Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam 'Allusy PDF

Title Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam 'Allusy
Author Syamsul Darlis, SH
Pages 593
File Size 20.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 49
Total Views 763

Summary

Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM (Jilid Keempat) Penterjemah: Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Disemak Oleh: Dr. Mohd Puzhi Usop Ustaz Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri AL-HIDAYAH PUBLICATION KUALA LUMPUR 2010 Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 1 07/09/1431 03:14...


Description

Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy

IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM (Jilid Keempat)

Penterjemah: Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Disemak Oleh: Dr. Mohd Puzhi Usop Ustaz Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri

AL-HIDAYAH PUBLICATION KUALA LUMPUR 2010

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 1

07/09/1431 03:14:27 PM

AL-HIDAYAH PUBLICATION

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 2

07/09/1431 03:14:29 PM

IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM Judul Asal Penulis Penerbit Asal Penterjemah Penyunting Tata Letak

: : : : : :

Ibanatu al-Ahkam Syarhu Bulughu al-Maram Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy Dar al-Haramain, Jeddah Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Ustazah Sabariah Bakri (IIUM) Tim al-Hidayah

Cetakan Pertama …..… 2010 © HAK CIPTA TERPELIHARA. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, fail dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis. Diterbitkan Oleh:

AL-HIDAYAH PUBLICATION No. 27, Jalan DBP Dolomite Business Park 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-6185 3002, 61857006, 6185 4009 Fax: 03-6185 9006 laman web: www.hidayah.com.my E-mail: [email protected]

Diedarkan Oleh:

AR-RISALAH PRODUCT SDN. BHD No. 27, Jalan DBP Dolomite Business Park 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-6185 3002, 61857006, 6185 4009 Fax: 03-6185 9006 laman web: www.hidayah.com.my E-mail: [email protected]

Dicetak Oleh:

PERCETAKAN ZAFAR SDN. BHD Lot 18, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 3

07/09/1431 03:14:29 PM

KATA PENGANTAR PENERBIT

SEGALA puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Dalam usaha untuk menambahkan buku-buku bacaan di kalangan masyarakat masa kini, dengan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kami dapat menerbitkan sebuah lagi buku yang bertajuk IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM. Sebagai penerbit, besar harapan kami agar buku ini dapat bermanfaat kepada pembaca. Segala amalan yang baik ini semoga mendapat keredaan Allah SWT. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada kami, oleh itu teguran membina amatlah dialualukan. Sekian, Wabillahi Taufiq, Wassalamu’alaikum. Penerbit, Al-Hidayah Publication

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 4

07/09/1431 03:14:29 PM

Kata Pengantar Penterjemah

KATA PENGANTAR PENTERJEMAH

A. Metode Penulisan Hadis Ulama memiliki banyak metode dalam menyusun dan menghimpun hadishadis Rasulullah (s.a.w), dan setiap metode yang digunakan dalam penyusunan dan penghimpunan hadis itu memiliki tujuan dan matlamat yang tersendiri. Berdasarkan metode al-Sihah yang dipelopori oleh al-Bukhari dan Muslim, hadis-hadis Rasulullah (s.a.w) disusun mengikut bab dan sub-bab yang terdapat dalam kitab fiqh. Metode ini misalnya dimulakan dengan perbahasan bersuci dan setiap hadis yang berkaitan dengan masalah bersuci akan dihimpun dalam bab atau sub-bab bersuci itu begitu juga bab-bab yang lain. Metode ini sistematik dan tematik. Sistematik bermaksud antara satu bab dengan bab berikutnya saling berkaitan manakala hadis-hadis yang dihimpun dalam satu bab pula memiliki kaitan antara satu sama lain. Sedangkan tematik bermaksud hadishadis Rasulullah (s.a.w) yang disusun dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah mengikut susunan bab tertentu dan semua hadis itu adalah sahih. Metode al-Sunan seperti mana yang terdapat dalam kitab Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud dan Sunan Ibn Majah disusun secara tematik dan sistematik. Walaupun begitu kitab-kitab sunan itu memuatkan hadis-hadis sahih, hasan dan dha’if. Perbezaan antara metode al-Sihah dan al-Sunan adalah terletak dalam penghimpunan hadis, di mana metode al-Sihah hanya memuatkan hadis-hadis sahih sedangkan metode al-Sunan memuatkan hadis sahih, hasan dan dha’if sekali gus. Sementara itu metode al-Musnad pula yang digunakan oleh Imam Ahmad dalam kitabnya al-Musnad menyusun dan menghimpun hadis berdasarkan sanad-sanad hadis itu. Jika ada bab Ibn ‘Umar (r.a), maka bab ini memuatkan hadis-hadis yang hanya diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar (r.a) sahaja dan demikianlah seterusnya. Menjelang abad ke-6 Hijriah, para ulama mula mengembangkan inovasi baru dalam penyusunan hadis. Mereka cuba menyusun hadis yang saling berkaitan mengenai sesuatu masalah tertentu di dalam satu buku. Misalnya i

