Modernisme islam Abu Bakr Bin Mohd Sidek PDF

Title Modernisme islam Abu Bakr Bin Mohd Sidek
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 8
File Size 287.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 175
Total Views 411

Summary

MODERNISME ISLAMABU BAKR BIN MOHD SIDEKIGA 120119JABATAN SIASAH SYAR’IYYAHAKADEMI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI MALAYASEMESTER II, 2012/IHGH 6111: SIASAH SYAR’IYYAH LANJUTANDR. MOHAMAD ZAIDI BIN ABDUL RAHMANMODERNISME ISLAMABSTRAKTulisan ini membicarakan tentang modernisme Islam dan modernis muslim yang...


Description

MODERNISME ISLAM ABU BAKR BIN MOHD SIDEK IGA 120119

IHGH 6111: SIASAH SYAR’IYYAH LANJUTAN DR. MOHAMAD ZAIDI BIN ABDUL RAHMAN

JABATAN SIASAH SYAR’IYYAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA SEMESTER II, 2012/2013 0

MODERNISME ISLAM ABSTRAK Tulisan ini membicarakan tentang modernisme Islam dan modernis muslim yang terpengaruh dengan modernisme barat. Ia membicarakan tentang definisi modernisme serta latarbelakang ringkas modernisme barat dan Islam. Diikuti dengan pandangan intelektual barat dan Islam terhadap modernisme Islam dan modernis muslim serta karakteristiknya. Pada bahagian akhir, penulis mengemukakan kesimpulan terhadap modernisme Islam. DEFINISI MODERNISME Modernisme berasal dari perkataan inggeris modernism yang bermaksud “modern character or quality of thought, expression, or technique”1 iaitu watak moden atau kualiti pemikiran, ungkapan, atau teknik. Modernisme ialah gerakan pembaharuan yang luas bergerak aktif dalam pelbagai agama yang besar; Yahudi, Kristian dan Islam2. Ia didefinisikan berdasarkan sejarah barat, bukan konotasi falsafah dalam kamus atau bahasa3. Gerakan pembaharuan ini dikenali dalam bahasa arab sebagai al-‘asraniyyah atau al-ÍadÉthah.. Modernisme dalam agama ialah pandangan dalam agama yang terbina daripada kepercayaan bahawa kemajuan ilmu dan budaya moden mewajibkan penakwilan semula ajaran-ajaran agama tradisi berdasarkan kefahaman falsafah dan intelektual yang popular4. LATARBELAKANG MODERNISME Modernisme muncul di barat selepas zaman pertengahan Eropah. Zaman pertengahan merupakan zaman kegelapan Eropah. Sekitar abad ke-18, lahirlah gerakan modernisme yang timbul hasil daripada penindasan dan kezaliman gereja serta sistem feudal Eropah. Di samping kemunduran yang berlaku hasil daripada ketidak adilan yang 1

Modernism, Oxford Dictionaries, diakses pada 30 Mei 2013, http://oxforddictionaries.com/definition/english/modernism?q=modernism MuÍammad ×Émid al-NÉÎir, Al-‘Asraniyyun baina maza’im al-tajdid wa mayadin al-taghrib, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, ed.2, 2001, h.5.

2

Al-×adÉthah fi mizÉn al-islÉm: baina al-i‘mÉr wa al-isti‘mÉr, Al-Umamiyah al-wasaÏyyah, http://mhammedtalabi.arabblogs.com/archive/2008/3/514705.html, 5 Jun 2013. 3

MuÍammad ×Émid al-NÉÎir, Al-‘Asraniyyun baina maza’im al-tajdid wa mayadin al-taghrib, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, ed.2, 2001, h.5.

