[TESIS USULUDDIN] PENYEBARAN FAHAMAN LIBERALISME DALAM PORTAL BERITA ONLINE DI MALAYSIA - MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@ZAKARIA (13BI03058) SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA PDF

Title [TESIS USULUDDIN] PENYEBARAN FAHAMAN LIBERALISME DALAM PORTAL BERITA ONLINE DI MALAYSIA - MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@ZAKARIA (13BI03058) SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA
Author Muhammad Mohd Zin
Pages 88
File Size 3.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 53
Total Views 207

Summary

PENYEBARAN FAHAMAN LIBERALISME DALAM PORTAL BERITA ONLINE DI MALAYSIA MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@ZAKARIA (13BI03058) SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA JABATAN DAKWAH DAN USULUDDIN FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR 2017 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGS...


Description

Accelerat ing t he world's research.

[TESIS USULUDDIN] PENYEBARAN FAHAMAN LIBERALISME DALAM PORTAL BERITA ONLINE DI MALAYSIA - MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@... Muhammad Mohd Zin

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

KONFLIK ULAMA DAN PRODEMOKRASI DALAM PART I ISLAM SE-MALAYSIA (PAS).pdf Muhamad Helmy Sabt u

Islamisme dan Bahananya: Cabaran Besar Polit ik Malaysia Abad Ke-21 (Islamism and it s Discont ent s: … Ahmad Fauzi Abdul Hamid 4- BAB 1 edit 10 real.pdf Huda Arsad

PENYEBARAN FAHAMAN LIBERALISME DALAM PORTAL BERITA ONLINE DI MALAYSIA

MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@ZAKARIA (13BI03058)

SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA JABATAN DAKWAH DAN USULUDDIN FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR 2017

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM JABATAN DAKWAH DAN USULUDDIN SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA

MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@ZAKARIA

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA 2017

PENYELIA DR. ABU ZAKI BIN ISMAIL

KETUA JABATAN DR. NORSALEHA BT MOHD SALLEH

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya dan selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahli keluarga baginda, saya berjaya menyempurnakan kajian ilmiah ini yang bertajuk “Penyebaran Fahaman Liberalisme Dalam Portal Online Di Malaysia.” Justeru itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Abu Zaki bin Ismail, selaku penyelia kajian ilmiah ini, yang banyak memberi bimbingan dan sokongan. Tidak lupa juga, pensyarah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia yang lain iaitu Dr. Abur Hamdi Usman, Ustaz Kamal Azmi bin Abd Rahman, Ustazah Nazneen binti Ismail, Dr. Hamidun bin Mohamad Hussin, Ustaz Khairul Munzir, Ustaz Faiz Mukmin dan lain-lain. Terima kasih diucapkan atas perkongsian ilmu sepanjang pengajian saya di KUIS.

Teristimewa buat ibunda tercinta, Mek som bt Husin kerana semangat dan bisikan inspirasi beliaulah saya bertekad menyempurnakan pengajian dengan kajian ilmiah ini, supaya ia menjadi suatu kajian bermanfaat untuk ramai orang. Tidak terkecuali ahli keluarga disayangi yang banyak membantu dalam kesusahan memberi semangat tatkala tidak berdaya.

Terima kasih tak terhingga buat sahabat perjuangan di kelas SMUM A dan Batch Badiuzzaman Said Nursi. Semangat dan sokongan kalian menjadi inspirasi saya dalam menyempurnakan pengajian tahun akhir ini. Meskipun ia bukan senang, saya berjaya mengakhiri pengajian ini dengan jayanya.

Akhir kalam, saya hanya menumpang ilmu dari pensyarah dan rakan-rakan, tanpa mereka saya bukanlah sesiapa. Saya doakan kajian ilmiah ini menjadi rujukan dalam mengamati pengaruh liberalisme yang terdapat dalam portal berita online di Malaysia.

Muhammad bin Mohd Zin@Zakaria 109, Kampung Padang Luas 22000 Jerteh Terengganu Darul Iman

ii

SINOPSIS

Kajian ilmiah ini merupakan satu syarat untuk memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Pengkaji memutuskan untuk menjalankan kajian tentang “Penyebaran Fahaman Liberalisme Dalam Portal Berita Online Di Malaysia.”