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 1

07/09/1431 03:14:30 PM

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

menyusun hadis-hadis yang perbahasannya hanya berkaitan dengan ilmu fiqh. Jadi di dalam kitab tersebut hanya dijumpai hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum fiqh sahaja. Inilah yang disebut dengan metode Hadis al-Ahkam. B. Kitab-Kitab Hadis Hukum Ada beberapa ulama yang telah berjasa menyusun dan menghimpun hadishadis berkaitan hukum dalam satu kitab. Berikut nama-nama mereka sekali gus karya mereka: 1. ‘Umdah al-Ahkam karya al-Hafiz Taqiyyuddin ‘Abd al-Ghani bin ‘Abd alWahid al-Miqdasi al-Jam’ili al-Dimasyqi (541-600 H). Kitab ini memuatkan 1,419 hadis sahih yang diambil dari Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Sesuai dengan judul kitab ini, ia benar-benar menjadi asas bagi hadishadis hukum yang mesti dimiliki oleh setiap muslim sama ada kalangan penuntut ilmu mahupun ulama. Imam Taqiyyuddin Muhammad bin ‘Ali al-Qusyairi yang dikenali dengan Ibn Daqiq al-‘Id kemudian menjelaskan kitab ‘Umdah al-Ahkam ini. Ibn Taimiyyah memberi komen tentang kitab ini: “Ia adalah kitab yang benar-benar memuatkan seluruh hukum-hakam Islam. Sebelum ini tidak ada ulama yang pernah menyusun hadis hukum seumpama ini. Karya al-Hafiz al-Dhiya’ dan karya datukku belum mampu menandingi karya hebat ini.” 2. Muntaqa al-Akhbar fi al-Ahkam karya Majduddin Abu al-Barakat ‘Abd al-Salam bin ‘Abd Allah bin Abu al-Qasim al-Harrani atau yang lebih dikenali dengan Ibn Taimiyyah al-Hanbali (590-652). Beliau adalah datuk kepada Syeikh al-Islam Taqiyydin Ahmad bin Taimiyyah. Hadishadis hukum dalam kitab ini diambil daripada Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Abu Dawud dan Sunan Ibn Majah. Kitab ini sengaja tidak menyebutkan rujukan asal di mana hadis itu diambil supaya ia tidak terlampau tebal. Ia memuatkan 5,029 hadis hukum. Kitab ini kemudian dijelaskan oleh pakar hadis Yaman, al-Qadhi Muhammad bin ‘Ali al-Syawkani (11731250 H) dan syarah itu kemudian diberi judul Nayl al-Awtar. 3. Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid karya Zainuddin Abu al-Fadhl ‘Abd al-Rahim bin al-Husin al-‘Iraqi (725-806 H). Kitab ini menghimpun hadis-hadis hukum yang pernah disusun oleh anaknya yang bernama Ibn Abu Zur’ah. Dalam bahagian mukaddimah, penulis berkata: “Saya ingin menghimpun hadis hukum yang pernah disusun oleh anak saya, Abu Zur’ah bersama dengan sanadnya. Adalah aib bagi seorang penuntut ilmu jika tidak mengetahui sanad-sanad hadis tertentu untuk dijadikan rujukan ketika mereka berdiskusi atau ada orang yang bertanya mengenainya. Saya faham bahawa menghafal sanad hadis itu tidaklah semudah yang dibayangkan kebanyakan orang. Tetapi setidaknya, orang yang berilmu semestinya mengetahui sanad daripada sesebuah hadis. Inilah yang saya tekankan dalam kitab ini.” ii

