Faktor pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar PMM PDF

Title Faktor pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar PMM
Author Mohd Faizal Mat Pesa
Pages 7
File Size 145.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 168
Total Views 271

Summary

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DALAM PEMILIHAN KERJAYA: KAJIAN DI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI, POLITEKNIK MERLIMAU Mohd Faizal Mat Pesa Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau Hasbullah Mustafa Unit Psikologi dan Kaunseling Nurul Sa...


Description

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR DALAM PEMILIHAN KERJAYA: KAJIAN DI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI, POLITEKNIK MERLIMAU Mohd Faizal Mat Pesa Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau Hasbullah Mustafa Unit Psikologi dan Kaunseling Nurul Sa`adah Mohyeddin Sek Keb Merlimau ABSTRAK Pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kehendak kendiri dan keperluan industri merupakan perkara yang amat penting selepas tamat pengajian khususnya kepada pelajar lepasan politeknik. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya selepas tamat pengajian yang melibatkan 62 orang pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Merlimau.Terdapat empat faktor yang dikaji iaitu faktor ibu bapa, minat, gaji dan rakan sebaya. Kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif dihuraikan dalam bentuk min dan peratus. Data diperoleh daripada soal selidik dan dianalisa menggunakan SPSS 23.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mendorong dan mempengaruhi pelajar membuat pilihan dalam pekerjaan selepas tamat pengajian berada pada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini mendapati faktor pengaruh Ibu bapa paling memberi kesan terhadap responden iaitu min (3.75) diikuti faktor kedua tertinggi iaitu minat (3.34),gaji (3.18).Manakala min paling rendah dan memberi kesan yang minima adalah faktor rakan sebaya (3.01).Selain itu juga kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya bukan penentu dalam pemilihan kerjaya pelajar selepas tamat pengajian.Walaupun dapatan kajian menunjukan faktor ibu bapa paling dominan ini tidak bermaksud ibu baya perlu mengenepikan minat anak masing-masing.Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam melahirkan graduan yang berkualiti demi kelestarian pembangunan negara. (Kata kunci:Faktor-faktor,mempengaruhi pelajar,pemilihan kerjaya,Politeknik Merlimau)

PENDAHULUAN Perkembangan sektor ekonomi melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menjana banyak peluang pekerjaan pada masakini.Pilihan kerjaya yang tepat dan sesuai oleh seseorang pelajar mengikut bidang yang diminati amat penting.Kerja adalah ibadah dan penentu kepada kejayaan kehidupan individu pada masa depan.Oleh itu, graduan yang tamat pengajian perlu membuat pilihan kerjaya yang tepat supaya tidak menyesal nanti.Jesteru, penting bagi seseorang mengambil kira faktorfaktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya yang boleh memberi kelebihan dan kebaikan kepada mereka.Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada nilai hidup,sikap,gaya dan personalitinya (Caplow 1954). Tamat pengajian di menara gading adalah cita-cita semua orang yang bergelar mahasiswa. Kini tiba masanya mereka ini membuktikan dan mempraktikan ilmu yang dipelajari 1|Page

