Zambri bin Idrus v Zaiti Akhtar bt Omar [2017 ] 4 SHLR 12 (1) PDF

Title Zambri bin Idrus v Zaiti Akhtar bt Omar [2017 ] 4 SHLR 12 (1)
Course Islamic Family Law
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 10
File Size 276.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 42
Total Views 120

Summary

Date and Time: Tuesday, 17 November, 2020 7:23:00 PM MYTJob Number: 130211977Document (1) Zambri bin Idrus v Zaiti Akhtar bt Omar [2017] 4 SHLR 12 Client/Matter: -None- Search Terms: poligamy Search Type: Natural Language Narrowed by: Content Type Narrowed by MY Cases -None- | About LexisNexis | Pri...


Description

Date and Time: Tuesday, 17 November, 2020 7:23:00 PM MYT Job Number: 130211977

Document (1) 1. Zambri bin Idrus v Zaiti Akhtar bt Omar [2017] 4 SHLR 12 Client/Matter: -NoneSearch Terms: poligamy Search Type: Natural Language Narrowed by: Content Type MY Cases

Narrowed by -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2020 LexisNexis

Zambri bin Idrus v Zaiti Akhtar bt Omar [2017] 4 SHLR 12 Shariah Law Reports (ShLR) SHARIAH MAHKAMAH TINGGI (SHAH ALAM) NENNEY SHUHAIDAH SHAMSUDDIN SHHCJ CASE SUMMONS NO 10300-011-0175 OF 2016 29 August 2016