4

1

berlaku. Maka lahirlah slogan-slogan berbentuk kemasyarakatan dan nasionalisme5. Lalu ia menjadi satu gerakan intelektual dan kebudayaan. Gerakan ini berusaha merombak segala sistem kepercayaan dan struktur sosial yang dianuti oleh tradisi Eropah. Gerakan pembebasan agama ini dicemuh dalam agama yahudi dan kristian, sehinggakan Pope Bios ke-10 telah mengeluarkan dua kenyataan tentang gerakan ini pada tahun1907 dan menggelarkannya “modernism”serta mengecop ia sebagai kekufuran. Dia menyifatkannya sebagai platform baru bagi setiap unsur bidaah lama6. Pada pertengahan abad ke-197, pemikiran modernisme ini telah berpindah dari barat ke negara-negara umat Islam sejak abad yang lepas melalui golongan pembaratan. Gerakan modernisme Islam pula berusaha untuk mengadaptasi prinsip-prinsip agama kepada nilai-nilai ketamadunan barat dan pemikirannya yang merupakan anak tiri kepada kebudayaan Yunani, serta menundukkan agama kepada perkembangan ketamadunan dan pandangannya ini dalam urusan kehidupan8. Keadaan ini terjadi hasil daripada kelemahan pemerintahan umat Islam, kemunduran masyarakat Islam serta perkembangan penjajahan Eropah ke atas dunia Islam pada ketika itu. Oleh itu, idea modernisme Islam ini lahir daripada tindakbalas sebahagian umat Islam yang terpengaruh dengan modernisme barat. CIRI-CIRI MODERNISME ISLAM Fenomena yang berlaku dalam dunia umat Islam ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Para intelektual barat yang digelar sebagai orientalis telah memberi respon terhadap situasi ini. Malahan mereka telah mengkaji dan menulis tentang golongan ini, yang dilihat sebagai rakan kongsi harapan barat. Intelektual muslim juga turut mengemukakan pandangan mereka terhadap golongan ini.

Pandangan Intelektual Barat Al-×adÉthah fi mizÉn al-islÉm: baina al-i‘mÉr wa al-isti‘mÉr, Al-Umamiyah al-wasaÏyyah, http://mhammedtalabi.arabblogs.com/archive/2008/3/514705.html, 5 Jun 2013. 5

MuÍammad ×Émid al-NÉÎir, Al-madrasah al-‘asraniyyah fi naz’atiha al-maddiyyah, Maktabah alKauthar, Riyadh, 2004, h.15-16 6

7

Tauseef Ahmad Parray, Islamic Modernist and Reformist Thought: A Study of the Contribution of Sir Sayyid and Muhammad Iqbal, World Journal of Islamic History and Civilization, 1 (2), 2011, h. 79. 8

Ibid., h.6.

2

Berdasarkan pandangan William E. Shepard9, Modernisme Islam menegaskan bahawa Islam tidak menyediakan asas ideologi yang mencukupi untuk kehidupan awam. Golongan yang berfahaman ini juga memiliki kecenderungan yang sangat kuat kepada menekankan fleksibiliti Islam dalam bidang awam dan menggunakan fleksibiliti ini untuk mentafsir Islam sejajar dengan ideologi Barat. Golongan modernis muslim ini turut mendesak agar pintu ijtihad dibuka semula. Menurut beliau, Modenisme Islam mencapai fleksibiliti dalam tiga cara utama. Pertama ialah kecenderungan untuk menyekat kandungan yang khusus dan terperinci daripada tradisi (al-Quran dan al-Sunnah) yang berwibawa sebanyak mungkin dengan mengehadkan kepada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih sahaja. Malahan mengehadkan al-Sunnah dengan kritikan yang radikal, seperti MuÍammad ‘Abduh (Mesir) yang menghadkan al-Sunnah kepada al-mutawÉtir sahaja. Lebih radikal lagi, apabila terdapat di kalangan mereka seperti Parwez (Pakistan) yang hanya mengambil al-Quran sebagai satu-satunya sumber tradisi. Begitu juga Mahmud Muhammad Taha (Sudan) yang menghadkan al-Quran pada fasa makkÊ sahaja. Kedua ialah reinterpertasi atau tafsiran semula yang radikal terhadap sumber yang berwibawa (al-Quran dan al-Sunnah). Contohnya, nas-nas al-Quran yang berkaitan dengan poligami, hukuman hudud, jihad, dan hubungan dengan bukan muslim, yang kelihatan bercanggah dengan pandangan "moden". Menurutnya lagi, reinterpertasi atau tafsiran semula dalam bentuk yang eksterim melampau akan membawa kepada "neomodenisme" sepertimana yang dicadangkan oleh Fazlur Rahman. Ketiga ialah satu apologetik10 yang menghubungkan aspek tradisi Islam dengan idea dan amalan barat, dan mendakwa bahawa amalan Barat yang berkenaan berasal dari Islam. Antaranya ialah menyatakan bahawa demokrasi sebenarnya berasal dari Islam, serta pernyataan Mustafa Mahmoud yang mangatakan bahawa Islam adalah satu sintesis dialektik dua aliran ekstrim (iaitu, komunisme dan kapitalisme) yang menggabungkan kebaikan kedua-dua aliran, dan menambah elemen kepuasan kebahagiaan spiritual.