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020

dalan bidang lapangan pekerjaan pula. Dewasa kni memperlihatkan kita betapa ramai mahasiswa yang telah tamat pengajian tetapi masih mengannggur. MASALAH KAJIAN Negara mengalami kerugian yang besar akibat menampung kos pengangguran dalam kalangan siswazah dan ia merupakan satu pembaziran. Khususnya dalam kos pendidikan dan latihan yang ditanggung oleh kerajaan.amatlah tinggi dan tempoh masa untuk mendapatkan ijazah adalah panjang (Yussof, Ismail & Sidin, 2008). Individu akan berasa puas dengan kehidupannya apabila memiliki pekerjaan yang tetap dan terjamin. Malah kedudukan pekerjaan melambangkan status masyarakat, tahap ekonomi dan pendapatan serta taraf hidup seseorang individu. Kebanyakkan siswazah yang menganggur ini bukanlah tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima tawaran pekerjaan tetapi tugas kerja yang ditawarkan mungkin tidak sesuai dengan mereka (Abdullah 2001). Pengaruh keluarga terutama ibu bapa seringkali menjadi tempat rujukan dalam membuat keputusan untuk anak anak sambung belajar dan membuat pilihan dalam pemilihan kerjaya mereka. Beberapa kajian yang menyokong terdapat pengaruh ibu bapa terhadap pemlihan kerjaya anak-anak seperti Axelbas dan Herma (1951), Hushim Salleh (dlm Ishmuddin hj salleh1997) dan Becker (1994). Faktor ini dilihat relevan kerana mereka sudah semestinya sudah mengetahui kebolehan anak masing-masing. Namun apa yang menjadi kegusaran apabila ada dalam kalangan anak mereka menurut Noor Azlan dan Noridah (2010) terpaksa mengikut kehendak ibu bapa kerana tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa. Mereka juga sudah tentu ada perancangan kerjaya sendiri bila tamat pengajian nanti. Menurut Dimyati (1981), Amir Awang (1982) dan Mohamad Najib dan M.Noor (2018) pula pilihan kerjaya pelajar banyak ditentukan berdasarkan kepada minat. Minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang dipelajari akan menjadi pendorong kepada seseorang pelajar itu berusaha dengan lebih gigih dan berjaya apabila tiba dilapangan pekerjaan. Hal ini kerana mereka seronok bekerja kerana minat dan tidak mudah bosan. Namun begitu faktor minat sahaja tidak mencukupi jika tiada sokongan keluarga, ibu bapa dan rakan sebaya malah ada yang berjaya dalam bidang yang berlainan dengan apa yang diminati dan peluang pekerjaan dalam bidang yang diminati tersebut terlampau ramai graduan yang telah mengisinya. Faktor gaji amat sinonim dengan pekerjaan dan merupakan imbuhan, bonus atas kepenatan bekerja disamping ganjaran pahala disisi tuhan sebagai ibadah.Masalah gaji yang setaraf dengan kelayakkan sijil seringkali dibangkitkan malah gaji ini akan menjadi salah satu faktor penentu kepada persetujuan kepada pekerjaan tersebut dan ada masyarakat yang menerima kerja hanya disebabkan gaji yang tinggi semata-mata. Selain itu juga, pemilihan kerjaya seseorang pelajar turut dipengaruhi faktor rakan sebaya. Rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan rakan yang lain dalam membuat pemilihan kerjaya walaupun minat tidak sama malah ada yang bekerja hanya disebabkan ikut kawan semata-mata. Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar dari aspek pengaruh ibu bapa,minat,gaji dan rakan sebaya. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang ditetapkan adalah: I.

Menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya oleh pelajar semester akhir Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Merlimau.

2|Page

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020

METODOLOGI Kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif dihuraikan dalam bentuk min dan peratus. Data diperoleh daripada soal selidik dan dianalisa menggunakan SPSS 23.0. Semua maklumat tersebut diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan ditafsirkan secara kuantitatif. Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah menjalankannya melalui kajian lapangan. Seramai 62 orang pelajar Politeknik Merlimau semester akhir Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah terlibat sebagai sampel kajian. Manakala item soal selidik diadaptasi daripada kajian Yahya Buntat dan Khodijah Hassan (2010). Nilai pekali Alpha untuk kajian rintis bagi tahap kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi iaitu melebihi 0.88. Semua analisis data berbentuk deskriptif dihuraikan oleh pengkaji berdasarkan jadual interpretasi skor Mohd Majid Konting (2005) seperti di jadual 1 berikut: Jadual 1: Interpretasi Skor Min Min Skor Tahap 1.00 – 1.80 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 – 5.00 Sangat Tinggi Sumber: Mohd Majid Konting (2005) DAPATAN KAJIAN Kajian ini melibatkan 62 orang responden yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki (32.3) peratus dan 42 orang pelajar perempuan (67.7) peratus. Kajian ini hanya melibatkan pelajar semester akhir Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Merlimau. Jadual 2: Analisa faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar berdasarkan min Pemboleh ubah Keluarga

Min 3.75

Interpretasi Tinggi

Bil item 4

Minat Gaji Rakan sebaya

3.34 3.18 3.01

Sederhana Sederhana Sederhana

4 4 4

Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian mendapati faktor pengaruh Ibu bapa paling memberi kesan terhadap responden iaitu min (3.75) diikuti faktor kedua tertinggi iaitu minat (3.34), gaji (3.18). Manakala min paling rendah dan memberi kesan yang minima adalah faktor rakan sebaya (3.01). Berdasarkan jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa fakor keluarga adalah tinggi dengan purata min keseluruhan 3.75. Majoriti pelajar bersetuju (96.7%) bahawa.ibu bapa mereka akan memberi pendapat dan bertukar-tukar fikiran dalam memilih pekerjaan. Selain itu juga, dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar iaitu 95.5% yang diberi kepercayaan sepenuhnya oleh ibu bapa semasa memilih pekerjaan. Hal ini menunjukkan bahawa pemilihan kerja dalam kalangan pelajar tidak dikongkong oleh ibu bapa semata-mata malah ibu bapa memberi pilihan kepada mereka untuk mebuat pilihan.