Case Summary Islamic law — Marriage — Polygamy — Application for — Whether husband met criteria to practise polygamous marriage — Whether proposed marriage must and necessary — Whether husband able to provide maintenance for both current and future wives — Whether husband could provide fair treatment to both current and future wives — Whether polygamous marriage would bring harm to current wife — Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003, ss 23(4) & (5) The plaintiff and the defendant were married in 1998 and were blessed with four children. In this claim, the plaintiff sought for the permission to practise polygamy, as provided under s 23(4) of the Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003 (‘the IFL’). In support of his application, the plaintiff argued that the marriage was a must and a necessity based on the ground that the parties agreed to care for the future wife (‘the third party’) and to, together, provide and opportunity of to ease her burden; the plaintiff was able in terms of financial liability and could act fair; and the proposed marriage would not bring harm or tarnish the defendant's reputation as all her needs are, were and would be met. The primary issue that arose was whether the plaintiff fulfilled the criteria under s 23(5) of the IFL. Held, dismissing the claim: (1) A person who wishes to practise polygamy subject to the conditions provided under s 23(5)(a), (b), (c) and (d), namely (a) the proposed marriage is a must and a necessity; (b) the plaintiff was able to provide maintenance for the current wife and the future wife; (c) the plaintiff could provide fair treatment to the current wife and the future wife; and (d) whether the polygamous marriage would bring harm (dharar syarie) to the current wife. The plaintiff failed to fulfil all these conditions (see paras 7-8 & 33) (2) The court was inclined towards the evidence and admission of the defendant who stated that she could still provide and meet the plaintiff's physical needs and his needs for intimacy. According to the defendant, she did not consent to caring and/or easing the third party's burden. The plaintiff failed to adduce proper evidence to support condition (a). The plaintiff's first ground was dismissed (see paras 11-12). (3) The plaintiff failed to fulfil condition (b). The plaintiff was not able financially and was not eligible for polygamy. Based on his evidence, the plaintiff submitted that his monthly earnings were RM3,296 and he had a side income from his investment but this evidence was not substantiated. In his evidence, the plaintiff clearly testified that he did not provide maintenance for the defendant and the children and in fact admitted that he payment for the house, car and the medical and education needs of the children were fully-maintained by the defendant (see paras 16-17 & 20-21). (4) Based on the plaintiff's evidence and the defendant's admission, the plaintiff failed to fulfil condition (c) as he failed to prove that he was able to provide fair treatment if he was allowed to practise polygamy. The plaintiff's ground to support this condition was dismissed (see para 26) (5) The proposed marriage had a very high likelihood to cause harm to not only the defendant but also the children and the third party. Condition (d) was not fulfilled as the plaintiff's fourth ground was not fulfilled. According to the defendant, the proposed marriage caused her psychological distress and disrupted the children's education. The relationship between the plaintiff and the defendant fizzled out and they often argued when the issue of polygamy came about. The defendant also had to bear the embarrassment as the plaintiff openly displayed his relationship with the third party and announce publicly that he was planning to practise polygamy (see paras 29-30). Plaintif dan defendan berkahwin pada 1998 dan dikurniakan empat orang anak. Dalam tuntutan ini, plaintif memohon kebenaran berpoligami bawah s 23(4) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Page 2 of 9 Zambri bin Idrus v Zaiti Akhtar bt Omar [2017] 4 SHLR 12 (‘EUUKIS’). Menyokong permohonannya, plaintif menghujahkan perkahwinan ini patut dan perlu berdasarkan alasan persetujuan ketiga-ketiga pihak untuk menjaga calon isterinya (‘pihak ketiga’) dan memberinya peluang sama-sama meringankan beban; plaintif berkemampuan dari sudut tanggungan kewangan dan mampu berlaku adil; dan perkahwinan yang dicadangkan ini tidak menyebabkan mudharat dan menjatuhkan martabat defendan kerana semua keperluannya telah, sedang dan akan dipenuhi. Isu utama yang timbul adalah sama ada plaintif memenuhi kriteria s 23(5) EUUKIS. Diputuskan, menolak tuntutan: (1) Seseorang yang ingin berpoligami tertakluk pada syarat-syarat bawah peruntukan s 23(5)(a), (b), (c) dan (d) iaitu (a) perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu; (b) plaintif mampu menanggung nafkah tanggungan sedia ada dan nafkah bakal isteri; (c) plaintif berupaya memberi layanan adil kepada isteri sedia ada dan bakal isteri; dan (d) sama ada perkahwinan poligami menyebabkan dharar syarie kepada isteri sedia ada. Plaintif tidak memenuhi kesemua syarat ini (lihat perenggan 7-8 & 33) (2) Mahkamah cenderung melihat keterangan dan pengakuan defendan yang menyatakan dia mampu memberi layan dan memenuhi kehendak batin plaintif serta kemahuannya untuk bersama. Menurut defendan, dia tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menjaga dan/atau meringankan beban pihak ketiga. Plaintif juga gagal mengemukakan bukti sewajarnya untuk menyokong syarat (a). Alasan pertama plaintif ditolak (lihat perenggan 11- 12). (3) Plaintif gagal memenuhi syarat (b). Plaintif tidak mempunyai kemampuan kewangan dan tidak layak berpoligami. Melalui keterangannya, plaintif menyatakan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3,296 dan mempunyai pendapatan sampingan melalui pelaburan namun keterangan pendapatan tambahan ini tidak dibuktikan. Plaintif secara jelas menyatakan dalam keterangannya bahawa dia tidak pernah memperuntukkan bayaran nafkah diri defendan dan anak-anaknya bahkan mengaku bayaran rumah, kereta perubatan dan pendidikan anak-anak ditanggung sepenuh oleh defendan (lihat perenggan 16-17 & 20-21). (4) Berdasarkan keterangan plaintif dan pengakuan defendan, plaintif gagal memenuhi syarat (c) kerana gagal membuktikan dia mampu berlaku adil jika dibenarkan berpoligami. Alasan plaintif bagi menyokong syarat ini ditolak (lihat perenggan 26). (5) Perkahwinan yang dicadangkan mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi akan mengakibatkan kemudaratan bukan sahaja kepada defendan tapi juga anak-anak mereka dan pihak ketiga. Syarat (d) tidak dipenuhi kerana alasan keempat plaintif tidak dipenuhi. Menurut defendan perkahwinan yang dicadangkan menyebabkan kemudharatan psikologi terhadapnya serta mengganggu pembelajaran anakanak mereka. Hubungan plaintif dan defendan juga menjadi hambar dan mereka sering bergaduh apabila isu poligami ini timbul. Defendan juga terpaksa menanggung malu kerana plaintif menunjukkan hubungannya dengan pihak ketiga secara terang-terangan dan menguar-uarkan kepada umum bahawa dia akan berpoligami (lihat perenggan 29-30). Notes For cases on polygamy in general, see 8(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2017) paras 815-846. Legislation referred to Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 ss 61(3)(b)(x), 74(2), 112(2), 113(2) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 23(4), (5)(a), (b), (c), (d), ’(10) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 61(3)(b)(i) Quranic verses referred to Surah An-Nisa: 3, 129