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 2

07/09/1431 03:14:30 PM

Kata Pengantar Penterjemah

Kitab ini kemudian dijelaskan oleh penulisnya sendiri. Namun sayang, penjelasan ini ternyata tidak selesai kerana penulisnya meninggal dunia sebelum projek besarnya itu selesai. Penjelasan ini kemudiannya diteruskan oleh anaknya, Abu Zu’rah yang meninggal dunia pada 826 H dan judul kitab penjelasan itu adalah Tarh al-Tatsrib fi Syarh al-Taqrib. Abu Zur’ah berjaya meneruskan projek agung ayahandanya. Karya yang ditulisnya menggunakan metode ilmiah yang bebas daripada sebarang taksub mazhab. Ia adalah kitab penjelasan yang memuatkan perbahasan fiqh sekali gus membahas ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadis. 4. Bulugh al-Maram min Ahadits al-Ahkam karya al-Hafiz Syihabuddin Ahmad bin ‘Ali bin Ahmad bin Hajar al-‘Asqalani (733-852 H). Kitab ini memuatkan 1,576 hadis. Ia kemudian dijelaskan oleh al-Sayyid Muhammad bin Isma’il al-Amir al-Shan’ani (1099-1182 H) yang diberi judul Subul al-Salam. Ia merupakan kitab penjelasan yang bermutu tinggi di mana kebenaran merupakan semangat utama dalam penulisan buku ini tanpa mempedulikan dalil yang dikemukakan bersesuaian dengan mazhab penghurai kitab ini atau sebaliknya. C. Syarah Kitab Bulugh al-Maram Daripada keempat-empat kitab hadis hukum itu, kitab hadis hukum yang paling banyak mendapat perhatian ulama adalah kitab Bulugh al-Maram. Ini kerana kitab ini paling banyak dijelaskan oleh ulama-ulama yang datang setelah generasi penyusun Bulugh al-Maram, Ibn Hajar al-‘Asqlani. Di sini penjelasan kitab Bulugh al-Maram diklasifikasikan menjadi dua kategori, iaitu penjelasan yang sudah diterbitkan dan penjelasan yang belum pernah diterbitkan. Pertama, penjelasan kitab Bulugh al-Maram yang telah diterbitkan, antara lain adalah sebagai berikut: 1. Al-Badr al-Tamam Syarh Bulugh al-Maram oleh Syarafuddin al-Husin bin Muhammad Sa’id bin ‘Isa al-La’i al-Maghribi, meninggal dunia pada tahun 1119 H namun ada yang mengatakan pada tahun 1115 H. 2. Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram oleh Imam Muhammad bin Isma’il al-Amir al-Shan’ani, lahir pada tahun 1099 H dan meninggal dunia pada tahun 1182 H. 3. Mukhtasar al-Kalam ‘ala Bulugh al-Maram oleh Syeikh Faisal bin Abd al‘Aziz bin Mubarak, meninggal dunia pada tahun 1376 H. 4. Fiqh al-Islam Syarh Bulugh al-Maram oleh Syeikh ‘Abd al-Qadir Syaibah al-Hamd. 5. Tawdhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram oleh Syeikh Abd Allah bin Abd al-Rahman al-Bassam. 6. Hidayah al-Anam bi Syarh Bulugh al-Maram oleh Dr. Abd al-Rasyid ‘Abd al-‘Aziz Salim. iii