Secara keseluruhannya, kajian ilmiah ini bertujuan mendedahkan unsur liberal yang terdapat dalam artikel-artikel di portal berita online. Sebelum memberi pendedahan lebih lanjut mengenai unsur liberalisme, pengkaji menekankan terlebih dahulu pemahaman mengenai definisi, konsep dan ciri-ciri pemikiran liberalisme. Ini kerana amat penting pembaca memahami dengan mendalam supaya dapat menerima hujah yang dilontarkan oleh pengkaji. Seterusnya, pengkaji membentangkan data-data mengenai jumlah pembaca di portal berita online bagi memberitahu pengaruh yang dimiliki portal berita online.

Di akhir sekali, pengkaji berharap kajian ini mampu memberi kesedaran kepada pembaca tentang bahaya artikel-artikel berunsur liberal dalam mempengaruhi minda dan pemikiran masyarakat amnya.

iii

SENARAI KEPENDEKAN

a.s

‘alayh al-salam

r.a

radiallah ‘anh

s.a.w

sallahallah ‘alayh wa sallam

s.w.t

subhanahu wa ta ‘ala

t.t

tanpa tarikh

Hlm.

Halaman

Ed.

Edisi

Juz.

Juzuk

Terj.

Terjemahan

Cet.

Cetakan

Dll

Dan lain-lain

J.

Jilid

v

SENARAI TRANSLITERASI

HURUF JAWI

HURUF RUMI

HURUF JAWI

HURUF RUMI

a , ' (hamzah)

‫ط‬



b

‫ظ‬



‫ت‬

t

‫ع‬



‫ث‬

th

‫غ‬

gh

‫ج‬

j

‫ف‬

f

‫ح‬



‫ق‬

q

‫خ‬

kh

‫ك‬

k

‫د‬

d

‫ل‬

l

dh

‫م‬

m

‫ء‬،‫ا‬

‫ر‬

r

‫ز‬

z

‫ه‬

h

‫س‬

s

‫و‬

w

‫ش‬

sy

‫ي‬

y

‫ص‬



‫ة‬

h

‫ض‬



Vokal Panjang

Diftong

Vokal Pendek

n

a_

‫ _ا‬ā abid ‫ع ب‬

i_ِ

‫_ يـ‬i imn

u_ِ

‫_ وـ‬ū s rah ‫سورة‬

‫إي‬

‫ _ وـ‬aw nawm ‫نوم‬ ‫_ يـ‬ay wayl ‫ويل‬

vi

MOTO KAJIAN

Sebelum memulakan kajian ini, suka pengkaji memetik ayat al-Quran dari surah al-Ahzab ayat 36 yang mana Allah SWT telah berfirman :

ۡ ُ َُ َ ُ َ َ ً َۡ ُُ ُ َ َ َُ ُۡ َ َ ََ َ َ َ َ ُۡ ََ َ َ ۡ‫ٱ‬ ۡۗ‫َِةُ م ِۡݚ أَ ۡ رهِم‬ ّ‫ٱ‬ َ ‫ق‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫إ‬ ‫ܟ‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ‫ؤ‬ َ ‫و‬ ‫ِݚ‬ ‫م‬ ‫ؤ‬ ‫م‬ ‫ݟ‬ ‫ݠن‬ ‫ك‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫أ‬ ‫ۥ‬ ‫ݠل‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫و‬ ٍ ِ ِ ٖ ‫وما َن ِݙ‬ ‫َ َ َ َ ُ َ ُ َ َ ۡ َ َ َ َٰ ا‬ ‫ا‬ ُ ٣٦ ‫َو َمݚ َي ۡع ِص ٱّ ورسݠلۥ فقد ضل ضلٗ مܞِينا‬ Maksudnya:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang Islam yang telah mengaku beriman Allah dan RasulNya. Kemudian mereka semakin menjauhkan diri dari agama seolah-olah menjadikan mereka orang yang sesat dalam kesesatan yang nyata. Inilah kesesatan yang pengkaji lihat dalam pemikiran liberalisme terhadap umat Islam. Sesungguhnya, “Liberalisme, bertuhan tanpa agama, beragama tanpa nabi.”