3|Page

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020

Bil . B1 B2 B3 B4 B5

Jadual 3: Faktor keluarga ITEM

Min

interpretasi

Peratus

Ibu bapa saya memberi dorongan dan motivasi kepada saya dalam memilih pekerjaan

3.33

Sederhana

79

Ibu bapa saya memberi pendapat dan bertukar-tukar fikiran dalam memilih pekerjaan Ibu bapa prihatin terhadap perasaan saya dan tahap kesediaan saya dalam memilih pekerjaan Ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada saya dalam memilih pekerjaan Ibu bapa menghormati pandangan saya dalam memilih pekerjaan Min Keseluruhan

4.47

Sangat Tinggi Sederhana

59.6

Sangat Tinggi Tinggi

79

3.32 4.24 3.40

77.4

77.4

3.75

Faktor Minat Berdasarkan jadual 4, dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor minat berada pada tahap yang sederhana dengan min keseluruhan adalah 3.34. Persediaan pelajar dalam membuat pilihan kerja boleh dipuji apabila kesemua pelajar melakukan persediaan yang secukupnya sebelum menjalani temuduga bagi memastikan temuduga itu berjalan lancar, para pelajar juga akan menyediakan "resume" yang baik dan berkualiti (Min=3.57.) dan memilih pekerjaan mengikut kesesuaian dan minat (Min=3.55) selain itu juga, penyelidik mendapati kemahuan pelajar menghadiri kursus dan bertemu.kaunselor sebelum menentukan kerjaya yang dipilih adalah pada tahap sederhana sahaja.. Jadual 4: Faktor minat Bil. ITEM Min interpretasi Peratus C1 Saya mencari maklumat berkaitan pekerjaan di 3.40 Tinggi 79 semua lapangan termasuk surat khabar, iklan dan internet C2 Saya memilih pekerjaan mengikut kesesuaian dan 3.55 Tinggi 93.5 minat C3 Saya akan menyediakan "resume" yang baik dan 3.57 Tinggi 90.3 berkualiti C4 Saya membuat persediaan yang secukupnya 3.55 Tinggi 91.9 sebelum menjalani temuduga bagi memastikan temuduga itu berjalan lancar C5 Saya akan menghadiri kursus dan bertemu kaunselor 2.67 Sederhana 46.7 sebelum menentukan kerjaya yang dipilih Min Keseluruhan 3.34 Faktor Gaji Berdasarkan jadual 5, dapatan kajian menunjukkan faktor gaji kurang mempengaruhi pelajar dalam membuat pilihan kerja kerana berada pada tahap yang sederhana dengan min keseluruhan (3.34). Hal ini dapat dilihat melalui item D1(Min= 2.96) dan D5 (Min=2.61) masingmasing dengan min yang sederhana. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar 4|Page

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020

bersetuju tahap pendidikan dan gaji yang tinggi dapat menstabilkan ekonomi dan merealisasikan impian seseorang

Bil. D1 D2 D3 D4

D5

Jadual 5: Faktor Gaji ITEM Saya akan memilih pekerjaan berdasarkan gaji yang ditawarkan oleh sesebuah organisas Saya akan memilih pekerjaan mengikut kelayakan akademik yang menawarkan gaji yang lumayan Gaji bulanan yang tinggi akan mendorong saya bekerja dengan lebih efektif Tahap pendidikan dan gaji yang tinggi dapat menstabilkan ekonomi dan merealisasikan impian seseorang Saya akan menerima tawaran kerja yang menawarkan gaji yang tinggi sahaja

Min 2.96

Interpretasi Sederhana

Peratus 83.6

3.35

Sederhana

86.9

3.48

Tinggi

88.5

3.53

Tinggi

91.8

2.61

Sederhana

36.1

Min Keseluruhan

3.18

Faktor Rakan Sebaya Berdasarkan jadual 6, dapatan kajian faktor rakan sebaya kurang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya kerana berada pada tahap yang sederhana dengan min=3.01.Kebanyakkan para pelajar tidak terlalu bergantung dengan pandangan rakan sebaya dalam membuat pilihan kerja. Selain itu min paling rendah ialah rakan saya mengambil berat hal saya dalam memilih kerja. Bil. E1 E2 E3 E4 E5

Jadual 6: Faktor rakan sebaya ITEM Min Rakan sebaya mempengaruhi saya dalam memilih 2.96 pekerjaan Rakan saya membantu saya dengan memberi 3.03 pendapat dan pandangan dalam memilih pekerjaan Rakan saya berkongsi maklumat dengan saya dalam 3.15 memilih kerja Rakan saya mengambil berat hal saya dalam 2.87 memilih kerja Rakan saya mengajar saya memilih kerja sesuai 3.07 dengan tahap pendidikan Min Keseluruhan