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 3

07/09/1431 03:14:30 PM

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

7. Al-I�am Syarh Bulugh al-Marm oleh Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah al-Rajihi. 8. I’lam al-Anam Syarh Bulugh al-Maram bin Ahadits al-Ahkam oleh Prof. Dr. Nur al-Din ‘Atr. 9. Qifw al-Atsar fi Syarh Bulugh al-Maram bi Kalam Ibn Hajar oleh ‘Abd alMun’im Ibrahim. Buku ini diterbitkan setebal lima jilid oleh Maktabah Nizar Mustafa al-Baz tahun 1420 H. 10. Fath al-‘Allam Syarh Bulugh al-Maram oleh al-Syarif Sadiq bin Hasan Khan al-Qannuji al-Bukhari (1248-1307 H). 11. Nayl al-Maram Syarh Bulugh al-Maram oleh Muhammad Yasin bin ‘Abdullah, salah seorang ulama Musol di Iraq. 12. Ibanah al-Ahkam Syarh Bulugh al-Maram oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu ‘Abdullah bin ‘Abd al-Salam ‘Allusy. 13. Tashil al-Ilmam bi Fiqh al-Ahadits min Bulugh al-Maram oleh Syeikh Soleh bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, anggota Majlis Fatwa Arab Saudi. 14. Basyir al-Kiram bi Bulugh al-Maram oleh Syeikh Muhammad Amin alKutibi, salah seorang tenaga pengajar di Masjid al-Haram dan Kulliyyah al-Mu’allimin. 15. Ithaf al-Kiram bi al-Ta’liq ‘ala Bulugh al-Maram oleh Shafiyyurrahman alMubarakfuri. 16. Hasyiyah al-Dihlawi ‘ala Bulugh al-Maram oleh Syeikh Ahmad bin Hasan al-Dihlawi, meninggal dunia pada tahun 1338 H. 17. Syarh Bulugh al-Maram oleh Abu Qutaibah Nazhar Muhammad al-Firyabi, diterbitkan oleh Dar al-Shumai’i setebal dua jilid pada tahun 1418 H. 18. Tuhfah al-Kiram Syarh Bulugh al-Maram oleh Dr. Muhammad Luqman alSalafi. 19. Hasyiyah al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Abd Allah bin Baz. 20. Fath al-Wahhab Syarh Bulugh al-Maram oleh Syeikh Muhammad Ahmad al-Rah al-Syanqithi. 21. Fath al-Jalal wa al-Ikram bi Syarh Bulugh al-Maram oleh Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin, meninggal dunia pada tahun 1421 H. Sementara itu, syarah kitab Bulugh al-Maram yang belum pernah diterbitkan dan masih dalam bentuk manuskrip, antara lain adalah sebagai berikut: 1. I�am a;-A�am Syarh bUlugh al-Maram oleh al-Sayyid Yusuf bin Muhammad al-Ahdal, meninggal dunia pada tahun 1242 H. 2. Syarh al-Sayyid Muhammad Ali Ahmadain, seorang tenaga pengajar jemputan dari Mesir untuk Institut Saudi di Makkah. 3. Syarh Syeikh Muhammad ‘Abid al-Anshari al-Hana , beliau menetap di Madinah. Karyanya ini dimuatkan di dalam kitab Kasyf al-Zhunun.