9

William E. Shepard, Islam and Ideology: Towards A Typology, International Journal of Middle East Studies, Vol. 19. No. 3 (Aug., 1987), h. 311-314. 10

Apologetic dalam bahasa inggeris bermaksud expressing or showing regretful acknowledgement of an offence or failure atau constituting a formal defence or justification of a theory or doctrine. Sila rujuk http://oxforddictionaries.com/definition/english/apologetic?q=apologetic, 5 Jun 2013.

3

Menurut Cheryl Benard dalam Civil Democratic Islam, Partners, Resources and Strategies11, golongan modernis merupakan kumpulan yang paling sehaluan dengan masyarakat demokratik moden. Menurutnya lagi, kumpulan ini berpendapat perlunya kebebasan, mengubah suai dan memilih untuk mengabaikan unsur-unsur ajaran agama Islam yang asal. Pandangan Intelektual Islam Golongan berfahaman modernisme atau digelar sebagai modernis ini Dr YËsuf al-QaraÌÉwÊ12 membezakan di antara taÍdith al-islÉm dan aslamatu al-ÍadÉthah. Beliau menegaskan bahawa golongan modernis muslin ini sebenarnya inginkan taÍdith al-islÉm bukan aslamatu al-ÍadÉthah. Beliau menolak taÍdith al-islÉm yang bermaksud mengubah kefahaman-kefahamannya bersesuaian dengan kefahaman barat, dan penukaran nilai-nilainya dengan nilai-nilai barat. Orang-orang Islam sepatutnya mengambil manfaat daripada barat dan tamadun barat seperti dalam pemuliharaan alam sekitar, pengorganisasian penjagaan kanakkanak, urus tadbir pendidikan dan sebagainya. Umat Islam seharusnya mengambil kebaikan-kebaikan ini dan menambah ke dalamnya nilai-nilai Islam sehingga ia menjadi sebahagian daripada sistem Islam. Menurut beliau lagi, inilah cara atau kaedah yang perlu digunakan oleh umat Islam apabila ingin mengambil faedah daripada ketamadunan lain. Dalam masa yang sama umat Islam perlu untuk tidak bertolak ansur dalam perkara fundamental dalam Islam yang diistilahkan sebagai ath-thawÉbit; seperti akidah, ibadah, akhlak, dan hukum-hukum qaÏ‘iy/i. Sekiranya taÍdith al-islÉm bermakna perubahan dalam perkaraperkara ini, maka ia tertolak sama sekali. MuÍammad ×Émid al-NÉÎir mengatakan bahawa golongan ini telah menyeru kepada penafsiran beberapa isu Islam berdasarkan tafsiran ‘aqli (logik) atau material. Mereka berusaha agar al-Quran dan al-Sunnah tunduk kepada piawaian material sehingga ia sesuai dengan nilai-nilai tamadun moden barat, kerana mereka melihat ia adalah satu-satunya piawaian kemodenan13. 11

Cheryl Benard, Civil Democratic Islam, Partners, Resources and Strategies, RAND Corporation, USA, 2003, h.37

Al-islÉm wa al-haddathah taÎÉdum am liqÉ’, Al-QaraÌÉwÊ, http://www.qaradawi.net/2010-02-2309-38-15/4/703.html, 4 Jun 2013. 12

13

MuÍammad ×Émid al-NÉÎir, op.cit .

