Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam bin Baharum PDF

Title Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam bin Baharum
Course Civil Procedure
Institution Universiti Sultan Zainal Abidin
Pages 12
File Size 124.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 302
Total Views 690

Summary

Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam binBaharumSYARIAH HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL CASE NO14600–010–0269 OF 2010MOHAMAD ABDULLAH SHHC CJ16 AUGUST 2012Islamic Law — Marriage — Validity of — Whether conditions of valid marriage fulfilled — Whether marriage ought to be recognised and r...


Description

44

Shariah Law Reports

[2013] 4 ShLR

Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam bin Baharum SYARIAH HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL CASE NO 14600–010–0269 OF 2010 MOHAMAD ABDULLAH SHHC CJ 16 AUGUST 2012 Islamic Law — Marriage — Validity of — Whether conditions of valid marriage fulfilled — Whether marriage ought to be recognised and registered — Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 ss 7, 9, 11 & 23 Islamic Law — Marriage — Wali — Delegation of authority as wali — Wakalah — Conditions of — Whether established Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Marriage — Validity of — Whether within jurisdiction of court — Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 s 46(2)(b)(i) & (b)(x) — Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 s 4

A

B

C

D

E

This was an application to determine the validity of the marriage between the F applicant and the respondent which was solemnised on 1 May 2008 at Batu Caves, Gombak. During the solemnisation of the said marriage, the applicant’s guardian was not present but he had delegated his power to the jurunikah (official who is authorised to perform marriage ceremonies) by telephone. As the applicant’s father had died, the wali in this case was her natural brother. G Further, at the time of their marriage, the applicant was a divorcee while the respondent, a married man. Throughout their marriage, the applicant and the respondent had no children of their own. In her evidence, the applicant stated that the said marriage was contracted secretly without the knowledge of the respondent’s wife. However, neither the applicant nor the respondent made an H application for approval to contract the polygamous marriage. The issue was whether the act of delegating the authority of wali to Muhammad bin Ab Rahman as the jurunikah, who was not lawfully authorised to solemnise marriages, was valid under hukum syarak. Held, affirming the marriage between the applicant and the respondent: (1)

The court was satisfied that all the conditions of wakalah (agency) by the applicant’s brother (al-muwakkil) to the jurunikah were fulfilled. There was a telephone communication between the jurunikah and the

I

[2013] 4 ShLR

45

applicant’s brother for wakalah, the subject matter was the delegation to be guardian of the said marriage, and the existence of offer and acceptance between the guardian and the jurunikah. During the trial, the parties did not dispute the conditions of the wakalah (see para 24).

A

B

Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam bin Baharum (Mohamad Abdullah ShHC CJ)

(2)

C

In this case, all the conditions of a valid marriage as prescribed under Islamic law had been fulfilled by the parties. However, the said marriage had not fulfilled the requirements of the domestic laws of Malaysia, which required obtaining prior permission to marry in accordance with s 23 of the Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984. Hence, the court ordered that the applicant and the respondent be investigated by the Enforcement Division of the Federal Territory Islamic Religious Department (see paras 27 & 30(b)).

[Bahasa Malaysia summary D

E

F

G

Dalam kes ini, pemohon telah membuat permohonan untuk menentukan sahnya perkahwinannya dengan responden yang telah diakadkan nikah pada 1 Mei 2008 bertempat di Batu Caves Gombak. Semasa proses akad nikah wali pemohon tidak hadir dan telah mewakilkan wali kepada jurunikah melalui telefon. Wali itu adalah abang kandung pemohon kerana bapa kandung pemohon telah meninggal dunia. Semasa perkahwinan ini diadakan, pemohon telah bercerai dan berstatus janda manakala responden masih mempunyai seorang isteri. Sepanjang perkahwinan pemohon dan responden tidak dikurniakan cahaya mata. Dalam keterangannya, pemohon menyatakan perkahwinan ini dijalankan secara rahsia bertujuan untuk mengelakkan daripada diketahui oleh isteri responden dan pemohon telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Walau bagaimana pun, pemohon dan responden tidak membuat permohonan poligami. Dalam kes ini, perkara yang di pertikaikan, antara lain, adalah sama ada tindakan wali pemohon mewakilkan Imam Muhammad bin Ab Rahman sebagai imam jurunikah yang tidak bertauliah untuk menggantikannya sebagai wali pemohon adakah dibenarkan hukum syarak. Diputuskan, mengesahkan pernikahan pemohon dengan responden:

H

(1)

Mahkamah berpuas hati bahawa wujud kesemua rukun-rukun dalam wakalah oleh abang pemohon (al-muwakkil) kepada wakilnya iaitu jurunikah. Jurunikah menghubungi abang pemohon bagi mendapat wakalah, perkara yang diwakilkan adalah kewalian, dan sighah adalah ijab dan qabul antara wali dengan jurunikah. Berkaitan rukun wakalah tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak dalam kes yang dibicarakan ini (lihat perenggan 24).