iv

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 4

07/09/1431 03:14:30 PM

Kata Pengantar Penterjemah

4. ‘Uddah al-Hukkam fi Syarh Bulugh al-Marm oleh al-Fairuzzabadi. 5. Tanwir al-A�am Syarh Bulugh al-Maram oleh Syeikh Hasyim Sa’id alBuqmi. 6. Syarh Syeikh ‘Utsman bin Soleh al-Qadhi ‘ala Bulugh al-Maram. 7. Syarh Syeikh Soleh bin ‘Utsman al-Qadhi ‘ala Bulugh al-Maram. 8. Syarh Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Abd Allah bin Baz seperti mana yang disebut oleh Syeikh Abd al-‘Aziz bin Qasim dalam mukaddimah tahqiqnya terhadap Hasyiyah Bulugh al-Maram. 9. Syarh Bulugh al-Maram oleh Ibrahim bin Abu al-Qasim bin Ibrahim bin ‘Abdullah bin Jam’an. Beliau meninggal dunia pada tahun 922 H. karyanya ini dimuatkan oleh Nazhar al-Firyabi dalam mukaddimah Syarh Bulugh al-Maram. 10. Syarh Bulugh al-Maram oleh Sulaiman bin ‘Umar al-Ahdal. Karyanya ini dimuatkan oleh Nazhar al-Firyabi yang berkata: “Sila rujuk indeks kitab Hadis Nabawi.” 11. Hasyiyah ‘ala Bulugh al-Maram oleh Musa Jarullah al-Turkistani, meninggal dunia pada tahun 1369 H. Karya beliau ini dimuatkan oleh al-Habasyi dalam kitab Jami’ al-Syuruh wa al-Hawasyi.. 12. Minhah al-Kalam Syarh Bulugh al-Maram oleh Jamaluddin Yusuf bin Syahin, cucu kepada Ibn Hajar al-‘Asqalani. Beliau meninggal dunia pada tahun 899 H. Karyanya ini dimuatkan oleh al-Habasyi dalam kitab Jami’ al-Syuruh wa al-Hawasyi.. 13. Hasyiyah ‘ala Bulugh al-Maram oleh ‘Abd al-Rahman bin Muhammad al-Jimi al-Tamimi, meninggal dunia pada tahun 1068 H. Karyanya ini dimuatkan oleh al-Habasyi dalam kitab Jami’ al-Syuruh wa al-Hawasyi.. 14. Hasyiyah Bulugh al-Maram oleh ‘Abd al-Rahman bin Sulaiman bin alAhdal, meninggal dunia pada tahun 1250 H. Karyanya ini dimuatkan oleh al-Habasyi dalam kitab Jami’ al-Syuruh wa al-Hawasyi. 15. Hasyiyah ‘ala Bulugh al-Maram oleh ‘Ali bin Sulaiman al-Ahdal, meninggal dunia setelah tahun 1250 H. Karyanya ini dimuatkan oleh al-Habasyi dalam kitab Jami’ al-Syuruh wa al-Hawasyi. D. Kitab Ibanah al-Ahkam Kitab penjelasan Bulugh al-Maram ini semula dikarang oleh Hasan Sulaiman al-Nuri dan ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki yang merupakan dua ulama terkemuka di Mekah. Tetapi baru menyelesaikan dua jilid penjelasan kitab ini, kedua-dua ulama ini meninggal dunia dan tidak sempat menyelesaikan penjelasan kitab ini secara keseluruhan. Kemudian Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy meneruskannya dan menyelesaikan kitab penjelasan ini yang dimulai daripada jilid ketiga sehingga jilid keempat.

v

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 5

07/09/1431 03:14:30 PM

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Kitab ini berbeza dengan kitab-kitab penjelasan Bulugh al-Maram yang lain di mana perbahasannya ditulis secara sistematik. Setiap hadis diberi makna secara umum. Dengan itu setiap pembaca mampu memahami maksud sesebuah hadis itu secara keseluruhannya. Ia juga dilengkapi dengan analisis lafaz supaya setiap pembaca mengetahui makna setiap kosa kata yang terdapat di dalam hadis berkenaan. Kemudian ia diikuti dengan fiqh hadis yang memuatkan hukum-hakam yang boleh dipetik atau diambil daripada hadis tersebut. Fiqh hadis ini ditulis secara ringkas dan padat. Bahkan dalam beberapa kesempatan turut dihuraikan juga biografi singkat sahabat yang meriwayatkan hadis-hadis itu. Pada bahagian akhir setiap bab dimuatkan soalan-soalan yang menanyakan apa-apa sahaja yang telah difahami dan maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan dalam setiap bab itu. Metode ini digunakan untuk memudahkan setiap pengajar, pelajar dan orang awam yang membacanya.