4

Prof. Dr ‘Abd al-‘AzÊz MukhtÉr IbrÉhÊm mengatakan golongan modernis bukan semuanya sama. Terdapat berbagai jenis pendekatan modernis, akan tetapi mereka mempunyai persamaan dalam perkara berikut: 1. Semuanya bersepakat mendahulukan akal ke atas nas-nas syara’ (al-Quran dan al-Sunnah). Dan mengiktibar akal adalah asas pertimbangan. Sekiranya syara’ datang dengan sesuatu yang bertentangan dengannya, maka hukum akal diutamakan ke atas nas walau macam mana keadaaa sekalipun. 2. Semuanya bersepakat mengadaptasikan nas-nas syara’ agar bersesuaian dengan pemahaman modernis barat. 3. Membentangkan Islam dan isu-isunya dengan cara moden yang bercanggahan dengan cara al-salaf al-ÎÉlih, supaya barat dan para intelektualnya bebas menerimanya dalam dakwaan mereka. 4. Mentakwilkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah dengan takwilan yang batil jauh daripada manhaj atau metodologi al-salaf al-ÎÉlih. Dakwaan mereka bahawa ia menepati ilmu moden dan kemajuan ketamadunan. 5. Al-tawassu’ (berleluasa) dalam penafsiran al-Quran berdasarkan pandangan empirical science walaupun ia membawa kepada percanggahan zahir al-Quran dan petunjuk-petunjuk bahasa arab. 6. Membuka pintu ijtihad mutlak, ia dinamakan oleh sebahagian mereka sebagai ijtihad sya’bi (rakyat). Yang mana sesiapa yg tidak berkelayakan terlibat di dalam ijtihad. 7. Ijtihad ghair munÌabiÏ (tidak berdisiplin) dengan nas-nas al-Quran dan alSunnah serta ijma’ al-salaf al-ÎÉlih. Ijtihad bagi mereka adalah tahqiq almaslaÍah (mencapai maslahat) walaupun bercanggahan dengan al-Quran, alSunnah, serta ijma’. 8. Pergantungan dengan piawaian yang tidak diguna pakai oleh al-salaf al-ÎÉlih dalam penerimaan al-Sunnah dan penolakannya. Mereka tidak menerima melainkan hadith mutawÉtir. Sebahagian daripada mereka tidak menerima melainkan al-sunnah al-fi’liyyah (hadith yang berkaitan dengan perlakuan dan tindakan Rasulullah) sahaja. 9. Melihat kepada perbendaharaan keilmuwan umat dengan pandangan penghinaan dan bahawasanya ia tidak sesuai untuk memulihkan keadaan muslimin pada hari ini, kerana bagi mereka ia berlaku untuk waqi’ tertentu.

5

10. Al-‘umËmiyyat (secara general atau umum dalam pandangan) dan tidak jelas dalam membentangkan pandangan-pandangan mereka14. Manakala Muhammad ÙalÉbi15 mencabar golongan modernis muslim agar menyatakan bahawa modernisasi di negara-negara Islam adalah berlawanan dengan modernisasi barat, kerana ia tidak memutuskan hubungannya tamadun Islam lampau dan memutuskan pertaliannya dengan sekularisme moden barat. Beliau turut mengatakan bahawa sekiranya golongan ini benar-benar ikhlas demi kebangkitan umat, mereka sepatutnya menjadi fundamentalis. Hal ini kerana barat sendiri adalah fundamentalis. Hal ini kerana mereka memutuskan hubungan mereka dengan zaman kegelapan Eropah, dan mengaitkan kemodenan mereka dengan ketamadunan Athen dan Rom yang didiktibar oleh mereka sebagai kelahiran pertama identiti mereka. Tambahan pula, bagaimana mungkin modernis muslim mengabaikan ketamadunan Islam lampau, sedangkan barat tidak mengabaikan tamadun Athen dan Rom mereka? Prof. Madya Dr. Kamarudin Salleh pula merumuskan bahawa pemikiran modenis kepada beberapa konsep utama seperti; penekanan kepada rasionaliti dan kebebasan manusia, mengharmonikan kepercayaan Islam dengan nilai-nilai moden di atas sikap a priori bahawa pandangan dunia Islam selari dengan pandangan dunia Barat, tetap terbukanya pintu ijtihad dan sebagainya. Manakala berkaitan pemikiran politik modenis, terdapat tiga perkara utama; supremasi undang-undang, pemisahan agama dari urusan politik, dan praktikalitinya16. KESIMPULAN Intelektual barat mengklafikasikan modernis muslim berdasarkan kayu ukur atau parameter modernisme barat. Walaupun ada sebahagian daripada kalangan modernis muslim dakwaan barat ini sebenarnya bukanlah modernis, sebagaimana dakwaan mereka; seperti Muhammad Iqbal. Malahan, mereka mendakwa bahawa muslim yang mengislamisasikan kemodenan barat adalah golongan modernis. Prof. Dr. ‘Abd al-‘Aziz Mukhtar Ibrahim, Al-‘AsrÉniyyËn wa mafhum tajdid al-dÊn ‘arÌ wa naqd, maktabah al-rusyd, RiyaÌ, 2009, h.23-25.

