendatang asing ke Burma. Orang India tiba di Myanmar sebelum kedatangan British lagi. 21 Selepas tahun 1852, kedatangan orang India semakin rancak disebabkan ekonomi yang terdapat di Burma. Oleh kerana keadaan mereka terutamanya yang berasal dari Madras, Benggala dan Uttar Pradesh mengalami kemiskinan, kemarau dan kebuluran telah menyebabkan mereka datang ke Burma. Tambahan pula galakan daripada kerajaan penjajah telah memudahkan lagi mereka untuk ke Burma. Pada tahun 1881, penduduk berbangsa India di Myanmar tidak termasuk Arakan berjumlah 129,566 orang atau 4.1 peratus daripada seluruh penduduk tempatan. Selepas tahun 1852,

Myanmar Hilir mula menerima penghijrahan dari Myanmar

19 Abu Talib Ahmad,Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka,2000,hlm.256. 20 Ibid,.hlm.256. 21 Ibid,.hlm.261.

8

Hulu, Arakan dan kawasan sekitarnya sehingga bangsa Mon tenggelam dalam budaya bangsa Burman. Myanmar juga menerima penghijrah dari India yang tertumpu di Myanmar Hilir dan Arakan. Pendatang India ini juga dikatakan telah memberi sumbangan yang besar terhadap ekonomi di Burma. Kesan daripada galakan penjajah terhadap penghijrahan pendatang asing ialah apabila berlaku kemelesetan ekonomi lewat tahun 1920-an dan sepanjang 1930-an, orang asing tersebut telah menjadi mangsa kemarahan dan kecaman rakyat tempatan sehingga menimbulkan persengketaan ras iaitu orang India dengan Burman dan agama Islam dengan Buddha. 22 Sebenarnya masalah ini telah timbul sejak Arakan dibanjiri oleh penghijrahan dari Benggala dan penduduk tempatan tidak menyenangi kehadiran mereka dengan jumlah yang banyak. Pada tahun 1870-an, pentadbir penjajah melaporkan sikap antiasing yang begitu ketara di

Arakan

walaupun

selepas

tahun

1852

Arakan

telah

tersisih

daripada

pertumbuhan ekonomi yang pesat. Selain itu, d...


Similar Free PDFs