FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN DOCX

Title FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN
Author Faiz Infy
Pages 3
File Size 86.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 159
Total Views 778

Summary

FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN Kemiskinan di Malaysia adalah suatu isu ekonomi berkontroversi. Takrifan kemiskinan dan garis kemiskinan untuk rakyat Malaysia telah dipertikaikan, dan dasar kerajaan untuk menangani kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baru telah berhadapan dengan pelbagai bantahan politik. Apa...


Description

FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN Kemiskinan di Malaysia adalah suatu isu ekonomi berkontroversi. Takrifan kemiskinan dan garis kemiskinan untuk rakyat Malaysia telah dipertikaikan, dan dasar kerajaan untuk menangani kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baru telah berhadapan dengan pelbagai bantahan politik. Apabila sesuatu negara itu sedang menempuhi era kemodenan, pada kebiasaannya suatu bentuk kemiskinan baru akan mula terjadi; ini adalah contoh masalah kemiskinan di bandar. Kemiskinan melampau dikenalpasti apabila sesebuah isi rumah tidak berkemampuan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, keperluan kesihatan, pelajaran, mengalami kebuluran dan sebagainya. Terdapat 2 jenis kemiskinan iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan yang berlaku di luar bandar.Kemiskinan yang menular dibandar berpunca dari pelbagai sebab salah satunya ialah apabila terdapat penghijrah daripada luar bandar, kos hidup di bandar tinggi, dan kekurangan peluang pekerjaan. Manakala kemiskinan luar bandar pula biasanya terjadi kerana had pekerjaan dan taraf pendidikan yang rendah. Walaupun kebanyakan pendapatan penduduk bandar tidak dikategorikan sebagai golongan pendapatan rendah. Namun begitu, pendapatan mereka adalah tidak seimbang dengan perbelanjaan. Ini disebabkan kos hidup bandar adalah tinggi dan membebankan. Kos hidup bandar pula amat dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Terutamanya ialah inflasi. Kadar inflasi 3.9% pada tahun 2009 telah meningkat kos hidup bandar dan seterusnya mempengaruhi kadar kemiskinan....


Similar Free PDFs