(2)

Dalam kes ini, mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan antara pemohon dengan responden, telah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sah nikah yang ditetapkan menurut hukum syarak.

I

46

Shariah Law Reports

[2013] 4 ShLR

Walau bagaimanapun perkahwinan tersebut telah tidak mengikut kehendak-kehendak undang-undang yang terpakai di Malaysia, iaitu mengkehendaki memohon kebenaran untuk berkahwin menurut s 23, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Mahkamah memerintahkan agar pemohon dan responden disiasat oleh Bahagian Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (lihat perenggan 27 & 30(b)).]

A

B

Notes

For cases on jurisdiction, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2013 Reissue) paras 787–795. For cases on validity of marriage, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2013 Reissue) paras 754–757. Legislation referred to Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 s 48 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 s 46(2)(b)(i), (b)(x) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 ss 4, 7, 9, 11, 23, 123

C

D

E

Books referred to

Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Dr Wahbah al-Zuhaily, Juz 9, Dar Al-Fikr, Damsyik, 2002, pp 6535–6536 Al-Fikh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafi‘e, Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho & Ali Al-Syarbaji, Vol 2, Darul Qalam, Damsyik, 2006, p 7 Al-Wakalah fi al-Syariah wa al-Qanun, Dr Muhammad Rida Abdu al-Jabbar al-Ani, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Lebanon, (1st Ed), 2007M/1427, p 59 Bughyah al-Mustarsyidin, Al-Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad Ba Alawi, Dar al-Fikr, Beirut, Lebanon, 1414H/1994M, p 245 Bujairimi ala al-Khatib, Al-Syaikh Sulaiman bin Muhammad bin Umar al-Bujairimi as-Syafi‘i, Vol 4, pp 122–123 Nazariyyah al-Hukm alQadai fi al-Syariah wa al-Qanun, Dr Abdul Nasir Musa Abu al-Basal Dar al-Nafais Amman, Jordan, (1st Ed), 200M/1420H, p 307 Subul al-Salam, Shaikh Imam Mohamad in Ismail al-San‘ani, Dar al-Kitab al-Arabi, Juz 3, p 253 Mahyuddin bin Md Zahari (Mahyuddin & Co) for the appellant. Mohd Hafizal bin Parcho (Zaidi Zain & Associates) for the respondent. Mohamad Abdullah ShHC CJ: [1] Ini adalah kes permohonan berkaitan pengesahan dan pendaftaran nikah

F

G

H

I

[2013] 4 ShLR

A

B

C

Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam bin Baharum (Mohamad Abdullah ShHC CJ)

47

antara pemohon (‘P’) Farah Hanim bt Mohd Yassin dengan responden (‘R’), Mohd Khairul Nizam bin Baharum pada 1 Mei 2008 bertempat di kawasan Masjid Jamek al-Amaniah, Batu Caves Gombak Selangor. P tinggal di alamat No 18, Jalan Setia Kasih 7, Bukit Damansara, 50940 Kuala Lumpur manakala R tinggal berasingan di Perumahan Pandan Perdana 2, 25150, Kuantan, Pahang. [2] Permohonan pengesahan pernikahan ini melibatkan perkahwinan poligami. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 s 46(2)(b)(i), (x) menjelaskan mengenai bidang kuasa yang tertakluk di bawah Mahkamah Tinggi Syariah iaitu termasuk juga dalam perkara berkaitan pengesahan pernikahan pihak-pihak ini. Seksyen 46 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

D

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah — (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan —

E

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri;

F

(x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

G

H

[3] Justeru mengikut peruntukan undang-undang yang dinyatakan di atas bahawa mahkamah ini mempunyai berbidang kuasa mendengar dan memutuskan permohonan ini. Seterusnya dalam perkara pemastautinan, mahkamah berpuas hati bahawa P bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan kepada alamat penyampaiannya. Perkara ini adalah bertepatan dengan peruntukan s 4 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 iaitu: Seksyen 4 Pemakaian

I

Kecuali sebagaimana diperuntukan dengan nyata selainnya, Akta ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.