Nenney Shuhaidah Shamsuddin SHHCJ: FAKTA KES [1]Plaintif (‘P’) dan defendan (‘D’) telah berkahwin pada 25 April 1998 di Bukit Katil, Melaka dan pernikahan tersebut telah didaftarkan di Jabatan Agama Islam Melaka dengan Bilangan Daftar 351/98. Hasil dari perkahwinan tersebut, P dan D telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zulaikha XXX, No K/P XXXX, Zahierah XXXX, No K/P XXXX, Zaliefah XXXX, No K/P XXXX dan Zulhilmie XXXX, No K/P XXXX. Namun anak keempat mereka adalah pengidap penyakit mild autisme yang akan menyebabkan anak tersebut menghadapi masalah lambat bercakap (‘delayed speech’) yang memerlukan rawatan serta perhatian yang lebih. [2]Kes ini merupakan satu permohonan yang telah difailkan oleh P pada 16 Mac 2016 bagi mendapatkan kebenaran dari mahkamah yang mulia ini untuk berpoligami berdasarkan peruntukan s 23(4) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Setelah saman berjaya disempurnakan secara kediri kepada D, D telah memfailkan penyata pembelaan dan tuntutan balas yang bertarikh 11 April 2016. [3]Manakala P pula tidak berhasrat untuk menjawab pembelaan dan tuntutan balas tersebut dan mahu meneruskan ke peringkat perbicaraan. Pihak-pihak telah memberikan keterangan melalui afidavit serta tidak mendatangkan sebarang saksi. Afidavit keterangan plaintif telah diikrarkan pada 9 Mei 2016 manakala afidavit keterangan defendan telah berjaya diikrarkan pada 7 Jun 2016. [4]P di dalam penyata tuntutan telah mengemukakan empat alasan bagi menyokong permohonan kebenaran berpoligami iaitu: (a) perkahwinan ini adalah patut atau perlu berdasarkan alasan persetujuan ketiga-tiga belah pihak untuk memberikan pihak ketiga peluang untuk sama-sama meringankan beban (50 tahun). Menjaga pihak ketiga; (b) P mempunyai kemampuan kewangan untuk menanggung isteri dan tanggungan sedia ada beserta dengan bakal isteri berdasarkan alasan persetujuan dari ketiga-tiga belah pihak untuk bertolak ansur di dalam hal perbelanjaan rumah tangga; (c) P berkemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri P berdasarkan alasan persetujuan ketiga-tiga pihak untuk bertolak ansur di dalam hal giliran; dan (d) perkahwinan yang dicadangkan ini tidak akan menyebabkan mudharat dan jatuhnya martabat isteri yang sedia ada berdasarkan alasan semua keperluan isteri sedia ada telah, sedang dan akan dipenuhi. [5]D pula telah menafikan keseluruhan alasan-alasan yang dikemukakan oleh P serta mengemukakan tuntutan balas ke atas P mengikut peruntukan s 23(10) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 seperti berikut: (a) mahkamah memerintahkan P untuk membayar nafkah diri D sebanyak RM1,000 bagi setiap bulan; (b) mahkamah memerintahkan P untuk membayar nafkah bulanan bagi anak pertama, anak kedua dan anak Ketiga sebanyak RM300 bagi setiap bulan; dan (c) mahkamah memerintahkan P untuk membayar nafkah bulanan bagi anak keempat sebanyak RM500 bagi setiap bulan; (d) mahkamah memerintahkan P untuk membayar nafkah tambahan bagi anak-anak tersebut bagi keperluan persekolahan sebanyak RM500 setiap seorang bagi setiap tahun; (e) mahkamah memerintahkan P untuk membayar nafkah tambahan bagi anak-anak tersebut bagi keperluan Hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha sebanyak RM500 setiap seorang bagi setiap tahun; (f)

mahkamah memerintahkan berkaitan dengan harta sepencarian sebagaimana yang dinyatakan di dalam Borang Deklarasi Harta Sepencarian yang dikemukakan oleh P;

(g) mahkamah memerintahkan P untuk membahagikan hak bermalamnya bersama dengan D selama empat hari bagi setiap minggu tanpa gagal; (h) mahkamah memerintahkan bayaran bagi (a), (b), dan (c) dibuat selewat-lewatnya pada 1 haribulan pada setiap bulan tanpa gagal dan bayaran tersebut hendaklah di masukkan ke dalam akuan milik D bernombor XXXX di Maybank Bhd;

(i)

mahkamah memerintahkan bayaran bagi (d) dibuat selewat-lewatnya pada 1 haribulan Disember pada setiap tahun dan bayaran bagi (e) dibuat selewat-lewatnya pada 15 haribulan Ramadhan pada setiap tahun tanpa gagal dan bayaran tersebut hendaklah di masukkan ke dalam akuan milik D bernombor XXXX di Maybank Bhd;

(j)

mahkamah memerintahkan bahawa bakal isteri P tidak dibenarkan untuk tinggal atau dimana-mana rumah yang dimiliki oleh D;

(k) kos guaman ini ditanggung oleh P; dan (l)

apa-apa relif yang difikirkan baik dan suai manfaat oleh pihak mahkamah.