14

Al-×adÉthah fi mizÉn al-islÉm: baina al-i‘mÉr wa al-isti‘mÉr, Al-Umamiyah al-wasaÏyyah, http://mhammedtalabi.arabblogs.com/archive/2008/3/514705.html, 5 Jun 2013.

15

16

Kamarudin Salleh, Transformasi Pemikiran Pembaharuan di Malaysia: Satu Penelitian Awal, International Journal of Islamic Thought, Vol. 2: (Dec. 20121), h. 26.

6

Manakala intelektual muslim berpandangan bahawa kemodenan barat perlu diambil faedahnya, diserapkan serta diadunkan kembali dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam ke dalam kemodenan itu. Proses ini boleh dinamakan dengan istilah aslamatu al-ÍadÉthah, iaitu pengislaman atau islamisasi kemodenan. Dalam masa yang sama, kemodenan yang berpaksikan kemodenan barat adalah ditolak sama sekali. Golongan muslim yang berpandangan sebeginilah yang dikategorikan oleh intelektual muslim sebagai modernis. BIBLIOGRAFI Al-×adÉthah FÊ MÊzÉn Al-IslÉm: Baina Al-I‘mÉr Wa Al-Isti‘mÉr, Al-Umamiyah alWasaÏiyyah, diakses pada 5 Jun 2013, http://mhammedtalabi.arabblogs.com/archive/2008/3/514705.html. Al-islÉm wa al-hadathah taÎÉdum am liqÉ’, Al-QaraÌÉwÔ, diakses pada 4 Jun 2013, http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09-38-15/4/703.html,. Apologetic, Oxford Dictionaries, diakses pada 5 Jun 2013, http://oxforddictionaries.com/definition/english/apologetic?q=apologetic. Cheryl Benard, Civil Democratic Islam, Partners, Resources and Strategies, USA: RAND Corporation, 2003. Kamarudin Salleh, “Transformasi Pemikiran Pembaharuan di Malaysia: Satu Penelitian Awal”, International Journal of Islamic Thought, Vol. 2: (Dec. 20121). Modernism, Oxford Dictionaries, diakses pada 30 Mei 2013, http://oxforddictionaries.com/definition/english/modernism?q=modernism MuÍammad ×Émid al-NÉÎir, Al-‘Asraniyyun Baina Mazañim Al-Tajdid Wa Mayadin Al-Taghrib (ed.2), RiyaÌ: Maktabah al-Kauthar, 2001. Prof. Dr. ‘Abd al-‘Aziz Mukhtar Ibrahim, Al-‘AsrÉniyyËn Wa Mafhum TajdÊd al-DÊn ‘ArÌ Wa Naqd, RiyaÌ: Maktabah al-Rusyd, 2009. Tauseef Ahmad Parray, “Islamic Modernist and Reformist Thought: A Study of the Contribution of Sir Sayyid and Muhammad Iqbal”, World Journal of Islamic History and Civilization, 1 (2), 2011. William E. Shepard, “Islam and Ideology: Towards A Typology”, International Journal of Middle East Studies, Vol. 19. No. 3 (Aug., 1987).

7...


Similar Free PDFs