[4] P memfailkan kes ini di mahkamah adalah untuk mendapat pengesahan daripada pihak mahkamah status perkahwinan yang dilangsung pada 1 Mei

48

Shariah Law Reports

[2013] 4 ShLR

2008 dari mengikut hukum syarak. P telah memberi keterangan dalam A mahkamah ini, bersama-sama seorang saksi iaitu Mohd Hisham bin Mohd Yassin adalah abang kandung kepada P. Dalam keterangannya, P menyatakan perkahwinan ini dijalankan secara rahsia bertujuan untuk mengelakkan daripada diketahui oleh isteri R dan P telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Semua urusan pernikahan ini telah diuruskan oleh pihak R. Semasa B perkahwinan tersebut, P telah bercerai dan berstatus janda. Ini berdasarkan kepada Surat Perakuan Cerai No bil 470/2000. Ini adalah berdasarkan s 48 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 memperuntukkan bahawa: C Seksyen 48 Pembuktian kandungan dokumen Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau dengan keterangan sekunder.

[5] Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho dan ‘Ali Al-Syarbaji dalam Kitab al-Fikh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafi‘e, Jil 2, Darul Qalam, Damsyik, 2006, ms 7 menyebut seperti berikut: Bermaksud: Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul dan dari segi Syarak nikah ialah satu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh/ berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh Syarak.

[6] Dalam memutuskan kes ini, mahkamah perlu melihat dari segi pematuhan rukun dan syarat sah nikah yang telah ditetapkan dalam hukum syarak. Al-Syaikh Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi as-Syafi’i, Kitab Bujairimi ala al-Khatib, Jil 4, ms 122–123 menyebutkan bahawa: Maksud:

D

E

F

G

Fasal pada rukun-rukun nikah ada lima: Sighah, Pengantin Perempuan, Pengantin Lelaki (kedua ini adalah aqidan); Wali, dan dua orang saksi.

[7] Seksyen 11 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 juga memperuntukkan berkenaan keesahan sesuatu perkahwinan, iaitu:

H

Seksyen 11 Perkahwinan tidak sah Suatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah.

[8] Mengikut hukum syarak, rukun nikah yang pertama ialah sighah. Sighah ialah lafaz ijab daripada wali pengantin perempuan beserta lafaz qabul dari

I

[2013] 4 ShLR

Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam bin Baharum (Mohamad Abdullah ShHC CJ)

49

A

pihak pengantin lelaki. Dalam keterangan lisan P, menyatakan ada lafaz akad nikah semasa majlis berlangsung, iaitu lafaz ijab dari jurunikah dan qabul daripada R. Ini diakui oleh R dalam keterangannya di hadapan mahkamah ini. R mengakui yang mengakad nikah adalah Hj Mohammad bin Abdul Rahman.

B

[9] Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily dalam Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz 9, Dar Al-Fikr, 2002, ms 6536 seperti berikut: Bermaksud:

C

Mengikut ulama’ Jumhur, lafaz qabul hendaklah diucapkan dengan serta-merta selepas ijab dilafazkan. Mereka juga mensyaratkan supaya tidak ada pemisahan yang lama antara lafaz ijab dan qabul.

D

[10] Jelas di dalam kes ini, lafaz ijab dan qabul antara jurunikah dan R berlaku dalam satu majlis yang sama berdasarkan keterangan pihak-pihak. Isu ini dirujuk kepada kitab yang sama di ms 6535 iaitu: Bermaksud:

E

F

G

Sekiranya kedua-dua orang yang melakukan akad hadir bersama dalam satu majlis, maka lafaz ijab dan qabul hendaklah diucapkan dalam majlis yang diadakan itu. Ini adalah kerana syarat untuk mengikat kedua-dua mereka yang melakukan akad ialah pada masa yang sama.

[11] Syarat kedua sighah ialah lafaz qabul dan hendaklah menepati lafaz ijab yang dibuat dalam kes ini. Qabul yang dilafazkan oleh R adalah menjawab ijab yang dilafazkan oleh jurunikah. Syarat ketiga; ijab dikekalkan oleh pemberinya dan tidak boleh menarik balik ijab yang diberikan. Syarat keempat; akad yang dilakukan hendaklah terlaksana pada masa itu juga tanpa tangguhan. Mahkamah berpuas hati, lafaz qabul menepati lafaz ijab, tidak ada qarinah bahawa lafaz ijab ditarik balik oleh wali P dan dengan itu saya berpuas hati akad yang dilakukan adalah terlaksana. Tidak ada keterangan dari kedua-kedua pihak bahawa qabul tidak menepati ijab.