vii

DAFTAR ISI KANDUNGAN

HALAMAN

HALAMAN TAJUK HALAMAN PENGESAHAN PENGHARGAAN SINOPSIS

i II

SENARAI KEPENDEKAN

III

SENARAI TRANSLITERASI

V

MOTO KAJIAN

vi

DAFTAR ISI

VI

BAB SATU : PENDAHULUAN 1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

1

1.3

Permasalahan Kajian

2

1.4

Pengertian Tajuk

6

1.5

Persoalan Kajian .

7

1.6

Objektif Kajian

7

1.7

Skop Kajian

8

1.8

Tinjauan Literatur

8

1.9

Metodologi Kajian

12

1.9.1 Metodologi Pengumpulan Data

13

i. Metode Dokumentasi

13

viii

ii. Metode Penyelidikan Sejarah

13

1.9.2 Analisis Dalam Penyelidikan Kualitatif

14

i. Metode Induktif

14

ii. Metode Deduktif

14

1.10 Penutup

14

BAB DUA : MEMAHAMI LIBERALISME 2.1

Pendahuluan

16

2.2

Sejarah Liberalisme

16

2.4

Definisi Dan Konsep Liberalisme

18

2.5

Ciri Dan Tema Pemikiran Liberalisme

22

2.6

Penutup

25

BAB TIGA : PORTAL-PORTAL BERITA ONLINE 3.1

Pendahuluan

27

3.2

Kriteria Pemilihan Portal-Portal Berita Online

27

3.3

Latar Belakang Portal-Portal Berita Online

30

3.3.1

Malaysiakini

30

3.3.2

The Malay Mail Online

31

3.3.3

The Star Online

32

3.3.4

Free Malaysia Today

33

3.3.5

Sinar Harian

33

3.4

Trafik Pembaca

33

3.4.1 Jumlah Pembaca

34

3.4.2 Peratusan Trafik Pembaca Mengikut Negara

35

ix

3.5

3.4.3 Sumber Akses Pembaca

36

Penutup

37

BAB EMPAT : PENYEBARAN FAHAMAN LIBERALISME DALAM PORTAL BERITA ONLINE DI MALAYSIA

4.1

Pendahuluan

39

4.2

Analisis Idea Liberalisme Dalam Portal Berita Online

39

4.2.1 Malaysiakini

41

I. Faisal Tehrani

41

II. Hishamuddin Rais

46

4.2.2 The Star Online I. Syahredza Johan

48

II. Shad Salleh Faruqi

51

4.2.3 Sinar Harian

53

I. Karim Raslan

53

II. Elviza Michelle

55

4.2.4 Free Malaysia Today

56

I. A. Farouk Peru

56

II. Mariam Mokhtar

57

4.2.5 The Malay Mail Online

4.3

48

58

I. Zurairi AR

58

II. Shafiqah Othman Hamzah

60

III. Erna Mahyuni

62

Penutup

63

x BAB LIMA : PENUTUP 5.1

Rumusan

65

5.2

Cadangan

67

BIBLIOGRAFI

70

1

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1

PENDAHULUAN

Bab ini akan menjelaskan tentang latar belakang masalah beserta permasalahan kajian punca dan sebab kewujudannya. Di dalam bab ini juga turut menyenaraikan definisi tajuk, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, pembahagian bab, tinjauan literature dan akhir sekali metodologi bagi mendapatkan bahan kajian dan menganalisis data yang ingin dikaji.

1.2

LATAR BELAKANG MASALAH

Akidah merupakan asas kepada kehidupan beragama kerana awal agama adalah mengenal Tuhan, iaitu pencipta manusia dan seluruh alam semesta. Setiap kelahiran adalah fitrah dan setiap fitrah itu melahirkan respon semulajadi manusia yang ingin bertuhan dan berlindung dengan kuasa yang lebih besar darinya.