ISU-ISU KES [6]Ada dua isu utama yang mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat keputusan bagi kes ini iaitu: (a) sama ada mahkamah berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini; dan (b) sama ada P memenuhi kriteria subseksyen 23(5)(a-d) EUUKIS 2003. ISU PERTAMA BIDANG KUASA MAHKAMAH [7]Tindakan di dalam kes ini adalah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah untuk P berpoligami dengan Sarimah XXXX (K/P: XXXX) di bawah peruntukan s 23 EUUKIS 2003. Bidang kuasa mahkamah ini terhadap tuntutan yang dibuat oleh P adalah tertakluk kepada subseksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘EPAI 2003’) iaitu: (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah: (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri.

[8]Bidang kuasa eksklusif ini diperincikan lagi oleh Arahan Amalan No 14 Tahun 2006 Kuasa Membicarakan Kes Poligami Di Bawah s 23 Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri seperti berikut: ... bidang kuasa membicarakan kes poligami dan pengisytiharan peruntukan dan pembahagian harta sepencarian dan perkara-perkara lain yang berkaitan di bawah s 23 Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.

[9]Bagi menentukan sama ada tuntutan P menepati tatacara yang ditakninkan atau sebaliknya, mahkamah merujuk s 23 EUUKIS 2003 yang memperuntukkan: (1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, secara dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain. (2) … (3) … (4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya itu.

[10]Berdasarkan dokumen-dokumen yang difailkan bersama saman dan pernyataan tuntutan, pemastautinan P, D dan bakal isteri juga mematuhi s 4 EUUKIS 2003 yang memperuntukkan: Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatanya selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di luar negeri itu.

[11]Oleh yang demikian, berdasarkan peruntukan subseksyen 61(3)(b)(i) EPAI 2003, Arahan Amalan No 14 Tahun 2006 serta ss 4 dan 23 EUUKIS 2003, mahkamah berpuashati bahawa mahkamah ini bidang kuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini. ISU KEDUA SAMA ADA P MEMENUHI KRITERIA SUBSEKSYEN 23(5)(A-D) EUUKIS 2003 [12]Hak berpoligami adalah didasarkan kepada Hukum Syarak dan ayat Al-Quran dari surah An-Nisa’, ayat 3 menunjukkan syarat utama untuk berpoligami adalah seorang suami itu hendaklah seorang yang mampu dan adil. Firman Allah SWT yang bermaksud: Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

[13]Manakala syarat yang mesti dipenuhi bagi seseorang yang ingin berpoligami mestilah tertakluk kepada peruntukan subseksyen 23(5)(a), (b), (c) dan (d). Peruntukan ini adalah selari dengan Hukum Syarak dan ia dibuat demi kemaslahatan di dalam perkahwinan poligami. Peruntukan tersebut menjelaskan: s 23 (5) CAKAP JE (a.b) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati: (a)

bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b)

bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c)

bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d)

bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

[14]Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan, mahkamah perlu meneliti kewajaran P untuk berpoligami sebagaimana yang ditaqninkan di dalam subseksyen 23(5), (a), (b), (c) dan (d) EUUKIS 2003 sebelum sebarang keputusan dibuat iaitu dari segi aspek seperti berikut: (a) sama ada perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu; (b) sama ada P mampu menanggung nafkah tanggungan sedia ada dan nafkah bakal isteri; (c) sama ada P berupaya memberi layanan yang adil kepada isteri sedia ada dan bakal isteri; dan

(d) sama ada perkahwinan poligami ini menyebabkan dharar syarie kepada isteri sedia ada. ASPEK PERTAMA SAMA ADA PERKAHWINAN YANG DICADANGKAN ITU PATUT ATAU PERLU [15]Merujuk kepada peruntukan s 23(5)(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan seperti berikut: … bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada …

[16]Berdasarkan peruntukan di atas, prinsip utama atau asas kepada sesuatu Permohonan kebenaran untuk berpoligami adalah perkahwinan yang dicadangkan itu haruslah perlu atau patut. Seksyen 23(5)(a) jelas menunjukkan bahawa sesuatu perkahwinan itu adalah patut atau perlu sekiranya terdapat perkara-perkara yang menyebabkan keharusannya untuk berpoligami namun masih terikat dengan beberapa syarat lain sebelum seseorang itu dikatakan layak untuk berpoligami. [17]Mahkamah cenderung untuk melihat keterangan dan pengakuan D yang menyatakan bahawa beliau sememangnya masih lagi mampu untuk memberikan layanan serta memenuhi kehendak batin P serta kemahuan P untuk bersama. D juga ketika di soal oleh YA hakim bicara menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masa...


Similar Free PDFs