H

I

[12] Oleh demikian, syarat-syarat tersebut telah dipenuhi dalam menunjukkan rukun nikah pertama, iaitu sighah telah sempurna. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak, mahkamah ini berpuas hati bahawa telah wujud sighah iaitu lafaz ijab daripada juru nikah dan lafaz qabul daripada pengantin lelaki sendiri. [13] Rukun kedua dan rukun ketiga (iaitu pengantin perempuan dan pengantin lelaki) adalah berdasarkan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati bahawa R adalah seorang lelaki, seorang Islam, baligh, berakal dan

50

Shariah Law Reports

[2013] 4 ShLR

tidak dalam ihram haji ataupun umrah. Syarat-syarat tersebut telah dipenuhi A oleh R selaku pengantin lelaki dan juga syarat-syarat lain, iaitu tidak dipaksa, lelaki tertentu, tidak beristeri lebih dari empat dan perempuan yang ingin dikahwini bukan mahramnya. Manakala P telah menyatakan persetujuan untuk bernikah dengan R dan tanpa paksaan. P juga adalah seorang perempuan beragama Islam, bukan isteri orang dan bukan tergolong dari B wanita yang tidak boleh dikahwinkan. Mahkamah merujuk kepada s 9 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Seksyen 9 Pertalian yang melarang perkahwinan C (1)

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan — (a)

ibunya atau bapanya;

(b)

neneknya hingga ke atas sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu;

(c)

anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu perempuannya atau cucu lelakinya hingga ke bawah;

(d)

saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan atau saudara lelaki sebapa, dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu;

(e)

D

E

F

anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah; G

(f )

ibu saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas;

(g)

ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas. H

(2)

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan — I (a)

ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas;

(b)

ibu tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya;

Farah Hanim bt Mohd Yassin v Mohd Khairul Nizam bin Baharum (Mohamad Abdullah ShHC CJ)

[2013] 4 ShLR

A

51

(c)

nenek tirinya, iaitu isteri atau suami kepada nenek lelakinya, atau nenek perempuannya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu;

(d)

menantunya;

(e)

anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah daripada isteri atau suami yang perkahwinan itu telah disatukan.

B

C (3)

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

(4)

Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau sesusuan dan pertalian itu adalah daripada jenis yang, jika salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki, menjadikan perkahwinan antara mereka tetap tidak sah di sisi Hukum Syarak.

D

E

F

[14] P adalah seorang janda dan berhak menentukan pasangan yang hendak dikahwininya. Ini merujuk kepada sebuah hadith dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Maksud:

G

H

I

Janda lebih berhak dari walinya mengenai dirinya dan anak dara diminta kebenaran mengenai dirinya dan keizinannya ialah diamnya. (Petikan hadith 923, Shaikh Imam Mohamad in Ismail al-San‘ani, Subul al-Salam, Dar al-Kitab al-Arabi, Juz 3, ms 253).

[15] Seterusnya, berkenaan rukun nikah keempat, iaitu wali. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa akad perkahwinan tidak sah kecuali dengan wali. Perempuan tidak berhak mengahwinkan dirinya sendiri dan mengahwinkan orang lain dan tidak boleh mewakilkan orang lain yang bukan walinya untuk mengahwinkan dirinya. Jika dilakukan juga, maka perkahwinannya itu tidak sah meskipun perempuan itu baligh, berakal dan matang. [16] Dalam kes ini yang menjadi persoalan ialah mengenai wali. Wali nasab iaitu bapa kandung P telah meninggal dunia dan hanya yang masih hidup adalah abang kandung kepada P. Semasa majlis akad nikah dijalankan, wali

52

Shariah Law Reports

[2013] 4 ShLR

tidak hadir tetapi telah memberikan wakil wali kepada jurunikah untuk mengakadnikahkan P. Keterangan ini telah disahkan oleh saksi P iaiatu abang kandung P yang hadir ke mahkamah dan mengakui memberikan kebenaran tersebut. Semasa akad nikah sedang berjalan, P dan R percaya bahawa juru nikah yang mengakadkan nikah adalah juru nikah yang mempunyai bidang kuasa mengakadnikah pasangan yang ingin berkahwin. Walaupun demikian, P dan R tahu kesilapannya kerana tidak membuat permohonan poligami. Majlis akad nikah ini dijalankan di kawasan Masjid Jamek al-Amaniah, Batu Caves, Gombak, Selangor. [17] R dalam keterangannya menyatakan bahawa jurunikah iaitu Hj Mohammad bin Abdul Rahman telah ditamatkan pertauliahannya untuk mengakadnikah pasangan orang Islam. Mahkamah ini merujuk k...


Similar Free PDFs