2 Dalam membincangkan tentang akidah Islam, pentingnya umat Islam mempunyai pemikiran yang bersesuaian dengan pemikiran Islam. Namun kini, umat Islam diracuni dengan liberalisme yang kononnya membawa prinsip pemikiran terbuka dalam Islam. Walhal, ianya cuba mengelirukan umat Islam supaya mempercayai pendapat mereka. Proses globalisasi dan dunia tanpa sempadan secara tidak langsung telah mendedahkan manusia dengan berbagai-bagai perkara sama ada baik mahupun buruk. Hari ini dunia Islam bukan sahaja menghadapi krisis ketidakpercayaan sesama mereka, malah juga krisis keyakinan terhadap agama Islam itu sendiri. Menyedari bahaya liberalisme, pengkaji terpanggil untuk meneliti, menganalisis dan mengenalpasti tentang idea liberalisme serta bagaimana ia disebarkan.

Antara medium yang pengkaji kenalpasti ialah medium atas talian yang berbentuk portal berita online. Penulis-penulis portal berita online tersebut dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan memperkenalkan konsep keterbukaan yang cenderung ke arah pemikiran liberalisme. Pengkaji menganalisis artikel-artikel penulis berfahaman liberalisme mengikut kecenderungan isu yang sering menjadi ulasan mereka. Pengkaji berharap dengan dapatan kajian ini masyarakat akan menjadi peka dan berhati-hati dengan penulis portal berita online berfahaman liberal yang dikenalpasti, serta sedia menapis setiap berita yang dibaca di portal berita online sebelum menerimanya. 1.3

PERMASALAHAN KAJIAN

Dewasa ini, semakin ramai penulis yang berfahaman liberal tanpa segan silu menolak pendapat-pendapat golongan yang berautoriti dalam agama, atas alasan hujah

3 golongan agamawan tidak sesuai dengan situasi semasa, serta mengkritik hujah golongan agama yang bagi mereka ketinggalan dalam arus peredaran zaman. Mereka sengaja mengsensasikan apa-apa sahaja isu sama ada isu politik, sosial, pendidikan dan agama. Ia bertujuan mengkritik dan cuba memburukkan golongan agamawan supaya masyarakat memandang sinis. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 misalnya telah mengeluarkan fatwa telah mewartakan bahawa pemikiran liberal amat bercanggah dan menyeleweng dengan fikrah pemikiran Islam.1

Terdapat dua aspek pemikiran liberal yang bercanggah dengan Islam iaitu dari akidah dan syariah. Dari aspek akidah, mereka berpegang bahawa setiap agama membawa kebaikan, mengangkat akal melebihi autoriti wahyu dan meragui al-Quran diturunkan untuk semua bangsa kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa arab. Dari aspek syariah pula, mereka menggesa penafsiran baru terhadap konsep ibadat dalam Islam, mempertikai kriteria dan akhlak para nabi. Perkara ini juga turut disokong NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melalui presidennya Abdullah Zaik, beliau mengatakan bahawa fahaman liberalisme berasal daripada fahaman Ateis iaitu fahaman yang menolak kepercayaan pada tuhan. Bahkan slogan liberal iaitu ‘Liberty, Equality, Fratenity’ menyamaikan tema gerakan gelap Freemason. Berikut adalah kenyataan dalam Forum Bual Bicara “Ancaman Liberalisme Di Negara ini.” “Bila kita kaji mendalam ia bukanlah fahaman berasaskan agama. Ia fahaman mengingkari agama. Secara ringkas kita tengok apa yang dibawa tema ini dan apa yang digunakan dalam konteks Malaysia ini.”2

1

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2016. Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Hlm. 18 2 Radzi Abdul Razak. “Isma: Kenapa NGO Islam menentang liberalisme” https:// www. malay siakini. com/news/256423. Diakses 24 Julai 2016

