Etika Profesional DOCX

Title Etika Profesional
Author TheAazwann Aazwann
Pages 9
File Size 25.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 43
Total Views 267

Summary

OUMM3203 Etika Profesional Faktor-faktor yang Membentuk Etika Individu 1.0 PENGENALAN Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk ”Malaysia – Melangkah ke Hadapan” semasa pelancaran Majlis Perdaganga...


Description

OUMM3203 Etika Profesional Faktor-faktor yang Membentuk Etika Individu 1.0 PENGENALAN Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia – Melangkah ke Hadapan" semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia. Kertas kerja tersebut mengandung satu gagasan pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Gagasan tersebut kemudiannya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Matlamat utama yang dicita-citakan dalam wawasan ini ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan sahaja terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah merangkumi politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan corak negara-negara maju yang wujud sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna dan tidak hanya diukur daripada sudut pembangunan materialistik sahaja. Oleh itu, dalam gagasan ini kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna berlandaskan kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi. Kehendak ini adalah bertepatan dengan cabaran ketujuh yang terkandung dalam Wawasan 2020. Cabaran ketujuh tersebut adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafah moral dan etika yang tinggi demi untuk kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara. Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah penting kerana kemajuan daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan sesebuah masyarakat dan negara itu pincang. Penghayatan dan amalan nilai-nilai moral dan etika oleh setiap anggota masyarakat akan menjadi penghalang dalaman kepada mereka untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kelebihan yang dimiliki untuk mengganggu hak orang lain. 2.0 Definisi Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu itu sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang...


Similar Free PDFs