faktor-faktor penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah DOCX

Title faktor-faktor penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah
Author Wan Shamimi
Pages 1
File Size 19.6 KB
File Type DOCX
Total Downloads 139
Total Views 338

Summary

faktor-faktor penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah PENDAHULUAN -Remaja merupakan tonggak utama negara pada masa hadapan, justeru jatuh bangunnya negara akan ditentukan oleh remajapada hari ini. Namun begitu, remaja yang sepatutnya berada di bangku sekolah telah terlibat dalam pelbagai kegiatan ...


Description

faktor-faktor penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah PENDAHULUAN -Remaja merupakan tonggak utama negara pada masa hadapan, justeru jatuh bangunnya negara akan ditentukan oleh remajapada hari ini. Namun begitu, remaja yang sepatutnya berada di bangku sekolah telah terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti pembunuhan, rompakan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Fenomena ini membimbangkan semua pihak kerana ia boleh membantutkan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang mempunyai nilai kredibiliti dan bertanggungjawab untuk memajukan negara pada masa akan dating ISI 1) Kepincangan dalam institusi keluarga - Ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan anak-anak menyebabkan anak-anak berasa tertekan dan menganggap rumahnya seperti neraka, justeru mereka mengambil keputusan untuk keluar dari rumah untuk mencari ketenangan. Dalam hal ini, anak-anak akan ke pusat-pusat hiburan, melepak di pusat membeli belah ataupun menganggotai kumpulan kongsi gelap. Semasa mereka berusaha melupakan masalah mereka, remaja ini tersilap langkah apabila terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Nasib mereka lebih malang apabila mereka terpaksa merompak dan membunuh bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. 2) Ibu bapa kurang memberi penekanan terhadap pendidikan agama dan moral -Ibu bapa sendiri yang jahil tentang agama menyebabkan kurang penghayatan agama dalam diri anak-anak dan mengakibatkan remaja terlibat dalam pergaulan bebas. Melalui pergaulan bebas, remaja terlibat dalam kumpulan kongsi gelap. Pada masa yang sama, ibu bapa juga sibuk mencari nafkah sehingga menyebabkan anak-anak kebuluran dari segi makanan rohani. Ini menyebabkan remaja keluar rumah untuk mencari kebebasan yang tiada batasan sehingga menjerumus remaja ke arah jenayah yang lebih parah seperti seks bebas, pembuangan bayi dan sebagainya. 3) Kemiskinan - Keinginan untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang mewah dan bergaya walaupun tidak mampu mendorong remaja terlibat dalam jenayah seperti mencuri, merompak dan lain-lain lagi. Remaja terasa terpinggir apabila melihat rakan sekeliling yang mengamalkan kehidupan mewah seperti memiliki gajet mewah dan sebagainya. Remaja yang dari keluarga susah akan berasa rendah...


Similar Free PDFs