Interpretasi Sederhana

Peratus 66.1

Sederhana

72.6

Sederhana

80.7

Sederhana

58.1

Sederhana

67.7

3.01

PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar semester akhir Jabatan Pelancongan dan hospitaliti di Politeknik Merlimau membuat pilihan dalam pekerjaan berada pada pada tahap yang sederhana. Faktor pengaruh ibu bapa menjadi faktor yang paling tinggi dengan min 3.75 dan memberi kesan kepada responden dalam pemilihan kerja. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Yahya Buntat dan Khodijah Hassan (2010).Namun dapatan ini bertentangan dengan kajian Noor Azlan dan Norafidah (2010) mendapati faktor nilai pengaruh ibu bapa kurang mempengaruhi pemilihan kerjaya.

5|Page

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020

Berdasarkan dapatan kajian juga faktor minat amat mempengaruhi pelajar dalam membuat pilihan kerjaya selepas tamat pengajian. Hal ini bertepatan dengan kajian Farizah Kassim (2008) yang dijalankan di sekolah Menengah teknik Tawau Sabah dan Zairoslawanee Zaib (2014) kajian di sekolah menengah kluster di Kelantan dan kajian Fatin dan Abd Rahman (2019) yang dijalankan terhadap pelajar pra siswazah Fakulti kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala faktor rakan sebaya merupakan skor responden terendah iaitu min 3.01 dan memberi kesan pengaruh yang minima dalam pemilihan kerjaya.Hal ini adalah selari dengan kajian Yahya Buntat dan Khodijah Hassan (2010) dan Fatin dan Abd Rahman (2019).Jesteru boleh digambarkan pengaruh rakan sebaya berkurangan seiring peningkatan usia dan mentalnya. Selain itu faktor gaji tidak boleh diketepikan kerana turut memberi kesan kepada responden dalam memilih kerjaya walaupun menjadi fakor yang sederhana dengan min 3.18. KESIMPULAN Faktor-faktor pemilihan kerjaya amat penting kerana akan mempengaruhi cara kerja seseorang apabila bekerja. Oleh itu semua pihak perlu berganding bahu dalam menanggani masalah pemilihan kerjaya dalam kalangan pasca siswazah supaya ia tidak membebankan negara kerana melibatkan kos yang tinggi disamping memenuhi keperluan pihak industri masakini. RUJUKAN

Ahmad Che Yaacob dan Abdul Halim Ramli (2004) Teori pemilihan kerjaya dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya.Jurnal Akademik UiTM Cawangan Johor, 4 (1). pp. 37-54. Becker, G.S. (1994). Investment in human capital: A theoretical analysis. Journal of Political Economy, 70 (2), 9-49. Farizah Kassim. (2008). Faktor pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat kejuruteraan elektrik dan elektronik di Sekolah Menengah Teknik Bahagian Tawau (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia). Fatin Noor Amirah Mamat dan Abd Rahman Ishak. (2019) "Faktor Pemilihan Pekerjaan dalam Kalangan Prasiswazah: Kajian di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia." Jurnal Wacana Sarjana 3.4 (2019): 1-18. Ghafar, M. N. A., & Ariffin, M. N. (2008). Kesan Latihan Perguruan ke atas Faktor Pemilihan Perguruan. Sains Humanika, 48(1). Ishammudin Hj.Ismail (1997). TinjauanTerhadap Fa ktor-Faktor Yang Berkaitan denganPemilihan Kerjaya Pelajar-Pelajar Di Pusat Matrikulasi Universiti IslamAntarabangsa Malaysia. Thesis Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.unpublished journal. Mohd Shahrir Abdullah (2015) Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik dalam menceburi bidang keusahawanan.Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Maamor, S., Ibrahim, A. Z., & Samsi, A. (2015). Faktor pemilihan jenis kokurikulum: Kajian kes pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Journal of Holistic Student Development, 2(1), 35-46. Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Noridah Rahmat (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. pp. 1-9. (Unpublished) Yahya Buntat dan Khodijah Hassan (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan , UTM . pp. 1-8. Zairoslawanee Zaib (2014) Pemilihan kerjaya pelajar Tingkatan 6 atas di sekolah menengah 6|Page

Diges Ilmiah Politeknik Merlimau,Vol 04, Dis 2020

kluster di Kelantan.Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

7|Page...


Similar Free PDFs