4 Faisal Tehrani misalnya salah seorang penulis berita online yang sering menimbulkan kontroversi, telah mengeluarkan artikel “Aku, Liberalis” di portal berita online Malaysiakini. Beliau menyatakan bahawa liberalisme sudah lama digunapakai di Malaysia. Dengan membawakan contoh kenyataan dalam Rukun Negara iaitu; “ Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak. Kepala Rukun Negara ini sering ditinggalkan oleh ramai orang, justeru ramai tertinggal atau terlepas pandang bahawa Malaysia hendak menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya .Oleh kerana itu, untuk menjawab soalan apakah Liberalisme sesuai atau tidak dengan budaya Malaysia, aku terpaksa menjelaskan bahawa liberalisme telah pun diterimapakai oleh kita sejak 1970.”3 Artikel Faisal Tehrani ini telah sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan pertengahan Melayu Islam yang mengiyakan saja ulasannya tentang liberalisme. Secara tidak langsung, ia telah mewujudkan golongan yang cuba membebaskan diri dari unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian manusia. Konsep Islam sebagai al-din atau cara hidup yang lengkap ditolak mentah-mentah kerana bagi mereka negara Malaysia telah lama mendukung fahaman liberalisme.

Selain itu, terdapat cubaan dari golongan liberal Malaysia membawa masuk tokoh liberal Dr. Ulil Abhsor dari Indonesia ke forum yang dianjurkan oleh para liberalis yang bertajuk; “Fundamentalisme Agama Di Abad Ini.” Hal ini telah mengundang reaksi bantahan pihak JAKIM berpendapat bahawa tokoh-tokoh yang dijemput tidak

Faisal Tehrani. “Aku, Liberalis.” Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/columns/286667. Diakses 24 Julai 2016

3

5 mempunyai kredibiliti dan autoriti dalam agama.4 Bahkan akan menimbulkan lagi kekeliruan masyarakat terhadap agama Islam. Ini adalah juzuk kecil usaha-usaha para liberalis dalam menimbulkan kekeliruan masyarakat awam. Usaha mereka akan berterusan sentiasa kerana mereka didukung pihak luar dan musuh-musuh Islam yang mahu merosakkan akar agama Islam dengan sokongan dana yang besar.

Kemunculan penulis-penulis berfahaman liberal di portal berita online telah mengaburi mata masyarakat yang berpegang pada rasional dan logik akal semata. Jika diperhatikan latar belakang penulis berfahaman liberal ini, bukanlah orang yang alim dalam bidang agama. Bahkan, kebanyakan mereka berpendidikan tinggi dari negara barat sehingga mereka lebih terpengaruh dengan idea gerakan pemodenan cara barat. Adapun penulis yang berpendidikan Islam pada mulanya, berubah menjadi semakin terbuka sehingga meninggalkan nilai-nilai kefahaman Islam yang mereka anuti sebelum ini. Bahkan ada yang lebih teruja memperjuangkan sesuatu isu atas nama hak kebebasan manusia untuk berfikir dan bercakap tanpa sebarang halangan.

Oleh hal demikian, isu yang ingin dibincangkan dalam penyelidikan ini ialah berkaitan dengan bagaimana penyebaran penulisan cenderung ke arah fahaman liberalisme dalam portal berita online mencorak pemikiran dan persepsi masyarakat yang mengikuti rapat perkembangan semasa. Perkara ini menjadi perhatian pengkaji apabila melihat masyarakat begitu mudah mengulas sesuatu isu dengan akal rasional tanpa mendahulukan pandangan berautoriti dalam agama seperti majlis agama dan jabatan mufti. Minda masyarakat menjadi suka menghentam sembrono tanpa

Malaysiakini. “Forum Diteruskan Walaupun Tanpa Ulil”. https://www. malaysiakini. com/news/ 277750. Diakses 24 Julai 2016

4

6 menyedari kejahilan mereka dalam memahami sesuatu berdasarkan konteks ajaran agama Islam yang sebenar.

1.4

PENGERTIAN TAJUK

1.4.1 Penyebaran Penyebaran bermaksud perbuatan atau proses menyebarkan sesuatu.5

1.4.2 Fahaman Fahaman bermaksud pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu.6 Ia mencakupi pelbagai kefahaman individu yang diperoleh melalui pengkajian sendiri mahupun penerangan seseorang yang dirasakan dihormati oleh diri sendiri, masyarakat dan negara.

1.4.3 Liberalisme Liberalisme ialah fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi.7 Manakal...


Similar Free PDFs