Nor Hasanuddin H. M. Fauzi Samarinda, 15 Ogos 2010 M 05 Ramadan 1431 H

vi

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 6

07/09/1431 03:14:31 PM

Isi Kandungan

ISI KANDUNGAN

KATA PENGANTAR PENERBIT .......................................................................

D

KATA PENGANTAR PENTERJEMAH ............................................................

i

ISI KANDUNGAN ..............................................................................................

vii

KITAB JENAYAH .................................................................................................

1

BAB PERTAMA DIYAT .......................................................................................

34

BAB KEDUA MENDAKWA PEMBUNUHAN DAN QASAMAH (SUMPAH) ............................................................................................................

52

BAB KETIGA MEMERANGI PEMBERONTAK ..............................................

59

BAB KEEMPAT MEMERANGI PELAKU KEJAHATAN DAN ORANG MURTAD ..............................................................................................

67

KITAB HUDUD ....................................................................................................

83

BAB KEDUA HUKUMAN QAZAF (ORANG YANG MENUDUH ORANG LAIN BERZINA) ................................................................................. 111 BAB KETIGA HUKUMAN MENCURI ............................................................ 117 BAB KEEMPAT HUKUMAN BAGI PEMINUM KHAMAR ......................... 136 BAB KELIMA TA’ZIR DAN SHA’IL (ORANG YANG MEMBALA DIRI) .. 150 KITAB JIHAD ....................................................................................................... 161 BAB PERTAMA JIZYAH DAN GENCATAN SENJATA ................................ 224 BAB KEDUA BERLUMBA DAN MEMANAH ............................................... 236 KITAB MAKANAN ............................................................................................. 245 BAB PERTAMA PERBURUAN DAN PENYEMBELIHAN ........................... 263 BAB KEDUA QURBAN ...................................................................................... 284 BAB KETIGA AQIQAH ..................................................................................... 301 vii

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 7

07/09/1431 03:14:31 PM

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

KITAB SUMPAH DAN NAZAR ....................................................................... 309 KITAB KEHAKIMAN ......................................................................................... 341 BAB PERTAMA PERSAKSIAN ......................................................................... 366 BAB KEDUA DAKWAAN DAN PEMBUKTIAN ........................................... 380 KITAB MEMERDEKAKAN HAMBA SAHAYA ............................................. 399 BAB PERTAMA MENJUAL HAMBA MUDABBAR, MUKATAB DAN UMMUL WALAD ...................................................................................... 413 KITAB HIMPUNAN AKHLAK ......................................................................... 427 BAB PERTAMA ADAB ....................................................................................... 427 BAB KEDUA KEBAIKAN DAN SILATURRAHIM ........................................ 449 BAB KETIGA ZUHUD DAN WARA’ ............................................................... 470 BAB KEEMPAT CELAAN KE ATAS PERANGAI YANG BURUK .............. 492 BAB KELIMA KEUTAMAAN BERAKHLAK MULIA .................................. 531 BAB KEENAM ZIKIR DAN DOA .................................................................... 551

viii

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 8

07/09/1431 03:14:31 PM

KITAB Jenayah

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 9

07/09/1431 03:14:31 PM

Ibanatul Ahkam Jld 4 Ok.indd 10

07/09/1431 03:14:31 PM

Kitab Jenayah

KITAB JENAYAH
...


Similar Free PDFs